Khamis, 16 Januari 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Afghanistan lantik ketua polis wanita pertama

Posted: 16 Jan 2014 11:32 AM PST

KABUL 16 Jan. - Ketua polis wanita pertama Afghanistan yang baharu dilantik bagi menjaga keselamatan di negara berkenaan telah mula menjalankan tugas kelmarin.

Bagaimanapun, Kolonel Jamila Bayaz yang segak beruniform kelihatan sama seperti ketua polis Afghanistan yang lain sebelum ini ketika melakukan lawatan di beberapa pusat pemeriksaan di tengah-tengah Kabul.

Bayaz, 50, merupakan wanita pertama dinaikkan pangkat untuk memikul tanggungjawab tersebut sekali gus menjadi pelantikan jawatan paling tinggi di negara berkenaan untuk seorang wanita Afghanistan. - Agensi

Lebih 1,000 terkorban di Syria dalam 2 minggu

Posted: 16 Jan 2014 11:08 AM PST

BEIRUT 16 Jan. - Seramai 1,069 orang terkorban dalam tempoh dua minggu pertempuran di antara rangkaian pejuang Islam al-Qaeda di Syria dan kumpulan penentang, kata sekumpulan pemerhati semalam.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Britain di Syria berkata, jumlah mereka yang terkorban itu dibunuh dalam beberapa pertempuran dan pembunuhan sejak pertempuran tercetus di antara Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dan pasukan penentang sejak awal bulan ini.

Katanya, jumlah mereka yang terkorban itu membabitkan 130 orang awam, 608 ahli kumpulan gabungan ISIL dan 312 ahli kumpulan rangkaian pejuang Islam al-Qaeda manakala 19 orang yang lain masih tidak dikenal pasti. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved