Isnin, 20 Januari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penalti jika jual barangan kulit babi kepada orang Islam

Posted: 20 Jan 2014 02:46 AM PST

PUTRAJAYA 20 Jan. - Perintah perihal dagangan yang berkaitan dengan penjualan barangan yang diperbuat daripada kulit babi dan anjing akan berkuat kuasa pada 1 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan hari ini berkata, perintah yang diwartakan pada 27 Disember 2013 itu merupakan satu daripada usaha dan tanggungjawab kerajaan dalam menjaga kepentingan pengguna khususnya yang beragama Islam.

"Perintah ini akan dapat meyakinkan pengguna semasa mereka membeli-belah terutamanya ketika hendak membeli barangan yang diperbuat daripada kulit," katanya.

Beliau berkata bagi peniaga pula, mereka dapat meyakinkan dan mengelakkan keraguan pengguna untuk membeli barangan khususnya diperbuat daripada bahan seperti kulit dan bulu.

Sehubungan itu, katanya, pegawai penguat kuasa kementerian berkenaan akan memberi khidmat nasihat kepada para peniaga, persatuan perniagaan dan membuat pemantauan di pasaran.

Hasan berkata, mana-mana orang melakukan kesalahan di bawah perintah itu boleh dikenakan penalti mengikut Seksyen 29 Akta Perihal Dagangan 2011.

Bagi individu, seksyen itu memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertubuhan perbadanan pula, denda tidak melebihi RM200,000, manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000. - BERNAMA

Perbelanjaan berhemat kerajaan jimat RM400 juta tahun ini

Posted: 20 Jan 2014 02:38 AM PST

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

PUTRAJAYA 20 Jan. - Kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM400 juta pada tahun ini menerusi pelaksanaan 11 langkah perbelanjaan berhemat yang diumumkan baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pihaknya berkemungkinan memperkenalkan beberapa lagi langkah penjimatan kerajaan pada tahun ini.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanah Bersama Ketua Setiausaha Negara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

MCA setuju terima jawatan Exco Melaka

Posted: 20 Jan 2014 02:14 AM PST

MELAKA 20 Jan. - MCA bersetuju memberi kebenaran bagi melantik dua wakil daripada parti itu untuk menduduki jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam kerajaan negeri yang masih dikosongkan.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan tersebut yang akan diumumkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron tidak lama lagi.

''MCA akan terus memainkan peranan penting dalam kerajaan BN negeri,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjung hormat ke atas Idris di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved