Khamis, 16 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


KJ tidak bela anggota Pemuda UMNO tumbuk Kamalanathan

Posted: 16 Jan 2014 12:48 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Pemudo UMNO tidak boleh mempertahan tindakan seorang anggotanya menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan baru-baru ini, kata Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, apa jua sebab atau tekanan yang dihadapi anggota berkenaan iaitu Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi, tindakan agresif seperti itu tidak boleh diambil terhadap Kamalanathan atau sesiapa sahaja.

"Dia ada berjumpa dengan saya dan menjelaskan faktor-faktor berlakunya insiden itu. Saya terima penjelasan itu namun apapun sebabnya, kita tidak boleh bertindak secara fizikal," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Khairy berkata, surat tunjuk sebab yang diminta Pengurusan UMNO ialah bagi membolehkan Muhammad Rizuan menyatakan versi beliau berhubung insiden itu dan menyerahkan kepada proses disiplin parti untuk meneliti kes berkenaan.

Pada 12 Januari lepas, Kamalanathan ditumbuk seorang lelaki di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program di kawasan Hulu Selangor. - BERNAMA

Banjir di Kelantan pulih

Posted: 16 Jan 2014 12:19 AM PST

KOTA BHARU 16 Jan. - Banjir gelombang kedua yang melanda Kelantan sejak Sabtu lalu pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan di jajahan Pasir Mas ditutup hari ini.

Sehingga pukul 3 petang tadi, semua paras air di beberapa sungai utama iaitu Sungai Kelantan, Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Semerak kembali normal kecuali Sungai Golok yang masih berada di tahap amaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman berkata, bilik operasi jabatan berkenaan telah ditutup sepenuhnya selepas paras air sungai kembali normal.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi banjir memandangkan musim tengkujuh di negeri ini belum berakhir. - UTUSAN ONLINE

PAC teliti peningkatan kos KLIA2

Posted: 16 Jan 2014 12:02 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneliti penjelasan yang diberi oleh Kementerian Pengangkutan berhubung peningkatan kos pembinaan KLIA2 sehingga mencecah RM4 bilion.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Kementerian Pengangkutan memaklumkan pertambahan kos itu disebabkan berlaku perubahan dari segi perancangan khususnya saiz terminal.

"Kita akan teliti maklumat yang diberi oleh kementerian supaya kita dapat satu rumusan kenapa perkara ini boleh berlaku," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC di bangunan Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved