Khamis, 16 Januari 2014

Utusan Online - Agrobiz


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Industri coklat, koko tarikan pelancong

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

Mohamed Nazri Abdul Aziz melihat salah satu koleksi coklat yang ditunjukkan oleh Chef Mohd. Muaz Md Salehuddin semasa Majlis Pelancaran Muzium Coklat di Kota Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Kerajaan yakin industri coklat dan koko yang semakin berkembang di negara ini mampu mempopularkan pelancongan industri berasaskan bahan itu pada masa depan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan optimis membantu untuk mempromosikan produk pelancongan berkonsepkan industri tersebut sebagai tarikan alternatif kepada pelancong yang berkunjung ke negara ini.

Terbaru, katanya, kewujudan Muzium Coklat pertama di Asia yang terletak di Kota Damansara bakal menjadi platform ke arah merealisasikan usaha berkenaan.

"Malaysia bukan sahaja merupakan antara negara terbesar yang mengeksport koko di Asia malah turut menghasilkan pelbagai jenis coklat yang berkualiti yang kini mendapat pasaran di peringkat antarabangsa.

"Melihat kepada kehendak pelancong yang menggemari pelancongan berkonsepkan interaktif dalam industri makanan, kita yakin kewujudan muzium ini sangat membantu dalam melonjakkan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014)," katanya selepas merasmikan Muzium Coklat milik DR Group Holdings Sdn. Bhd., di Kota Damansara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan syarikat itu, Datuk Dahlan Rashid.

Muzium Coklat Kota Damansara ini berkonsepkan 3Es iaitu pembelajaran interaktif, keseronokan membeli-belah dan pengalaman membuat coklat turut menyediakan maklumat serta sejarah coklat dan koko berusia lebih 3,000 tahun dari seluruh negara.

Sejak dibuka awal Januari tahun lalu, muzium ini menerima kunjungan lebih 50,000 pelawat terdiri daripada pengunjung tempatan dan pelancong luar negara.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri mengulas mengenai kesan yang dialami negara terutama dalam sektor pelancongan akibat bencana dan pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara jiran.

Menurutnya, selain kesan penurunan kedatangan pelancong dari negara terlibat, situasi ini turut membantutkan kedatangan pelancong dari negara lain yang menggunakan laluan darat dan udara melalui negara berkenaan.

"Kita bersedih dengan apa berlaku kepada negara-negara jiran kita. Keadaan itu juga menjejaskan sektor pelancongan apabila ramai pelancong yang membatalkan kunjungan mereka ke sini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved