Ahad, 7 Julai 2013

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Segalanya percuma untuk pengunjung

Posted: 06 Jul 2013 05:35 AM PDT

Pelancong asing tidak ketinggalan mendapatkan barang di pasar percuma Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

LAZIMNYA, jika ke pasar, kita pasti memerlukan duit untuk berbelanja.

Bagaimanapun pasar yang dicipta oleh dua sahabat karib, Lew Pik Svonn dan Chuah Ee Chia jelas berbeza dengan pasar lain.

Dikenali pasar percuma, ia dicipta bagi membolehkan orang ramai membeli-belah tanpa mengeluarkan duit.

Program pasar percuma yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini mengumpul lebih 20 peserta yang menjual barangan koleksi peribadi dengan percuma.

Semua barangan tersebut merupakan barangan terpakai seperti buku, pakaian, cakera video digital (DVD), alat mainan dan aksesori wanita serta lelaki. Kesemuanya diberikan secara percuma kepada pengunjung.

Susun atur pasar percuma ini cukup ringkas. Tanpa kanopi atau payung, peserta hanya membentangkan tikar atau plastik untuk meletakkan barangan masing-masing sambil menanti ia diambil pengunjung.

Menurut Pik Svonn, 29, idea mengadakan pasar percuma timbul selepas melihat terlalu banyak baju dan aksesori disimpan dalam almari tidak digunakan.

Daripada sembang kosong di laman Facebook, mereka berdua berjaya menarik lebih ramai peserta bagi menyertai aktiviti pasar percuma itu.

Pasar percuma memberi peluang kami berinteraksi dengan masyarakat, sekali gus merapatkan lagi hubungan di antara peserta dan pengunjung.

Konsep pasar percuma ini amat mudah. Jika kamu pergi ke pasar biasa, sudah tentu kamu membeli barang menggunakan wang ringgit.

Tetapi di sini, kami menawarkan barangan secara percuma tanpa pengunjung perlu mengeluarkan wang walau satu sen pun," jelas Pik Svonn.

Menurut Ee Chia, 30, pula, konsep pasar percuma tidak mengenakan apa-apa syarat.

Bukan semua individu mampu membeli sesetengah barangan di pasar ini. Justeru, kewujudan pasar ini secara tidak langsung membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki barangan yang mereka suka," katanya yang terharu dengan sambutan orang ramai.

Selain itu menurutnya, semua orang boleh menganjurkan pasar percuma kerana ia mudah diadakan tanpa bayaran sewa dan hanya perlu memilih tarikh serta lokasi sesuai sahaja.

Lebih menarik lagi, sejak pasar tersebut dibuka pada pukul 4 petang, hampir setengah daripada barangan yang dibawa peserta telah dibeli pengunjung.

Tinjauan .com mendapati, bilangan peserta semakin bertambah sehingga pukul 8 malam.

Seorang peserta, Mohd. Khairul Anuar, 29, memberitahu, barangan yang dibawanya seperti

baju, sarung telefon bimbit Blackberry, dompet

dan novel habis diberikan percuma kepada pengunjung.

Kalau saya berniaga, sudah tentu saya untung besar kerana barangan saya menarik minat ramai pengunjung dan kesemuanya habis dibawa pulang. Inilah keistimewaan pasar percuma yang tidak mementingkan nilai materialistik," katanya.

- SYAHRIL/ZAINI HUSIN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved