Khamis, 20 Mac 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Keputusan SPM terbaik

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Dr. Khair Mohamad Yusof menunjukkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/ Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 20 Mac - Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun berdasarkan indeks nilai Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, nilai GPN pada tahun ini ialah 4.93 mata berbanding 5.34 mata pada 2009.

Beliau berkata, jumlah yang memperoleh semua gred A (Cemerlang) juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 13,970 calon dengan 11,892 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan manakala 2,078 calon pula sekolah persendirian.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 405 calon berjaya mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

"Jumlah yang memperoleh semua gred A lebih baik berbanding pada 2012 iaitu sebanyak 13,720 dengan peningkatan 0.05 peratus.

"Pada tahun ini, seramai 442,588 calon menduduki SPM berbanding 441,542 pada 2012 dengan penurunan sebanyak 1,046 calon," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2013 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khair berkata, dalam SPM 2013, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai wajib lulus sebagaimana Bahasa Melayu bagi melayakkan calon mendapat sijil.

Berikutan itu, sejumlah 378,490 calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 pada tahun sebelumnya dengan penurunan sebanyak 24,369 calon.

Walau bagaimanapun, katanya, penurunan jumlah calon layak mendapat sijil bukan hanya disebabkan mata pelajaran Sejarah sebaliknya berdasarkan keseluruhan prestasi semua mata pelajaran mengikut nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Berdasarkan GPMP, prestasi 61 mata pelajaran meningkat manakala 46 mata pelajaran menurun dan hanya satu subjek kekal prestasinya berbanding 2012.

"Walau bagaimanapun kesemua subjek teras meningkat kecuali Matematik yang menurun dengan 4.99 mata berbanding 4.91 mata tahun lalu," katanya.

Mengulas lanjut, Khair berkata, peningkatan calon luar bandar lebih tinggi berbanding pencapaian calon bandar sekali gus jurang pencapaian antara kedua-dua kawasan itu mengecil sebanyak 0.01 peratus mengikut nilai GPN.

Tambah Khir, SPM 2013 juga menyaksikan lapan calon berkeperluan khas mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) membuktikan semua calon tanpa mengira kekurangan mereka berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.

"Kementerian menggunakan khidmat pakar pentaksiran luar negara yang terlibat dalam SPM 2013 antaranya Cambrige International Examinations (CIE), United Kingdom bagi memastikan peperiksaan yang dikendalikan kami mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Pakar pentaksiran terlibat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen pentaksiran, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penentuan standard yang telah dilaksanakan secara profesional dan memiliki kredibiliti tinggi.

"Kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan adalah tinggi," katanya.

Punca gred Matematik merosot perlu dikaji-TPM

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

MUKAH 20 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan supaya satu kajian dibuat bagi mengenal pasti punca penurunan gred diperoleh pelajar bagi mata pelajaran Matematik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013.

Timbalan Perdana Menteri berkata, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan pencapaian pelajar dalam kedua-dua peperiksaan itu pada tahun lalu kerana menunjukkan peningkatan berbanding 2012.

"Saya ucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam STPM dan SPM 2013. Kedua-dua peperiksaan ini menunjukkan peningkatan dari segi pencapaian.

"Dalam peperiksaan SPM sebagai contoh seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof hari ini, kita dapati ada peningkatan bagi beberapa mata pelajaran teras kecuali Matematik," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Simbolik Jambatan Batang Balingian di Sekolah Kebangsaan (SK) Parish, Balingian di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kemudahan Awam negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Awang Mohammad Asfia Awang Nassar dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingian, Yussibnosh Balo.

Di Putrajaya hari ini, Khair mengumumkan sebanyak 13,970 pelajar yang menduduki SPM 2013 berjaya memperoleh semua gred A (cemerlang).

Beliau berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 250 calon berbanding keputusan tahun sebelumnya iaitu 13,720 calon.

Katanya, pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai Purata Gred Nasional (GPN) 4.93 mata berbanding 5.08 mata pada 2012.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau telah mengarahkan pegawai di Kementerian Pendidikan supaya meneliti dan mengkaji kenapa terdapat penurunan dalam mata pelajaran Matematik berbanding dengan subjek teras yang lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Moral, Sejarah dan Sains.

Katanya, kajian dijalankan itu meliputi dari segi guru yang mengajar, kandungan subjek seperti pemahaman pelajar dan perlukah tumpuan lebih diberikan kepada mereka yang mengalami masalah tersebut.

Bagaimanapun, ujar beliau, secara umumnya terdapat peningkatan prestasi bagi mata pelajaran yang lain seperti Sains Elektif, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Sains Gunaan.

"Turut mencatatkan peningkatan prestasi ialah mata pelajaran teknikal seperti Pengajian Neuro Teknologi, Keusahawanan, Ekonomi Rumahtangga, Lukisan, Kejuruteraan Mekanikal dan Awam serta Bahasa Arab dan Tasawuf.

"Buat pertama kali juga, Sejarah yang dijadikan mata pelajaran wajib lulus mencatatkan 85.52 peratus pelajar mendapat sijil penuh iaitu kira-kira 378,490 orang," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat disimen dalam tong

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

ANGGOTA polis membawa suspek untuk membuat pengecaman mayat seorang ahli peniagaan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Mac - Penahanan enam suspek termasuk seorang wanita warga Thailand di sekitar Lembah Klang pada malam tadi dan hari ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong.

Mayat mangsa ditemui di dalam tong tersebut yang dicampak di tepi jalan di Bukit Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan kira-kira pukul 6 petang.

Menurut sumber, penemuan itu berikutan dua daripada suspek terlibat mengaku telah membunuh ahli perniagaan itu.

"Dua suspek terbabit menunjukkan polis lokasi mayat tersebut disembunyikan iaitu di kawasan Bukit Pelanduk.

"Polis kemudian menemui tong di mana mayat mangsa yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu disimen di dalamnya," katanya.

Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat oleh pihak polis berhubung penemuan mayat itu.

3,900 peluru kosong dirampas

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

Mohd. Mokhtar Mohd Shariff (kiri) bersama anggotanya menunjukkan sebahagian daripada 3,900 butir peluru kosong yang dirampas dalam Ops Cantas di sebuah premis menjual barangan lusuh selepas sidang akhbar di Johor Baharu, Johor, semalam. - UTUSAN/Amin Farij Hasan

JOHOR BAHRU 20 Mac - Polis negeri ini berjaya merampas 3,900 butir peluru kosong jenis SME 5.56 milimeter selepas menahan lima lelaki termasuk tiga warga asing di sebuah kedai jual barangan lusuh, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua lelaki berusia antara 15 hingga 39 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas di Ulu Tiram, di sini pukul 11.10 pagi.

"Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah kabel jenis PRS 0.5 milimeter sepanjang 25 meter dipercayai milik sebuah syarikat telekomunikasi.

"Kita sedang menjalankan siasatan bagaimana mereka memperoleh peluru kosong berkenaan dan apakah kegunaannya. Hasil siasatan awal juga mendapati mereka menjalankan perniagaan barangan lusuh tanpa permit selain dipercayai terlibat menjual barangan curi," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, walaupun itu peluru kosong, namun jika diisikan dengan bebola besi boleh mendatangkan kecederaan atau kematian.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 6 Akta Sekendhend 1946 dan Sekysen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya sambil memberitahu kesemua suspek kini ditahan reman hingga Sabtu ini untuk membantu siasatan lanjut.

Dalam kes berasingan, polis turut menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing berusia 39 hingga 56 tahun dalam satu serbuan pukul 10.30 pagi di sebuah kedai barangan lusuh di Ulu Tiram, Isnin lalu.

Mohd. Mokhtar berkata, turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah kabel penyuap aluminium 7/8 inco anggaran berat 103 kilogram (kg), 'jumper' kabel 1/2 inci anggaran berat 26 kg, kabel tembaga (35 kg) dan kabel aluminium (empat kg) yang dipercayai dicuri.

"Semakan jenayah lampau juga mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 6 Akta Sekendhend 1946 dan kesemua suspek direman sehingga esok untuk membantu siasatan," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 55D dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Cuaca lebih baik bantu cari pesawat

Posted: 20 Mar 2014 06:54 PM PDT

SYDNEY 21 Mac - Cuaca lebih baik hari ini akan membantu dalam usaha mencari objek terapung dikesan satelit di Lautan Hindi, dipercayai pesawat MH370, semalam.

Biro Meteorologi Australia memberitahu, cuaca semakin baik hari ini selepas mendung dan hujan semalam. - AFP

Ukraine undur tentera di Crimea

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Tentera Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan di pintu pagar unit ketenteraan Ukraine di Perevalnoye, pinggir Simferopol, semalam. - AFP

SEVASTOPOL, Crimea 20 Mac - Ukraine semalam mengumumkan rancangan mengundurkan tenteranya dari Crimea selepas pasukan bersenjata pro-Rusia merampas kawalan ke atas ibu pejabat tentera laut Ukraine di sini dan menahan komandernya.

Beberapa jam selepas pasukan bersenjata bertopeng dan berkomunikasi dalam bahasa Rusia menyerbu pangkalan tentera laut Ukraine di sini, askar-askar dilihat membawa pakaian dan barangan milik mereka keluar dari kompleks tersebut.

Sekumpulan orang dipercayai anggota kumpulan militia tempatan dan Cossack serta pegawai dari Armada Laut Hitam Rusia dipercayai menyaksikan tindakan askar Ukraine tersebut.

Jumlah askar Ukraine yang berundur dan menyerah diri kepada Crimea masih belum jelas kerana kebanyakan mereka telah berpaling tadah kepada Rusia.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Crimea berkata, mereka melakukan persediaan untuk memindahkan kira-kira 25,000 askar dan keluarga mereka ke Ukraine.

Komander tentera laut Ukraine, Laksamana Serhiy Haiduk dan beberapa tebusan lain ditahan oleh pihak berkuasa Crimea telah dibebaskan, kata laman web Pejabat Presiden Ukraine, hari ini.

Ukraine mengisytiharkan keluar daripada Komanwel Negara-negara Bebas yang didominasi Moscow.

Negara terakhir yang keluar daripada perikatan itu adalah Georgia selepas berperang dengan Rusia pada 2008 dan kehilangan dua wilayahnya. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Didakwa bunuh isteri

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

M.R.RAMAN

SHAH ALAM 20 Mac - Seorang pengawal keselamatan berdepan dengan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah, minggu lalu.

M.R. Raman, 46, didakwa membunuh Rasiyah Tawil, 44, warga Indonesia di No. 4-11 Blok 53, Flat PKNS, Jalan Plumbum 7/100 Seksyen 7 di sini antara pukul 4.30 pagi dan 6 pagi, 13 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lelaki itu mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Majistret Elyana Razali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 April ini.

Suami Sari Yanti fail nusyuz

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Sari Yanti

PETALING JAYA 20 Mac - Suami kepada pelakon Sari Yanti mengemukakan permohonan nusyuz selepas tidak bersetuju dengan tindakan isterinya itu memfailkan permohonan cerai bulan lalu.

Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 7 Mac lalu mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes tersebut dan Mohd. Edy Casmadi hadir sebagai plaintif namun Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, yang dinamakan sebagai defendan tidak kelihatan di mahkamah.

Peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili plaintif memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya telah menyerahkan saman tersebut di rumah Sari Yanti di sini namun defendan tiada di rumah ketika itu.

Katanya, saman itu kemudian diserahkan di rumah keluarga defendan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

"Ketika itu defendan tiada di rumah, kakaknya yang menerima saman itu. Oleh yang demikian, penyampaian saman itu tidak sempurna," katanya.

Peguam syarie itu turut memaklumkan, pihaknya memfailkan afidavit penyampaian kepada mahkamah, semalam.

Menurut beliau, Sari Yanti yang kini popular menerusi program Fear Factor Musim Kedua sudah maklum mengenai prosiding hari ini namun gagal untuk menghadirkan diri.

Pihak plaintif seterusnya memohon untuk menyampaikan saman gantian secara tampalan di rumah keluarga defendan dan memohon untuk menukar alamat penyampaian di Kuala Pilah.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah membenarkan permohonan plaintif untuk menyampaikan saman gantian bagaimanapun mengarahkan plaintif membuat permohonan secara bertulis.

Abd. Halim juga membenarkan alamat defendan bagi penyampaian saman ditukar.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 April ini.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah Mohd. Edy Casmadi meminta pihak media tidak bertanyakan sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangga mereka.

Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

"Tanya dia (Sari Yanti), jangan tanya saya. Lebih baik dia yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, Rabu lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


MB gembira pencapaian MTNP

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Adnan Yaakob menandatangan plak sebagai tanda merasmikan Sukan Gema Putera sambil diperhatikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail (kanan) dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PBNP), Datuk Lias Mohd. Noor (tengah) di Kompleks Teruntum, Pahang, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 20 Mac - Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) muncul sekolah terbaik di negeri ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan hari ini dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.45.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan tersebut mengatasi pencapaian sekolah terbaik di bawah kementerian di negeri ini iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Pekan yang mencatat GPS 1.84.

"Disebabkan MTNP merupakan sekolah projek khas kerajaan negeri di bawah Yayasan Pahang ia tidak dimasukkan dalam senarai tersebut.

"Namun, pencapaian tersebut amat membanggakan dan ia bukan kali pertama yang diraih oleh MTNP," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sukan Gemaputera di Kompleks Teruntum di sini hari ini.

Seramai 34 orang pelajar MTNP menduduki peperiksaan dan lulus 100 peratus dengan lima daripadanya memperolehi keputusan cemerlang.

Menurut Adnan, kejayaan tersebut menggambarkan bahawa jika semua pihak komited dan bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil.

"Dengan disiplin yang tinggi, kesungguhan dan komitmen semua pihak pasti akan mencapai kecemerlangan," jelasnya.

Ingin ubah nasib keluarga jadi pendorong 3 pelajar Orang Asli

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

ROMPIN 20 Mac - Ingin mengubah nasib keluarga menjadi pendorong kepada tiga pelajar Orang Asli suku Jakun dari daerah Rompin dan Pekan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Lebih membanggakan lagi, ketiga-tiga mereka yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin turut diumumkan sebagai calon cemerlang Orang Asli SPM negeri Pahang.

Mereka ialah Tan Bee Hui a/p Tan Boon Huat, 19, dari Taman Pantai Indah di sini dan Nurul Afida Nasrun, 18, dari Kampung Kemendul di sini dan Tey Chin Ee, 18, dari Kampung Api Larat, Pekan.

Tan Bee Hui memperoleh 8A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi manakala Fizik dan Bahasa Cina mendapat B.

Nurul Afida pula mendapat 7A dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi dan Ekonomi Asas manakala Bahasa Inggeris mendapat D.

Sementara itu, Chin Ee mendapat 6A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Sains dan Geografi manakala Bahasa Inggeris dan Ekonomi Asas mendapat B.

Tan Bee Hui ketika ditemui berkata, fokus dalam kelas dan sentiasa mengikut jadual belajar yang dibuat sendiri merupakan resipi kejayaannya.

"Ketika cikgu mengajar pula saya sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dan apa sahaja kerja sekolah yang diberikan saya akan siapkan," katanya yang merupakan anak seorang mekanik.

Tambahnya, di dalam kelas pula dia sering bertanya soalan kepada cikgu jika tidak faham sesuatu yang diajar itu.

Sementara itu, Nurul Afida berkata, dia jarang ke kelas tambahan sebaliknya mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang dibuat sendiri.

"Ibu bapa saya amat pentingkan pendidikan anak-anak sejak dari kecil lagi kerana tidak mahu kami mengulangi kehidupan mereka pada masa kini.

"Mereka mahu saya mendapat kerja yang bagus-bagus di luar sana," katanya yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik.

Bagi Chin Ee, rajin, usaha dan semangat untuk berjaya antara resipi kejayaanya yang diamalnya selama ini.

"Siapa kata anak Orang Asli tidak boleh berjaya. Kalau kita yakin dengan kebolehan diri dan berusaha bersungguh-sungguh pasti berjaya," katanya.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, apa yang penting adalah jangan ponteng sekolah dan tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.

"Saya pada mulanya tidak meminati Matematik tetapi ibu saya pernah berpesan supaya dapat A dalam mata pelajaran itu dan akhirnya saya berjaya," katanya.

Sampah punca longkang tersumbat

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

BERA 20 Mac - Masalah longkang tersumbat serta bau busuk yang dialami peniaga di bandar Triang di sini mendapat perhatian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam (PPSPPA) daerah dan Alam Flora.

Pengurus Cawangan PPSPPA Bera, Mohd. Khairuddin Makmun berkata, pihaknya telah pun melakukan pembersihan segera setelah menerima aduan tentang permasalahan tersebut oleh peniaga di kawasan berkenaan.

"Berdasarkan pembersihan yang dijalankan, kita mendapati longkang tersumbat yang berlaku di situ berpunca daripada sampah sarap seperti plastik, tisu, kertas dan puntung rokok yang dibuang ke longkang di situ.

"Keadaan itu menyukarkan pengaliran air sempurna lebih-lebih lagi apabila sisa makanan dari hotel berdekatan turut dibuang ke longkang itu," katanya di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tamatkan cengkaman si pengacau

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

KENYATAAN Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong berhubung keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka lembaran baru dalam fokus isu ini yang seringkali digembar-gemburkan oleh puak pembangkang sebagai konspirasi politik terhadap beliau.

Kenyataan Christopher bahawa Anwar tidak patut dihukum "kerana ia berlaku atas dasar suka sama suka di antara dua orang dewasa" menyentak banyak pihak. Peliknya, sehingga kini tidak ada komen balas daripada pihak Anwar berhubung kenyataan itu.

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, bekas Presiden ABIM selama dua penggal, DR. YUSRI MOHAMAD, yang juga bekas Pensyarah Kanan di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mengupas isu ini dan dominasi imej Anwar dalam minda khalayak.

Apa pandangan saudara mengenai kenyataan Christopher Leong?

YUSRI: Kita tak terkejut dengan pendirian beliau kerana mereka yang berpegang kepada fahaman hak asasi manusia yang bebas agama dan bebas nilai memang berpendirian begitu. Kadangkala mereka merujuk kepada kes jenayah suka sama suka sebagai jenayah tanpa mangsa (victimless crime). Maksudnya bagi mereka, kes sebegini sebenarnya bukan jenayah yang patut dikenakan pendakwaan. Majlis Peguam sejak beberapa tahun ini sering berpegang kepada fahaman hak asasi aliran ini.

Bagi kita orang Islam dan beriman pula, sikap kita terhadap pendirian sebegini adalah selari dengan firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud; "Bagi kamu agama/pegangan kamu dan bagi kami agama/pegangan kami". Dalam Islam, maksiat seperti zina ataupun liwat walaupun secara suka sama suka adalah tetap jenayah yang boleh didakwa dan dihukum demi kebaikan individu dan masyarakat secara amnya.

Seterusnya, walau apapun fahaman hak asasi manusia individu atau kumpulan di Malaysia, akhirnya semua pihak harus tunduk dan menurut Perlembagaan dan undang-undang sedia ada selagi mana ianya berkuat kuasa. Terutama jika sesuatu isu itu sudah jelas diperuntukkan oleh Perlembagaan sehingga boleh dianggap sebagai salah satu tiang asas Perlembagaan itu sendiri.

Pada masa sama, saya rasa beliau silap bila mengkategorikan kes Anwar lwn Saiful sebagai suka sama suka. Sepatutnya sebagai peguam, beliau lebih sensitif kepada elemen paksaan atau desakan tidak langsung wujud dalam kes melibatkan majikan dan pekerja seperti dalam kes ini. Gangguan seksual di tempat kerja melibatkan majikan dan pekerja bukanlah isu yang baru mahupun asing dalam mana-mana masyarakat.

Anwar masih gunakan skrip lama dengan menuduh mahkamah tidak berlaku adil kepadanya dan konspirasi berlaku. Apa pandangan saudara sebagai lulusan undang-undang dan syariah?

Saya rasa sesiapa pun yang bersedia menilai episod terakhir ini dengan objektif dan neraca yang betul akan sukar untuk menerima skrip konspirasi ini sekali lagi. Malangnya, apabila melibatkan Anwar, ada kalangan masyarakat kita tidak mahu atau tidak sedia untuk bersikap objektif dan kritikal kerana pelbagai sebab.

Ada yang masih belum bebas atau lepas daripada pesona dan aura zahir politik dan peribadi Anwar. Mereka ini meminati beliau sebagai tokoh karismatik sehingga sampai sekarang gagal melihat sisi buruk beliau.

Ada pula yang tidaklah terlalu fanatik kepada Anwar tetapi terlalu membenci seteru politiknya sehingga sanggup terus membela Anwar supaya seteru politik beliau mesti sentiasa dipakaikan dengan imej seburuk dan sejahat mungkin.

Ada juga yang terus membela Anwar kerana berlatar Islam-Melayu, Anwar dilihat sebagai alat yang sangat berkesan untuk melemahkan agenda Islam dan Melayu dari dalam.

Anwar pasca 1998 jelas konsisten mempromosi pencairan agenda Islam dan Melayu serta menjadi faktor besar yang menghalang kesatuan suara Islam-Melayu di negara kita. Bagi kelompok anti-Islam-Melayu ini, memang benarlah Anwar itu Anugerah Tuhan bagi agenda mereka.

Ada juga yang masih membela Anwar kerana terkeliru memilih acuan atau formula dalam menilai kes Anwar terutamanya tersilap menganggap Anwar dilindungi oleh hukum qazaf dan prinsip umum larangan aib-mengaib dalam Islam. Kalaulah tidak dikelabui oleh sentimen dalam menilai kes Anwar dan Saiful ini, nescaya kita akan menemukan banyak fakta yang menunjukkan bahawa ini bukanlah konspirasi.

Sesudah menilai bukti dan hujah kedua-dua pihak, ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mendapati beliau bersalah. Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu pun membebaskan beliau atas alasan teknikal sahaja yang kemudiannya disanggah di peringkat rayuan. Majlis Peguam dan beberapa badan guaman antarabangsa sendiri tidak mempertikaikan kredibiliti penghakiman tersebut.

Cuma tidak bersetuju dengan undang-undang yang menjenayahkan perlakuan tersebut yang mereka fahami sebagai suka sama suka. Seolah-olah mereka ini pun menerima sabitan fakta dalam kes tersebut.

Dari segi sisi agama dan syariah pula beberapa perkara perlu ditegaskan. Meskipun forum yang lebih baik adalah Mahkamah Syariah, tidak pula bererti penghakiman di Mahkamah Sivil langsung tidak ada makna dan nilainya bagi kita orang Islam.

Kita masih boleh menerima hukuman Mahkamah Sivil dalam kes ini sebagai takzir kerana kes ini bukannya kes hudud zina atau liwat biasa. Kes ini melibatkan konteks tersendiri dan lebih tepat dikategorikan sebagai kes gangguan seksual tempat kerja. Dalam kes seumpama itu, kes sumbang mahram atau kes rogol, hukum yang terpakai adalah berbeza kerana konteks jenayah tersebut melibatkan faktor paksaan atau desakan (undue influence).

Oleh itu, persoalannya di sini bukan hendak mensabitkan Anwar dengan kesalahan hudud zina atau pun liwat yang memerlukan beban bukti empat orang saksi yang adil. Beban bukti dalam kes beliau tidak semestinya saksi sahaja tetapi boleh juga dalam bentuk bahan-bahan bukti lain yang diterima oleh hukum syarak.

Sebenarnya yang lebih utama dalam kes Anwar bukanlah menghukum beliau dari segi jenayah tetapi menilai kredibiliti beliau sebagai pemimpin. Sejak mula kes beliau timbul di akhir 1998 hingga sekarang, beliau tetap aktif dalam politik.

Sangatlah wajar masyarakat menilai kesesuaian beliau sebagai pemimpin berdasarkan kes atau isu-isu yang melibatkan beliau walaupun yang bersifat moral. Beliau tidak patut dibenarkan berselindung di sebalik prinsip umum larangan mendedahkan aib dalam Islam.

Soal integriti berkait rapat dengan isu pemimpin. Saudara pernah bekerja dengan Dr. Wan Azizah, apakah penilaian terhadap beliau sebagai proksi Anwar di PRK DUN Kajang?

Benar, di awal gelombang reformasi selepas pemecatan Anwar pada 1998, saya turut terpanggil untuk membela dan membantu beliau. Sikap itu diambil berasaskan persepsi dan maklumat yang ada pada saya ketika itu. Selepas mendapat gambaran dan fakta yang lebih lengkap serta mengikuti perkembangan susulan selepas Anwar dibebaskan, saya tidak boleh lagi dengan jujur mempertahankan sikap yang awal.

Di tahun-tahun reformasi itu memang saya sempat berperanan membantu Dr. Wan Azizah secara rapat. Ketika itu Anwar masih dipenjara. Saya percaya ramai yang mengenali Dr. Wan Azizah akan bersetuju bahawa beliau tidak cukup berwibawa sebagai pemimpin politik.

Anwar menggunakan beliau sejak dahulu untuk meraih simpati dan sebagai proksi aura peribadinya. Imej luaran Dr. Wan Azizah dan ahli keluarganya digunakan semaksimum mungkin oleh Anwar untuk menyelamatkan imej peribadi beliau yang dilanda skandal demi skandal.

Anwar sangat bersandar kepada propaganda bahawa jikalau isteri dan keluarganya tetap teguh bersamanya, itu tanda yang beliau tidak bersalah. Mereka yang mengenali keluarga ini secara dekat tahu bahawa Dr. Wan Azizah dan keluarga sebenarnya tidak cukup kuat mengatasi cengkaman dan dominasi Anwar. Mungkin juga kerana sudah terlalu lama dan terbiasa berada dalam dominasi Anwar, Dr. Wan Azizah dan keluarga tidak nampak adanya pilihan selain menurut percaturan Anwar. Betul atau salah bukan lagi asas pertimbangan.

Berat kalimah-kalimah ini hendak saya ucapkan tetapi saya tak rela mengutamakan mana-mana individu atau keluarga dengan menggadai nasib agama, bangsa dan negara.

Apa harapan saudara terhadap pengundi Kajang supaya yang dipilih ialah orang yang boleh mendukung aspirasi rakyat?

Bukan sahaja Kajang tetapi seluruh negara sebenarnya perlu dimerdekakan daripada sandiwara politik Anwar yang sudah terlalu meleret dan banyak mengharu-birukan negara. Anwar cenderung menimbulkan sisi terburuk dalam diri dan masyarakat kita. Demi agenda peribadi beliau, pelbagai prinsip dan tonggak negara bangsa dimanipulasi dan dirombak demi memainkan sentimen dan emosi masyarakat.

Sebahagian masyarakat pula begitu gemar menari mengikut irama yang beliau mainkan kerana terpedaya oleh sihir beliau atau terdorong oleh nafsu perkauman, agama dan kelompok yang Anwar suburkan.

Kita semua mahukan politik dan pemerintahan yang adil, amanah dan berwibawa. Kita juga mahu mengekalkan serta meningkatkan lagi kemakmuran, kesejahteraan yang bersendikan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama di Malaysia. Ini semua kerja besar yang menuntut tumpuan dan kesungguhan. Ia juga menuntut kita untuk berjiwa besar dan berlapang dada dalam membina kehidupan secara bersama.

Anwar dan politik beliau menjadi pengacau kita daripada memberi tumpuan terhadap kerja-kerja besar ini. Wajarlah beliau direhatkan agar kita pun dapat bertenang dan membuka lembaran baru politik negara yang lebih segar dan membina.

Kajang saksi harga sebuah janji

Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT

Budiman Mohd. Zohdi

Chew Mei Fun dan Wan Azizah Wan Ismail bergandingan tangan sambil melambai kepada media selepas menghantar borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 11 Mac lalu. - BERNAMA

ORANG tua memang cukup arif dalam hal berkaitan janji. Sebab itu wujud pepatah, kalau kerbau dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janji. Manusia yang berjanji tetapi tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan ialah golongan yang tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti. Golongan seperti ini sememangnya tidak layak untuk bergelar pemimpin.

Pada Januari 2011, sekumpulan 2,020 orang ibu tunggal telah memfailkan saman menuntut kerajaan pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor supaya menunaikan janji yang terkandung di dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008. Janji mereka, jika pakatan menang maka ibu-ibu tunggal di Selangor akan diberikan elaun bulanan.

Nasib mungkin menyebelahi kerajaan Selangor kerana walaupun Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membatalkan saman tersebut, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 13 Mei 2013 memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Malah dalam afidavit balasnya kerajaan pakatan Selangor menyatakan bahawa manifesto bukanlah suatu janji tetapi cuma pernyataan biasa sebuah parti politik.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Abdul Khalid supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut.

Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A. Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Abdul Khalid bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang sehingga membolehkan seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya untuk menuntut penguatkuasaan manifesto tersebut. Mahkamah kemudiannya memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Abdul Khalid.

Kes di atas adalah satu daripada beberapa contoh janji-janji kerajaan pakatan Selangor yang ditabur semasa PRU-12. Namun setelah berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor, sebahagian besar daripada janji tersebut hanya tinggal janji. Selain pemberian elaun kepada ibu tunggal, kerajaan negeri juga gagal melaksanakan janji mereka untuk menurunkan cukai pintu, memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, memberi bantuan RM50 seorang bagi pendidikan prasekolah dan memberi elaun khas kepada setiap suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak mereka.

Ini menunjukkan bahawa puak pakatan pembangkang ini bercakap tanpa berfikir. Mereka berjanji tanpa memikirkan kesan daripada janji itu. Apabila menyedari bahawa peruntukan yang besar diperlukan untuk melaksanakan segala janji tersebut, kerajaan pakatan Selangor berusaha mengalih perhatian rakyat Selangor daripada menuntut janji-janji tersebut dengan memberikan gula-gula kepada rakyat dalam bentuk pemberian air percuma untuk pengunaan 20 meter padu yang pertama atau lebih kurang RM12 sebulan. Itu pun tidak sampai separuh isi rumah di Selangor yang menikmatinya terutama mereka yang tinggal di pangsapuri yang menggunakan meter air pukal.

Akibat sampingan daripada subsidi air tersebut, kerajaan Selangor juga kehilangan pendapatan hampir RM140 juta setahun. Pendapatan yang boleh digunakan untuk menampung kos penambahbaikan paip-paip usang dan loji-loji rawatan air.

Malah Abdul Khalid sendiri mengakui pemimpin mereka perlu mengurangkan janji yang sukar dilaksanakan dan meningkatkan prestasi kerja untuk kebajikan rakyat. Menurutnya, manifesto seperti penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus sebenarnya sukar dilakukan kerana akan menjejaskan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seakan-akan terlupa dengan pelbagai janji lama yang masih belum ditunaikan kepada rakyat Selangor, pada PRK Kajang ini pelbagai janji ditabur lagi. Kalau pada 2008 sebagai pembangkang yang mengintai peluang tetapi yang anehnya kali ini sebagai kerajaan yang menerajui Selangor, mereka masih tidak habis-habis menabur janji. Masalah jenayah, kesesakan lalu lintas dan banjir di Kajang tiba tiba menjadi perhatian utama kerajaan negeri. Seolah-olah tanpa PRK Kajang, kedua-dua masalah ini bukan suatu keutamaan yang perlu ditangani oleh pakatan pembangkang yang menerajui Selangor.

Memang diakui kehebatan kilang-kilang pakatan pembangkang yang begitu efisien dan efektif dalam mengeluarkan produk janji selain cemuhan yang memberi label negatif. Setiap kali musim PRU atau PRK, kilang-kilang tersebut akan bekerja lebih masa untuk mengeluarkan produk yang sama. Yang berbeza cuma cara ia dibungkus, yang kebiasaannya di dalam pakej berwarna-warni yang mampu menarik perhatian pengundi.

PRK Kajang memberi warna kepada pelbagai janji. Beberapa hari lalu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah melancarkan manifesto PRK Kajang untuk meningkatkan prestasi kutipan sampah di kawasan Kajang. Tiga teras lainnya adalah membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, pembangunan anak muda dan usahawan kecil serta menangani masalah kesesakan lalu lintas.

Tentunya manifesto ini seperti memperlekeh kepimpinan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid. Bahkan tindakan Wan Azizah menabur janji baharu kepada rakyat memberi tamparan hebat kepada kerajaan sedia ada. Adakah ini membawa maksud kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid gagal menyelesaikan masalah rakyat di Kajang sehingga terpaksa mengemukakan manifesto baharu khusus bagi meraih undi pengundi di sana?

Adalah sesuatu yang menghairankan apabila calon daripada kerajaan yang memerintah sesebuah negeri mengemukakan manifesto baharu sedangkan kerajaan negeri itu diperintah oleh parti yang dipimpinnya sendiri. Lazimnya, sebuah manifesto dibentangkan oleh calon parti pembangkang bagi menawarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diberikan parti memerintah. Bagaimanapun apa yang berlaku sekarang di Selangor adalah sebaliknya.

Jika diteliti tidak sesuatu yang baharu pun diperkenalkan oleh Wan Azizah selain masalah operasi seperti sampah dan banjir yang sepatutnya dalam perancangan awal kerajaan Selangor.

Benarkah mereka mahu membangunkan usahawan kecil? Apa tujuan notis pemberhentian berniaga penjaja kecil di Sungai Sekamat? Rakyat juga tidak boleh melupakan jurai air mata peniaga nasi lemak apabila warung mereka dirobohkan di Taman Mesra, Kajang oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.

Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun menggariskan empat ikrar sebagai teras utama perjuangannya jika dipilih menjadi wakil rakyat DUN tersebut. Empat ikrar tersebut adalah memperkuatkan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri Selangor, membetulkan masalah hal ehwal tempatan, memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yang konstruktif dan sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat.

PRK Kajang ialah pertembungan dua janji. Biarpun ada yang beranggapan manifesto bukan janji namun ia sebenarnya pendorong kepada sebab mengundi. Pilihlah janji oleh mereka yang mempunyai trek rekod perjuangan dan bukan mereka yang membuat janji baharu seperti menampal tempayan yang bocor. Pilihan di tangan pengundi Kajang. Mereka yang mengundi dan mereka juga yang menerima akibatnya.

Selamat Mengundi!

PENULIS ialah ADUN Sungai Panjang yang juga Setiausaha ADUN BN Selangor.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rozita akan buat kenduri rai kejayaan anak

Posted: 20 Mar 2014 04:59 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 20 Mac - Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 41, hari ini berkongsi berita gembira mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak sulungnya Ammar Effendy,18.

Menerusi gambar yang dikongsi melalui laman Instagram miliknya itu, menunjukkan Ammar mendapat keputusan cemerlang dengan 8 A.

Bagaimanapun Rozita yang kini sibuk dengan rakaman program Primadona tidak dapat menjawab sebarang panggilan telefon untuk mengesahkannya.

Sementara itu suaminya, Zain Saidin, 30, ketika dihubungi Utusan Malaysia, memberitahu sebagai bapa tiri, dia turut bangga dengan pencapaian Ammar.

"Saya bangga dengan Ammar, sehari sebelum menerima keputusan SPM, Ammar kelihatan agak berdebar berbanding isteri saya.

"Kami akan buat kenduri kesyukuran, selain itu Ammar juga pernah memberitahu mengenai hasratnya untuk menyambung pengajian dalam bidang perbankan di luar negara," katanya. - UTUSAN ONLINE

Bukan salah isteri saya

Posted: 19 Mar 2014 11:17 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL

Sidang media Program Terima Kasih Sayang yang menampilkan Hisyam dan isteri (tiga dari kanan) serta Fizo Omar dan isteri.

ADA sahaja cerita kurang elok akan menjengah artis baru. Bagaikan sudah menjadi lumrah, kalau hendak menjadi artis, seseorang itu pasti dihambat kisah-kisah negatif terlebih dahulu. Kalau bernasib baik, perkara sebegini boleh juga menaikkan nama dan populariti. Jika sebaliknya, memanglah malang menimpa seseorang bakat terbaru tersebut kerana bakal menerima tempias dikaitkan sebagai artis baru bermasalah.

Terbaharu, pelakon Singapura yang belum setahun mengembangkan potensi dirinya dengan menjadikan Malaysia sebagai lubuk rezeki tidak terlepas dengan kontroversi.

Namun, tempias aura negatif itu bukan diterima oleh dirinya tetapi terhadap isteri, Rosmawati Hanafi yang juga pengurus kepada Hisyam.

Ada cakap-cakap mengatakan orang tersayang Hisyam itu sebenarnya seringkali bersikap lebih sudu daripada kuah. Dia dikatakan mula menunjukkan sikap sombong dan berlagak terhadap orang dalam industri setelah nama Hisyam dikenali menerusi watak Harith yang dibawanya dalam drama bersiri Ariana Rose.

Hisyam yang ditemui bersama isterinya dalam pelancaran program Terima Kasih Sayang baru-baru ini cuba menjelaskan situasi yang berlaku. Dia tampak begitu santai dan mesra serta tenang menjawab soalan pihak media. Sebagai lelaki dia perlu melindungi isterinya.

Kami sayang antara satu sama lain. Saya tidak mahu orang lain mengambil kesempatan terhadap isteri, yang juga pengurus saya. Sepanjang dia (isteri) menjadi pengurus saya di Malaysia, dia tidak pernah menunjukkan sikap berlagak.

Dia sangat memahami. Kadang-kadang dia tidak akan ikut saya ke lokasi penggambaran. Malah, kalau dia ikut pun, dia tidak akan buat kacau di set. Rasanya perkara ini tidak perlu dijadikan isu. Ketika mula-mula mendapat tahu tentang cerita ini, saya dan isteri betul-betul terperanjat.

Saya terkejut kerana selama dia menguruskan karier saya di sini, dia tidak pernah mengalami sebarang masalah ketika berurusan dengan mana-mana syarikat produksi tempatan," jelas Hisyam.

Tambah Hisyam, isterinya sudah mula menguruskan kariernya sejak dia aktif berlakon di Singapura lagi dan menyangkal dakwaan yang diberikan kepada isterinya.

Mungkin orang itu tidak mengenali saya dan isteri, jadi dia terus membuat andaian sendiri tanpa berbincang dengan kami terlebih dulu," katanya.

Tegas Hisyam, perkara yang paling penting adalah jika adanya kontroversi yang melanda dirinya, dia perlu bersikap terbuka.

Saya akan cuba harungi setiap kontroversi yang hadir. Cuma saya minta, jangan pernah libatkan keluarga saya terutama ibu bapa dan anak-anak saya dalam hal yang membabitkan kerjaya. Saya tidak mahu mereka kecewa dengan sikap saya jika kisah tidak elok tersebar luas di dalam media. Saya sudah korbankan masa bersama mereka dengan datang ke Malaysia demi rezeki bersama.

Sebab itu, sebagai manusia saya perlu bersikap positif dan tidak terlalu cepat memberi tindak balas negatif jika ada gosip membabitkan saya. Itu pegangan saya jika saya ingin terus dalam bidang ini dan apa yang penting fokus kepada kerja.

Lagipun, saya tidak suka membuat diri jadi stres. Lagi saya stres, selagi itulah kerja tidak akan menjadi," katanya yang memilih untuk terus berada di Malaysia.

Senang dengan pengurusan kerjaya yang dibuat isteri sendiri, figura berusia 29 tahun ini juga memutuskan untuk tidak mencari pengurus lain.

Bawa anak ke Malaysia

Ditanya perancangan terhadap anak-anak dan isteri lagi, Hisyam memberitahu hasratnya untuk membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

Buat masa ini, saya tinggal di Shah Alam bersama ayah saya sementara anak-anak masih di Singapura. Jika ada kelapangan, saya akan menjenguk mereka di sana.

Januari 2015 kami akan bawa anak-anak pindah ke sini bagi memudahkan saya fokus terhadap bidang lakonan. Sebelum itu, kami harus pastikan bahawa urusan rumah dan sekolah untuk anak-anak selesai.

"Dalam masa yang sama saya kini sedang mencari rumah yang sesuai selain sekolah antarabangsa untuk kedua-dua anak saya nanti. Jika semuanya selesai baharulah saya akan bawa mereka datang ke sini," kata ayah kepada Nurish Syameliah, 7, dan Hayden, 5 tahun.

Jadual yang padat juga sebenarnya tidak menghalang Hisyam untuk meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak-anaknya. Walaupun penat dengan penggambaran namun sekiranya mempunyai cuti dia akan sedaya upaya untuk kembali ke Singapura bagi bertemu dengan isteri dan anak-anaknya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tawaran lakonan yang kini saling tak putus Hisyam berkata, dia tidak memilih dengan sebarang peluang yang hadir.

Bagi saya semua tawaran yang datang, saya akan melihat kepada keutamaan yang datang dulu. Saya tidak mahu terlalu gelojoh dalam menerima tawaran. Kalau boleh, mana yang datang dulu, saya akan ambil dan buat.

Selain itu, saya juga akan melihat kepada jalan cerita dan skrip selain watak yang sesuai buat diri saya," katanya.

Perkembangan terkini pelakon ini adalah dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Singapura berjudul Di Luar Garisan Cinta musim kedua sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk projek seterusnya.

Malah Hisyam dia juga bakal memasuki set penggambaran filem Sinaran bersama Neelofa dan Lisa Surihani arahan Osman Ali.

Program Terima Kasih Sayang adalah program yang memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita itu turut menampilkan barisan artis seperti Hisyam Hamid bersama isteri, Fizo Omar dan Mawar selain Sharifah Aleya dan Sharifah Amani.

Ia bakal bersiaran setiap Jumaat pada pukul 6 petang bermula 28 Mac ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dosa sepanjang hayat

Posted: 19 Mar 2014 11:17 PM PDT

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

PENGGUNAAN laman sosial memerlukan kebijaksanaan pengguna, sama ada untuk tujuan kebaikan atau keburukan. - Gambar hiasan

BUKAN lagi suatu yang menghairankan, kanak-kanak seawal usia satu tahun sudah tahu, malah cekap menggunakan peralatan komunikasi berteknologi tinggi. Yang tidak tahu, pasti dianggap ketinggalan atau ia sesuatu yang jarang berlaku dalam senario negara menuju kemajuan sains dan teknologi.

Tidak kira di mana sahaja, pelbagai gajet terkini seperti tablet, komputer riba dan telefon bimbit dilihat bagai teman karib yang sentiasa berada di sisi golongan digelar generasi Y itu.

Justeru, tidak hairanlah penggunaan laman sosial melalui internet amat popular dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutamanya bagi golongan remaja.

Malahan, ketaksuban dalam melayari laman sosial tersebut sehingga segala perbuatan yang dilakukan hari-hari dimuat naik untuk dikongsikan bersama kenalan yang terdapat di sesuatu laman sosial tersebut.

Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Muhammed Yusof berkata, bagaimanapun seiring dengan kemajuan tersebut, umat Islam perlu berhati-hati dalam menggunakan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Ini katanya kerana, dikhuatiri penggunaan laman sosial secara tidak bijaksana boleh mengakibatkan dosa yang berterusan terhadap seseorang individu walaupun ketika melakukan kebaikan.

Tambahnya, ia apabila laman sosial yang sepatutnya dijadikan landasan untuk berhubung serta berkongsi maklumat itu disalah guna sebagai ruang luahan peribadi, keji-mengeji dan dibangga-banggakan.

Islam tidak menghalang umatnya untuk mengikuti teknologi, malah lebih digalakkan agar tidak ketinggalan dan mendapat manfaat daripadanya. Tetapi asasnya adalah bagaimana kita menggunakannya?

Ia seumpama pisau yang terletak di tangan penggunanya iaitu sama ada akan memberi manfaat jika digunakan dengan baik dan sebaliknya jika disalahgunakan.

Apa yang kita lihat, realiti yang berlaku, kerakusan segelintir masyarakat, khususnya umat Islam yang sering menyalahgunakan laman sosial ini tanpa disedari boleh membuahkan dosa secara berterusan pada setiap masa dan saat, selama 24 jam," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Memberi contoh tersebut, Muhammed berkata, adalah seperti memuat naik gambar, perkongsian informasi dan juga sebarang pendapat tanpa meneliti terlebih dahulu.

Bagi gambar-gambar yang mendedahkan aurat memang sudah jelas hukumnya adalah haram dan mendatangkan dosa setiap kali dilihat orang. Apa yang perlu kita beri perhatian, adalah gambar yang ditangkap secara peribadi bersama ahli keluarga.

Mungkin sekadar suka-suka atau simpanan peribadi, tetapi tanpa kita sedari golongan mahram tadi yang memuatnaikkan di laman sosial miliknya. Walaupun tidak berdosa jika bukan dengan kerelaan, tetapi kita tetap perlu berhati-hati kerana boleh menimbulkan fitnah.

Begitu juga memuat naik gambar-gambar dengan fesyen terkini keterlaluan, walaupun dikatakan fesyen Muslimah," ujarnya.

Selain itu tambahnya, perkongsian status dan pandangan yang diberikan juga perlu dibatasi kerana dikhuatiri membuka aib diri sendiri atau orang lain.

Sebagai contoh, apabila memberi komen kepada status kenalan yang meluahkan kesalahan dosa yang dilakukan, elakkan daripada berkongsi dengan mengaitkan kesalahan silam atau perkara sama yang berlaku kepada diri kita.

Ia seolah-olah membuka aib terhadap diri sendiri atau pun orang yang terlibat. Ini kerana, perkongsian status dan komen yang diberikan di laman sosial dapat melambangkan siapa diri kita kepada umum," jelasnya.

Manakala Muhammed berkata, penyebaran maklumat yang diragui juga perlu dielakkan bagi menghindari sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Menjadi trend pengguna laman sosial, gemar berkongsi mesej-mesej berantai yang diterima. Apa yang dilihat informasi tersebut tidak diteliti kesahihan dan kreadibiliti sumber sebelum dikongsikan.

Kesannya, fitnah akan tersebar luar, pembohongan akan menjadi-jadi dan tidak mustahil mengakibatkan persengketaan dalam kalangan umat Islam," katanya.

Khalwat siber

Selain menerusi laman sosial di internet, interaksi menerusi telefon bimbit antara pasangan bukan mahram juga bukan menjadi ruang yang membolehkan untuk terus berhubung secara berdua-duaan tanpa batasan.

Menegaskan perkara itu, Muhammed berkata, walaupun hanya di alam maya dan tidak berada berhadapan, namun komunikasi yang keterlaluan menerusi telefon bimbit juga mengakibatkan dosa.

Ini katanya, diistilahkan sebagai khalwat siber yang menjadi fenomena terutamanya bagi pasangan yang sedang bercinta untuk sentiasa berhubung dan berkongsikan segalanya bersama pasangan mereka.

Apa sahaja jenis laman interaksi pada asasnya mempunyai konsep yang sama. Walaupun jasad yang berjauhan, tetapi jika mesej kandungan yang disampaikan adalah bertentangan dengan syariat maka ia adalah berdosa.

Begitu juga hal yang berlaku pada generasi sekarang. Pasangan, khususnya golongan remaja menjadikan telefon bimbit sebagai medium buat mereka untuk sentiasa berhubung dengan alasan sebagai tanda kesetiaan.

Sehingga segala perkara termasuk maklumat peribadi didedahkan kepada pasangan secara tanpa batasan. Inilah budaya baharu dalam masyarakat masa kini yang dikenali sebagai khalwat," katanya.

Beliau berkata, khalwat siber didefinisikan sebagai berdua-duaan antara pasangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram dengan membincangkan perkara yang bersifat terlalu peribadi.

Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan adalah, khalwat siber merupakan antara faktor yang boleh merangsang kepada dosa yang lebih serius pada masa akan datang.

Apabila berdua-duaan, tidak kira walaupun di alam maya, maka syaitan menjadi orang ketiga. Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW maksudnya: Sesungguhnya tidaklah seseorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali yang ketiga adalah syaitan. (riwayat Tarmizi)

Justeru, bermula dengan hanya perkenalan dan perbualan menerusi telefon akan mendorong kepada rangsangan nafsu seterusnya iaitu memuat naik gambar dan kemudian video. Dan akhirnya disusuli dengan pertemuan di alam realiti.

Inilah yang lebih bahaya, apabila sudah kenal dan tahu sifat peribadi, maka tidak mustahil perbuatan maksiat seperti zina boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Muhammed berkata, perhubungan di alam siber tidak dihalang mengikut syariat jika mengikut batasan yang ditetapkan.

Bukan bermaksud langsung tidak boleh, tetapi tidak salah untuk berhubung dengan bertanya khabar, perbincangan yang ada keperluan dan juga perbualan yang tidak sia-sia," katanya.

Jerat sihir kontemporari

Posted: 19 Mar 2014 11:17 PM PDT

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

DENGAN hanya menggunakan gambar yang dimuat turun menerusi laman sosial, seseorang individu itu boleh disihir walaupun berada berjauhan." Itulah peringatan pengamal perubatan Islam, Dr. Mahyuddin Ismail mengulas kejadian sihir masa kini.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang, berkata, semudah menggunakan peralatan teknologi, seseorang boleh mengenakan sihir terhadap mangsanya tanpa perlu bertemu.

Ia katanya, telah terbukti menerusi pelbagai kes yang ditemui ketika memberi rawatan kepada pesakit selain beberapa kejadian yang dihadapi oleh kenalannya.

Sihir bukan sahaja dilakukan secara tradisional, malah pada masa kini dengan menggunakan peralatan moden seperti melalui laman sosial di internet dan juga telefon bimbit juga ia boleh berlaku.

Salah satu daripada kaedahnya adalah dengan menggunakan gambar yang diperoleh menerusi laman sosial untuk menyihir mangsa," katanya ketika ditemui Mega, Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan masyarakat agar berhati-hati dalam memuat naik gambar kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri termasuk disihir.

Perkara itu tambahnya, berlaku apabila orang yang melihat gambar tersebut menjadi mangsa kepada jerat ibu segala sihir.

Ramai yang hanya mengenali sihir berbentuk zahir iaitu sihir yang dilakukan oleh seseorang individu atau pelaku sihir kepada mangsa, tetapi hakikatnya permulaan kepada segala sihir atau ibu segala sihir adalah sihir daripada syaitan.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu melihat gambar yang cantik. Permulaan kepada sihir yang dilakukan oleh syaitan ialah menghasut dengan menimbulkan perasaan dengki, mengkhayalkan, menimbulkan rasa ghairah, ingin miliki dan sebagainya.

Bermula dengan bisikan daripada ibu segala sihir ini mendorong seseorang itu untuk melakukan perbuatan sihir yang zahir demi memenuhi apa yang diingini tersebut," ujarnya.

Syaitan

Beliau berkata, sihir daripada syaitan adalah lebih berbahaya berbanding segala sihir kerana ia merupakan punca kepada segala kejahatan dan memberi kesan buruk yang berpanjangan.

Bagaimanapun katanya, tidak salah untuk memuat naik gambar di laman sosial asalkan bertujuan untuk kebaikan dan bukan untuk dibanggakan.

Jika niat kita baik iaitu bertujuan kebaikan dan bukan untuk dibangga-banggakan seperti menyampaikan dakwah, maka tidak salah untuk memuat naik gambar di laman sosial, bahkan secara tidak langsung boleh menjadi pendinding diri daripada kejahatan.

Sebaliknya, jika niat kita untuk membangga diri dengan kecantikan, riak dan takbur, sikap inilah pembuka kepada pintu kemudaratan atau mendatangkan fitnah sehingga mendorong hati orang yang dengki untuk melakukan perbuatan sihir," jelasnya.

Berkongsi pengalamannya, antara kejadian sihir membabitkan peralatan teknologi ialah dipukau dalam percakapan telefon bimbit sehingga ingin mengeluarkan sejumlah wang untuk dipindahkan kepada pelaku sihir.

Kejadian ini berlaku kepada salah seorang rakan saya di mana dia dihubungi satu nombor yang tidak dikenali. Sejurus mengangkat panggilan tersebut, secara tidak disedari dia telah dipukau oleh pemanggil tersebut supaya memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun yang tidak diketahui.

Mujur, takdir Allah SWT ketika dia ingin membuat pindahan tersebut secara tiba-tiba mesin pengeluaran wang automatik (ATM) itu terputus bekalan elektrik. Dan syukur dia tersedar sebelum memindahkan wang seperti yang diminta.

Kuasa pukau yang digunakan oleh pelaku sihir tersebut sehingga dia tidak sedar mengikut arahan bermula daripada dihubungi sehingga tiba di hadapan mesin ATM tersebut," katanya.

Mahyuddin berkata, sudah tiba masanya satu undang-undang berkaitan sihir dilaksana di negara ini dalam usaha mengekang aktiviti sihir daripada terus berleluasa sekali gus memberi pembalasan kepada penjenayah yang melakukan sihir daripada terlepas begitu sahaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Papan iklan LED 'mengganggu'?

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

PAPAN iklan elektronik LED yang dipasang di tiang-tiang lampu dikatakan boleh menjejaskan tumpuan pemandu di Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.- UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pemasangan papan iklan elektronik yang menggunakan lampu putih diod pemancar cahaya (LED) kini dilihat sudah menjadi trend khususnya di tempat tumpuan awam di Lembah Klang.

Selain menjadikan keadaan persekitaran lebih ceria dan berwarna-warni, ia juga merupakan kaedah terbaik untuk memikat tumpuan orang ramai terhadap sesuatu produk yang diiklankan di atasnya.

Bagaimanapun, pemasangan papan iklan elektronik LED di Lebuhraya Persekutuan di sini mendapat reaksi negatif daripada segelintir pengguna jalan raya yang merasakan kemudahan tersebut mengganggu tumpuan semasa memandu pada waktu malam.

Rata-rata mereka tidak selesa ekoran pantulan cahaya yang terlalu terang sehingga pandangan mereka terganggu disebabkan papan iklan itu kerap bertukar warna dan imej.

Tinjauan Utusan Malaysia bermula dari pintu gerbang Kota Darul Ehsan sehingga Subang Jaya dari kedua-kedua arah dekat sini mendapati aduan itu ternyata berasas.

Papan iklan itu dipasang pada setiap tiang lampu jalan dan mengandungi pelbagai iklan yang berkemungkinan menjadi punca pemandu hilang fokus selain penglihatan turut terganggu.

Menurut Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye, beliau menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya berhubung gangguan tersebut.

"Mereka mengadu pandangan dan tumpuan sedikit terjejas dan silau akibat pencahayaan yang terlalu terang.

"Papan iklan elektronik yang berwarna-warni dan terang itu boleh mengundang kemalangan kepada pengguna kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Lam Thye juga berharap pihak yang bertanggungjawab supaya mengkaji dan meneliti semula penggunaan kemudahan tersebut agar keselamatan para pengguna jalan raya dapat diutamakan.

Dalam perkembangan sama, seorang pengguna lebuh raya itu, R. Gobinathan, 33, berpendapat, papan iklan menggunakan lampu LED itu tidak sesuai dipasang di sepanjang laluaan tersebut.

"Penggunaannya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Lampu tersebut terlampau terang sehingga menjejaskan tahap penglihatan pemandu," katanya.

Pekerja swasta, Azlan Mohd. Noor, 25, pula berkata, papan iklan elektronik itu mempunyai kebaikan dan keburukannya.

"Ia menjadikan kawasan itu nampak hidup dengan diterangi cahaya lampu berwarna-warni. Malangnya, ia membuatkan penglihatan menjadi silau. Jika pemandu leka, boleh mengakibatkan kemalangan," ujarnya.

Paras air di semua empangan di Selangor masih kritikal

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

PARAS air di Empangan Sungai Selangor, Hulu Selangor masih berada pada paras kritikal walaupun hujan sejak beberapa hari lalu.

KUALA LUMPUR 19 Mac - Paras air di semua empangan di Selangor masih berada pada paras kritikal walaupun hujan turun di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md. Khairi Selamat berkata, tiada peningkatan kapasiti air di keenam-enam empangan di negeri itu kerana kadar hujan yang masih kurang dan tidak memberikan kesan signifikan kepada kapasiti empangan.

Menurutnya, kapasiti Empangan Sungai Selangor, Hulu Selangor misalnya masih berada pada tahap 30 peratus iaitu 69 juta meter padu manakala Empangan Klang Gates, Ampang mengalami sedikit peningkatan daripada 51.16 peratus kepada 51.30 peratus hari ini.

"Kekurangan air itu juga disebabkan kadar pengewapan yang tinggi dalam cuaca panas ketika ini," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini,

Katanya, pembenihan awan secara intensif dengan kerjasama pihak Jabatan Meteorologi dan pihak swasta lain akan diteruskan bagi meningkatkan kadar hujan di kawasan tadahan Empangan Sungai Selangor.

"Langkah-langkah lain termasuklah penjadualan atau catuan bekalan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. yang dilaksanakan selain mengurangkan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor secara berperingkat-peringkat daripada 100 juta liter sehari (JLH) kepada 500 JLH," katanya.

Tambahnya, LUAS dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. turut melakukan pelepasan air dari Kolam Kampung Hang Tuah di Bestari Jaya ke dalam Sungai Selangor untuk meningkatkan kadar aliran air sungai sekali gus mengurangkan keperluan kepada pelepasan air dari empangan.

Pusat barang lusuh diserbu

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

SEBUAH jentolak MPS merobohkan bangsal yang digunakan oleh warga asing di pusat pengumpulan barangan lusuh di Taman Greenwood, Gombak, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 19 Mac - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu sebuah pusat mengumpul barang lusuh yang diusahakan oleh beberapa warga asing di Lot 379, Kampung Changkat, Greenwood dekat sini, hari ini.

Dalam operasi itu, kehadiran penguatkuasa MPS pada awalnya tidak disedari oleh empat warga asing yang bagaimanapun terkejut apabila mendapati tempat itu diserbu.

Ketika pihak MPS mengangkut barang-barang lusuh itu, ada warga asing terbabit meminta belas kasihan agar barangan yang berharga ditinggalkan, namun rayuan mereka tidak diendahkan.

Pegawai Penguatkuasa MPS, Mohd. Salleh Mohd. Said berkata, barang-barang lusuh itu tidak sepatutnya dilonggokkan di kawasan yang terletak berdekatan dengan perumahan kerana mengganggu keselesaan penduduk.

"Kami menerima beberapa aduan daripada penduduk yang menyatakan kawasan ini menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam. Tindakan merampas barangan dan merobohkan bangsal yang terdapat di kawasan ini diambil mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 80 iaitu kacau ganggu keamanan.

"Dalam tempoh tiga bulan lalu, kami sudah memberi sekurang-kurangnya lima amaran kepada mereka supaya berhenti daripada menjalankan kegiatan mengumpul barangan lusuh dan berpindah dari kawasan ini. Bagaimanapun, mereka berdegil dan mengingkari arahan tersebut," katanya ketika mengetuai operasi tersebut di sini, hari ini.

Utusan Malaysia yang menyertai operasi tersebut mendapati kawasan itu terlalu kotor dan memang tidak sesuai untuk sesiapa tinggal di situ ekoran dipenuhi sampah-sarap malah berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd. Othman Siom, 55, memberitahu, pusat mengumpul barangan lusuh itu dipercayai terlah beroperasi selama lima tahun.

"Tempat itu bukan sahaja kotor, malah kegiatan mereka mengakibatkan jalan masuk ke sini kadangkala terganggu akibat beberapa lori yang menghalang jalan," katanya yang tinggal di kawasan itu sejak 10 tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved