Isnin, 20 Januari 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ahli perniagaan dakwa diri 'Sultan Melaka' dibebas

Posted: 20 Jan 2014 11:03 PM PST

MELAKA 21 Jan. - Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya "Sultan

Melaka" hari ini dibebaskan dengan jaminan polis setelah ditahan pada 14 Januari lepas bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaannya itu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata, Noor Jan Tuah dibebaskan selepas tahanan reman ke atasnya tamat hari ini.

"Kes masih dalam siasatan terutamanya berkenaan dakwaannya mendapat surat pengesahan daripada ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa), yang kita perlukan kerjasama daripada Pejabat Peguam Negara untuk pastikan dakwaan itu benar atau tidak.

"Kita akan mohon bon mahkamah bagi memastikan beliau tidak menganjurkan majlis atau aktiviti berkaitan kesultanan sehingga siasatan ini selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Noor Jan, 57, ditahan pada 10.50 pagi di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin

sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama-sama 'pengikutnya'.

Pada Rabu lepas, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk menahan reman ahli perniagaan itu selama empat hari dan mendapat kebenaran daripada mahkamah sama untuk menyambung reman selama tiga hari lagi pada Sabtu lepas.

Shah Gzali Khan berkata, pihak polis boleh memanggil Noor Jan pada bila-bila masa untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Mayat wanita ditemui

Posted: 20 Jan 2014 06:19 PM PST

DARO 21 Jan. - Mayat seorang wanita ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa bot panjang karam yang memasuki hari keempat hari ini.

Menurut Ketua Bahagian Ketenteraman Ibu Pejabat Polis Daerah Matu Daro, Inspektor Raja Mahadi Raja Mahmudin, mayat berkenaan ditemui kira-kira pukul 9.02 pagi.

Katanya, mayat berkenaan belum dapat disahkan identitinya sehingga pengecaman oleh waris mangsa yang masih hilang.

Sehingga semalam, dua daripada 27 orang terlibat dalam kejadian bot panjang yang karam Sabtu lalu belum ditemui iaitu Madini Akim, 55, dan Ebong Rais, 60. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


20,000 guru Bahasa Inggeris dilatih

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 20 Jan. - Kementerian Pendidikan akan melatih sebanyak 20,000 guru Bahasa Inggeris (BI) tahun ini bagi meningkatkan kemahiran mengajar dalam kalangan para guru.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagi perancangan tahun hadapan, jumlah yang sama akan turut dilatih bagi memperkasakan kemahiran guru Bahasa Inggeris.

Beliau berkata, inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu adalah bagi memastikan kemahiran menguasai Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dapat dicapai.

"Penekanan terhadap kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris sentiasa dititikberatkan dan pada tahun lalu sahaja sebanyak 5,000 guru telah dilatih.

"Mulai bulan depan sebanyak 9,000 orang guru Bahasa Inggeris akan memulakan latihan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penyerahan peserta Fulbright English Teaching Assistant (ETA) 2014, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat, Bonnie S. Gutman.

Peserta ETA itu terdiri daripada 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) untuk membantu guru Bahasa Inggeris tempatan mengajar para pelajar menggunakan bahasa antarabangsa tersebut dengan lebih sistematik.

Sementara itu, Idris berkata, siswazah terbabit akan ditempatkan selama 10 bulan bermula 2 Februari ini di sekolah rendah dan menengah terpilih sekitar Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

"Mereka akan menjadi pembantu kepada guru di dalam bilik darjah bagi memudahkan kefahaman pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

"Selain itu, mereka akan turut menganjurkan aktiviti kokurikulum termasuk mengadakan kem Bahasa Inggeris ketika musim cuti sekolah untuk menarik perhatian pelajar," katanya.

Beliau menjelaskan, program ETA yang bermula pada 2012 hanya disertai oleh 50 peserta dan ditempatkan di Terengganu, Pahang dan Johor.

"Pada tahun lalu, program ini telah diperluaskan ke Perak dan jumlah sekolah yang terlibat ditingkatkan kepada 75 buah.

"Pihak kementerian juga akan mengkaji dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan jumlah penyertaan sekolah dan perkara itu perlu dibincangkan dengan kerajaan AS terlebih dahulu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program kerjasama kali ketiga antara Malaysia dengan AS itu yang membabitkan kos RM9 juta setahun dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Saya kasihan dengan Mew Choo'

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Lee Chong Wei terus bertemu Wong Mew Choo dan anak mereka, Kingston Lee sejurus selepas menjuarai kejohanan Terbuka Malaysia buat kali ke-10 di Stadium Putra, Bukit Jalil, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Ramai tidak tahu, saya suruh isteri (Wong Mew Choo) dan anak kami tinggal di rumah ibu mertua sepanjang Terbuka Malaysia berlangsung kerana saya mahu bersendirian," itu antara pendedahan Datuk Lee Chong Wei ketika bercerita mengapa dia mengambil keputusan hendak menggantung raket secara mengejut.

Jaguh No. 1 dunia itu mendedahkan, dia terpaksa melakukan pengorbanan yang mungkin menguris hati isterinya dalam usaha merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia ke-10.

"Hanya semalam (kelmarin, selepas kejohanan) saya berkesempatan duduk dan meminta maaf kepadanya (Mew Choo) kerana tidak dapat bersama dan menjenguk Kingston.

Tumpuan saya hanya untuk menjuarai Terbuka Malaysia kali ke-10. Saya bernasib baik kerana isteri saya juga bekas atlet, jadi dia amat memahami saya," ujarnya lagi, yang muncul juara selepas mengalahkan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-19, 21-9.

Kelmarin, Chong Wei mengejutkan peminat badminton tanahair apabila menyuarakan hasrat untuk bersara hujung tahun ini kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

Menghurai mengenai keputusan mengejutnya itu Chong Wei berkata, sudah tiba masanya dia menghabiskan lebih banyak masa bersama isteri, anak mereka serta ahli keluarganya yang lain.

Memang saya ada masalah peribadi, terutama yang membabitkan isteri dan anak.

Selama ini saya tidak ada masa untuk mereka, bila balik berlatih sudah penat," katanya.

Dia berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan XOX Berhad semalam.

Jelasnya, dia ada berbincang dengan Mew Choo tentang persaraan tersebut kerana hanya isterinya sahaja yang tahu dan memahami.

Dalam masa yang sama Chong Wei juga sempat meluahkan perasaan yang terpendam selama ini sejak menggalas tanggungjawab berat sebagai perseorangan No. 1 negara.

Menurut Chong Wei, ketika dia menang semua orang gembira tetapi selepas dia kalah orang bercakap perkara yang tidak baik tentangnya.

Saya terima semua itu kerana saya seorang atlet.

Apa pun, saya gembira dengan segala pencapaian yang diraih selama ini," katanya, yang akan menimbang semula keputusannya itu selepas tamat Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini.

MHC izin Revington pergi

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Paul Revington (kiri) menjawab soalan pemberita mengenai peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jali, semalam. Turut kelihatan Nur Azmi Ahmad (tengah).

KUALA LUMPUR - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menerima peletakan jawatan Paul Revington sebagai ketua jurulatih negara berkuat kuasa serta-merta dan melantik penolongnya, Muhammad Dharma Raj Abdullah sebagai penggantinya mulai semalam.

Naib Presiden Kanan MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin menerima keputusan warga Afrika Selatan itu yang memberi alasan faktor kesihatan sebagai sebab dia meletak jawatan.

Katanya, seorang lagi penolong jurulatih negara, A. Arulselvaraj ditukar sebagai ketua jurulatih skuad remaja Projek 2016 yang kini dipangku Lim Chiow Chuan dan Tan Beng Hai.

Dharma akan terus dibantu oleh Nor Azlan Bakar dan K. Gobinathan manakala Arulselvaraj akan mendapatkan barisan penolong pasukannya secepat mungkin," kata Nur Azmi dalam sidang akhbar di pejabat MHC di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Revington yang cuba menyembunyikan alasan sebenar peletakan jawatan itu, cuma memberitahu, mindanya kini telah terjejas atau kepenatan sehingga sukar meneruskan tugas yang tidak membenarkannya berehat terlalu lama.

Saya mengalami kesakitan yang berkaitan tekanan sejak Jun lalu. Saya masih tidak boleh berfungsi sehampir dengan kemampuan maksimum saya dan menjejaskan mutu tugas harian saya.

Minda yang rosak atau terjejas juga umpama kaki dan belakang yang patah kerana terjatuh tangga yang memerlukan sekurang-kurangnya 12 minggu untuk pulih sepenuhnya.

Saya mengikat kontrak sebagai ketua jurulatih hoki Malaysia selama empat tahun dengan dua tahun semakan semula, mulai 1 Ogos 2012. Dua tahun tempoh pertama berakhir 31 Julai.

Namun dalam kontrak itu, saya boleh berikan notis tiga bulan lebih awal untuk menamatkannya. Saya akan berunding dengan MHC dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai baki tempohnya selepas ini," katanya.

Dharma pula berharap semua pihak bertenang dengan keputusan itu.

Saya masih mahu Revington dan Arul membantu saya, namun memohon tiada sesiapa yang akan memburukkan keadaan dengan mereka-reka cerita yang bukan-bukan.

Saya juga berharap pasukan negara berfikir dengan tenang dan hanya beri tumpuan kepada tugas kita untuk membina pasukan yang kuat dalam mencapai sepuluh teratas di Piala Dunia (di The Hague, Belanda pada Jun) dan pingat emas Sukan Asia di Incheon (September).

Memang bukan satu situasi yang senang apabila berlaku perubahan jurulatih. Saya juga terkejut walaupun sudah tahu tentang kesihatan Revington. Saya cuma tidak menduga dilantik sebagai ketua jurulatih senior secepat ini.

Dia pernah mendapatkan rawatan dan cuba memulihkan diri malah mahukan lebih ramai jurulatih untuk memberikannya kekuatan semula. Kami cuba berbincang dan kerap meluangkan masa bersama dalam sebulan ini," katanya.

Saya ke sini untuk menjalankan tugas dan saya ada kontrak untuk ditunaikan (hingga 2016). Saya kena bina satu lagi pasukan (remaja). Saya lakukan (menjadi jurulatih hoki) ini sejak 12 tahun lalu semata-mata atas sebab minat. Tiada selain itu.

Kadangkala dalam hidup, anda kena ambil dua langkah ke belakang untuk mara dengan enam langkah. Saya melihatnya begitu dan saya tidak rasa (pertukaran jawatan) satu penurunan pangkat. Habis kontrak, saya akan pulang ke Ireland, kampung baharu saya," kata Arulselvaraj pula.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


16 terkorban serangan bom di Baghdad

Posted: 20 Jan 2014 10:21 AM PST

BAGHDAD 21 Jan. - Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dan lebih daripada 40 orang mengalami kecederaan, selepas lima buah bom kereta meletup di beberapa buah kawasan perumahan di sini semalam.

Sebanyak dua letupan berlaku di kawasan majoriti penduduk Sunnah di selatan Baghdad iaitu di kawasan perumahan Dura, manakala sekurang-kurangnya tiga buah kereta yang membawa bahan peledak meletup di kawasan penduduk Syiah di Jadidah, Hurriyah dan Bayaa.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut. - AFP

Seorang maut akibat selsema burung di China

Posted: 20 Jan 2014 09:08 AM PST

LONDON 21 Jan. - Seramai tujuh orang penduduk China menjadi mangsa terbaharu jangkitan penyakit selsema burung H7N9, dengan seorang daripadanya dilaporkan sudah meninggal dunia, menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) semalam.

Seorang lelaki berusia 38 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 9 Januari lalu, manakala baki enam yang lain kini berada dalam keadaan kritikal di hospital. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tolak permohonan bekas Sultanah Johor

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

JOHOR BAHRU 20 Jan. - Bekas Sultanah Johor, Tunku Zanariah Tunku Ahmad hari ini gagal untuk mengenepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail telah menceraikannya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Muhammad Khaldun Mohd. Sharif yang memberitahu bahawa Mahkamah Syariah Johor terikat dengan fatwa mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, peguam Afshah Arifin memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ucapan yang dilafazkan oleh Almarhum Sultan Iskandar adalah tidak sah dari segi undang-undang Islam.

Pada 1 Januari lalu, Tunku Zanariah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk mengenepikan perintah Mahkamah Syariah yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah menceraikannya.

Permohonan yang difailkan melalui Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi dan menamakan Sultan Iskandar sebagai responden itu dibuat bagi mengenepikan dan membatalkan perintah Mahkamah Rendah Syariah menerusi saman bernombor 01001-054-2025-2010 yang mengeluarkan penghakiman bahawa Almarhum Sultan Johor telah menceraikan Tunku Zanariah pada 23 Januari 2009 dan rujuk yang dilafazkan pada minggu berikutnya adalah tidak sah.

Bagaimanapun, difahamkan pihak peguam bela akan memfailkan rayuan di Mahkamah Syariah Johor agar kes tersebut dalam masa terdekat.

Rayuan kerajaan ditolak

Posted: 19 Jan 2014 10:16 PM PST

AMIRUDDIN HARUN

PUTRAJAYA 20 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan kerajaan Malaysia terhadap perintah membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada lima peguam dan seorang aktivis dalam kes saman berhubung penangkapan serta tahanan salah kerana berhimpun sempena Hari Hak Asasi Manusia, tujuh tahun lalu.

Datuk Zaharah Ibrahim yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Datuk Ananthan Kasinather dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian sebulat suara tanpa perintah mengenai kos.

Panel tersebut turut menolak rayuan kumpulan peguam dan aktivis terbabit yang tidak berpuas hati dengan ganti rugi RM10,000 seorang yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Julai tahun lalu.

Lima peguam terbabit terdiri daripada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya; Eric Paulsen; dan Amer Hamzah Arshad; serta aktivis, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kehebatan Tenun Pahang Diraja

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KOLEKSI Tenun Pahang Diraja terus mendapat perhatian ramai sejak Galeri Tekstil, Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang dibuka mulai 15 Januari lalu.

PEKAN 20 Jan. - Sebanyak 44 pasang koleksi Tenun Pahang Diraja milik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipamerkan di Galeri Tekstil, Muzium Sultan Abu Bakar di sini.

Pameran anjuran Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP) diadakan bermula 15 Januari sehingga 31 Mac ini sempena mempromosikan pakaian berkenaan dan muzium tersebut khususnya.

Menariknya, pelancaran pameran tersebut disempurnakan oleh Puteri Benedikte dari Denmark baru-baru ini dalam acara yang cukup santai dan meriah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin, kehadiran Puteri Benedikte diharap dapat menarik minat lebih ramai pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke muzium berkenaan bagi melihat sendiri pelbagai koleksi menarik yang dipamerkan.

"Muzium Sultan Abu Bakar bukan sahaja mempamerkan koleksi Tenun Pahang Diraja tetapi pelbagai jenis kesenian, kebudayaan, kesultanan dan adat resam negeri ini.

"Puteri Benedikte sendiri begitu kagum dengan keunikan dan keaslian Tenun Diraja Pahang dalam lawatan kira-kira satu jam itu. Pameran ini diadakan sebagai salah satu daripada cabang kesenian busana tradisional yang harus dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman," katanya ketika ditemui selepas pelancaran majlis itu di sini.

Sementara itu Pengarah LMNP, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal berkata, pameran tersebut menampilkan koleksi persalinan Tunku Azizah menggunakan kain Tenun Pahang Diraja dengan teknik ikat, teknik benang lurex dengan bermotifkan bunga cengkih, bunga pekan, tampuk manggis dan bunga tanjung.

"Persalinan tersebut direka khas oleh pereka tersohor negara, Rizalman Ibrahim yang menampilkan rekaan baju kurung moden kontemporari dengan tambahan manik, labuci dan jemeki.

"Kita amat berbangga apabila Tunku Azizah sudi berkongsi koleksi baginda termasuk yang masih belum dipakai," jelasnya.

Tambahnya, pameran ini turut diadakan bagi menghargai usaha Tunku Azizah dalam menjaga dan mengekalkan tradisi Tenun Pahang Diraja sehingga tercetusnya Institut Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan.

Sementara itu seorang penduduk tempatan, Norsahila Wahi, 36, berkata, usaha pihak muzium mempamerkan tenun tersebut wajar wajar dipuji untuk tatapan generasi muda dan masyarakat terutama pengunjung dari luar negeri ini.

"Dalam era globalisasi dengan pelbagai jenis rekaan pakaian terkini, Tenun Pahang Diraja mempunyai keunikan tersendiri dan sesuai untuk pelbagai jenis majlis serta rekaan.

"Saya harap Tenun Pahang Diraja akan terus kekal dan menjadi pilihan ramai kerana rekaan eksklusifnya," katanya sambil memberitahu harga sepasang kain tenun antara RM600 hingga RM2,000.

Katanya, sebagai anak tempatan dia amat kagum dan berbangga apabila Tenun Pahang DiRaja 'diangkat' kerana keunikannya terutama penghasilan dilakukan secara manual dan sepasang kain dapat disiapkan kira-kira dua minggu.

Bagi seorang pengunjung, Eddy Mohd. Sahlan Osman, 31, beliau bertuah kerana ketika kunjungan kali ini ke muzium berkenaan dapat melihat koleksi Tengku Puan Pahang dengan begitu dekat.

"Melihat sendiri deretan koleksi Tengku Puan Pahang amat mengujakan dan rekaan yang dicipta khas untuk baginda begitu menarik.

"Saya harap pihak muzium dapat menarik lebih ramai pengunjung terutama pelajar-pelajar sekolah untuk melihat sendiri koleksi yang dipamerkan," jelasnya.

Heret terus ke mahkamah

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

SHAHIRUDDIN Ab. Moin (kiri) bertanyakan sesuatu kepada peniaga sayur ketika mengadakan Ops Harga 2 di Pasar Besar Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 20 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang tidak lagi memberi notis dan kompaun kepada peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sebaliknya terus mendakwa mereka di mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan peniaga yang melanggar peraturan di bawah akta ini.

"Dalam Ops Harga 2 yang diadakan mulai hari ini kesemua peniaga yang didapati melanggar peraturan, kita akan heret mereka ke mahkamah, tiada lagi kompaun yang akan dikenakan.

"Kita tidak mahu pengguna teraniaya apabila terpaksa membeli barangan dengan harga terlampau tinggi. Ini adalah hasrat kita untuk melihat semua pihak mendapat manfaatnya," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan Ops Harga 2 di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah PPDNKK negeri, A. Aruwan Abdul Aziz dan timbalannya, Abdul Kadir Aljailani Mohd. Sharriff.

Menurut beliau, antara kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah adalah seperti menaikkan harga barangan, tiada tanda harga dan alat penimbang tidak menepati syarat ditetapkan.

"Kita akan laksanakan Ops Harga 2 ini sepanjang masa dan mungkin setiap hari. Kita juga akan letakkan penguat kuasa PPDNKK berpakaian biasa di tempat-tempat tertentu," katanya.

Selain itu kata beliau, pihaknya melantik seorang Pembantu Hal Ehwal Pengguna di setiap daerah bagi memantau harga di kawasan mereka.

Sementara itu dalam operasi ini, sebanyak dua peniaga diberikan notis tunjuk sebab kerana menjual cili merah dan bendi pada harga yang melebihi pasaran.

"Salah seorang peniaga itu telah menjual cili merah dengan harga RM18 sekilogram berbanding dengan harga pasaran RM14 sekilogram.

"Seorang lagi menjual bendi dengan harga RM8 sekilogram dan harga sepatutnya adalah RM6 sekilogram. Kita telah beri notis supaya memberikan sebab kenapa naikkan harga dalam masa tujuh hari," katanya.

Dalam pada itu katanya, pengguna juga boleh melaporkan kepada pihaknya jika ada sebarang maklumat mengenai kenaikan harga barang dengan menghantarnya ke e-aduan@kpdnkk.gov.my atau menghubungi talian hotline 1800-886-800.

148 keluarga terlibat banjir terima bantuan KP1M

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

KHAIRUDDIN Mahmud (tengah) menyampaikan bantuan banjir kepada sebahagian keluarga di Taman Impian Perdana dan Taman Desa Bestari, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 20 Jan. - Sebanyak 148 keluarga di Taman Impian Perdana dan Taman Desa Bestari di sini yang terlibat dalam kejadian banjir awal bulan lalu menerima bantuan barangan keperluan sumbangan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) di sini kelmarin.

Majlis penyampaian bantuan berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.

Menurut Khairuddin, antara bantuan yang diberikan kepada mangsa terbabit adalah tilam, bantal, minyak masak dan dapur.

"Bantuan tersebut diagihkan kepada penduduk terlibat bagi meringankan beban mereka berikutan hampir keseluruhan peralatan mereka rosak akibat bencana itu.

"Memandangkan tilam dan bantal rosak akibat banjir, sumbangan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka.

"Apa yang penting adalah kita mahu memastikan semua rakyat yang terjejas akibat banjir menerima bantuan berkenaan tanpa mengira fahaman politik," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman tersebut, Mohd. Radhillah Abdul Rahman berkata, banjir yang berlaku itu menyebabkan hampir kesemua kawasan taman tersebut ditenggelami air.

"Terima kasih kepada KP1M kerana memberikan sumbangan ini yang sangat membantu penduduk di sini yang terjejas akibat bencana tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tindakan tegas tuntutan maqasid syariah

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KEDEGILAN Pengarang The Herald, Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya benar-benar mengundang kemarahan umat Islam negara ini.

Ekoran daripada kenyataannya yang cukup kontroversi itu, pelbagai pihak sama ada individu, para ulama, cendekiawan Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Andrew ditahan dan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang negara.

Desakan mereka cukup berasas dan seharusnya diberikan perhatian sepenuhnya oleh pihak kerajaan berdasarkan kepada kenyataan Andrew yang jelas melanggar undang-undang negara kerana menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Paling penting, langkah tersebut termaktub di dalam salah satu daripada lima maqasid syariah iaitu memelihara agama dan itu merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan demi menjaga kesucian Islam daripada dipermain-mainkan oleh pihak lain.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

Selain itu, kenyataan Andrew itu juga jelas bertentangan dengan kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah menitahkan semua rakyat khasnya di negeri Selangor tanpa mengira kaum dan latar belakang agama akur serta patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di dalam istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 di Istana Anak Bukit semalam turut bertitah, kalimah Allah merupakan hak eksklusif umat Islam dan penggunaannya dilarang dalam kalangan penganut agama lain.

Seri Paduka bertitah, ketetapan itu sudah jelas dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 dan perlu dihormati.

Sementara itu beratus-ratus laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak bagi membolehkan Andrew segera dihadapkan ke muka pengadilan atas tindakannya mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

Walau bagaimanapun timbul persoalan, mengapa sehingga ke saat ini Andrew masih bebas tanpa dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa?

Sehingga kini umat Islam di Malaysia terus tertanya-tanya mengenai status Andrew kerana langsung tidak kedengaran sebarang berita berhubung tindakan undang-undang yang sepatutnya diambil oleh pihak berkuasa terhadap Andrew.

GENTAR

Ismail Mina ketika ditanya lebih lanjut mengenainya berkata, jika kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan akan wujud 10 atau mungkin 100 lagi orang seperti Andrew yang sewenang-wenangnya menyentuh sensitiviti umat Islam.

Kelompok ini kata Ismail Mina akan melakukan perbuatan seperti dilakukan oleh Andrew tanpa rasa gentar dan takut walaupun terdapat peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas mereka.

''Mereka tahu kita ada undang-undang tetapi ia tidak mendatangkan rasa gentar kerana mereka tahu yang pihak berkuasa tidak berani untuk mengambil tindakan atas perbuatan tersebut (menyentuh sensitiviti umat Islam)," ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2014 di Putrajaya pada 11 Januari lalu, menyatakan pihaknya masih meneliti kertas siasatan berhubung kenyataan Andrew itu dan belum membuat keputusan sama ada akan meneruskan kes tersebut ke mahkamah atau sebaliknya.

Ismail Mina berkata, dalam situasi sekarang kerajaan wajib menahan Andrew kerana jelas perbuatannya itu melanggar undang-undang negara selain dapat meredakan kemarahan umat Islam.

''Perbuatan Andrew ini juga amat berbahaya dalam konteks ketegangan agama yang mana jika dia tidak dikenakan tindakan undang-undang dikhuatiri umat Islam akan bangkit menunjukkan kekecewaan mereka.

''Kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana kesannya amat buruk kepada keamanan negara," katanya sambil merujuk umat Islam di Malaysia masih mempunyai sifat sabar yang cukup tinggi.

Hakikatnya Ismail Mina berkata, kenyataan Andrew itu boleh disifatkan sebagai percikan awal ke arah berlakunya ketegangan antara agama dan berpunca daripada perbuatannya yang tidak menghormati kalimah suci Allah.

Dalam pada itu pelbagai telahan dan andaian dibuat ekoran kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Salah satunya ada pihak yang berpandangan Andrew mahu menarik perhatian dunia di sebalik tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang mahukan kerajaan Malaysia akur dengan amalan hak asasi termasuk isu-isu berkaitan dengan agama.

SENGAJA

Perkara itu telah dibangkitkan oleh Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Azril Mohd. Amin yang juga seorang peguam dalam satu kenyataannya sebelum ini.

Menurut pendapat Azril, isu itu sengaja ditimbulkan oleh Andrew di saat tuntutan itu masih berjalan.

''Pada 24 Mac ini kita akan mengemukakan hujah terakhir berkenaan tuntutan yang dibuat oleh Comango dan kami melihat isu ini sengaja ditimbulkan Andrew supaya ia dijadikan isu hak asasi manusia dan membuka ruang untuk Malaysia didesak menerima syor ini," ujarnya.

Jika itu berlaku katanya, kerajaan Maaysia perlu mengubah segala undang-undang berkaitan hak eksklusif umat Islam dan penganut agama lain seperti Kristian boleh menggunakan kalimah Allah.

Comango dalam laporannya untuk sesi Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) menuntut Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) yang terkandung di dalamnya Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama dan implikasinya boleh membawa kepada pemurtadan berlaku secara berleluasa.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang merupakan individu yang begitu kuat mempertahankan kesucian kalimah Allah turut menegaskan kalimah suci itu hanya untuk umat Islam sahaja.

Dalam satu ulasannya mengenai isu tersebut ketika beliau mengerjakan haji pada Oktober tahun lalu dengan tegas menyatakan kalimah suci Allah hanya eksklusif untuk Islam manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.

Haron berkata, semua pihak wajib faham iaitu kalimah Allah sebenarnya merujuk kepada Tuhan Yang Esa atau Tuhan Yang Tunggal seperti mana disebut oleh Allah di dalam surah al-Ikhlas dan bukannya tuhan yang berbilang-bilang seperti mana kepercayaan agama Kristian.

Haron berkata, di dalam surah al-Ikhlas diterangkan sepenuhnya mengenai Allah iaitu Allah Yang Esa, Allah yang tiada anak dan tiada bapa, Allah yang tiada sekutu (penolong, pembantu atau pelengkap) dan Allah Maha Sempurna.

Katanya, surah al-Kafirun juga menyebut tentang keesaan Allah dan antara intipati kandungan surah tersebut adalah kewajipan menyembah Allah Yang Esa.

Sejarah negara rentasi buku teks

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Oleh A MURAD MERICAN

SEJARAH bukan hanya terkandung dalam buku teks sekolah. Sejarah adalah satu kemahiran - intelektual, warisan dan kehidupan. Wacana dan kenyataan awam yang hanya mengaitkan sejarah kepada buku teks dan pengajarannya memupuk semangat patriotisme adalah kurang tepat.

Menganggap sejarah sebagai tidak wujud di luar buku teks sekolah hanya memesongkan lalu memalsukan kesedaran kita. Perkara ini dicerminkan melalui perbincangan awam akhir-akhir ini.

Ini mengakibatkan hujah-hujah mutakhir ini juga mengandaikan bahawa Semenanjung Tanah Melayu tiada penduduk asal kecuali Orang Asli. Ada penulisan menyatakan sejarah Malaysia hanya bermula dari tahun 1786. Ada juga mahukan sejarah negara diajar sebagai bermula pada 1957.

Malah ada juga yang langsung terus menyatakan bahawa sejarah (khususnya merujuk kepada sejarah Malaysia) tidak perlu diajar langsung, apatah lagi sebagai mata pelajaran wajib lulus kerana pengetahuan sejarah tidak menyumbang apa-apa kepada kemahiran hidup dan kebolehan keusahawanan.

Sidang Kemuncak Sejarah 2013 Disember lalu telah membincangkan pelbagai isu dan tema berkaitan sejarah dan sejarah Malaysia. Antara kertas kerja yang menarik perhatian saya bertajuk Sejarah Malaysia di Media: Respons Daripada Public Historian (Sejarawan Awam)" oleh Mohd. Arof Ishak.

Beliau membangkitkan trend mempersoalkan setiap isu dan bentuk sejarah Malaysia dengan tujuan mengubah seluruh isu dan rupanya." Beliau mengenal pasti aliran pemikiran tersebut sebagai pendekatan rejectionist yang menolak masyarakat sedia ada. Ini lumrah dalam media seperti blog dan portal media dalam talian, juga dalam beberapa media tradisional.

Mohd. Arof mengambil pendirian sebagai seorang sejarawan awam, melihat sejarah sebagai satu naratif masyarakat pribumi itu sendiri di habitat/alamnya sendiri. Salah satu pendekatan yang sepatutnya disebar luas dan diguna pakai di Malaysia adalah melihat sejarah sebagai pengkisahan tentang peradaban.

Ini bermakna sejarah negara menumpukan kepada pengkisahan akan suatu bumi atau alam yang tertentu dan penghuni aslinya atau pribuminya. Suatu bumi dan penghuninya aslinya membentuk satu alam manusia, budaya dan pandangan alam. Alam manusia setempat membentuk bahasa yang ditutur dan mengembangkannya menjadi institusi dan amalan - nilai masyarakat.

Dalam hal ini, orang Melayu dan lain-lain warga negara ini mesti memahami istilah-istilah dan maksud bangsa pribumi, tanah ibunda dan tanah air. Ini adalah asas kefahaman dan pembelajaran tentang ilmu sejarah.

Umumnya, negara-negara pasca kolonial di alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina dan di rantau lain di dunia dibentuk akibat aliran sejarah melalui proses undang-undang dan politik moden dengan mewujudkan sempadan-sempadan lalu membentuk unit politik.

Keaslian alam Melayu adalah hakikat yang dicitrakan oleh bangsa dan bahasa Melayu-Polinesia dan mengasaskan kepada kekeluargaan dengan merujuk kepada satu istilah asli, yakni serumpun. Namun, menurut Mohd. Arof, pembentukan negara-negara bangsa moden telah membawa padah kepada kefahaman mengenai sejarah. Akibat itu, sejarah menjadi satu kajian akademik yang bersifat nationalistic.

Keadaannya adalah negara-negara pasca kolonial seperti Malaysia terperangkap dalam gesaan dan hambatan membentuk satu sejarah baru selepas tarikh dilepaskan oleh penjajah. Inilah yang ditekankan oleh sejarah akademik/kenegaraan dalam buku-buku teks sekolah di Malaysia. Ia telah menyempitkan kajian sejarah Malaysia yang dihadkan oleh sempadan politik. Sejarah bukan lagi menjadi ilmu peradaban dan kemanusiaan.

Sejarah cara akademik sebegitu, yang disebut sebagai sejarah nasional bersifat sejarah palsu. Keadaan sebegini bukanlah sejarah kerana sejarah tidak boleh dipenggalkan oleh sempadan politik - seperti yang berlaku di kepulauan alam Melayu. Jika sejarah terus diajar mengikut fahaman sempit sejarah nasional, maka akan wujud gesaan dan kemestian satu interpretasi politik yang betul, dan kewajaran politik (political correctness).

SEIMBANG

Keadaan sedemikian kebelakangan ini, menjurus kepada hujah supaya sejarah Malaysia bersifat seimbang dan inklusif - dengan mengakui kepelbagaian budaya dan kepelbagaian agama seperti yang biasa difahami dalam wacana-wacana akademik dan dasar. Pendekatan ini berdasarkan kepada pendidikan sejarah dan penggubalan semula penulisan buku-buku teks sejarah di Malaysia. Pendirian Mohd. Arof, yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Persatuan Sejarah Malaysia, bertentangan dengan tujahan yang sedemikian.

Hujah inclusiveness ini juga dikemukakan dalam sebuah makalah bertajuk History Education: Fostering Patriotik Citizenship and National Unity (Pendidikan Sejarah: Memupuk Kewarganearaan Patriotik dan Kesepaduan Kebangsaan) oleh Helen Ting dalam 2013 Yearbook of the International Society of History Didactics, Jil. 34, h. 103-116.

Helen menggariskan beberapa cadangan antaranya menekankan kreativiti dan apa yang disebutnya sebagai patriotisme kritikal; serta merombak buku teks sekolah bagi memuatkan dan membentangkan sejarah dari perspektif masyarakat majmuk.

Di sini terdapat dua aliran besar terhadap pendidikan dan penceritaan sejarah Malaysia - satu aliran menganggap negara bangsa Malaysia dan sempadan-sempadan politik yang dibentuk tanpa bersifat kritis walaupun mengkritik kaedah dan pendekatan pengajaran sejarah Malaysia di sekolah; dan satu aliran lagi bersifat kritis terhadap pembentukan negara-negara pasca kolonial - khususnya dalam kepulauan dan Alam Melayu, dan konsep sejarah negara (Malaysia) sebagai satu kategori.

Mohd. Arof berpendapat sejarah nasional (yang sempit) terus menjadi lebih palsu dengan tekanan dan kehendak kewajaran politik dalam negara. Pada masa sama, ciri inclusive terpampang melalui pelbagai tajuk di kedai-kedai buku di Malaysia.

Dengan meletakkan spesifikasi-spesifikasi sebegini maka sejarah telah dijadikan seolah-olah satu hasil keluaran kilang kerana produk kilang semestinya dikehendaki menepati spesifikasi yang ditentukan oleh empunya kilang tersebut. Apakah kita ingin menjadi sejarah sebagai satu faktor produk, dan bukan lagi satu ilmu kemanusiaan yang unggul? (Mohd. Arof Ishak, 2013).

Ilmu dan pendekatan sejarah tidak semestinya mengenali sempadan politik, dan dengan itu, tidak sepatutnya disekat oleh sempadan politik. Pendekatan sejarah alam Melayu hendaklah disebarluaskan kepada masyarakat negara ini. Pendekatan tersebut mesti diambil kira oleh penggubal dasar awam, pendidikan dan kurikulum.

Apakah satu kesalahan jika mendekati Malaysia dalam konteks rumpun Melayu di alam Melayu? Jika masyarakat bukan Melayu tidak faham, kita yang faham perlu menggariskan pendekatan dan strategi supaya ini dapat diketahui semua kaum di Malaysia. Istilah rumpun, tanah ibunda dan tanah air perlu disebarluaskan, juga kepada orang Melayu.

Pendekatan mengenali tamadun dan peradaban Melayu mesti menjadi asas kepada sejarah yang termaktub dalam buku-buku teks. Kita tidak dapat memahami kesultanan Melayu Melaka atau Kesultanan Patani, Kesultanan Brunei atau tamadun di Lembah Bujang tanpa memahami tanah ibunda dan tanah air yakni kandungan dan konteks kepulauan dan alam Melayu.

Apakah sejarah Melayu dan alam Melayu berakhir dengan kemunculan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa? Sama juga pendekatan yang mesti diambil oleh Indonesia dan Filipina, misalnya. Dalam Muzium Nasional Indonesia, peta etnik dan bahasa negara kepulauan nusantara itu berakhir dengan berakhirnya sempadan negara baru itu. Permulaan negara-negara jiran baru lain tidak dikira.

Inilah nasionalisme sempit yang diamalkan oleh negara-negara di Asia Tenggara. Ia hanya memesongkan sejarah dan pandangan alam yang lebih besar di tanah ibunda dan tanah air rumpun kita sendiri.

PENULIS ialah Profesor di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bapa pelakon Ezany meninggal dunia

Posted: 20 Jan 2014 03:06 AM PST

KANGAR 20 Jan. - Bapa kepada pelakon Ezany Nizariff meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak awal pagi ini akibat serangan jantung.

Allahyarham Mohd. Nizarif Mohd. Idros, 68, yang meninggal dunia pukul 5.10 pagi ini dimasukkan ke hospital itu sejak semalam, selepas dibawa ke Hospital Kuala Kangsar pagi semalam akibat pitam.

Adik Allahyarham, Mohd. Muzaini berkata, arwah masih boleh bercakap semasa dirawat di hospital di Ipoh sebelum disahkan meninggal dunia pagi ini.

"Ketika menghembuskan nafas terakhir, Ezany yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik turut berada di sisinya," katanya ketika ditemui di rumah keluarga itu di Taman Perlis di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Ustaz Don rahsia jantina anak

Posted: 20 Jan 2014 01:25 AM PST

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid, 30, masih merahsiakan tentang jantina anaknya yang baharu dilahirkan pada pukul 10.25 malam, Sabtu lalu.

Menerusi laman facebook miliknya, Ustaz Don telah berkongsi berita gembira tersebut buat peminat semua.

"Assalamualaikum semua...Alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan pada pukul 4.25 petang sini (Mesir), 10.25 malam, di Malaysia.

"Normal dan sihat... 3.5 kilogram," katanya yang kini masih berada di Mesir menemani isterinya yang sedang belajar.

Isterinya, Husna Mohd. Zahry, 26, selamat melahirkan anak sulung mereka di Mesir dan akan kembali ke tanah air pada 30 Januari ini.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 23 Ogos 2012 di kampung halaman Husna yang terletak di Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Skrin lebar enam inci

Posted: 19 Jan 2014 10:36 PM PST

Dengan 1.3 juta pengguna seluruh dunia ketika ini, Nokia tidak pernah berganjak daripada komitmennya memberi sesuatu yang terbaik sejajar dengan namanya sebagi antar pelopor teknologi telefon bimbit.

Bertitik tolak daripada usaha pengukuhan nama sedia ada dengan gabungan jenama Microsoft, rangkaian generasi Lumia terus diperhebatkan dengan kehadiran keluarga baharu 1320.

Siri baharu ini tampil dengan skirn lebih besar enam inci pada harga rendah.

Ciri ciri terkini yang diperkenalkan antaranya Nokia Camera dan Nokia Storyteller, dan juga pengalaman pemetahan global dan perkhidmatan lokasi HERE selain layari muzik percuma dengan Nokia Mix Radio

Muncul di pasaran selepas kejayaan Lumia 1520, Nokia melihat perlunya mengembangkan inovasi dengan menampilkan pengalaman Lumia dan terbaharu daripada Windows pada harga yang berpatutan kata Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Dick Yoong, Country

"Dengan skrin lebih lebar , dan reka bentuk menarik dan kehebatan pengalaman imej Nokia Lumia 1320 adalah pelengkap portfolio Windows Phone," katanya.

Dengan aplikasi terkini, terbaik daripada Nokia, dan sokongan Microsoft serta komunikasi Evolusi Jangka Panjang (LTE), pengguna merasai pengalaman dengan skrin besar tersebut .

Dengan permainan video mudah diakses, Zinio membawa pengalaman penggunaan skrin besar manakala Moli Player memberi menawarkan keseronokan menyaksikan filem kegemaran.

Storan percuma 7GB SkyDrive memberi ruang yang banyak untuk menyimpan aplikasi dalam kad mikro SD .

Melihat banyak kandungan pada satu masa tidak begitu merumitkan kerana bila kembali kepada skrin utama ruangan ketiga membolehkan pengguna melihat kandungan penting sepintas lalu

Nokia Lumia 1320 juga menawarkan keseronokan kepada penggunanya memanfaatkan kecanggihan pengalaman teknologi pengimejan.

Nokia Storyteller menjadikan cerita anda seperti realiti dipaparkan pada skrin enam inci dengan diintegrasikan kepada peta dan imej dengan maklumat lokasi HERE kepada perjalanan bergambar secara kreatif pada peta.

Aplikasi Creative Studio pula membolehkan pengguna menyunting gambar secara mudah dan menjadikannya seolah-olah realiti dengan penapis berbeza atau kesan warna

Dengan ciri-ciri yang ditawarkan pada Nokia Lumia 1320 pengalaman melayari muzik dengan Nokia MixRadio tanpa perlu penambahan dan langganan serta muat turun muzik kesukaan anda

Model ini juga menawarkan sistem navigasi dan perkhidmatan pemetaan terbaik di dunia dengan dan menampilkan kemudahan pencarian yang lebih mudah dengan gabungan HERE Drive, dan HERE Maps selain HERE yang tersedia dalam Store.

Dengan pengemaskinian skrin Nokia Glance, pengguna boleh melihat pada skrin tunggu sedia termasuk notifikasi, panggilan tidak berjawab serta e-mel.

Nokia 1320 bakal berada di pasaran bermula 17 Januari lalu di sekitar Lembah Klang sebelum ke seluruh negara seminggu kemudian.

Tawaran pelbagai peranti

Posted: 19 Jan 2014 10:36 PM PST

SYARIKAT pembangun perkakas audio dan komputer, Logitech baru-baru ini menawarkan rangkaian peranti khusus untuk pengguna yang memerlukan teman untuk gajet mereka.

Pembesar suara berkembar Bluetooth Z600 direka dengan bentuk yang menarik dilihat mampu melengkapi aksesori Mac serta komputer Ultrabook.

Memandangkan trend masyarakat masa kini yang gemar menggunakan alat-alat lain di sisi komputer, Z600 boleh disambungkan sehingga kepada tiga alat pada masa yang sama melalui Bluetooth sekali gus membolehkan pengguna menikmati muzik dan audio dari peranti yang berlainan pada satu masa.

Dengan lengkungan lembut, kemasan fabrik serta warna-warna kontemporari, pembesar suara berkembar ini menyempurnakan lagi penampilan pengguna.

Z600 direka bentuk untuk melengkapi objek seni menggunakan bentuk, bahan dan warna yang bersesuaian dengan ruang kehidupan moden selain melengkapkan pendamping kepada peranti atau komputer riba Ultrathin.

Bagi fon telinga UE 900 yang menapis gangguan bunyi luar pula menggunakan teknologi monitor telinga professional dalam UE.

Peranti ini mensasarkan golongan pendengar muzik yang mahukan bunyi terbaik dalam setiap perincian dan julat frekuensi serta memberi keselesaan dengan kualiti terbaik.

UE Mobile Boombox pula merupakan pembesar suara mudah alih yang dihubungkan ke telefon pintar atau tablet dan muzik atau audio boleh dikawal sehingga 50 kaki pergi.

Memandangkan kedua-dua peranti tersebut sering digunakan dalam satu masa yang sama, pengguna boleh menyambungkan telefon dan tablet dalam slot paling kerap digunakan.

UE Mobile Boombox direka untuk memberikan satu pengalaman bunyi menakjubkan di samping bahan pembuatannya yang memberikan tekanan bertenaga selain selesa untuk dipegang.

Tetikus khas untuk permainan video tanpa wayar, G602 merupakan tambahan baru kepada keluarga G Logitech yang mampu bertahan sehingga 250 jam dalam mod penuh manakala lebih 1400 jam penggunaan pada mod permainan.

Peranti ini juga merupakan tetikus tanpa wayar pertama yang menggunakan teknologi sensor Zero Tech eksklusif Logitech G Delta yang menawarkan sehingga 2,500 kepekaan DPI.

Bagi mereka yang mempunyai iPad mini pula, papan kekunci Ultrathin khusus untuk iPad mini sudah tentu akan menepati keperluan dari segi kemudahan dan perlindungan.

Peranti ini menawarkan pengalaman menaip lebih ringan menerusi papan kekunci yang dihubungkan ke iPad melalui Bluetooth.

Direka dengan bentuk papan kekunci yang ringan dan nipis sudah tentu sesuai serta melengkapi folio mobiliti iPad mini.

Bagi mereka yang bermnta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian Logitech, layari laman web kepada www.logitech.com/my atau www.facebook.com/LogitechMalaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Kultur dalam bioreaktor

Posted: 19 Jan 2014 10:36 PM PST

Oleh LAUPA JUNUS

Pengeluaran kultur akar ginseng berskala makmal hasil penyelidikan Nuklear Malaysia.

Sejak sekian lama, keghairahan kita kepada pokok tongkat ali tidak pernah luntur kerana pokok tersebut memberikan kita satu khasiat yang menakjubkan meskipun akhirnya tumbuhan itu menjadi mangsa ekoran permintaan dalam pelbagai industri.

Pokok tongkat ali menjadi mangsa penggunaan tanpa kawalan akan diancam kepupusan.

Sementara kita sebagai pengguna menjadi mangsa pemprosesan yang tidak betul dan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan.

'Kuasa' tongkat ali dikatakan terletak pada bahagian akarnya.

Dengan itu segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab mengikis bahagian tersebut dengan menjadikannya sebagai bahan mentah untuk minuman tanpa melalui satu proses saintifik yang meyakinkan dan terjamin daripada segi kualiti dan keselamatan.

Kegilaan tersebut bertambah hebat dengan kerakusan mencari pokok tongkat ali hingga hutan diselongkar tanpa mengambil kira kesan jangka panjang yang boleh memusnahkan sama sekali pokok tersebut.

Gara-gara sikap tamak tersebut, saintis tempatan memikul beban mencari jalan bagaimana memanfaatkan pokok tersebut dengan cara yang lestari bagi mengelakkan kepupusan.

Bagaimanapun pakar botani mengandaikan agak sukar membuat pemuliharaan tanaman ubatan tersebut dengan hanya bergantung kepada penanaman semula memandangkan tempoh matangnya agak lama iaitu antara tujuh dan 10 tahun.

Penanaman menggunakan bijih benih pula tidak mampu memenuhi permintaan ekoran tahap tumbesaran rendah, lambat berakar dan kitaran hidup yang lama.

Namun itu tidak bermakna tidak ada penyelesaian saintifik kepada masalah yang membabitkan pokok tingkat ali itu.

Ini terbukti apabila Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) berjaya mengeluarkan kultur akar tongkat Ali secara skala besar menggunakan teknologi bioreaktor.

Teknologi ini adalah kaedah paling sesuai bagi menghasilkan bahan mentah tongkat ali dalam bentuk kultur sel dan akar yang berkualiti tinggi.

Bahan tersebut mempunyai nilai tambah seperti mengandungi bahan bioaktif (novel compound) yang berpotensi bagi menyokong industri berasaskan pertanian moden dan biosumber, mengenalpasti kandungan bahan kimia, mencirikan (memprofilkan) dan akhirnya menjadikannya ekstrak piawai.

Dengan menggunakan teknologi bioreaktor, sebatian bioaktif yang telah dikenal pasti mempunyai nilai yang tinggi dan dapat dihasilkan secara besar-besaran menggunakan kultur sel dan akar tersebut .

Langkah ini mengelakkan pergantungan kepada sumber asal sebagai bahan mentah untuk diproses yang lazimnya didapati dari hutan.

Dengan ini eksploitasi tongkat ali boleh dielakkan dan penghasilan bahan sumberbio tersebut terjamin untuk menjana produk baru bagi kegunaan pelbagai industri terutama produk barangan herba, farmaseutikal, kosmetik, dan juga makanan kesihatan tambahan.

Penyelidik utama, Dr. Rusli Ibrahim berkata, penggunaan bioreaktor dapat mengurangkan masa bagi mencapai tempoh kematangan iaitu antara tujuh dan 10 tahun kepada masa yang lebih singkat.

Katanya, mungkin beberapa bulan diperlukan bagi menghasilkan akar tongkat ali yang boleh dijadikan sebagai bahan mentah untuk digunakan dalam pelbagai industri.

"Daripada bioreaktor berskala makmal ketika memulakannya pada tahun 2006, sebuah loji skala besar satu tan telah berjaya dibangunkan pada 2011 dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) ," ujarnya ketika ditemui di Nilai baru-baru ini.

Loji tersebut dibangunkan di sebuah kawasan industri, iaitu Arab Malaysian Industrial Park di Nilai, Negeri Sembilan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Ini termasuk Malaysian Technology Consultants Sdn. Bhd. (MTC), Malaysian Agri Hi-Tech (MYAGRI), Chungbuk National University, Korea Selatan dan syarikat pembina bioreaktor, Plantec Co. Ltd. juga dari Korea Selatan.

Menurut Dr. Rusli projek tersebut dibangunkan dalam dua fasa iaitu Fasa I (2006-2008) dan Fasa II ( 2009-2013) dengan peruntukan RM6.326 juta daripada Dana Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (CRDF).

Objektif utamanya untuk mengkomersialkan teknologi bioreaktor bagi pengeluaran kultur akar tongkat ali secara skala besar.

Loji bioreaktor tersebut merupakan yang pertama di bangunkan di negara ini juga rantau Asia Tenggara bagi pengeluaran akar tongkat ali dan tanaman ubatan dan herba lain secara skala besar.

Menurut Dr Rusli, sistem bioreaktor tersebut telah diuji dan menampakkan kejayaan yang mana kultur akar tongkat Ali berjaya dihasilkan dalam tempoh 60 hari sahaja.

Teknologi yang sama juga telah diuji untuk pengeluaran kultur akar ginseng dan hasilnya dapat diperolehi dalam tempoh 40 hari sahaja berbanding lima dan enam tahun mengikut kaedah pembiakbakaan konvensional.

Sehubungan itu katanya, teknologi bioreaktor merupakan satu alternatif yang amat berpotensi untuk pengeluaran akar tongkat ali selain daripada kaedah pembiakan konvensional.

Justeru, teknologi tersebut boleh digunakan untuk pengeluaran akar tongkat ali berasaskan pengeluaran secara pengilangan dengan menggunakan kaedah automasi

Kaedah berkenaan dapat memastikan pengeluaran bahan mentah yang berkualiti secara berterusan.

Kejayaan tersebut dapat memberi harapan baharu kepada pengusaha herba dan tumbuhan ubatan dan memandangkan teknologi bioreaktor boleh digunakan sebagai platform untuk tumbuhan lain seperti kacip fatimah, sambung nyawa, hempedu bumi, misai kucing dan lain-lain.

Lebih menarik, akar tongkat ali yang dihasilkan daripada projek tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan perubatan herba, diet herba, makanan kesihatan tambahan dan makanan berfungsi berasaskan herba.

Menurut Dr. Rusli, teknologi bioreaktor juga boleh digunakan secara skala besar untuk tujuan lain seperti pembiakan mycelium cendawan bagi pengeluaran secondary metabolites seperti beta-glucan yang berpotensi sebagai antioksidan pengeluaran bakteria dan mycorrhiza untuk biobaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk tidak lena tidur

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Kerja-kerja pembersihan tapak projek giat dilakukan pemaju projek walaupun pada cuti hujung minggu.

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Projek membesarkan padang di Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang 2, dekat sini didakwa mengganggu ketenteraman penduduk apabila kerja-kerja pembinaan dilakukan tidak mengikut syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Penduduk yang tinggal di sekitar Jalan Enggang Selatan mendakwa, keadaan itu sudah berlarutan sejak enam bulan lalu dan mereka tidak mendapat rehat yang cukup kerana terganggu dengan bunyi bising dari tapak pembinaan.

Dakwa penduduk, tidur mereka terganggu setiap hari kerana projek itu tetap dijalankan pada hari cuti hujung minggu atau cuti umun.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerja-kerja mengorek dan mencuci pasir di kawasan itu turut mencemarkan sungai berhampiran.

Tinjauan Utusan Malaysia ke tapak projek berkenaan yang dibuat ekoran aduan seorang pembaca mendapati, dakwaan penduduk di situ berasas apabila bunyi yang dikeluarkan oleh pam pengorek dan pencuci pasir kedengaran sangat kuat.

Dakwaan penduduk kerja-kerja itu dilakukan tanpa mengira waktu itu juga ternyata benar kerana tinjauan itu dilakukan pada hari Ahad.

Kehadiran Utusan Malaysia bersama beberapa penduduk di situ turut mengejutkan seorang pekerja asing yang bekerja dengan bertindak menghentikan pam air yang berfungsi mencuci pasir.

Penduduk turut mendakwa, hasil pemerhatian yang dijalankan sepanjang tempoh projek dijalankan mereka tidak menolak berlakunya kegiatan mencuri pasir di kawasan itu.

Seorang penduduk, Dr. Ahmad Fauzi Puasa, 59, berkata, dia dimaklumkan projek berkenaan sepatutnya siap tahun lalu namun sehingga kini kerja-kerja masih dijalankan.

Menurutnya, aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan berhubung masalah itu namun tiada sebarang tindakan diambil setakat ini.

"Sebagai penduduk yang telah lama tinggal di sini saya kesal kerana pihak bertanggungjawab seolah-olah lepas tangan," katanya.

Sementara itu, rakannya, Guriman Khan Shazaman, 71, berkata, kerja-kerja mengorek dan mencuci pasir di kawasan itu juga dikhuatiri menyebabkan banjir.

Menurutnya, penduduk juga bimbang setiap kali hujan kerana paras air di kawasan itu akan naik.

"Kami berharap pihak berkuasa tempatan supaya segera memberi perhatian kepada masalah ini,"katanya.

Hashim Ngasimin, 78, pula berkata, bunyi bising dari tapak projek juga mengganggu jemaah di surau berhampiran.

Katanya, pemantauan berterusan perlu dilakukan demi memastikan keselamatan dan keselamatan penduduk setempat.

Kesal jalan baharu diturap rosak semula

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

Kerja-kerja pengorekan dan penurapan jalan yang tidak sempurna oleh beberapa syarikat utiliti di Jalan Genting Klang berhampiran Taman Bunga Raya, Kuala Lumpur menimbulkan kesukaran kepada pengguna.

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Pengguna jalan raya di Jalan Genting Klang berhampiran Taman Bunga Raya di sini kecewa terhadap mutu penurapan jalan utama di laluan tersebut.

Sebahagian jalan yang diturap itu kembali rosak selepas kerja-kerja turapan dilakukan dalam masa kurang seminggu.

Pengguna mendakwa, kerosakan jalan itu bukan sahaja menyukarkan pengguna untuk berulang alik dari pusat bandar ke Taman Melati dan Taman Melawati tetapi turut menjadi punca kemalangan kecil.

Sambil meminta agar jalan sejauh 10 kilometer itu diperbaiki segera, pengguna turut merayu pihak berkuasa tempatan memantau sepenuhnya kerja itu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi hari ini mendapati jalan tersebut baharu sahaja diturap, namun tidak sempurna.

Selain kesan tampalan masih kelihatan, jalan juga didapati tidak rata dan beralun.

Utusan Malaysia difahamkan, jalan tersebut kerap mendatangkan masalah kepada pengguna.

Seorang anggota tentera yang enggan dikenali berkata, jalan tersebut baharu sahaja diturap tetapi dia menjangkakan masalah sama akan berulang.

"Jalan ini sering menimbulkan masalah lebih-lebih lagi pada waktu hujan lebat.

"Kerja-kerja turapan dilaksanakan pihak berkuasa seminggu lalu, tetapi bukan sesuatu yang mengejutkan jika kerosakan berulang semula.

"Saya minta pihak yang bertanggungjawab supaya segera mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, keadaan menjadi bertambah teruk apabila hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir kilat sekali gus menyebabkan kesesakan jalan raya.

Difahamkan, masalah sama turut berlaku di Jalan Tumbuhan menghala ke Taman Melati.

Kawasan itu juga baharu sahaja diturap.

Perumpamaan yang sesuai bagi pihak bertanggungjawab pula adalah 'alang-alang berminyak biar licin' supaya pengguna jalan raya di situ tidak mengalami masalah sama berulang kali.

Kerja mengalih kabel bawah tanah punca masalah - DBKL

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Jalan rosak dan turapan tidak sempurna di Jalan Genting Klang berhampiran Taman Bunga Raya di sini berpunca daripada kerja-kerja pengorekan oleh syarikat utiliti bagi tujuan pengalihan kabel bawah tanah.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan, kerja-kerja tersebut mengakibatkan jalan menjadi mendap, beralun dan tidak rata.

Menurutnya, pengalihan kabel itu merupakan sebahagian daripada kerja-kerja menaik taraf Jalan 1/27A, Jalan Genting Klang hingga ke persimpangan Jalan Lingkaran Tengah (JLT2).

"Projek yang dijangka siap sepenuhnya pertengahan November depan melibatkan pelebaran sebahagian Jalan Genting Klang sepanjang 1.5 kilometer (km) daripada empat lorong kepada enam lorong.

"Ketika ini kerja-kerja tanah giat jalankan. Selain melibatkan penebangan pokok dan memantapkan lereng, pengalihan kabel oleh syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., Telekom serta syarikat telekomunikasi lain turut dilaksanakan,"katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan pengguna berhubung kerja-kerja penurapan jalan yang tidak sempurna dilakukan oleh kontraktor di Jalan Genting Klang di sini.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, pemantauan tidak dapat dilakukan sepanjang masa kerana kerja-kerja pengalihan oleh syarikat utiliti itu tidak dilakukan serentak.

"Selagi projek naik taraf Jalan Genting Klang tidak selesai, masalah jalan di situ dikorek dan diturap beberapa kali dalam tempoh sebulan akan dilakukan.

"Kami berharap pengguna supaya bersabar sehingga projek menaik taraf jalan itu selesai keseluruhannya,"katanya.

Projek tersebut yang bermula sejak 15 Mei lalu itu bertujuan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang dialami pengguna jalan raya sejak sekian lama.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved