Jumaat, 28 Februari 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Rasa selamat di sekolah

Posted: 27 Feb 2014 05:24 AM PST

Sebahagian pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor, yang terbabit dalam Program OSH In School anjuran Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia dan Sekolah Kejuruteraan Razak Universiti Teknologi Malaysia baru-baru ini.

SEKOLAH bukan sahaja institusi menimba ilmu untuk para pelajar, malah ia merupakan tempat kerja bagi mereka yang bergelar guru dan kakitangan sokongan.

Di negara ini, kemalangan di sekolah pernah dilaporkan beberapa kali, tetapi paling dikesalkan apabila kebanyakan puncanya kerana kelalaian serta pengabaian aspek keselamatan yang sepatutnya diberi perhatian penuh.

Bagi bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil di Pasir Puteh, Kelantan, peristiwa makmal sains terbakar dua kali dalam tempoh lapan jam pada tahun 2009, pastinya satu tragedi yang sukar dilupakan.

Persoalannya mengapa tiadanya pelan tindakan kecemasan jika berlaku sesuatu insiden seperti kebakaran, tumpahan bahan kimia, rampasan bangunan, ancaman bom dan sebagainya.

Menurut Presiden Persatuan Kesihatan dan Keselamatan Industri Malaysia (MiSHA), Aziz Basiran, penekanan aspek keselamatan dan kesihatan perlu bermula seawal usia yang boleh.

Katanya, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di sekolah perlu dititik beratkan bagi mencegah kecederaan mahupun masalah kesihatan sama ada terhadap guru, kakitangan, murid atau sesiapa sahaja yang memasuki kawasan sekolah.

"Kawasan sekolah juga terdedah dengan hazard atau situasi yang berpotensi membawa kemudaratan sama ada kecederaan atau penyakit terhadap manusia atau kombinasi keduanya.

"Antaranya permukaan yang tidak rata, licin, curam atau berlubang. Hazard lain seperti objek tajam yang berpotensi dilanggar kenderaan terutamanya di luar kawasan pagar sekolah, pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan dan sebagainya," ujar Aziz yang ditemui pada program OSH in School di Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor, baru-baru ini.

Program kesedaran keselamatan di sekolah yang diadakan buat julung kalinya itu telah dianjurkan oleh MiSHA dengan kerjasama Sekolah Kejuruteraan Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

OSH (kesihatan dan keselamatan pekerjaan) merupakan satu budaya yang perlu diterapkan selaras dengan visi negara untuk menjadi sebuah negara bertaraf maju.

Menurut Aziz, terdapat banyak tempat berlakunya kemalangan yang melibatkan murid, guru mahupun kakitangan di sekolah.

Antaranya, kemalangan di luar kawasan sekolah, di padang permainan, dalam kelas, tangga, bengkel, makmal sains, kaki lima dan sebagainya.

Oleh itu katanya, mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan penentuan kawalan yang sesuai perlu dijalankan.

"Antara kecederaan akibat kemalangan yang sering terjadi sama ada kepada murid, guru atau kakitangan di sekolah ialah patah tangan dan terseliuh akibat terjatuh, kaki luka terpijak benda tajam dan kecederaan disebabkan kemalangan jalan raya," jelas beliau.

Aziz turut menggesa, pihak sekolah untuk membangun, melaksana dan mengekalkan sistem pengurusan KKP berdasarkan standard yang diiktiraf seperti MS 1722:2011 dan OHSAS 18001:2007 dan seterusnya mendapatkan pensijilan.

Tambahnya lagi, pihak sekolah perlu menjalankan pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan menentukan kawalan dan seterusnya membangunkan polisi, objektif dan program KKP.

"Antara yang boleh dilakukan pihak sekolah ialah dengan menjalankan kursus kesedaran KKP seperti menjalankan latihan kecemasan, penilaian pematuhan perundangan dan lain-lain keperluan KKP.

"Maklumat yang tepat dan mencukupi perlu dihebahkan kepada semua sekolah. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) juga boleh memainkan peranan dan penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di sekolah perlu direalisasikan.

"Anugerah KKP untuk sekolah-sekolah perlu diwujudkan untuk menggalakkan pihak sekolah melaksanakan KKP yang sewajarnya. Budaya KKP perlu diterapkan dengan perancangan yang rapi.

"Harapan MiSHA dengan pelancaran program OSH in School ini dapat membuka mata dan minda tentang pentingnya KKP bermula lebih awal.

"Kesinambungan daripada program ini kami berhasrat untuk melancarkan OSH di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan rumah," ujar beliau.

Berjaya raih kesedaran

Program OSH in School di Sekolah Menengah Sains Sembrong telah disertai oleh 170 murid tingkatan lima.

Program tersebut meliputi beberapa aktiviti seperti ceramah keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah, kerjaya dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, cara pemakaian alat perlindungan diri yang betul serta pertandingan Hazard Hunt.

Menurut Pengarah OSH In School, Abd Mutalib Abd Gapar, penerapan tentang kesedaran KKP di peringkat awal adalah penting bagi mewujudkan suasana kerja serta pembelajaran yang selamat dan sihat.

"Pihak kami berharap agar program ini akan memberi manfaat kepada pihak pengurusan sekolah khususnya kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar.

"Susulan daripada program ini, kami merancang untuk mengadakan lawatan ke United Kingdom dan melihat sendiri bagaimana penerapan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan diterapkan di sekolah-sekolah di sana.

"Kami akan cuba untuk mengadaptasi apa yang telah mereka lakukan dan akan memilih sebuah sekolah untuk dijadikan sekolah projek bagi program OSH In School ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, Penolong Kanan Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kifli Mohamad berkata, amalan keselamatan dan kesihatan di sekolahnya merupakan satu keutamaan bagi setiap guru dan kakitangan sekolah.

"Untuk menjaga keselamatan pelajar di sekolah menengah harian dan sekolah berasrama penuh adalah dua perkara yang berbeza.

"Di sekolah ini pihak sekolah bertanggung jawab menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar yang tinggal di asrama penuh.

"Sememangnya pihak sekolah sentiasa memastikan keselamatan pelajar dan para guru berada di tahap yang optimum supaya dapat meminimumkan kes kecederaan dan risiko untuk berlaku.

"Kami juga rasa bertuah kerana terpilih sebagai sekolah pertama terpilih untuk program seperti ini dan diharap agar pelajar yang terlibat dapat melihat potensi, menerapkan budaya dan mengambil ilmu yang dikongsi oleh pakar untuk kehidupan mereka semasa di alam pekerjaan nanit," jelas beliau.

MRSM lahir cendekiawan

Posted: 24 Feb 2014 11:03 AM PST

MOHD. Shafie Apdal merasmikan MRSM Tun Dr. Ismail di Pontian, Johor, kelmarin. Turut sama, timbalan beliau, Datuk Alexander Nanta Linggi (tiga dari kiri); Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kiri); Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Seri Ibrahim Muhamad (tiga dari kanan) dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad (kiri).

PONTIAN 24 Feb. - Sejak Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ditubuhkan pada 1972, institusi itu berjaya melahirkan generasi baharu bumiputera yang berpelajaran, berpendidikan dan berkelayakan mendapatkan kerjaya yang baik.

Pendidikan kelas satu yang memberi keutamaan kepada bumiputera khususnya pelajar luar bandar membuka ruang kepada mereka bagi mendapat pembelajaran terbaik.

Malah, keberkesanan sistem pendidikan MRSM terbukti dengan melahirkan golongan cerdik pandai. Nama-nama seperti Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar merupakan tokoh tersohor hasil daripada sistem pembelajaran tersebut.

MRSM yang kini menempatkan 21,312 pelajar di 48 institusi di seluruh negara akan diperhebatkan dengan membina tiga MRSM baharu iaitu di Sungai Besar, Selangor; Kuala Kangsar, Perak dan Semporna, Sabah yang menyediakan prasarana dan sistem pendidikan terunggul untuk bumiputera.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tujuan utama penubuhan MRSM adalah untuk menjadi penyumbang kepada melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berdaya saing pada peringkat nasional dan global.

Kata beliau, selain meningkatkan jumlah golongan profesional bumiputera negara, sistem pendidikan terbaik yang dipelopori oleh MRSM juga disifatkan sebagai salah satu cara untuk membasmi kemiskinan.

"Idea untuk memberikan latihan intensif kepada kaum bumiputera sama ada dalam bidang kemahiran, teknikal dan akademik seperti yang ditawarkan oleh MRSM menjadi kunci kepada kaum bumiputera untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

"Ini kerana sistem pendidikan di MRSM telah terbukti berupaya melahirkan golongan bumiputera cerdik pandai yang dapat membantu usaha kerajaan memerangi kemiskinan di negara kita dan secara tidak langsung mengurangkan jurang pendapatan dengan kaum lain," kata beliau ketika merasmikan MRSM Pontian, Johor semalam yang kini dikenali MRSM Tun Dr. Ismail.

Mohd. Shafie berkata, melihat keperluan dan cabaran bidang pekerjaan pada hari ini, maka sudah tiba masanya bagi MRSM memastikan program dan aktiviti pelajar menjurus ke arah melahirkan pemikir yang mampu mengetengahkan idea yang mengubah gaya hidup dan cara pemikiran masyarakat umum.

Kata beliau, pihaknya melihat program sedemikian telah banyak memperoleh kejayaan di negara ekonomi perindustrian baharu seperti Korea Selatan dan Taiwan yang menjadi pengeksport kepakaran dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kritikal dan teknologi baharu.

Mohd. Shafie memberitahu, pembudayaan yang diterap di MRSM seperti budaya sentiasa mengejar ilmu, bersahsiah dan mempunyai minat terhadap bidang keusahawanan sememangnya boleh dijadikan sebagai budaya baharu untuk masyarakat bumiputera.

Amalan budaya tersebut akan menyedarkan anak bangsa tentang pentingnya peranan mereka dalam membawa perubahan kepada bangsa atau masyarakat bumiputera, katanya.

"Kami yakin MRSM dan institusi pendidikan Mara yang lain mampu melaksanakan cabaran ini dalam melahirkan pelajar cemerlang dalam pendidikan di samping mempunyai perwatakan yang melambangkan bangsa kita yang berpegang teguh pada ajaran agama, adat resam dan budaya," katanya beliau.

Mohd. Shafie berkata, MRSM terbukti mampu melahirkan generasi bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan melalui pendekatan kurikulum yang menumpukan kepada pembentukan pelajar secara menyeluruh berdasarkan minat dan kecenderungan dalam tiga bidang utama iaitu akademik, perkembangan sahsiah dan pembangunan bakat.

Kata beliau, bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan RM50 juta kepada MRSM di bawah Tabung Khas Pendidikan 2014 bagi usaha-usaha menaik taraf kesemua pusat MRSM di seluruh negara dengan infrastruktur yang lebih baik dan kompeten terutamanya di pusat pengajian yang telah terbina lebih dari tiga dekad lalu.

"Ini menunjukkan betapa caknanya pihak kerajaan terhadap kebajikan pelajar MRSM seterusnya membantu peningkatan kualiti pembelajaran di MRSM bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar terjamin.

"Kita yakin persekitaran yang kondusif dengan prasarana yang terbaik menjadi salah satu faktor dalam menjayakan matlamat kita untuk melahirkan generasi yang terbaik," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bayi maut dibawah jagaan pengasuh

Posted: 28 Feb 2014 09:27 AM PST

Oleh Ilah Hafiz Aziz

KUALA LUMPUR 1 Mac - Seorang bayi berusia setahun lapan bulan maut ketika dalam jagaan pengasuh di Desa Setia Wira, Jalan Buku Lima, Datuk Keramat, di sini.

Menurur Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, bayi lelaki itu difahamkan telah dihantar ibunya untuk dijaga pengasuh terbabit sejak tiga bulan lalu.

"Semalam, ibu mangsa menghantar bayi itu seperti biasa sekitar pukul 7.45 pagi namun beberapa jam selepas itu, dia menerima panggilan mengatakan bayi itu dalam keadaa sesak nafas.

"Ibu mangsa diberitahu bayi itu telah tenat dan kebiruan pada muka. Apabila sampai k3 rumah pengasuh, wanita itu mendapati bayi berkenaan telah pengsan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kata Khari, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan doktor telah mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.

" Satu bedah siasat telah telah dijalankan pihak polis dan kami mengesyaki ada unsur-unsur jenayah terhadap punca kematian bayi ini.

"Setakat ini pihak polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan siasatan masih dijalankan lagi mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.

Katanya, mayat bayi brkenaan telah dibawa kembali oleh keluarga mangsa pulang ke kampung di Kuala Terengganu untuk disemadikan.

Ketua Wanita cawangan dibunuh

Posted: 28 Feb 2014 10:43 AM PST

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
pemgarang@utusan.com.my

Zalifah Jamaluddin

KOTA TINGGI 28 Feb. - Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu, Zalifah Jamaluddin ditemui mati dipercayai dibunuh selepas disamun di kediamannya di sini hari ini.

Kejadian itu disedari anak mangsa yang datang ke rumahya di Blok 2, Felda berkenaan pada pukul 12.20 tengah hari setelah panggilannya tidak dijawab oleh ibunya.

Anak mangsa yang mengesyaki sesuatu berlaku setelah mendapati pintu dapur rumah terbuka dan keadaan rumah yang berselerak, menemukan mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik tidurnya sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Beliau berkata, motif kejadian dan punca kematian sedang disiasat selain menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital.

"Dari segi luaran, tidak terdapat sebarang tanda-tanda luka, cedera atau sebarang serangan fizikal dilakukan terhadap mangsa," katanya.

Rahmat berkata, pihaknya mengesyaki kejadian itu ada kaitan dengan penagih dadah yang pernah dilaporkan kelihatan di kawasan tersebut.

"Kita sedang menyiasat barangan yang disamun dan anggaran kerugian yang dialami mangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Utusan Online - Mahkamah

Posted:

Utusan Online - MahkamahIkuti berita penuh untuk ruangan Mahkamah menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah Utusan Online - Mahkamahhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah 'Muka macam saya tapi bukan saya'http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_01/Muka-macam-saya-tapi-bukan-saya KUALA LUMPUR 28 Feb. - "Muka macam saya. Tapi bukan saya." Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd., Wan Muhammad Azri Wan Deris selepas Mahkamah Tinggi...2014-03-01T02:43:37+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0301/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_01/Muka-macam-saya-tapi-bukan-saya </image></item><item><title>Rayuan pendakwaan keputusan bebas Anwar minggu depanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_02/Rayuan-pendakwaan-keputusan-bebas-Anwar-minggu-depan PUTRAJAYA 28 Feb. - Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dijadualkan didengar...2014-03-01T02:43:37+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Adam timbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan, bingungkan pegawai penyiasathttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_03/Adam-timbulkan-lebih-banyak-soalan-berbanding-jawapan-bingungkan-pegawai-penyiasat STOCKHOLM 28 Feb. - Anak lelaki kedua pasangan Malaysia yang sedang dibicarakan atas tuduhan mendera anak mereka di Sweden dilihat menimbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan selepas kanak-kanak...2014-03-01T02:43:37+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0301/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_03/Adam-timbulkan-lebih-banyak-soalan-berbanding-jawapan-bingungkan-pegawai-penyiasat </image></item><item><title>ADUN Pas, Harakah diarah bayar RM200,000 fitnah MB Terengganuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_04/ADUN-Pas-Harakah-diarah-bayar-RM200000-fitnah-MB-Terengganu KUALA LUMPUR 28 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Terengganu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan akhbar lidah rasmi Pas, Harakah membayar...2014-03-01T02:43:38+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MARZITA ABDULLAHAbang rogol adik dipenjara 16 tahun, 20 sebatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_05/Abang-rogol-adik-dipenjara-16-tahun-20-sebatan KUALA LUMPUR 28 Feb. - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 16 tahun dan sebatan 20 kali oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini, setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol adik...2014-03-01T02:43:38+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Dua pegawai polis didakwa rasuahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_06/Dua-pegawai-polis-didakwa-rasuah IPOH 28 Feb. - Dua pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM3,600 daripada seorang pengusaha pusat nombor ekor haram yang disyaki penagih...2014-03-01T02:43:38+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Proses mediasi mampu selesaikan kes tertunggak mahkamahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_07/Proses-mediasi-mampu-selesaikan-kes-tertunggak-mahkamah SHAH ALAM 28 Feb. - Proses mediasi mampu menjimatkan masa proses perundangan sekali gus membantu mahkamah mengurangkan kes-kes tertunggak. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, proses mediasi...2014-03-01T02:43:38+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0301/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140301/ma_07/Proses-mediasi-mampu-selesaikan-kes-tertunggak-mahkamah </image></item><item><title>Pengusaha bot dipenjara sehari, denda RM300,000 kerana rasuahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_10/Pengusaha-bot-dipenjara-sehari-denda-RM300000-kerana-rasuah KUALA LUMPUR 28 Feb. - Seorang pengusaha bot hari ini dipenjara sehari dan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menawarkan rasuah membabitkan RM198,000 kepada pegawai penguat kuasa Agensi...2014-02-28T19:10:26+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Pengawal keselamatan dipenjara, sebat rogol adik kandunghttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_09/Pengawal-keselamatan-dipenjara-sebat-rogol-adik-kandung KUALA LUMPUR 28 Feb. - Seorang pengawal keselamatan hari ini dihukum penjara 16 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol...2014-02-28T18:53:04+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd 6, 7 Mac tarikh pendengaran rayuan keputusan kes liwathttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_08/6-7-Mac-tarikh-pendengaran-rayuan-keputusan-kes-liwat PUTRAJAYA 28 Feb. - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 6 dan 7 Mac ini untuk pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan...2014-02-28T13:23:25+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Muhammad Azri perlu bayar ganti rugi RM800,000http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_07/Muhammad-Azri-perlu-bayar-ganti-rugi-RM800000 KUALA LUMPUR 28 Feb. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarang KL Pos Media & Production Sdn. Bhd., Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis...2014-02-28T13:18:09+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Mayat lebih 24 jam reput, busuk - Dr. Nurlizahttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_01/Mayat-lebih-24-jam-reput-busuk---Dr.-Nurliza SHAH ALAM 27 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa mayat Omar Peter Abdullah telah mengalami proses pembusukan dan pereputan sehingga menyebabkan keseluruhan jasadnya menggelembung...2014-02-28T02:42:20+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Anwar fail permohonan kali ketiga mohon Muhammad Shafee digugurkanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_02/Anwar-fail-permohonan-kali-ketiga-mohon-Muhammad-Shafee-digugurkan PUTRAJAYA 27 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan kali ketiga menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan...2014-02-28T02:42:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd 'Tuhan Harun' minta dilepas dengan jaminanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_03/Tuhan-Harun-minta-dilepas-dengan-jaminan KUANTAN 27 Feb. - Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat yang menghadapi tuduhan berhubung pembunuhan Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd.2014-02-28T02:42:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd PKNS kalah kes saman saham PJ Sentralhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_04/PKNS-kalah-kes-saman-saham-PJ-Sentral KUALA LUMPUR 27 Feb. - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kalah dalam samannya terhadap Nusa Gapurna Development Sdn. Bhd. dan Malaysian Resources Corp Bhd. (MRCB) berhubung pelanggaran perjanjian...2014-02-28T02:42:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Hadi mohon ketepi perintah bayar RM2 jutahttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_05/Hadi-mohon-ketepi-perintah-bayar-RM2-juta KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadapnya berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon...2014-02-28T02:42:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0228/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_05/Hadi-mohon-ketepi-perintah-bayar-RM2-juta </image></item><item><title>Gobalakrishnan akui tidak gembirahttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_06/Gobalakrishnan-akui-tidak-gembira KUALA LUMPUR 27 Feb. - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan mengakui beliau memang tidak gembira dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana selama 12 tahun berada dalam parti itu...2014-02-28T03:42:42+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORAZLITA MOHD. SIES<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0228/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140228/ma_06/Gobalakrishnan-akui-tidak-gembira </image></item><item><title>Rayuan pembebasan anggota UTK daripada hukuman gantunghttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_07/Rayuan-pembebasan-anggota-UTK-daripada-hukuman-gantung PUTRAJAYA 27 Feb. - Rayuan pihak pendakwaan berhubung pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada hukuman gantung...2014-02-27T16:38:26+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Anwar fail permohonan ketiga gugur Shafeehttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_06/Anwar-fail-permohonan-ketiga-gugur-Shafee PUTRAJAYA 27 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali ketiga memfailkan permohonan untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan...2014-02-27T16:25:24+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SUWARNI MOKHTARHadi Awang fail permohonan ketepikan perintah penghakiman ingkarhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_05/Hadi-Awang-fail-permohonan-ketepikan-perintah-penghakiman-ingkar KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan permohonan bagi mengenepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon...2014-02-27T13:52:26+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Kes Tuhan Harun ditangguh ke 17 Machttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_04/Kes-Tuhan-Harun-ditangguh-ke-17-Mac KUANTAN 27 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan lagi kes ketua ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat dan tiga pengikutnya berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa)...2014-02-27T10:25:04+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Mengaku tidak bersalahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_01/Mengaku-tidak-bersalah SHAH ALAM 26 Feb. - Bekas pengawal keselamatan warga Indonesia yang didakwa membunuh dan melepaskan tembakan terhadap seorang pegawai AmBank di Subang Jaya, dalam satu kejadian rompakan, tahun lalu mengaku...2014-02-27T02:25:46+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI NOORALINA AHMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0227/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_01/Mengaku-tidak-bersalah </image></item><item><title>2 beradik ke tali gantunghttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_02/2-beradik-ke-tali-gantung SHAH ALAM 26 Feb. - Dua beradik dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang warga emas dalam satu kejadian samun di Bukit Sentosa, Hulu...2014-02-27T02:25:46+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI NOORALINA AHMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0227/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_02/2-beradik-ke-tali-gantung </image></item><item><title>Tukang emas dakwa lelaki badan gempal jual lima barang kemashttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140227/ma_03/Tukang-emas-dakwa-lelaki-badan-gempal-jual-lima-barang-kemas SHAH ALAM 26 Feb. - Seorang tukang emas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa seorang lelaki berbadan gempal dan berkulit cerah datang ke kedainya untuk menjual lima jenis barang kemas dengan...2014-02-27T02:25:46+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Bekas calon Star Sebatik mengaku tidak salah kes tipuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140226/ma_06/Bekas-calon-Star-Sebatik-mengaku-tidak-salah-kes-tipu TAWAU 26 Feb. - Bekas calon Parti Reformasi Negeri (STAR) bagi Dewan Undangan Negeri Sebatik pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mohd Jeffry Rosman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...2014-02-26T19:28:30+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Khamis, 20 Februari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Air semua empangan terus susut

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Paras air di Kolam Tadahan Air Berembang mulai susut ekoran cuaca panas berpanjangan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan sepanjang minggu ini menyebabkan takungan air di hampir kesemua empangan utama di seluruh negara semakin menyusut hari ini.

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, sebanyak 14 daripada 15 empangan mencatat penurunan kadar takungan sehingga pukul 8 malam tadi.

Antara yang mencatat penurunan ketara ialah Empangan Langat daripada paras normal 220.96 meter (m) kepada 217.10m; Empangan Genting Klang menurun daripada 94.m kepada 90.26m; Empangan Sungai Selangor (220m kepada 199.65) dan Empangan Timah Tasoh, Perlis (29.10m kepada 27.69m).

Bagaimanapun, hanya Empangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA (KADA) yang membekalkan air kepada beberapa negeri di utara menunjukkan kenaikan paras air daripada 94.50m kepada 94.53m.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan tiada hujan dijangka turun di Kuala Lumpur sepanjang minggu ini manakala hujan di beberapa tempat di Selangor.

Keadaan itu dijangka menyebabkan gangguan air yang sedang berlaku di Lembah Klang sejak hujung bulan lalu berlarutan.

Cuaca kering serta penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi, Dengkil baru-baru ini turut menyebabkan bekalan air di 110,087 buah rumah di sekitar ibu negara, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Petaling terjejas.

Sg. Batang Benar kering, 7,000 putus bekalan

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

SEREMBAN 19 Feb. - Sungai Batang Benar yang membekalkan kira-kira 11.3 juta liter air kepada penduduk di tiga kawasan di daerah Seremban kini buat pertama kalinya mengalami keadaan hampir kering-kontang akibat cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Air sungai yang kering dengan cepat itu menyebabkan lebih 7,000 penduduk di Sendayan, sebahagian Rasah dan Mambau terputus bekalan air sepenuhnya sejak tiga hari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan proaktif dengan membuka Bilik Gerakan Bencana Daerah Seremban bagi memastikan usaha secara bersepadu melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan dapat digerakkan untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, kerajaan melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah menggerakkan kira-kira 25 lori tangki dan meletakkan 40 tangki statik di kawasan yang terjejas bagi meringankan beban penduduk mendapatkan bekalan air.

"Kita perlu memandang masalah ini secara serius dan mengharapkan seluruh jabatan dan agensi kerajaan berganding bahu memastikan perkhidmatan membekal air terawat dan bersih kepada orang ramai dapat dilakukan dengan cekap," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, bekalan air di kawasan yang terjejas terputus sepenuhnya kerana bergantung kepada Sungai Batang Benar sebagai punca air untuk dirawat.

Tegasnya, bagi lebih 200,000 penduduk di daerah Seremban yang lain masih menerima bekalan air seperti biasa dengan Loji Rawatan Air Sungai Terip mempunyai keupayaan untuk membekalkan air terawat sehingga 41 hari lagi seandainya cuaca terus kering.

Mohamad berkata, bekalan air di daerah lain tidak terjejas dan tidak memerlukan bilik gerakan bencana daerah dibuka seperti di Seremban.

Tambahnya, daerah Seremban menjadi perhatian utama memandangkan penggunaan air sehari adalah kira-kira 283 juta liter sehari.

"Dalam hal ini, kerajaan berharap orang ramai menggunakan air secara berhemah kerana kita bersama-sama dalam usaha menangani masalah yang berpunca daripada musim panas ketika ini.

"Kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan berdiam diri bagi menghadapi masalah bekalan air, sebaliknya sentiasa memikirkan langkah-langkah ke hadapan yang boleh dilakukan demi memastikan rakyat mendapat bekalan air," ujarnya.

Kematian denggi meningkat 213%

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Feb. - Sebanyak 25 kematian akibat denggi dicatatkan sehingga semalam di seluruh negara tahun ini berbanding hanya lapan kes dalam tempoh yang sama pada 2013.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, kes kematian akibat wabak denggi itu meningkat 213 peratus dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu sembilan orang.

Kata beliau, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dalam tujuh minggu pertama tahun ini juga meningkat 302.2 peratus iaitu 13,915 kes berbanding hanya 3,460 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Berikutan situasi denggi yang masih melaporkan kes dan kematian yang tinggi, kementerian akan meneruskan pemantauan rapi dan mengambil tindakan proaktif dalam mengawal keadaan wabak berkenaan di seluruh negara.

"Kementerian juga berharap masyarakat sentiasa menjaga kebersihan premis kediaman masing-masing bagi mengelakkan daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd. Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut Subramaniam, kementerian juga telah mengenal pasti 10 kawasan panas di sekitar Lembah Klang yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes sehingga menyebabkan kes denggi meningkat di kawasan berkenaan.

"Bagi kawasan panas itu, kementerian akan melaksanakan semburan kabus secara kombinasi iaitu menggunakan racun serangga dan temephos bagi membunuh nyamuk dewasa dan larva secara serentak agar kawalan lebih berkesan.

"Kementerian sentiasa akan melakukan pemantauan rapi di kawasan wabak termasuk memastikan pegawai daripada setiap daerah dan negeri turun padang dan membuat pemantauan di lapangan," katanya.

Selain itu, katanya, pada awal bulan depan kementeriannya juga akan mengadakan kempen gotong-royong di 10 kawasan panas berkenaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, katanya, masalah kesesakan di klinik kerajaan khususnya di Lembah Klang sudah berkurangan selepas operasinya dilanjutkan sehingga 10 malam ekoran peningkatan kes demam denggi.

"Masalah kekurangan katil di wad hospital kerajaan juga tidak timbul ekoran peningkatan kes wabak denggi kerana kementerian sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan," katanya.

Dalam pada itu, Subramaniam turut menasihati orang ramai agar mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan sekiranya terdapat simptom demam denggi.

"Kini sebanyak 50 peratus pesakit yang mendapat rawatan di klinik dan hospital kerajaan akibat wabak denggi merupakan pesakit yang telah mendapatkan rawatan di hospital swasta terlebih dahulu.

"Doktor hospital swasta juga perlu menyarankan kepada pesakit untuk ke klinik atau hospital kerajaan jika mereka menghidap demam denggi, hospital swasta ada kekangan tertentu dan mereka juga ada ketikanya lambat untuk memperoleh keputusan ujian darah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Rabu, 19 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Utusan Online - Sukan Tempatan

Posted:

Utusan Online - Sukan TempatanIkuti berita penuh untuk ruangan Sukan Tempatan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Utusan Online - Sukan Tempatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Di mana Mat Yo?http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_01/Di-mana-Mat-Yo PETALING JAYA - Harapan pengendali Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee untuk melihat sesi latihan sulung skuad bola sepak kebangsan bermula tanpa masalah tidak kesampaian selepas penyerang Johor Darul Ta'zim...2014-02-20T02:49:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_01/Di-mana-Mat-Yo </image></item><item><title>'Jimenez tidak akan ke mana-mana'http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_02/Jimenez-tidak-akan-ke-mana-mana JOHOR BAHRU - Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan ketua jurulatih Johor Darul Ta?zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan beliau masih bersama...2014-02-20T02:49:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NURUL HUDA HASSAN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_02/Jimenez-tidak-akan-ke-mana-mana </image></item><item><title>FAM tidak ubah pendirian - Sallehhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_03/FAM-tidak-ubah-pendirian---Salleh PETALING JAYA - Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertegas, larangan daripada membawa tiang atau objek keras menggunakan kayu kekal selaras dengan undang-undang yang terkandung...2014-02-20T02:49:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMINBrendan boleh wakili Red Warriorshttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_04/Brendan-boleh-wakili-Red-Warriors SELAYANG - Setelah hajat untuk beraksi bersama Kelantan di awal musim Liga Malaysia ini terbantut, Brendan Gan dijangka tiada sebarang masalah untuk menyarung jersi Red Warriors sebaik pintu perpindahan...2014-02-20T02:49:28+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_04/Brendan-boleh-wakili-Red-Warriors </image></item><item><title>All England bukan 'istimewa'http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_05/All-England-bukan-istimewa KUALA LUMPUR - Kejohanan All England yang berlangsung dari 4 hingga 9 Mac depan bukan sesuatu yang istimewa atau wajib menang buat Datuk Lee Chong Wei, namun dia berjanji untuk memberi aksi terbaik seterusnya...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh FERZALFIE FAUZI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_05/All-England-bukan-istimewa </image></item><item><title>'Saya masih jurulatih JDT'http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_06/Saya-masih-jurulatih-JDT ALOR SETAR - "Saya tidak tahu, dan setakat ini saya masih jurulatih JDT" Itu jawapan yang diulang berkali-kali oleh pengendali Johor Darul Ta?zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez apabila digasak wartawan berhubung...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Ketiadaan empat tonggak utama punca Sarawak tersingkirhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_07/Ketiadaan-empat-tonggak-utama-punca-Sarawak-tersingkir KUCHING - Ketiadaan ramai tonggak utama ekoran penggantungan dan kecederaan menjejaskan hasrat skuad Bujang Senang untuk menempah tiket separuh akhir Piala FA. Meskipun dua kali mendahului Felda United...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Kemarol ketuai pemain ke Terbuka Malaysiahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_08/Kemarol-ketuai-pemain-ke-Terbuka-Malaysia KUALA LUMPUR - Kemarol Baharin menempah slot ke Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2014 selepas mengungguli saingan kelayakan kebangsaan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini semalam.2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_08/Kemarol-ketuai-pemain-ke-Terbuka-Malaysia </image></item><item><title>Purata larian bersih penentu kemaraan Negeri Sembilanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_09/Purata-larian-bersih-penentu-kemaraan-Negeri-Sembilan KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan bernasib baik untuk berentap dalam separuh akhir Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja apabila memperoleh kelebihan purata larian bersih mengatasi dua lagi pencabar...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_09/Purata-larian-bersih-penentu-kemaraan-Negeri-Sembilan </image></item><item><title>Nur Insafi lakar rekod sempurna dalam keadaan serba kekuranganhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_10/Nur-Insafi-lakar-rekod-sempurna-dalam-keadaan-serba-kekurangan KUALA LUMPUR - Nur Insafi melakar rekod sempurna dalam saingan kumpulan Divisyen Dua, apabila mencatat kemenangan dalam semua perlawanan Liga Hoki Remaja Kebangsan (MJHL). Meskipun bangga dengan rekod...2014-02-20T02:49:29+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd KSPO tarik diri, pelumba meninggalhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_11/KSPO-tarik-diri-pelumba-meninggal KUALA LUMPUR - Debaran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 sedikit tersentak apabila mendapat berita menyedihkan iaitu kematian pelumba Team KSPO (Korea Selatan), Youm Jung Hwan kerana mengalami...2014-02-20T02:49:30+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Hassan Sulaiman meninggal duniahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_12/Hassan-Sulaiman-meninggal-dunia KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih sepak takraw negara, Hassan Sulaiman (gambar) atau sebenarnya Minhat Sulaiman meninggal dunia akibat diserang sakit jantung kira-kira pukul 12.25 tengah hari di Hospital Selayang...2014-02-20T02:49:30+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0220/Utusan_Malaysia/Sukan/su_12.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_12/Hassan-Sulaiman-meninggal-dunia </image></item><item><title>Lin Dan ketuai calon anugerahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140220/su_13/Lin-Dan-ketuai-calon-anugerah KUALA LUMPUR - Empat bintang sukan dunia, Lin Dan, Rafael Nadal, Ronaldinho dan Tiger Woods akan bersaing bersama pasukan kapal layar Amerika Syarikat, Oracle untuk merebut kategori Kebangkitan Semula di...2014-02-20T02:49:30+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Jiminez kekal bersama JDThttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_08/Jiminez-kekal-bersama-JDT JOHOR BAHRU 19 Feb. - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) hari ini mengesahkan ketua jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez akan kekal bersama Johor Darul Ta'zim (JDT). Kenyataan tersebut disiarkan di laman...2014-02-19T20:00:32+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Chong Wei tidak letak sasaran tinggi di All-Englandhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_07/Chong-Wei-tidak-letak-sasaran-tinggi-di-All-England KUALA LUMPUR 19 Feb. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak meletakkan sasaran tinggi walaupun beliau diramal berdepan laluan mudah untuk merampas kejuaraan All-England 2014 di National...2014-02-19T18:53:49+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Tiada keistimewaan buat TMJ - Taufekhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_01/Tiada-keistimewaan-buat-TMJ---Taufek KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris tidak akan mendapat layanan istimewa daripada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika beliau antara...2014-02-19T03:52:48+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Kelantan berpeluh sebelum marahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_02/Kelantan-berpeluh-sebelum-mara SELAYANG - Kelantan berada pada landasan terbaik untuk memenangi Piala FA buat kali ketiga berturut-turut apabila berjaya membenam PKNS dengan agregat 6-5 selepas mencatat keputusan seri 3-3 dalam perlawanan...2014-02-19T03:52:48+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0219/Utusan_Malaysia/Sukan/su_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_02/Kelantan-berpeluh-sebelum-mara </image></item><item><title>JDT tepati ramalan jinakkan Helanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_03/JDT-tepati-ramalan-jinakkan-Helang ALOR SETAR - Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila menang 2-0 ke atas pasukan Liga Perdana, Kedah dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman malam tadi. Kemenangan itu...2014-02-19T03:52:48+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0219/Utusan_Malaysia/Sukan/su_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_03/JDT-tepati-ramalan-jinakkan-Helang </image></item><item><title>Sepakan bebas Hafiz pastikan Pahang marahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_04/Sepakan-bebas-Hafiz-pastikan-Pahang-mara KUANTAN - Lawatan Dollah Salleh ke Kuantan berakhir dengan catatan duka apabila skuad Tok Gajah yang dibimbingnya tahun lalu menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk menewaskan PDRM 2-1 pada perlawanan...2014-02-19T03:52:48+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0219/Utusan_Malaysia/Sukan/su_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_04/Sepakan-bebas-Hafiz-pastikan-Pahang-mara </image></item><item><title>Felda United libas Bujang Senang di Stadium Negerihttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_05/Felda-United-libas-Bujang-Senang-di-Stadium-Negeri KUCHING - Pasukan Liga Perdana, Felda United mengecewakan Sarawak apabila mara ke separuh akhir Piala FA dengan peraturan gol di tempat lawan setelah seri 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium...2014-02-19T03:52:49+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd UKM tertekan, tumbang kepada Sabahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_06/UKM-tertekan-tumbang-kepada-Sabah KUALA LUMPUR - Sabah yang diletakkan sebagai pasukan tanpa sengat musim ini berjaya bangkit untuk menjerat juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila menang dengan tiga larian dalam Kriket...2014-02-19T03:52:49+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Laporan menghina Harimau Mudahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_01/Laporan-menghina-Harimau-Muda PUCHONG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menganggap laporan Brisbane Times yang mendakwa penyertaan Harimau Muda A dalam Liga Perdana Kebangsaan Queensland bakal membuka pintu kepada penglibatan...2014-02-18T02:41:52+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0218/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_01/Laporan-menghina-Harimau-Muda </image></item><item><title>Harimau Muda A tetap sertai NPLhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_02/Harimau-Muda-A-tetap-sertai-NPL KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Muda A akan tetap beraksi dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland bulan depan meskipun sebuah akhbar Australia mendakwa penyertaan pasukan itu akan membuka pintu kepada...2014-02-18T02:41:52+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIRTok Gajah sedia ganyang PDRMhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_03/Tok-Gajah-sedia-ganyang-PDRM KUANTAN - Selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama di Seremban minggu lalu, Pahang mahu kelebihan beraksi di tempat sendiri malam ini digunakan sepenuhnya untuk menumbangkan PDRM pada aksi suku akhir kedua...2014-02-18T02:41:52+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh M.RIZAL NOR<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0218/Utusan_Malaysia/Sukan/su_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_03/Tok-Gajah-sedia-ganyang-PDRM </image></item><item><title>FAM belum terima aduan pengadil carut pemainhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_04/FAM-belum-terima-aduan-pengadil-carut-pemain KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengadilan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum menerima aduan rasmi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berhubung dakwaan pengadil mengeluarkan perkataan lucah kepada pemain...2014-02-18T02:41:52+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket klon kad ATM tumpas

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Chong Mun Phing (kiri) bersama pegawainya menunjukkan kad klon ATM yang dirampas daripada sindiket antarabangsa pada sidang akhbar di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

SHAH ALAM 19 Feb. - Satu sindiket antarabangsa didalangi dua rakyat Sri Lanka yang mengklon kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik pemegangnya di luar negara sebelum mengeluarkan wang di bank tempatan di sini, berjaya ditumpaskan polis.

Antara pemegang akaun bank yang menjadi sasaran sindiket itu adalah Toronto Bank dan Scotia Bank, masing-masing di Kanada.

Sindiket itu ditumpaskan ekoran penahanan kedua-dua suspek berusia 28 dan 38 tahun, dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, kira-kira pukul 8 malam, Isnin lalu, hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, hasil serbuan, polis merampas 2,217 kad pelbagai jenis serta peralatan termasuk komputer riba dan 58 kotak keselamatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek menggunakan kad berkenaan yang mempunyai jalur magnetik sebagai klon dengan memasukkan data akaun bank serta nombor keselamatan pengguna ATM di luar negara.

"Mereka kemudian mengeluarkannya di mesin ATM bank-bank tempatan dengan setiap kad terbabit dikeluarkan wang sebanyak RM1,000 sehari," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mun Phing seterusnya memberitahu, sindiket berkenaan dipercayai memulakan kegiatan mereka sejak dua bulan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata, salah seorang suspek merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) sejak 2008 manakala seorang lagi masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sejak September 2013 dan telah tamat tempoh awal tahun ini.

"Setakat ini, kedua-dua suspek terbabit direman empat hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Suspek pukul teman wanita sehingga mati ditahan

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab memukul teman wanitanya sehingga mati di sebuah rumah di Lagoon Perdana, Bandar Sunway dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hendak mendapatkan rawatan kecederaan di bahagian belakang kepala di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi.

"Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, suspek mengalami kecederaan tersebut akibat dibelasah oleh keluarga mangsa ketika berada di hospital berkenaan semalam.

Dalam kejadian semalam, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia pada pukul 1.41 pagi di PPUM setelah dihantar mendapatkan rawatan di situ akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul.

Yahaya seterusnya berkata, lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tertuduh tidak mengaku salah

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Koong Swee Kwan

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Penarik kereta, Koong Swee Kwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi hujung Julai tahun lalu.

Tertuduh turut membuat pengakuan sama atas tuduhan cubaan membunuh isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuan, 50.

Swee Kwan, 45, membuat pengakuan tersebut pada sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini selepas dipindahkan dari Mahkamah Majistret di sini.

Hakim Datuk Azman Husin selepas merekodkan pengakuan terbabit menetapkan perbicaraan kes itu selama dua minggu bermula 9 Jun ini.

Mengikut pertuduhan, Swee Kwan didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai lalu.

Bagi tuduhan membunuh Hussain, 75, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuan pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd. Karim manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zamri Idrus.

Menurut laporan akhbar, Hussain dilaporkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada manakala Mei Kuan cedera ditembak dari jarak dekat dan cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan selepas keluar dari tokong tersebut.

Sementara itu, Yusaini Amer ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, pihaknya akan memanggil di antara 15 hingga 20 saksi dalam perbicaraan itu kelak.

Pada 17 Februari lalu, pemandu teksi yang membawa suspek kes tembak pengasas bank itu meninggalkan tempat kejadian dihukum penjara 14 tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas pertuduhan memiliki pistol dan peluru hidup.

Hukuman terhadap Chew Siang Chee, 46, atas dua pertuduhan yang dihadapinya itu, berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Ogos 2013.

Tertuduh disabitkan atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol Walther Model PPK/S Cal.9 mm Kurz/380 ACP bersama satu kelopak peluru Walther Cal.9 mm Kurz yang menyalahi undang-undang.

Dia didakwa memiliki senjata itu di B-15-12 Kondominium Desa Cindaimas Jalan Sekutu Persimpangan Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini pada pukul 5.45 petang, 3 Ogos tahun lalu.

Siang Chee juga didapati bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki empat butir peluru hidup jenis 9mm (short) (S&B 9mm) tanpa lesen pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Dadah: Warga Nigeria dihukum gantung

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

SHAH ALAM 19 Feb. - Seorang peniaga warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2,256.02 gram, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memutuskan demikian terhadap Francis Abuchie Odike, 33, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Ghazali berkata, keterangan tertuduh adalah rekaan semata-mata dan tidak logik.

Lelaki itu disabitkan atas tuduhan tersebut di cawangan pemeriksaan penumpang 1 (CPP1) Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira pukul 7.30 malam, 12 September 2011.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan terhadap tertuduh yang diwakili peguam, K. Viknesvaran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apa lagi Hindraf mahu?

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bersedia menerima apa juga kritikan berhubung tindakan beliau membawa masuk pemimpin Hindraf, P.Waythamoorty ke dalam Kabinet.

Kemasukan Waythamoorty itu mencatatkan sejarah kerana inilah kali pertama seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberi pengiktirafan tersebut.

Hasrat Najib hanya satu iaitu untuk memastikan kaum India mempunyai lebih banyak suara dalam kerajaan dan sekali gus memperkukuhkan lagi usaha membela nasib kaum itu.

Tetapi ternyata Waythamoorty tidak tahu mengenang budi baik Perdana Menteri dalam soal itu. Beliau cuba membawa pendekatan Hindraf ke dalam Kabinet apabila membuat tuntutan secara desakan sebab itulah apabila tuntutan beliau tidak dipenuhi, pemimpin yang mula dikenali melalui demonstrasi jalanan itu membuat keputusan meletakkan jawatan.

Alasan dangkal yang diberikan oleh Waythamoorty ialah kedudukan beliau di dalam kerajaan tidak membantunya dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan kaum India yang miskin di negara ini. Soalnya, apakah hanya berada dalam Kabinet tidak sampai setahun, Waythamoorty berhak membuat penilaian sedemikian.

Biar pun antara kerajaan dan Hindraf ada perjanjian persefahaman tetapi ia bukanlah bermakna kerajaan di bawah kepimpinan Najib boleh melakukan tindakan sesuka hati, sudah pastilah ia perlu mengikut prosedur dan memakan masa.

Namun ini tidak bermakna kerajaan BN berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Berikut antara beberapa tindakan yang dilakukan oleh kerajaan sejak 2009 bagi membantu masyarakat India, fakta-fakta ini sengaja dilupakan oleh Waythamoorty:

l Memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan 2013.

l Memperuntukkan tambahan 1,000 tempat untuk pelajar India di kolej Matrikulasi Kerajaan.

l Memperuntukkan RM50 juta untuk program latihan kemahiran kepada 3,200 belia India dari kawasan perladangan.

l Menubuhkan Koperasi Suria dan memperuntukkan RM8 juta untuk mentransformasikan kedai runcit dan bengkel automotif kaum India.

l Mengkhaskan RM150 juta dalam bentuk pinjaman Usahawan Kecil dan Sedernana (SME) untuk kaum India

l Memperuntukkan RM115 juta di bawah TEKUN Nasional untuk perniagaan kecil kaum India sejak 2009.

l Memperuntukkan RM100 juta untuk pinjaman mikro-kredit kepada usahawan wanita India melalui Amanah Ikhtiar Malaysia

l Memperuntukkan lebih RM55 juta sejak 2009 kepada lebih 1,300 kuil Hindu dan tempat beribadat kaum India yang lain.

l Menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di bawah Jawatankuasa Kabinet bagi Masyarakat India untuk memberi fokus khusus ke arah penyelesaian masalah dokumentasi di kalangan masyarakat India

l Membelanjakan RM35 juta untuk membangunkan semula Brickfields sebagai Little India"

Hakikatnya banyak lagi yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu kaum India termasuklah memastikan enam wakil India dalam barisan Kabinet dengan menduduki jawatan dua menteri penuh dan empat timbalan menteri.

Sebenarnya, Waythamoorty sudah pasti mengetahui fakta-fakta ini. Tetapi pemimpin Hindraf tersebut tidak mahu bersama dalam pasukan Kabinet bagi meneruskan usaha membangunkan kaum tersebut.

Beliau memilih kembali kepada Hindraf yang sememangnya terkenal dengan pendekatan demonstrasi, ugutan dan kecaman dalam memenuhi matlamat perjuangan mereka.

Bagi Waythamoorty, segala tuntutan, perjanjian dan kehendak Hindraf perlu dipenuhi oleh kerajaan. Segalanya kerana mereka masih dengan tanggapan kononnya Hindraf berupaya mempengaruhi pengundi dalam kalangan kaum India menyokong Barisan Nasional (BN).

Tetapi dalam masa sama Waythamoorty lupa bahawa Hindraf adalah pertubuhan haram dan sebarang kehendak atau tuntutan pertubuhan itu tidak perlu dilayan. Soalnya, apa lagi Waythamoorty dan Hindraf mahu sedangkan mereka sendiri yang memilih jalan yang dilihat bertujuan untuk terus berkonfrantasi dengan kerajaan.

Oleh itu, biarlah Waythamoorty `melalak di luar Kabinet selepas beliau mempersia-siakan peluang ketika berada dalam Kabinet. Malah ketika menjadi Timbalan Menteri pun, Waythamoorty pernah membuat tindakan yang tidak selari dengan semangat Kabinet apabila mempertikaikan tindakan polis ke atas penjenayah dalam kalangan kaum India.

Kecetekan ilmu dan ketidakfahaman Waythamoorty sebagai anggota Kabinet serta terus taksub dengan perjuangan Hindraf telah menjadi bukti bahawa beliau tidak layak berada dalam kerajaan tetapi lebih layak meneruskan perjuangan jalanan bersama pertubuhan haram seperti Hindraf.

Kita percaya majoriti kaum India tidak akan terpengaruh dengan perjuangan Hindraf kerana mereka semakin memahami apa yang kerajaan sudah lakukan dalam meningkat taraf hidup mereka.

Mungkin tindakan Waythamoorty ini akan menggembirakan pembangkang apatah lagi ketika mereka sedang membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi. Langkah Waythamoorty boleh dijadikan model pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan bagi meraih undi kaum India di DUN tersebut.

Namun kita tidak perlu hairan jika itu berlaku kerana selama ini pun Hindraf sememangnya dilihat cenderung kepada pembangkang sebab itulah apabila Waythamoorty membuat keputusan menyertai Kabinet, Hindraf tidak mengiktirafnya.

Ia kerana Hindraf bukannya ikhlas untuk membantu kaum India tetapi mereka hanya mengambil kesempatan ketika kerajaan BN dalam kesempitan dalam meraih sokongan kaum tersebut iaitu pada 2008. Keadaan itulah yang menyebabkan Hindraf besar kepala kerana mereka menggambarkan seolah-olah mereka ada bargaining power.

Apatah lagi pemimpin pembangkang pula bersedia menjadi sesumpah dan mengambil kesempatan untuk menonjolkan kononnya mereka pejuang kaum India sedangkan mereka hanya mahu meraih undi kaum itu sahaja.

Bagaimanapun kali ini, Waythamoorty dan Hindraf sudah tersilap percaturan kerana kaum India menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu bukan disebabkan perjuangan Hindraf tetapi atas keyakinan bahawa hanya parti itu sahaja yang mampu membela nasib mereka.

Oleh itu kepada Waythamoorty dan Hindraf teruslah perjuangan jalanan kalian kerana ia tidak akan menjadi kudis apatah lagi penghalang kepada kerajaan BN untuk meneruskan agenda bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara.

Ini memandangkan di dalam BN masih ada wakil kaum tersebut yang benar-benar ikhlas berjuang untuk mereka dan bukannya masuk ke dalam Kabinet sekadar untuk memperolehi dana.

Perbezaan antara Renzi dan Anwar

Posted: 19 Feb 2014 10:49 AM PST

Oleh Azmi Hassan

MENARIK sekali senario politik Itali dan Selangor kerana wujud persamaan selari membuatkan banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil kerana faktor rebutan jawatan tertinggi iaitu Perdana Menteri Itali dan juga Menteri Besar Selangor.

Matteo Renzi bakal menjadi Perdana Menteri Itali setelah berjaya memaksa penyandang jawatan tersebut Enrico Letta berundur apabila tewas dalam undi tidak percaya parti yang diwakili kedua-duanya iaitu Parti Demokratik (PD).

Tetapi apa yang paling mengaibkan sekali adalah Renzi bukanlah seorang ahli Parlimen kerana beliau tidak pernah bertanding dalam pilihan raya Itali sebelum ini.

Presiden Itali, Giorgio Napolitano mencadangkan Renzi membentuk kerajaan baharu kerana berasaskan PD yang telah memperolehi kerusi Parlimen terbanyak dalam pilihan raya lepas. Oleh kerana Renzi ialah pemimpin tertinggi PD maka secara tersendiri melayakkan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Sebab itu jika PD berjaya membentuk kerajaan baharu dan Renzi dilantik sebagai Perdana Menteri maka jawatan tersebut diibaratkan tidak mempunyai kesahihan demokrasi kerana pada asasnya beliau tidak mempunyai mandat pengundi Itali.

Senario sebegini boleh berlaku kerana ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara tersebut dan salah satu sebab mengapa jawatan Perdana Menteri Itali begitu sukar untuk kekal lama adalah kerana ketiadaan mandat pengundi.

Lain pula senario politik Malaysia kerana jawatan Menteri Besar memerlukan seseorang itu memperolehi mandat dari pengundi dan seterusnya dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sebab itu, ada desas-desus yang mengandaikan sebab sebenar mengapa ADUN Kajang, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa melepaskan jawatan kerana hendak memberi laluan supaya calon baharu kawasan tersebut dapat dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Tiada cacat celanya strategi PKR tersebut yang lebih dikenali sebagai `Langkah Kajang kerana ia tidak mengingkari kehendak demokrasi Malaysia dan juga negeri Selangor.

Seperti mana di Itali, jika Renzi menjadi Perdana Menteri maka beliau dianggap tidak mempunyai kesahihan demokrasi kerana tidak mempunyai mandat pengundi secara langsung, begitu juga dengan lantikan jawatan Menteri Besar terhadap ADUN Kajang yang baharu juga dianggap tiada kesahihan demokrasi kerana beliau tidak mempunyai mandat pengundi Selangor secara keseluruhannya.

Andaian ini dibuat kerana senario politik Malaysia secara lazimnya sesebuah parti politik sudah mempunyai calon siapa yang akan menjawat jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri jika parti tersebut memperolehi jumlah kerusi majoriti dalam pilihan raya.

Tidak keterlaluan juga jika diandaikan salah satu sebab mengapa pengundi Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya lepas adalah kerana bukan menjadi rahsia lagi penyandang jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dilantik semula buat penggal kedua jika PR memperolehi majoriti jumlah kerusi DUN Selangor.

Sebab itu dikatakan pelantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar mempunyai kesahihan demokrasi kerana pengundi Selangor memahami akan senario politik pada ketika itu dan telah membuat keputusan bersandarkan keadaan ketika itu. Tetapi jika seseorang itu dilantik Menteri Besar melalui strategi Langkah Kajang, maka boleh juga diandaikan jawatan tersebut tidak mempunyai kesahihan demokrasi kerana hanya sebilangan kecil pengundi Selangor yang memberi mandat secara langsung.

Rakyat Itali menyokong strategi Renzi menyingkirkan Letta sebagai Perdana Menteri kerana kegagalan Letta mentadbir urus ekonomi Itali dengan baik.

Kadar pengangguran pada era Letta adalah agak tinggi iaitu melebihi 12 peratus. Sementara itu, bagi penduduk yang berumur di antara 15-24 tahun, kadar pengangguran mencapai sehingga 41 peratus.

Renzi yang juga dikenali dengan jolokan Rottamatore atau pemusnah juga berjanji akan mengubah sistem politik Itali yang banyak dipengaruhi oleh ahli politik veteran yang mempunyai agenda tersendiri. Sebab itu, walaupun Renzi tidak mempunyai madat pengundi secara langsung, tetapi janji-janji beliau yang mahu mengubah bukan sahaja ekonomi Itali tetapi juga sistem politik telah dapat menarik sokongan rakyat Itali.

Tetapi berbeza pula dengan Abdul Khalid tidak begitu ketara berlaku salah tadbir urus negeri Selangor sehingga boleh memaksa beliau melepaskan jawatan. Tidak pula kedengaran sama ada di kalangan ADUN PR atau pun Barisan Nasional sekali pun bahawa akan berlaku undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid.

Langkah Renzi menyingkir Letta kurang disenangi oleh beberapa parti yang membentuk kerajaan campuran Itali dengan PD kerana tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pemimpin parti NCD umpamanya yang sebelum ini bersama-sama dengan Letta dalam kerajaan campuran Itali telah memberi amaran kepada Renzi bahawa NCD tidak semestinya akan turut serta dalam pembentukan kerajaan campuran yang baharu. Sebab utama mengapa NCD membuat ugutan sedemikian rupa adalah kerana PD tidak pernah berunding dengan komponen parti lain dalam kerajaan campuran.

Begitu juga dengan apa yang sedang melanda Kajang dan desas-desus mengenai tujuan sebenar sememangnya kurang disenangi oleh parti lain dalam PR seperti DAP dan Pas. Begitu jelas rakan PKR ini kurang senang dengan senario politik yang sedang berlaku yang pada asalnya hanya diketahui oleh kumpulan tertentu sahaja dalam PKR sedangkan kesan akhirnya adalah begitu besar sekali.

Jika politik Itali sebelum ini begitu rapuh dan tidak stabil kerana tidak wujud aura kesahihan demokrasi sebab tiga Perdana Menteri sebelum ini juga tidak mempunyai mandat pengundi secara langsung, maka tidak menghairankan politik Selangor juga bakal menerima nasib serupa jika Menteri Besar tidak memiliki kesahihan demokrasi dari pengundi negeri itu.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved