Khamis, 16 Januari 2014

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor tingkat kualiti pembelajaran

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my

Siti Zaharah Kadir (dua dari kanan) menerima akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Genius daripada Ismail Mohd. Sidek (kiri) pada majlis pelancaran akhbar itu di Sekolah Menengah Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dan SMK Taman Ehsan, Kepong, Selangor melanggan 800 naskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Tutor Genius.

Pengetua SMK Taman Datuk Ahmad Razali, Siti Zaharah Kadir berkata, akhbar Tutor akan dijadikan rujukan dan alat bantuan mengajar oleh guru dalam bilik darjah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah.

"Kita dapati penggunaan Tutor PMR SPM pada minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan pada tahun lalu amat berkesan namun kita agak terlewat melanggan akhbar ini.

"Untuk itu pada tahun ini, kita tidak mahu mengulangi kesilapan sama dan atas alasan tersebut juga, sekolah bertindak melanggan Tutor lebih awal kerana kita berasa akhbar ini amat berkesan dalam membaiki strategi pembelajaran murid," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program penyerahan langganan Tutor Genius semasa perhimpunan sekolah itu yang dihadiri kira-kira 1,500 murid, di sini hari ini.

Sebanyak 400 naskhah Tutor PMR SPM dan Tutor Genius diserahkan kepada beliau oleh Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Berhad, Ismail Mohd. Sidek dalam majlis tersebut.

Akhbar pendidikan Tutor PMR SPM setebal 20 halaman diterbitkan pada setiap Isnin manakala Tutor Genius pula pada hari Khamis, eksklusif untuk langganan sekolah.

Selain itu, Utusan Malaysia turut menerbitkan Tutor UPSR pada setiap Isnin, Tutor English (Selasa) manakala Tutor Junior diterbitkan pada hari Rabu. Semua akhbar itu dijual pada harga 50 sen senaskhah.

Bagi Siti Zaharah, banyak pengetahuan baharu boleh diperoleh murid dalam meningkatkan kualiti pembelajaran mereka selain bergantung kepada bahan buku teks dan buku ulang kaji biasa di pasaran.

Sementara itu, Pengetua SMK Taman Ehsan, Patifah Shamsuddin berkata, 400 naskhah Tutor PMR SPM dan Tutor Genius yang dilanggan akan diagihkan kepada murid tingkatan 3 dan 5 di bawah tajaan koperasi sekolah tersebut.

Katanya, semua guru sudah diminta menjadikan Tutor sebagai alat bantuan mengajar dalam bilik darjah dan dijadikan sebahagian aktiviti pembelajaran mengikut keperluan mata pelajaran tertentu.

Tambah beliau, kandungan Tutor yang padat dengan soalan latih tubi amat membantu murid dalam membiasakan diri menjawab soalan peperiksaan apatah lagi set soalan Tutor disediakan oleh guru pakar mata pelajaran.

"Malah penyediaan format soalan menepati keperluan Kementerian Pendidikan dan merupakan salah satu inisiatif terbaik Utusan Malaysia dalam meningkatkan kualiti penyediaan kemudahan pembelajaran yang lebih baik kepada masyarakat, syabas Utusan," katanya.

Guru harap baiki kemerosotan

Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding menunjukkan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor UPSR dan Tutor Junior semasa majlis penyerahan akhbar tersebut di SK Dusun Nanding, Hulu Langat, kelmarin.

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Keyakinan terhadap kualiti soalan latih tubi yang terdapat dalam akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor UPSR dan Tutor Junior mendorong Sekolah Kebangsaan (SK) Dusun Nanding, Hulu Langat melanggannya buat kali pertama.

Guru Besar sekolah berkenaan, Noridah Abdul Aziz berkata, pihaknya berminat melanggan 500 naskhah Tutor UPSR dan Tutor Junior berikutan kemerosotan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut tahun lalu.

Katanya, sebelum melanggan Tutor, sekolah itu melanggan akhbar pendidikan lain namun gagal memberikan hasil yang baik, malah keputusan peperiksaan murid mengalami penurunan mendadak.

"Kita agak terkejut dengan keputusan murid dalam UPSR lalu yang agak merosot meskipun sudah melakukan pelbagai usaha termasuk program peningkatan murid," katanya yang ditemui dalam majlis penyerahan langganan akhbar Tutor UPSR dan Tutor Junior sebanyak 500 naskhah di sini, semalam.

Akhbar pendidikan Tutor UPSR setebal 20 halaman diterbitkan pada setiap Isnin dan eksklusif untuk langganan sekolah.

Selain itu, Utusan Malaysia turut menerbitkan Tutor SPM pada setiap Isnin, Tutor English (Selasa), Tutor Junior (Rabu) dan Tutor Genius untuk sekolah menengah pada setiap Khamis.

Semua akhbar itu dijual pada harga 50 sen senaskhah.

Sementara itu, Noridah memberitahu, kandungan Tutor yang padat dengan set soalan latih tubi menarik pihaknya melanggan akhbar tersebut selain tawaran harganya yang amat murah berbanding akhbar pendidikan lain.

"Susun atur grafik Tutor juga menarik dan menceriakan pembacaan sekali gus menarik minat murid untuk menggunakan akhbar tersebut sebagai rujukan tambahan," katanya.

Pihak sekolah dan orang ramai yang berminat melanggan Tutor boleh menghubungi Unit Sekolah Jabatan Pemasaran Utusan Malaysia di 03-89243977.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved