Selasa, 23 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Jangan gadai nyawa penumpang

Posted:

Jangan gadai nyawa penumpang

Jangan gadai nyawa penumpang

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan para pemandu bas ekspres supaya memandu dengan berhemah dan tidak menggadai nyawa penumpang pada musim perayaan ini.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, pemandu bas ekspres perlu mengutamakan nyawa penumpang dan tidak sekali-kali memandu laju sehingga mengundang tragedi.

Menurutnya, mereka perlu sentiasa bertanggungjawab terhadap keselamatan penumpang yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Pada masa yang sama katanya, pemandu bas juga sewajarnya menjaga imej mereka agar perkhidmatan yang disediakan paling selamat untuk digunakan orang ramai.

"Sekarang ada orang fikir naik bas sudah tidak selamat. Jadi, para pemandu (bas ekspres) kena memandu dengan berhemah dan jangan pula ada yang berlumba sesama sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan sebahagian pemandu bas ekspres dari seluruh negeri ini di Ibu Pejabat JPJ Terengganu di sini semalam.

Sesi perjumpaan selama lebih sejam itu adalah pertama kali diadakan untuk menyampaikan hasrat JPJ selain mendapat penjelasan dan maklum balas daripada pemandu bas ekspres sempena Hari Raya Aidilfitri.

Abdul Rahman juga berharap agar para pemandu berkenaan menjadi 'mata dan telinga' kerajaan bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

Katanya, dalam masa cuba mengelak ditimpa kemalangan, mereka juga perlu segera melaporkan kepada agensi penguatkuasaan jika berlaku nahas jalan raya yang menimpa orang lain.

"Mereka boleh menjadi 'mata dan telinga' dengan segera menghubungi talian 09-6222023 (JPJ) atau 999 untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Suami isteri bekas banduan ditangkap lagi

Posted:

Suami isteri bekas banduan ditangkap lagi

Suami isteri bekas banduan ditangkap lagi


Zamri Shamsudin menunjukkan komputer riba curi dan barangan lain bernilai RM30,000 yang dirampas daripada suspek kes pecah kereta pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Walaupun pernah dipenjarakan selama setahun kerana terlibat dalam jenayah pecah kenderaan pada tahun 2008, sepasang suami isteri tidak serik-serik malah terus mengulangi jenayah itu.

Akibatnya, mereka sekali lagi ditangkap pada 13 Ogos lalu dan membawa kepada penemuan barangan yang diambil dari kenderaan yang dipecahkan bernilai RM30,000.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin berkata, pasangan berusia 27 dan 29 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 1 pagi di sebuah hotel di Jalan Tok Lam di sini.

Katanya, tangkapan itu dibuat hasil maklumat orang ramai dalam 'Ops Lejang Cermin' yang dilancarkan pada 9 Ogos lalu.

Zamri berkata, hasil siasatan lanjut ke atas pasangan yang mempunyai tiga orang anak itu turut membawa kepada penemuan beberapa barang berharga yang dicuri suspek.

"Antaranya, 11 unit komputer riba, 18 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 16 unit pendrive, 22 keping kad sim, lima utas jam pelbagai jenama, empat unit 'hard disk', dua unit kamera, dua unit pemain MP3 dan MP4 serta empat beg komputer riba.

"Kita percaya, jenayah ini dilakukan pada waktu malam di sekitar masjid, pasar raya dan sekitar tempat letak kereta di bandar ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zamri, dengan penangkapan pasangan ini, polis yakin dapat menyelesaikan kira-kira 50 kes kecurian komputer riba, jam dan sebagainya akibat kegiatan pecah kereta yang dilaporkan setakat ini.

200 penuntut sertai Bersih dikesan

Posted:

200 penuntut sertai Bersih dikesan

200 penuntut sertai Bersih dikesan

KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kecewa dengan pembabitan ramai penuntut negeri ini dalam perhimpunan haram Bersih di luar negara termasuk di Mesir pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata, tindakan mereka cenderung menentang kerajaan yang menanggung kos pengajian di luar negara adalah tidak bertanggungjawab.

"Mereka sepatutnya tidak mensesiakan peluang belajar. Ini tindakan tidak bertanggungjawab," katanya menjawab soalan lisan Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) bagi pihak Datuk Harun Taib (Pas-Manir) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ahmad memberi contoh terdapat penuntut perubatan gagal dalam pengajian kerana terlibat dalam politik dan kini menjadi pengasuh.

"Kita belanja ratusan ribu ringgit termasuk untuk mereka yang belajar dalam bidang perubatan, tapi malangnya mereka sokong Pas.

"Kalau mereka tamat belajar dan nak jadi calon Pas tak apalah. Ada yang gagal sambung pengajian dan sudah 12 tahun, 22 tahun tak pulang," ujarnya.

Ahmad mengesahkan kira-kira 200 penuntut dari keluarga Pas di Terengganu menyertai perhimpunan haram Bersih di Mesir tempoh hari.

Tegasnya, beliau telah mengarahkan Yayasan Terengganu (YT) memastikan kesemua penuntut tajaannya yang terbabit dalam perhimpunan Bersih di Mesir diberi surat tunjuk sebab.

"Kita tak mahu penuntut yang kita taja terlibat dalam perhimpunan seperti itu dan pinjaman mereka mungkin ditarik balik," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved