Selasa, 23 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


21 kanak-kanak, remaja diselamat

Posted:

21 kanak-kanak, remaja diselamat

21 kanak-kanak, remaja diselamat

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Khatijah Abdullah (dua dari kanan) melihat sebahagian kanak-kanak yang tidur secara berhimpit-himpit di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 23 Ogos - Seramai 21 kanak-kanak dan remaja berusia antara dua hingga 17 tahun dipercayai mangsa aktiviti pemerdagangan manusia diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.30 petang, semua mangsa termasuk dua penjaga bawah umur masing-masing berusia 16 dan 17 tahun sedang nyenyak tidur secara berhimpit-himpit di premis di Jalan Teratai yang dijadikan pusat jagaan sejak enam bulan lalu.

Pengarah JKM negeri, Khatijah Abdullah berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat pihak polis bahawa terdapat unsur pengabaian kanak-kanak di tempat itu berikutan tertangkapnya penjaga premis berkenaan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia sebelum ini.

"Hasil pemeriksaan di premis itu mendapati, pusat jagaan tersebut tidak berdaftar dengan JKM. Malah, keadaan dalam rumah berkenaan juga tidak selesa dan tidak sesuai dijadikan pusat jagaan kanak-kanak," katanya ketika ditemui di sini.

Utusan Malaysia difahamkan, mangsa terbabit juga ada kemungkinan digunakan sebagai sindiket mengemis di sekitar negeri ini yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

Khatijah berkata, siasatan awal mendapati, penjaga pusat itu bukan hanya mempunyai satu pusat penjagaan sahaja, malah mempunyai beberapa premis seumpama itu termasuk tempat penjagaan orang tua di tempat lain dan tidak berdaftar dengan JKM.

Beliau berkata, hasil serbuan di premis itu, pihaknya turut menemui sejumlah sijil kelahiran kanak-kanak dan remaja yang berketurunan India tetapi belum dapat dipastikan status warganegara mereka.

Menurutnya, sijil kelahiran mangsa juga diragui kerana didaftarkan pada tarikh yang sama dan perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi memastikan sama ada ia palsu atau sebaliknya.

"Kita membawa balik semua mangsa untuk ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak di Jalan Petrie sementara siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1994," katanya sambil memberitahu operasi susulan sedang giat dijalankan.

Peniaga didakwa bunuh pelancong warga Perancis

Posted:

Peniaga didakwa bunuh pelancong warga Perancis

Peniaga didakwa bunuh pelancong warga Perancis


Asni Omar dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Pekan, semalam atas tuduhan membunuh Stephanie Foray di Kampung Tekek, Pulau Tioman, baru-baru ini.


PEKAN 23 Ogos - Seorang peniaga kecil-kecilan dari Pulau Tioman hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pelancong wanita warga Perancis, Stephanie Foray yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu.

Asni Omar, 36, didakwa membunuh Stephanie yang berusia 30-an di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman antara pukul 8 malam, 10 Mei hingga 12 tengah hari, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Majistret Emma Shahriana Ali kemudian membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Tiada tarikh sebutan ditetapkan.

Foray yang berasal dari Bour En Bresse, Perancis, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu dan susulan laporan polis oleh keluarga wanita itu menerusi wakil Perancis di Singapura, dia didapati telah berkunjung ke Pulau Tioman pada 10 Mei lalu dan tidak pernah mendaftar keluar.

Siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan rangka manusia yang dipercayai Foray, ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di kampung itu pada 8 Ogos lepas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


120 murid dibawa membeli-belah

Posted:

120 murid dibawa membeli-belah

120 murid dibawa membeli-belah

JOHOR BAHRU 23 Ogos - Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd. Khir Johari diberi peluang memilih sendiri baju raya dan keperluan Aidilfitri apabila dibawa oleh pihak sekolah ke gedung pakaian First Lady dan UO Superstore di Plaza Kotaraya di sini, semalam.

Guru Besarnya, Zamani Ahmad berkata, aktiviti di bawah Program Pautan Kasih sekolah itu bertujuan menceriakan murid daripada keluarga miskin dan yatim piatu menyambut Syawal.

"Inisiatif ini diambil kerana kita memikirkan tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah memikul tanggungjawab membantu golongan memerlukan," katanya di sini.

"Wang untuk program ini kita perolehi daripada tabung kebajikan sekolah di samping sumbangan guru-guru berjumlah kira-kira RM7,000," katanya di sini.

SK Felda Kota Gelanggi anjur tadarus al-Quran

Posted:

SK Felda Kota Gelanggi anjur tadarus al-Quran

SK Felda Kota Gelanggi anjur tadarus al-Quran


SEBAHAGIAN murid-murid dan guru pada majlis tadarus al-Quran di Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 23 Ogos - Setiap kali tiba bulan Ramadan, umat Islam akan menjadikan tadarus al-Quran sebagai salah satu program pengisian rohani.

Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 di sini tidak ketinggalan menganjurkan program itu yang melibatkan guru, kakitangan dan murid-muridnya.

Guru Besar, Mohd. Sabri Yakub berkata, program tersebut dijalankan pada waktu rehat bagi mengisi masa lapang murid dan guru sekali gus memupuk rasa cinta kepada al-Quran di kalangan warga sekolah itu.

"Kami asingkan murid mengikut kumpulan bersama guru pembimbing dan setiap kumpulan perlu membaca ayat al-Quran mengikut juzuk ditetapkan serta menyelesaikannya sebelum majlis khatam al-Quran yang dijadualkan pada Jumaat ini.

"Selain tadarus, kami turut mengadakan tazkirah mengenai amalan wajib dan sunat yang perlu dilakukan pada bulan Ramadan," katanya kepada Utusan Malaysia di sekolah berkenaan semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Anwar dendang lagu lama

Posted:

Anwar dendang lagu lama

Anwar dendang lagu lama

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendendangkan lagu lama apabila mendakwa kes liwat yang sedang dihadapinya kini adalah konspirasi politik pucuk pimpinan negara, dakwaan yang dibuatnya pada 1998.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Ketua Pembangkang itu bukan mahu mencari kebenaran berhubung kes liwatnya tetapi menggunakan proses mahkamah sebagai medan kempen politik.

"Dengan memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia menunjukkan sikap pengecut apabila mengelak disoal balas.

"Dia pasti akan terus mencari helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya supaya kempen politiknya berterusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Anwar semalam memilih untuk memberi keterangan bela diri berhubung kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dari kandang tertuduh.

KDN mulakan proses saman Zuraidah

Posted:

KDN mulakan proses saman Zuraidah

KDN mulakan proses saman Zuraidah

PUTRAJAYA 23 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan proses saman fitnah dalam masa terdekat ini terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang menuduh Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.

Timbalan Menterinya, Datuk Lee Chee Leong berkata, tindakan itu diambil kerana tuduhan yang ditujukan kepada kerajaan itu tidak berasas dan sangat berat implikasinya.

Katanya, kerajaan sudah memberi masa kepada Zuraida untuk membuat laporan polis dan seterusnya menyerahkan bukti terhadap dakwaan itu namun sehingga sekarang beliau masih gagal bertindak demikian.

"Pagi ini Jabatan Imigresen Selangor membuat laporan polis di balai polis Seksyen 11, Shah Alam bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Zuraida.

"Selepas ini, kita akan pergi ke tindakan kedua dengan menyaman beliau dan ia akan dibuat secara serentak (laporan polis dan saman)," katanya kepada pemberita berhubung keputusan KDN mengenai tindakan terhadap Zuraida di pejabatnya di sini, hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Berlatih dengan QPR sudah bagus

Posted:

Berlatih dengan QPR sudah bagus

Berlatih dengan QPR sudah bagus

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap langkah membawa pemain kebangsaan berlatih dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) oleh pemilik kelab itu merupakan satu usaha yang positif.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, (gambar) walaupun pemain negara tidak dapat beraksi dalam liga tersebut tetapi masih banyak cara lain untuk pemain kebangsaan mendapat kelebihan atas pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd.

"Kita kena sedar bahawa untuk beraksi di EPL adalah sesuatu yang mustahil kerana undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) hanya membenarkan pemain dari negara yang menduduki ranking dunia 70 ke bawah sahaja untuk bermain di sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, walaupun tidak dapat beraksi tetapi pemain kebangsaan masih mempunyai manfaat di atas pembelian syarikat Malaysia ke atas kelab tersebut, misalnya mengadakan kem latihan di sana.

"Kita harus akur walaupun menjadi pemilik kelab tetapi kita tidak boleh melanggar undang-undang yang ditetapkan oleh FA, jadi fokus utama yang lebih realistik adalah menjalani ujian (trial) ataupun berlatih bersama QPR sahaja,'' ujarnya.

Sementara itu, pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim berkata, terdapat dua alasan yang hampir mustahil untuk menyaksikan Safee muncul sebagai pemain bola sepak Malaysia yang bergaji di EPL iaitu syarat ketat permit kerja bagi warga bukan England dan ranking dunia skuad kebangsaan yang jauh daripada senarai 100 ke bawah.

"Saya dapati Thaksin (Shinawatra, bekas Perdana Menteri Thailand yang pernah beli Manchester City pada 2007) pun tidak mampu menempatkan tiga pemain negaranya (Suree Sukha, Kiatprawut Saiwaew dan Teerasil Dangda) dalam pasukan utama The Citizens.

''Mereka tidak pernah bermain langsung dan ia mungkin kerana kuasa mutlak pengurus pasukan (ketika itu, Sven-Goran Eriksson) yang lebih memahami percaturan permainan," jelasnya.

KAFA terkejut kadar sewa stadium naik

Posted:

KAFA terkejut kadar sewa stadium naik

KAFA terkejut kadar sewa stadium naik

KOTA BHARU - Ketika skuad The Red Warriors sibuk mengadakan persiapan untuk menghadapi Piala Malaysia musim ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikejutkan dengan kenaikan kadar harga sewa padang dan stadium untuk sesi latihan selama dua jam.

Naib Presidennya, Rosmadi Ismail berkata, kenaikan itu menjadikan tarif sewa sekarang adalah RM1,200 berbanding RM650 sebelum ini dan ia sememangnya membebankan KAFA yang selama ini bergerak tanpa sokongan kewangan, apatah lagi geran penajaan dari kerajaan negeri.

"Kita amat terkejut dengan tindakan ini. Ia sudah semestinya membebankan KAFA kerana semua tahu bahawa setiap sen perbelanjaan melebihi pada yang kita jangkakan memberi beban kerana KAFA boleh dikatakan hanya bergerak dengan sokongan penajaan di samping kutipan jualan tiket semasa perlawanan.

"Maka dengan kenaikan itu ia boleh disifatkan sebagai tidak membantu usaha KAFA dalam membangun sukan bola sepak negeri di samping mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang diraih pada musim lalu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Perbadanan Stadium Kelantan yang menaikkan kadar sewa melalui surat yang dihantar bertarikh 3 Ogos lalu.

Sepanjang bulan Ramadan pasukan Kelantan menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammad IV pada waktu malam iaitu bermula pukul 10 sehingga 12 tengah malam.

Selain itu, Rosmadi berkata, pihak stadium tidak menyatakan alasan kukuh berhubung perkara berkaitan dan meminta supaya ia dikaji balik demi kepentingan semua pihak dalam membantu memajukan sukan bola sepak negeri khususnya.

Sementara itu, Presiden kelab The Red Warriors, Mohd. Zainy Mohd. Zain meminta kerajaan negeri prihatin dengan situasi yang ada seterusnya menarik balik keputusan tersebut.

"Saya sebagai rakyat serta penyokong setia bola sepak Kelantan merayu agar pihak kerajaan negeri janganlah menaikkan harga sewa yang terlalu tinggi kerana ini membebankan. Saya berharap kerajaan negeri memahami situasi di negeri Kelantan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Gaddafi diburu

Posted:

Gaddafi diburu

Gaddafi diburu


Beberapa orang anggota kumpulan pemberontak bersiap sedia di pinggir Tripoli, untuk memasuki ibu negara Libya itu, kelmarin. – AP


TRIPOLI 23 Ogos – Pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak bagi menguasai ibu negara ini hari ini bertukar menjadi pemburuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan kawasan yang dikuasai tentera kerajaan semakin berkurangan.

Lokasi pemimpin itu berada, masih tidak diketahui sehingga kini selepas beliau tidak lagi dilihat di khalayak ramai selama beberapa bulan.

Ucapannya kepada para penyokongnya, baru-baru ini juga dibuat hanya menggunakan panggilan telefon.

Seorang pegawai di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Feltman berkata, Washington tidak tahu lokasi sebenar Gaddafi, tetapi jurucakap Pentagon, Kolonel Dave Lapan berkata, pegawai-pegawai AS percaya pemimpin Libya itu masih berada di Libya.

"Kami tidak mempunyai sebarang maklumat yang menyatakan beliau telah meninggalkan negara itu," kata Lapan. – AGENSI

Pemberontak tawan kubu Bab al-Aziziya

Posted:

Pemberontak tawan kubu Bab al-Aziziya

Pemberontak tawan kubu Bab al-Aziziya

TRIPOLI 23 Ogos – Kumpulan pemberontak berjaya menawan kubu kuat pemimpin Libya di Bab al-Aziziya dan ibu pejabatnya di Tripoli hari ini selepas melakukan serangan bertubi-tubi, kata koresponden AFP.

Tentera bertahan di dalam kubu tersebut telah melarikan diri dan setakat ini tiada berita lokasi Muammar Gaddafi setelah pemberontak memecahkan pertahanan Gaddafi.

"Kumpulan pemberontak berjaya memecah masuk kawasan yang dikelilingi pagar simen.

"Mereka telah berjaya menawam Bab al-Aziziya sepenuhnya. Semuanya telah tamat," kata koresponden tersebut.

Sebelum itu, jurucakap pemberontak, Kolonel Ahmed Omar Bani berkata, mereka telah mengepung Bab al-Aziziya.

"Berlaku pertempuran hebat di dalam kawasan itu. Kami kini menguasai pintu masuk barat kubu tersebut," katanya.

Selama beberapa jam pertempuran di kawasan tengah Tripoli itu berlangsung, ia merupakan yang paling sengit dengan bunyi letupan paling kuat sejak kumpulan pemberontak tiba di sana tiga hari lalu.

Terdahulu AGENSI melaporkan, pertempuran antara pemberontak dan tentera kerajaan yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terus berlaku hari ini, kira-kira 80 kilometer di barat Tripoli, lapor pemberontak.

Ia tercetus di sekitar bandar al-Ajaylat, lokasi demonstrasi pro-Gaddafi diadakan baru-baru ini.

Tentera kerajaan terpaksa bertahan di beberapa kawasan di bandar ini, namun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terus membedil kira-kira 40 sasaran di Tripoli dalam tempoh 48 jam, pengeboman paling dahsyat sejak kempen serangan udara bermula lebih lima bulan lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Curi kerbau menjelang Aidilfitri

Posted:

Curi kerbau menjelang Aidilfitri

Curi kerbau menjelang Aidilfitri

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanktn@gmail.com


NAZRI Aman (berdiri) menunjukkan kepala kerbau yang dijumpai sekitar Kampung Belengu, kelmarin.


TEMERLOH 23 Ogos – Tiga rakan kongsi mengalami kerugian RM6,000 apabila tiga ekor kerbau milik mereka dicuri pada Sabtu lalu dipercayai untuk dijual dagingnya menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Salah seorang daripada mereka, Nazri Aman, 48, berkata, ini merupakan kali kedua kecurian ternakan ini berlaku dan kali pertama, seekor kerbau milik mereka dicuri kira-kira sebulan lalu.

Katanya, kehilangan tiga ekor kerbau ini disedarinya pagi Ahad lalu ketika dia hendak melepaskan ternakan itu keluar dari kandang kira-kira pukul 10 pagi.

"Saya tidak sedap hati apabila melihat pintu pagar terbuka dan dikopak. Tekaan saya tepat apabila selepas meninjau kira-kira 200 meter saya ternampak tali perut kerbau terburai bersama kepala," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Belengu dekat sini semalam.

Katanya, dia kesal kerana kerbau mereka itu dicuri dalam kandang menggunakan tembakan peluru hidup.

"Pada pukul 2 petang saya jumpa satu lagi kepala bersama perut dan saya tidak berpuas hati lalu membuat rondaan dan pada pukul 5 petang satu lagi kepala kerbau bersama perut dijumpai," katanya.

Beliau percaya pencuri itu menggunakan senjata api tanpa lesen untuk menembak dan mencuri haiwan ternakannya.

Katanya, dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan berharap polis dapat menangkap segera pencuri tersebut.

Dua lelaki dituduh beri rasuah

Posted:

Dua lelaki dituduh beri rasuah

Dua lelaki dituduh beri rasuah

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 23 Ogos - Seorang bekas eksekutif operasi sebuah syarikat penjual pasir dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memberi rasuah kepada seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada hujung bulan lalu.

Mazlan Ishak, 53, turut diperintahkan oleh Hakim Fathiyah Idris dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh mengaku menawarkan suapan wang tunai RM2,000 kepada Leftenan Muda Abdul Syukor Hamzah di dalam kereta di kawasan tempat letak kereta di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Pahang, Pekan pada 30 Julai lalu.

Wang suapan itu ditawarkan sebagai dorongan untuk Abdul Syukor tidak mengambil tindakan lanjut dan melepaskan bot tunda serta tongkang pasir milik tertuduh yang ditahan oleh kapal APMM.

Sementara itu, seorang peniaga dihukum penjara sehari dan denda RM20,000 setelah mengaku bersalah atas tuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai Pejabat Pertanian Rompin pada 14 Julai lalu.

Tam Kam Moon, 44, didakwa menawarkan wang suapan RM4,000 kepada Shaharuddin Ramli sebagai dorongan membantu mempercepatkan proses kelulusan permohonan tenaga buruh asing bagi projek tanaman tembikai di ladang Espek, Risda Ulu Keratong 3, Muadzam Shah, Rompin pada 14 Julai lalu.

Gagal bayar denda, tertuduh boleh dipenjara 12 bulan lagi.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikuti Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syafinas Shahbuddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Halang anak-anak bermain mercun

Posted:

Halang anak-anak bermain mercun

Halang anak-anak bermain mercun


MOHD. Sharkar Shamsudin (kiri) menyampaikan sumbangan UMNO Bahagian Temerloh kepada Ding Seng Huat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, kelmarin.


TEMERLOH 23 Ogos - Ibu bapa dinasihatkan tidak membeli mercun atau membiarkan anak masing-masing bermain bahan letupan itu pada musim perayaan ini kerana dibimbangi akan mencederakan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, setiap tahun pada musim perayaan Aidilfitri sudah pasti ada kes kanak-kanak tercedera akibat bermain bahan larangan itu.

"Televisyen atau akhbar melaporkan kes kanak-kanak hilang jari akibat bermain mercun bola. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya ibu bapa bertegas dan melarang anak mereka bermain mercun.

"Paling menyedihkan ada antara remaja yang pandai membuat mercun buatan sendiri menggunakan belerang. Mercun itu sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kematian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan memberikan sumbangan UMNO Bahagian Temerloh di wad kanak-kanak dan orang dewasa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), dekat sini semalam.

Mohd.Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh berharap, pesakit dapat menjaga aspek pemakanan dan tidak memakan terlalu banyak rendang serta lemang kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Katanya, pesakit terbabit perlu mengikut nasihat doktor supaya dapat berhari raya bersama ahli keluarga di rumah dan bukannya di hospital.

"Juadah ketika hari raya semuanya sedap tetapi kita perlu beringat supaya menjaga aspek pemakanan. Kesihatan adalah anugerah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sharnaaz tidak kejar populariti

Posted:

Sharnaaz tidak kejar populariti

Sharnaaz tidak kejar populariti

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


SEBAGAI anak rantau, Sharnaaz Ahmad akan memastikan dirinya akan pulang ke kampung halamannya bagi meraikan Syawal.


SAYA membiarkan dia melayan perasaannya seketika sementelah dia sendiri memohon untuk berehat seketika. Katanya, sejak membintangi filem Azazil arahan Kabir Bhatia sejak awal Ramadan lalu, Sharnaaz Ahmad mengakui belum berkesempatan mendapat rehat yang secukupnya.

Sesekali juga dia mengusap-usap balutan tangan kirinya yang cedera akibat melakukan adegan pergaduhan bersama Remy Ishak yang turut membintangi filem seram itu.

Dek kerana kesibukannya itu jugalah, memang sukar untuk mendapatkan tarikh bagi mengadakan sesi fotografi bersamanya.

"Biarpun penat tetapi saya harus akui membintangi filem Azazil telah memberikan kepuasan yang maksimum buat saya.

"Watak dan skripnya cukup bagus sehingga saya merasakan satu kerugian besar untuk saya menolaknya. Alhamdulillah, saya mendapat peluang untuk berlakon di bawah arahan Kabir yang saya idamkan selama ini," kata Sharnaaz membuka bicaranya dalam nada yang cukup perlahan.

Sudah mula mendapat rentak perbualan, Sharnaaz memberitahu watak Atan yang dibawakannya dalam filem Azazil benar-benar mencabar dirinya sebagai seorang pelakon.

Apatah lagi, untuk bakat baru sepertinya mendapat peluang berlakon di samping Umie Aida, Remy, Emelda Rosmila dan Sheila Rusly bagaikan satu penghormatan buat Sharnaaz.

"Kabir menghubungi saya sambil menyatakan adakah saya berminat untuk menghadiri uji bakat filem terbarunya. Rupa-rupanya dia juga meminta saya untuk menguji bakat bagi dua projeknya yang lain.

"Rezeki berpihak kepada saya untuk membintangi Azazil dan insya-Allah, saya juga akan berlakon dalam sebuah lagi produksinya selepas ini.

"Cara Kabir bekerja memang berbeza dengan pengarah lain yang pernah saya kerja sebelum ini. Dia akan membentuk watak itu dan kita sebagai pelakon harus sentiasa bersedia," ceritanya penuh semangat.

Perang dingin

Memang tidak dinafikan lagi, populariti Sharnaaz pantas mencanak naik biarpun hanya baru setahun setengah menjadi seorang pelakon.

Dua drama bersiri, Tari Tirana dan Dottie telah memperkenalkan namanya di persada seni tanah air sebelum dia meluaskan lagi sayap seninya dengan membintangi drama-drama lain.

Tidak sampai dua tahun dalam gelanggang seni, timbul pula cerita kurang enak tentang Sharnaaz yang dikatakan sudah mula lupa diri dan bagai kacang lupakan kulit.

Semuanya gara-gara hubungannya dengan penerbit dan pengarah drama terkenal, Michael Ang bertukar dingin sehingga dikhabarkan namanya telah disenarai hitamkan daripada membintangi projek-projek terbaru Michael.

Walhal sebelum ini, penggiat industri hiburan tempatan sudah sedia maklum keakraban Sharnaaz dan Michael sehinggakan pelakon kacak itu sudah dilabelkan sebagai anak emas Michael.

Ada saja drama baru yang akan diterbitkan mahupun diarahkan Michael, nama Sharnaaz pasti berada dalam senarai pelakon pilihan.

Jadi, apabila timbul cerita kurang enak seperti ini, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Sharnaaz sebagai bintang baru.

Sambil menghela nafas panjang sebelum memberikan jawapannya, Sharnaaz mengakui dia cukup sedar akan cerita yang tersebar luas itu.

"Apa yang berlaku sebenarnya telah dipengaruhi oleh pihak tertentu yang bagaikan tidak senang melihat hubungan saya dengan Michael.

"Padahal isu yang tercetus sebenarnya tidaklah sebesar mana apabila saya hanya meminta bayaran lebih sedikit daripada apa yang sering saya terima sebelum ini.

"Adakah hanya kerana saya seorang pelakon baru saya boleh diperkotak-katikkan dan dipandang sebelah mata? Saya bukan mahu menjadi seorang demanding tidak tentu pasal.

"Semuanya adalah demi tuntutan kerja dan saya bersuara pun demi hak saya sebagai seorang pelakon. Apa-apa pun, hubungan saya dengan Michael sudah kembali pulih seperti sedia kala," katanya yang baru sahaja membintangi video muzik terbaru Shila Amzah yang diarahkan oleh Michael.

Mengulas pula tentang isu anak emas, ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh Sharnaaz kerana ia tidak pernah timbul.

Malah, Michael sendiri memberinya kebebasan untuk mencari peluang dengan berlakon di bawah arahan pengarah lain pula.

Cerita Sharnaaz lagi, dalam tempoh 'perang dingin' itu, dia terpaksa menolak hampir 15 tawaran berlakon dari pelbagai stesen televisyen kerana mahu mencari ketenangan dan membina semula keyakinan dirinya.

"Barangkali selepas apa yang berlaku ada hikmahnya juga kerana saya terus mendapat peluang berlakon yang tidak putus-putus.

"Saya berlakon kerana minat yang cukup mendalam terhadap seni dan populariti bukanlah sesuatu yang saya kejar.

"Memang tidak dinafikan, populariti itu penting untuk seseorang artis tetapi adalah lebih baik kalau kita diiktiraf kerana bakat. Saya percaya dengan adanya bakat, populariti akan bergerak seiring," katanya yang juga mendapat perhatian pengarah terkenal, Osman Ali untuk membintangi drama terbarunya, Bicara Hati tidak lama lagi.

Buat masa ini, lakonan Sharnaaz dapat ditonton menerusi drama bersiri Kasih Alia yang sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.

Wajib balik kampung

MENUTUP bicara itu, perbualan kami dialihkan pula tentang Syawal 1432 Hijrah yang bakal menjelma tidak kurang seminggu sahaja lagi.

Sebagai anak rantau dari Pulau Pinang, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini akan memastikan dirinya pulang ke kampung waima apa keadaan sekali pun.

Baginya, hanya pada Aidilfitri sahaja merupakan waktu terbaik untuknya berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara yang sudah lama tidak ketemu.

Daripada nada suaranya sahaja, sudah dapat disimpulkan bahawa Sharnaaz sememangnya cukup menantikan sambutan Syawal.

Lebih-lebih lagi apabila hari lahirnya yang ke-26 jatuh pada Hari Raya pertama sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri kali ini begitu istimewa sekali buat Sharnaaz.

"Pagi raya, semua sepupu dan saudara saya akan berkumpul di rumah keluarga saya di Datuk Keramat, Pulau Pinang.

"Seterusnya, kami semua akan bersembahyang sunat Aidilfitri di masjid berdekatan dan sebaik sahaja pulang ke rumah, kami akan dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa daripada air tangan ibu saya.

"Ketika itulah juga, soal diet sudah tidak dihiraukan lagi kerana macam-macam makanan akan dihidangkan seperti nasi tomato, ayam ros, ayam kicap dan rendang.

"Memang sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk menghidangkan juadah istimewa seperti ini di pagi Syawal. Kemudian, waktu tengah hari pula, kami semua akan ke rumah makcik saya," cerita Sharnaaz dalam nada penuh teruja.

Raya pertama sebagai artis

Posted:

Raya pertama sebagai artis

Raya pertama sebagai artis

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


SYAWAL 1432 merupakan kali pertama Neelofa menyambutnya sebagai seorang artis.


DETIK yang cukup dinantikan oleh semua umat Islam setiap kali menjelangnya Syawal apabila dapat berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara.

Hanya pada waktu begini sahajalah, ia merupakan peluang terbaik untuk kita bertanya khabar, beramah mesra dan menghabiskan masa selepas sekian lama tidak berkumpul bersama.

Begitulah perasaan yang dialami oleh pelakon baru yang sedang meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa yang cukup menantikan kehadiran Syawal 1432 Hijrah.

Lantaran kesibukannya dengan pelbagai agenda seni serta membahagikan masa sebagai seorang pelajar juga membuatkan Neelofa tidak berpeluang mencuri masa untuk dihabiskan bersama keluarga tercinta.

"Disebabkan itu, saya memang sudah tidak sabar lagi untuk beraya tahun ini. Dilahirkan dalam keluarga yang cukup besar, pastinya kemeriahan itu cukup dirasai setiap kali menjelangnya Aidilfitri.

"Lalu, ia bagaikan satu kewajipan buat saya untuk pulang ke kampung waima dalam apa keadaan sekali pun," jelas Neelofa dalam nada penuh teruja sewaktu dihubungi Hits, baru-baru ini.

Bakal menghabiskan masa di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan lebih kurang lima hari bermula 27 Ogos ini, Neelofa mahu memanfaatkan setiap detik pada Syawal ini sebaik mungkin.

Ketika ini, dia sendiri sudah dapat membayangkan kemeriahan keluarga dan sanak-saudaranya yang akan sibuk membuat persiapan akhir selain ligat di dapur menyediakan juadah untuk Hari Raya nanti.

"Setiap tahun, rumah keluarga saya akan menjadi tumpuan dan bayangkan, hampir 60 orang ahli keluarga akan bertandang beberapa hari sebelum raya.

"Keluarga ibu saya memang cukup besar kerana dia mempunyai tujuh orang adik-beradik. Jadi, apabila kesemua adik-beradiknya dan sepupu saya berkunjung ke rumah, gegak gempita dibuatnya dengan kekecohan gelagat masing-masing," ujar Neelofa yang merupakan juara Dewi Remaja 2010 ini sambil ketawa.

Menyambung perbualan, aktres jelita ini memberitahu kesemua ahli keluarganya itu akan diberikan skop tugas masing-masing terlebih dahulu dan sebelum memulakan 'gerak gempur' dijalankan seawal 4.30 petang.

Bercerita tentang persiapan rayanya pula, Neelofa tidak menafikan dia merindui detik-detik bersama ibunya yang akan sibuk membeli keperluannya adik-beradik.

Namun, selepas bergelar artis sejak awal tahun ini, anak ketiga daripada sembilan beradik ini menjelaskan dia perlu melakukannya sendiri lantaran sudah mempunyai pendapatan sendiri.

Apabila memperkatakan tentang Aidilfitri, sesuatu yang cukup istimewa buat Neelofa adalah kemeriahan di pagi Syawal itu sendiri.

"Mana tidaknya, dengan bilangan ahli keluarga kami yang ramai itu, semua perlu berbaris panjang sewaktu hendak bersalam dan memohon maaf daripada mereka yang lebih tua. Bila difikirkan balik, memang lucu kerana ia sudah menjadi sebuah pesta pula," katanya yang turut membintangi drama bersiri Tahajjud Cinta yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Sekadar bertanya kepada Neelofa apakah dengan statusnya kini sebagai seorang artis, semuanya sudah berubah berbanding sebelum ini?

Bagi Neelofa, tiada banyak yang berubah dalam hidupnya walaupun dia kini adalah seorang artis yang mula meniti populariti dan menjadi bualan ramai.

Selalunya di Kelantan, sambutan Aidiladha lebih dirasai dan dinantikan oleh penduduk di sana serta anak rantau kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tetapi, berbeza pula dengan Neelofa yang berpendapat sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding Hari Raya Haji.

Dalam perkembangan lain, aktres berusia 22 tahun ini bersyukur kerana tawaran berlakon semakin melimpah-ruah untuknya.

"Saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon menerusi hasil kerja saya. Seboleh-bolehnya, cerita kontroversi itu saya mahu elakkan.

"Insya-Allah, saya berharap dengan tayangan Azura 2011 tahun depan akan membuka mata masyarakat terhadap bakat lakonan saya," ujar Neelofa yang akan membintangi filem arahan Hans Isaac, Lemak Kampung Santan tidak lama lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Akidah pertaruhan politik?

Posted:

Akidah pertaruhan politik?

Akidah pertaruhan politik?

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

RAMADAN kali ini sememangnya memberikan ujian besar kepada umat Islam di negara ini. Di tengah-tengah kerancakan bertarawih dan bertazkirah di masjid-masjid, kita bagaikan 'ditampar' apabila timbul isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang didakwa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Ujian kepada kita adalah apabila isu itu timbul, ia menyerlahkan betapa kepimpinan umat Islam sendiri tiada kata sepakat. Malah ada yang memandang sinis dan begitu cepat menuding jari terhadap JAIS.

Kerajaan negeri Selangor awal-awal lagi dalam reaksi segeranya menyatakan kekesalan atas pemeriksaan JAIS itu meskipun dalam masa tersebut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum lagi mendapat laporan daripada agensi agama tersebut.

Sikap ini cukup menghairankan kerana sepatutnya JAIS yang merupakan sebuah agensi yang secara tidak langsung terletak di bawah pentadbiran negeri, tidak dipertahankan oleh Abdul Khalid. Kakitangan kerajaan negeri secara keseluruhannya pasti kecewa dan jatuh moralnya apabila agensi negeri tidak menjadi keutamaan pentadbiran Abdul Khalid.

Sebaliknya, awal-awal lagi Menteri Besar menelefon pastor di gereja terbabit ketika pada masa sama JAIS diserang bertubi-tubi kerana dikatakan menceroboh sebuah gereja.

Malah, Menteri Besar sengaja tidak mahu mendedahkan status sebenar premis berkenaan dan hanya mahu ia dimasukkan dalam laporan JAIS.

Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu pula 'menikus' apabila wartawan bertanya soal status premis berkenaan. Menteri Besar menyatakan beliau tidak tahu sedangkan di sebelahnya adalah Ronnie yang sepatutnya sudah mempunyai maklumat tentang status premis yang dikatakan gereja itu.

Selama ini Ronnie gemar menempel dalam sidang akhbar Menteri Besar sering menyampuk kalau ada sesuatu yang perlu diperjelaskan tetapi dalam isu gereja, dia hanya tersengih-sengih.

Sepatutnya Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali lebih layak berada dalam sidang media itu kerana ia membabitkan isu JAIS.

Padahal, sering kali dalam isu membabitkan portfolionya mengenai pihak berkuasa tempatan (PBT), Ronnie adalah juaranya seperti isu arak dan larangan orang Islam bekerja di kelab hiburan.

Apa yang paling mengecewakan ialah Pas yang terus menggunakan kaedah jalan tengah atau manzilah baina manzilatain. Tiada pendirian jitu dibuat kerana lebih mahu mengambil hati orang lain atau lebih tepat kepentingan undi.

Seperti mana dalam isu perkataan Allah, Pas membenarkan penggunaan kalimah jalalah itu asalkan tiada penyalahgunaan. Dalam isu pemeriksaan JAIS pula, keputusan diambil untuk mendapatkan penjelasan JAIS dan gereja.

Pas tidak lagi bercakap tentang kepentingan pengundi deposit tetap mereka - orang Islam tetapi cuba bermain mata dengan pengundi bukan Melayu. Sekali lagi Pas 'ketinggalan bot' berbanding NGO-NGO Islam termasuk yang cenderung kepada parti Islam itu sejak dahulu.

Mereka berjaya membuat pendirian tegas dengan pantas iaitu menyokong JAIS setelah mendapat bukti-bukti asas tentang penyebaran agama lain terhadap orang Islam.

Mereka dengan pantas mencari maklumat awal termasuk rakaman pemeriksaan JAIS pada malam 3 Ogos itu. 12 orang penganut Islam dikesan hadir dalam majlis 'thanksgiving' dan kuiz agama Islam serta menyanyi lagu 'Allahuakbar' dan 'Subhanallah'.

Dalam rakaman itu disaksikan seorang peserta bukan Islam mempertahankan haknya menggunakan kalimah Allahuakbar dan Subhanallah kerana kononnya tiada larangan kerajaan.

Lebih pelik lagi dalam salah satu soalan kuiz itu menyebut tentang berapa kali perkataan Nabi Isa disebut dalam Al-Quran.

Majlis di DUMC itu mungkin hanya ibarat bongkah ais yang timbul di permukaan air. Bongkah yang lebih besar di dasar air tidak kelihatan.

Sekarang mahukah Pas bertanggungjawab apabila kalimah seruan takbir dan tasbih Maha Suci Allah itu pun sudah diceroboh dan disalah guna oleh bukan Islam.

Walaupun Pas kemudiannya membuat beberapa kenyataan penegasan yang dilihat sebagai 'tindakan mengawal kerosakan' tetapi masih tetap mahu menghala peluru kepada lawan politiknya.

Mereka mempersoalkan seolah-olah ada tangan ghaib UMNO dalam pemeriksaan JAIS apabila rakaman pemeriksaan itu mula didedahkan dalam laman-laman blog.

Pas bercakap sedemikian seolah-olah tiada seorang pun ustaz-ustaz dalam JAIS bersikap pro kepada parti itu atau sekurang-kurang yang ada jiwa Islam dan sayangkan perjuangan Islam.

Apa yang mengecewakan ialah apabila persoalan pokok iaitu usaha memurtadkan orang Islam secara halus tidak menjadi perkara utama perbahasan.

Sekurang-kurang reaksi segera pelbagai pihak tidak kira parti politik dan NGO-NGO Islam tidak menunjukkan umat Islam terus dibuai lena. Dalam kekhusyukan beribadah mengejar keberkatan ganjaran Ramadan, jangan lupa ada saudara-saudara kita cuba 'dibawa lari' orang.

Kalau kes di DUMC cuba dinafikan tetapi kita tidak dapat menutup isu memurtadkan Nor Asyiah Bukhori dan Lina Joy yang sudah terbukti memang berlaku penyebaran agama lain ke atas umat Islam. Ibarat di sebalik silau terik matahari di siang hari, meskipun kita tidak dapat melihatnya, kita tahu matahari itu tetap ada.

Sepatutnya dalam isu agama dan mempertahankan hak kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kita semua senada tanpa mengira latar belakang politik atau apa saja kepentingan.

Namun sejauh mana kita serius, boleh dilihat bagaimana sambutan Seminar Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini.

Ruang dewan yang luas di masjid negeri itu mampu menampung ribuan umat Islam yang hadir untuk menunjukkan solidariti atas isu penyebaran agama lain. Namun jumlah kehadiran tidak memberangsangkan.

Adakah orang kita hanya hangat-hangat tahi ayam? Cakap berdegar-degar tetapi memandang sepi isu yang begitu penting seperti murtad.

Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik dalam seminar itu bahawa sikap umat Islam yang berpecah dan sering bertelagah pandangan menyebabkan mereka tidak akan mampu menghadapi cabaran besar termasuk Kristianisasi.

Ini kerana proses Kristianisasi (ke atas umat Islam) itu berselindung dalam arus liberalisasi global yang boleh merubah struktur dan rupa bentuk negara selain mengancam keselamatan.

''Kita 14 juta umat Islam tidak mempunyai apa-apa risalah dan apabila berdepan dengan ancaman, kita bertaburan. Bahkan kita bercanggah sesama sendiri dalam memahami isu yang dihadapi sekarang," kata Abdullah.

Beliau bimbang sekiranya keadaan itu berlarutan, umat Islam tidak akan dapat lagi mempertahankan saki baki jaminan Perlembagaan Persekutuan yang ada di dalam perkara memartabatkan agama Islam.

Katanya, penghakisan kuasa politik dan tawar menawar orang Islam dikhuatiri akan mendedahkan kedudukan Islam negara ini terus dicabar.

Abdullah berkata, arus liberalisasi global yang menggerakkan fahaman humanisme semakin laju sehingga sukar ditolak malah kadang kala mengelirukan umat Islam.

Fahaman ini menjadi ancaman kepada kedudukan Islam, dengan berselindung atas pembentukan masyarakat sivil yang membawa kepada kebebasan individu secara mutlak.

Ini membawa maksud bahawa orang Melayu yang dilahirkan sebagai Islam perlu diberikan kebebasan untuk memilih agama.

Anak tidak perlu ditetapkan agamanya sejak dari bayi sebaliknya membiarkan mereka menentukannya sendiri apabila dewasa. Ini adalah antara pandangan beberapa pemimpin muda pembangkang.

Beli kepentingan Esso Malaysia

Posted:

Beli kepentingan Esso Malaysia

Beli kepentingan Esso Malaysia

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my

Belum pun reda isu AirAsia dan MAS, tiba -tiba satu lagi kejutan apabila isu penjualan 65 peratus pegangan ExxonMobil International Inc. kepada San Miguel Corp. (SMC) sebuah syarikat pengilangan arak yang berpusat di Filipina yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai amat merugikan kerana ia melibatkan industri minyak dan gas negara.

Keputusan ExxonMobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini dikatakan berpunca daripada margin keuntungan yang rendah.

Cadangan pengambilan alihan pegangan itu akan menyediakan San Miguel dengan peluang unik untuk meluaskan portfolio peniagaan penapisan dan pemasaran minyak di luar Filipina.

Hebat cadangan itu. Tetapi jika syarikat Malaysia tidak bertindak segera, ia boleh menggambarkan syarikat tempatan tidak layak untuk mengambil alih Esso.

Bahkan, tidak perlu pihak badan bukan kerajaan (NGO) membuat 'bising' tentang isu penjualan pegangan saham ini. NGO berkenaan mahu kerajaan atau syarikat gergasi Malaysia masuk urus niaga itu untuk menyelamatkan Esso Malaysia daripada jatuh ke tangan individu dan syarikat asing.

Ini kerana, kita ada banyak syarikat yang berpengalaman luas dalam bidang penapisan dan pemasaran minyak, namun tidak diberi perhatian sewajarnya.

Esso Malaysia mempunyai prospek pertumbuhan yang baik. Ia memiliki syarikat penapisan minyak di Port Dickson, Negeri Sembilan serta 560 stesen minyak Esso dan Mobil di seluruh negara.

Apa pun, pastinya ExxonMobil mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian dan sudah tentu menguntungkan kedua-dua pihak, namun Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Mohammad Ismail percaya semua pihak di Malaysia mengecam dan tidak bersetuju kerana banyak persoalan yang memerlukan jawapan.

"Esso Malaysia perlu peka kepada sensitiviti negara kita, saya percaya pasti ada syarat-syarat atau terma yang memerlukan syarikat itu memberi tawaran kepada syarikat tempatan terlebih dahulu. Kita mempunyai beberapa individu yang tersenarai sebagai individu terkaya di Malaysia. Apakah mereka ini tidak berminat? Atau tidak ditawarkan.

"Begitu juga kita mempunyai syarikat tempatan atau syarikat milik kerajaan (GLC) yang mampu untuk membeli dengan harga RM3.50 yang ditawarkan. Mustahil syarikat kita tidak mampu melainkan tidak berminat atau tidak ditawarkan? Atau mereka terlepas pandang?," komen Mohammad.

Beliau hairan mengapa harga yang ditawarkan kepada San Miguel adalah lebih rendah darpadai harga pasaran.

"Saya difahamkan pihak Boustead Holdings Bhd. yang dimiliki oleh LTAT ada membuat tawaran yang sekitar RM5.20 berbanding harga pasaran RM4.07 sesaham.

"Persoalannya kenapa syarikat asing yang ditawarkan dengan harga yang begitu rendah iaitu RM3.50 sesaham atau jumlah keseluruhannya RM614.25 juta, sedangkan LTAT menyatakan hasrat untuk membeli ekuiti Esso Malaysia dengan tawaran keseluruhan RM1 bilion?" tanya beliau.

Dalam soal ini, Mohammad berpendapat kerajaan perlu memainkan peranan dalam memastikan agar syarikat tersebut tidak jatuh ke tangan syarikat asing apatah lagi syarikat tersebut melibatkan arak.

"Jika tidak ditangani dengan baik, isu ini akan menjadi modal Pilihan Raya Umum Ke-13 dan ia akan menjadi 'bola tanggung' di mana akan menjadi pukulan smash yang amat sukar untuk dikembalikan.

"Penjualan tersebut juga boleh menjatuhkan imej Malaysia kerana San Miguel merupakan syarikat pengilangan arak dan ini sudah tentu melibatkan kepentingan dan sensitiviti rakyat Malaysia kerana ramai pekerja Esso Malaysia ialah rakyat tempatan," kata Mohammad.

Kerajaan juga perlu berfikiran jauh ke hadapan. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Sekuriti serta agensi kerajaan yang berkaitan perlu berwaspada agar perkara seumpama ini tidak berulang.

Bagi Mohammad, syarikat tempatan perlu diberi keutamaan berbanding syarikat asing. Syarikat tempatan perlu diberi tawaran terlebih dulu, malah jika perlu satu akta diwujudkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Kini, pelbagai pihak mendesak kerajaan campur tangan agar ExxonMobil tidak terlepas ke dalam tangan syarikat asing.

Apa pun terima kasih kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berusaha menghubungi pihak Esso di Amerika Syarikat bagi menyuarakan hasrat LTAT untuk membeli 65 peratus ekuiti dalam Esso Malaysia.

Walaupun pihak kementerian tidak boleh terlalu mencampuri urusan tersebut kerana dibimbangi ia akan memberi gambaran buruk kepada pelabur dari luar. Namun sokongan itu selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat lebih banyak syarikat tempatan dipilih menguasai Esso yang mahu mengundur diri daripada perniagaan runcit petroleum di negara ini.

Esso Malaysia sebelum ini dilaporkan akan melepaskan kepentingannya di negara ini dan menumpukan pasaran baru, selain gagal muncul sebagai syarikat peruncitan minyak utama dan ketinggalan jauh di belakang dua pesaing utamanya iaitu Petronas dan Shell.

Industri membabitkan petroleum di negara ini adalah sensitif kerana ia disubsidikan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia.

Sebarang tindakan yang dilihat boleh menyebabkan industri itu dimiliki oleh orang asing adalah amat sensitif dan mampu menjejaskan reputasi negara terutama yang membabitkan dasar-dasar kerajaan.

Sebab itu tugas membeli kepentingan dalam Esso Malaysia mungkin boleh dilakukan oleh syarikat berpengalaman seperti Kencana, Sapura dan Sime Darby. Jika tidak mampu bersendirian, lakukan melalui usaha sama.

Syarikat-syarikat ini mempunyai modal dan reputasi dalam bidang perniagaan petroleum. Kerjasama ini penting agar kepentingan pengguna serta industri minyak di negara ini terjaga.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rancaknya urus niaga di Internet menjelang Syawal

Posted:

Rancaknya urus niaga di Internet menjelang Syawal

Rancaknya urus niaga di Internet menjelang Syawal

Oleh NOOR FAZRINA NOOR KAMAL
Gambar MOHD. FARIZUAN HASBULLAH dan IRWAN MAJID


Nor Ashikin (kiri) dan Siti Fatimah mudah melakukan urusan jualan perniagaan mereka dari rumah dengan adanya laman blog dan kemudahan Internet.


PILIH mana satu berkenan di hati. Kemudian klik. Ikuti arahan pembayaran dan esok terima bungkusan. Alangkah mudahnya berurus niaga menerusi Internet, tidak perlu bersusah-payah mencari parking, bersesak-sesak di pusat membeli-belah atau beratur di kaunter pembayaran namun masih mampu mendapatkan apa yang dihajatkan di hati.

Lebih-lebih lagi apabila Hari Raya semakin hampir, tetapi persiapan terutama baju raya sama ada untuk diri sendiri mahupun anak-anak belum tersedia dek kesibukan tugasan yang berlambak di pejabat.

Tubuh dan minda juga pasti tidak mempunyai kekuatan untuk 'menyerbu' pusat membeli-belah, justeru Internet dijadikan pilihan untuk urus niaga pembelian.

Yang paling sibuk sudah tentunya pemilik premis niaga maya yang perlu menguruskan penghantaran produk agar selamat, tepat dan diterima dengan penuh puas hati dari si pembeli.

Pemilik laman blog Farwizah Resources http://farwizahresources.blogpsot.com, Siti Fatimah Kepar dan Nor Ashikin Ismail, masing-masing yang berusia 30 tahun, tidak menafikan blog perniagaan mereka menerima kunjungan yang mendadak dalam bulan Ramadan ini.

Dua sahabat yang menjalankan perniagaan menjual pakaian bayi dan tudung itu menyifatkan rezeki di bulan Ramadan memberikan pendapatan lumayan walaupun mereka berdua mengusahakan perniagaan menerusi talian hanya secara sambilan.

Tambah mengujakan, mereka mendapat maklum balas sangat baik daripada pelanggan walaupun baru terlibat dalam perniagaan yang menggunakan medium ini.

"Dengan adanya sedikit bantuan dan kepakaran teknologi maklumat (IT) dan bantuan dari rakan-rakan, kami bangunkan satu laman blog jualan.

"Kami berdua baru sahaja mewujudkan satu laman blog untuk perniagaan ini sebelum bulan puasa. Kami sangat teruja melihat permintaan terhadap produk, terutama pakaian dan kasut bayi mendapat permintaan yang tinggi.

"Bayangkan baru seminit gambar pakaian baru dipapar dalam laman blog terus ada yang membelinya. Urusan ini memang pantas dan berkesan," kata Siti Fatimah yang bertindak selaku pengurus operasi.

Sepanjang hampir sebulan beroperasi, Nor Ashikin berkata, dia dan rakan kongsinya tidak berhadapan dengan banyak masalah kerana masing-masing sudah mempunyai pengalaman berniaga secara sambilan.

Nor Ashikin yang turut menjadi pentadbir untuk laman blog tersebut berkata, strategi pemasaran juga penting di mana dia perlu mewujudkan sebuah blog yang dapat menarik perhatian pelanggan.

Dengan penggunaan warna yang sesuai, susun atur yang mesra pelanggan untuk memudahkan mereka membuat pilihan.

Yang boleh dibanggakan oleh dua sahabat baik ini, masih belum ada pelanggan yang bertindak memulangkan pembelian. Malah menerusi kotak maklum balas yang disediakan semuanya berpuas hati dengan urus niaga tersebut.

"Memang seronok apabila ada pelanggan yang sudi memuat naik gambar anak mereka memakai pakaian yang dibeli di blog kami yang penting bagi seorang peniaga ialah apabila pelanggan bergembira dengan apa yang mereka dapati dari perniagaan kami. Itulah satu kepuasan yang menaikkan semangat kami untuk memberi yang terbaik buat pelanggan kami," ujarnya yang ditemui di rumah sahabatnya yang terletak di Batu 18, Hulu Langat, Selangor.

Pakaian bayi yang ditawarkan di Farwizah Resources sememangnya berkualiti dan ada di antaranya yang berjenama. Namun yang lebih penting ia ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan.

Nor Ashikin yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan setahun mengakui begitu teruja untuk mencari persalinan untuk si comel yang mana berkenan pada hatinya. Justeru proses pemilihan stok pakaian bayi memang mudah di mana ia lahir dari hati nuraninya sendiri.

"Saya pasti semua ibu mahukan anak mereka memakai pakaian yang cantik-cantik dan selesa untuk musim perayaan ini. Saya juga yakin cita rasa saya kebanyakannya sama dengan ibu-ibu lain, jadi memang tiada masalah untuk memenuhkan stok dengan pakaian yang pasti memikat hati pelanggan yang rata-rata terdiri dari kaum ibu," jelasnya yang boleh dihubungi di talian 012-2022920.

Sementara itu, pemilik laman blog qairashijab@blogspot.com, Ainil Hawa Sazali, 26, tidak menafikan perbezaan yang amat ketara pada hit di blognya sepanjang bulan Ramadan ini.

"Sebelum bulan puasa biasanya saya akan menghantar 50 bungkusan sebulan, namun dalam bulan Ramadan ini walaupun belum genap sebulan sudah lebih 70 bungkusan dihantar," katanya yang ditemui di studio Utusan Malaysia, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelanggan Qairashijab@blogspot.com ini terdiri daripada pelbagai lapisan usia kerana reka bentuk tudungnya menepati tiap peringkat umur wanita. Lebih membanggakan tempahan tudung Qairas Hijab bukan sahaja di Malaysia malah di Brunei, Singapura, Australia, Perancis dan Dubai.

Setiap minggu Ainil yang juga pensyarah di Unisel memastikan dia akan memuat naik rekaan tudung terbaru keluarannya.

"Musim raya ini permintaan memang tinggi, sebagai pensyarah saya hanya akan memberikan tumpuan kepada perniagaan selepas waktu kerja dengan bantuan suami," katanya yang menyifatkan perniagaan online sebagai satu kepuasan diri.

Kiriman PosLaju meningkat

Posted:

Kiriman PosLaju meningkat

Kiriman PosLaju meningkat

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


SUASANA kesibukan namun penuh sistematik di Pusat PosLaju, Shah Alam.


STATISTIK kiriman dan penghantaran bungkusan dan juga dokumen pada musim perayaan meningkat setiap tahun. Senario ini disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi PosLaju, Nor Azizan Tarja yang turut mengakui bilangan kakitangannya ditambah semata-mata untuk memenuhi keperluan operasi yang meningkat sempena musim perayaan ini.

Tambahnya, peningkatan tersebut bukan hanya berlaku pada Hari Raya Aidilfitri malah Tahun Baru Cina, Krismas dan Deepavali juga.

"Di musim perayaan ini terdapat banyak permintaan untuk menghantar barangan-barangan seperti hadiah, hamper dari badan korporat, kuih- muih, kad raya malah pakaian raya. Di samping itu, syarikat-syarikat juga banyak menggandakan promosi sempena musim perayaan sekali gus menggalakkan kenaikan item kendalian PosLaju. Secara purata item kendalian PosLaju meningkat sebanyak 10 hingga 30 peratus menjelang musim perayaan," ujarnya.

Nor Azizan turut mengakui urus niaga pembelian menerusi Internet semakin mendapat tempat di hati pengguna. Perkara tersebut adalah lanjutan dari perkembangan penggunaan Facebook, Twitter, blog dan sebagainya yang digunakan penjual untuk memasarkan barangan mereka dengan lebih mudah, cepat dan jimat.

Manakala pembeli pula cenderung menggunakan Internet sebagai medium untuk mendapatkan maklumat, membuat tempahan dan pembayaran melalui jaringan perbankan Internet dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu membuang masa ke pusat membeli -belah dan sebagainya.

"Kadar peningkatan ini juga agak ketara sejak tahun lalu di mana peningkatan online business dianggarkan sekitar 25 peratus.

"Pada pendapat saya, punca trend ini adalah peluang mendapat hasil tambahan secara sambilan di kalangan mereka yang bekerja tetap dan juga suri rumah," kata Nor Azizan.

Tambahnya lagi, sebagai syarikat kurier, PosLaju amat menekankan servis kepada pelanggan.

"Aset terbaik PosLaju adalah kakitangan kurier dan kerani yang melakukan tugas di lapangan. Kami amat bertuah mempunyai tenaga kerja yang berdedikasi yang sanggup melaksanakan tugas walaupun berat dan sangat mencabar

"Setiap item yang diterima oleh PosLaju akan diimbas pada setiap pergerakan untuk membolehkan pelanggan mengetahui kedudukan terakhir item tersebut. Setiap kurier PosLaju juga dilengkapi dengan mobile scanner untuk memastikan status dikemas kini di tempat pelangan. Kemudahan ini telah memudahkan pelangan PosLaju. Kebanyakan pengguna akan mengakses Internet untuk mengetahui sama ada item telah berjaya diserah kepada penerima.

"Kami juga melengkapkan kurier dengan kemudahan telefon bimbit bagi memudahkan kurier menghubungi penerima sekiranya perlu sebelum proses serahan dan pick up," katanya yang sentiasa memantau proses kerja dari masa ke semasa dengan kemudahan automasi di setiap pusat PosLaju.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved