Ahad, 11 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


4 kilang perlu bayar tunggakan

Posted:

4 kilang perlu bayar tunggakan

4 kilang perlu bayar tunggakan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Adzmi Din mengiringi Azizan Abdul Razak (melambai tangan) ketika hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya SADA di Alor Setar, kelmarin. - MINGGUAN/KAMAL BASIR


ALOR SETAR 10 Sept. - Syarikat Air Darul Aman (SADA) meminta pihak pengurusan empat buah kilang di Kulim Hi-Tech dekat sini menjelaskan segera tunggakan bayaran sejak Oktober lepas yang berjumlah kira-kira RM100,000 setiap kilang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din, keengganan mereka membayar tunggakan tersebut disebabkan kekeliruan berhubung tarif air yang baharu iaitu RM1.05 meter padu berbanding RM1 sebelum ini.

Beliau berkata, kenaikan tarif air itu diputuskan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diwartakan oleh Kerajaan Pusat Oktober lalu, membabitkan premis perniagaan, perumahan, sekolah dan pusat pengajian tinggi seluruh Kedah.

"Kilang di Kulim Hi-tech masih mendapat keistimewaan sebenarnya kerana tarif air yang dikenakan jauh lebih rendah iaitu sehingga 73 peratus berbanding kawasan perindustrian lain.

"Adalah tidak benar jika ada mengatakan SADA menindas kilang di situ dengan tidak menerima apa-apa subsidi daripada penstrukturan semula itu," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SADA di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Adzmi, kos penyelenggaraan operasi SADA antaranya caj bekalan elektrik meningkat sehingga RM9 juta sehingga Julai tahun ini berbanding RM4 juta pada 2007.

"Subsidi masih ada walaupun tarif air meningkat kerana kenaikan kos tersebut termasuk kos bahan mentah dan tenaga kerja," katanya.

Adzmi bagaimanapun memberi jaminan isu tersebut akan diselesaikan memandangkan ia hanya membabitkan kekeliruan berhubung kenaikan tarif tersebut.

"SADA akan menggunakan pendekatan lembut iaitu berunding dan memujuk syarikat tersebut serta menunjukkan perbezaan antara caj di tempat lain dan Kulim Hi-tech," katanya.

Beliau pada masa yang sama menafikan akan menjalankan operasi pemotongan bekalan air di kilang tersebut ekoran caj yang tertunggak sejak Oktober lalu.

"SADA cuma menghantar notis pemberitahuan tentang tunggakan tersebut dan ia adalah prosedur biasa. SADA juga sedia berunding dengan syarikat terbabit bagi membolehkan mereka menjelaskan tunggakan tersebut.

"Kilang-kilang lain tidak mempunyai masalah dan sudah pun menjelaskan bil mereka mengikut tarif ditetapkan. Cuma empat buah kilang ini saya enggan berbuat demikian dan kita berharap mereka menjelaskan secepat mungkin," katanya.

Kafe latih OKU mula beroperasi

Posted:

Kafe latih OKU mula beroperasi

Kafe latih OKU mula beroperasi

IPOH 10 Sept. - Pusat pendidikan orang kurang upaya (OKU), Ray of Hope mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pusat pendidikan OKU pertama menyediakan tempat latihan berupa kafe untuk pelajarnya.

Pengerusinya, Mary Lim berkata, kafe yang mula beroperasi sejak dua bulan lalu itu dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar OKU sambil dibantu beberapa sukarelawan.

Katanya, objektif kafe itu ditubuhkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari di pusat pendidikan itu.

"Ray of Hope telah ditubuhkan sejak 11 tahun lalu dan sejak itu kita mempunyai seramai 73 pelajar dan 18 orang daripadanya diambil bekerja di kafe ini.

"Kesemua mereka dibayar gaji sama seperti pekerja lain dan kita mahu mereka merasai kehidupan normal dan tidak ketinggalan dalam menjalani rutin seharian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima lawatan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,000 di Taman Sri Kurau, Bercham di sini, semalam.

Diminta mengulas mengenai kafe yang dikendalikan oleh golongan OKU itu, Hang Soon berkata, ia merupakan usaha yang baik dan perlu dicontohi oleh pertubuhan lain.

Katanya, dengan adanya kafe seperti itu, ia membolehkan pelajar-pelajar di pusat OKU tersebut mempraktikkan latihan yang dipelajari dalam pekerjaan sebenar.

"Ini kafe pertama di Perak yang dikendalikan sepenuhnya golongan OKU sambil dipantau oleh beberapa sukarelawan. Ia satu usaha yang bagus dan wajar dicontohi pertubuhan OKU yang lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, lebih banyak pusat pendidikan untuk OKU perlu ditubuhkan dalam usaha membantu golongan itu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

"Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan penuh dan galakan berterusan kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang mahu mengusahakan pusat latihan untuk golongan OKU.

"Kesediaan mereka untuk membimbing golongan ini sememangnya suatu usaha yang murni dan sewajarnya mendapat sokongan banyak pihak kerana ia membantu mereka merasai diterima sama seperti individu normal yang lain," katanya.

Dua beradik gantung diri

Posted:

Dua beradik gantung diri

Dua beradik gantung diri

IPOH 10 Sept. - Dua beradik ditemui mati dalam keadaan tergantung di siling dapur rumah mereka di Jalan Lahat Baru, Taman Badri Shah, dekat sini, semalam.

Mangsa, Hew Kong Chen, 43, dan Hew Hong Weh, 38, ditemui abang mereka yang pulang ke rumah itu pada pukul 11.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, kedua-dua mangsa ditemui tergantung dengan tali nilon yang diikat pada siling dapur.

"Selepas menerima panggilan, polis ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan percaya tiada kesan jenayah. Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai masalah kewangan dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved