Selasa, 22 Oktober 2013

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


‘Mereka kata saya sudah tua’

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Lee Chong Wei sudah lali dengan kritikan setiap kali dia kalah dalam sesuatu perlawanan.

KUALA LUMPUR - Bila saya kalah, semua orang kata saya sudah tua sebab itu saya kalah, tetapi bila saya menang, mereka kata wah! ini orang tua boleh tahan masih boleh menang. Saya sudah lali dan saya tidak kisah mereka hendak cakap apa."

Itu luahan jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei selepas mendengar pelbagai kritikan dilempar kepadanya gara-gara kekalahan terbaharu kepada jaguh No. 2 dunia dari China, Chen Long pada perlawanan akhir kejohanan Siri Super Terbuka Denmark, kelmarin.

Dalam pertarungan di Odense itu, Chong Wei tumpas 22-24, 19-21 dalam pertarungan yang berlarutan sehingga 68 minit.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat naib juara Olimpik dua kali itu di tangan lawan yang sama selepas tewas dalam penentuan kejuaraan di All England, Mac lalu, selain Terbuka Hong Kong, November lalu.

Kekalahan kelmarin, menyebabkan dia gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark yang dimenangi tahun lalu, malah Chong Wei juga turun dengan reputasi juara 2005 dan 2006.

Saya dengar macam-macam orang kata bila saya kalah. Paling popular, saya sudah tua.. saya sudah tidak boleh bermain lagi. Saya kalah kepada pemain No. 2 dunia, Chen Long dalam perlawanan akhir pun mereka kata prestasi saya membimbangkan.

Musim ini, saya main dalam tujuh Siri Super, lima daripadanya muncul juara dan dua naib juara. Saya juga muncul naib juara Kejohanan Dunia, tetapi bila kalah sekali di final, orang kata prestasi saya jatuh, saya kena buat itu, tukar ini.

Saya rasa, tiada apa yang hendak saya ulas tentang komen mereka, sebab saya tiada kuasa hendak halang mereka bercakap. Biarlah saya fokus kepada permainan sendiri dan cuba mengekalkan kedudukan saya sekarang.

Yang penting untuk diri saya.. saya gembira kerana masih mampu mengekalkan prestasi dan beraksi konsisten. Saya hanya kalah dalam perlawanan akhir kepada lawan yang hebat," katanya lagi ketika dihubungi Utusan Malaysia di Odense, semalam.

Chong Wei, yang meraikan ulang tahun ke-31 kelmarin, berkata, apa yang penting bagi dirinya adalah tidak membiarkan kata-kata negatif itu mempengaruhi fikirannya.

Usia cuma nombor. Chen Long bermain baik dalam perlawanan itu, malah sejak awal lagi saya sudah kata, dia adalah pencabar terkuat saya sekarang.

Lagipun China ada ramai pemain, seorang pergi.. seorang datang. Di Malaysia, hanya saya boleh melakukan perkara itu..main tujuh kejohanan, menang lima, naib juara dua kali.

Walaupun saya sudah tua, hakikatnya hanya saya yang boleh melakukannya ketika ini, jadi ia menuntut satu usaha yang amat keras untuk saya mengekalkan kedudukan itu," ujarnya lagi.

Chong Wei, yang menjuarai Terbuka Korea, Malaysia, Indonesia, Jepun dan India tahun ini, akan turun ke gelanggang hari ini untuk menentang P. Kashyap dalam aksi sulung Terbuka Perancis.

'Messi' mahu tebus maruah

Posted: 22 Oct 2013 11:35 AM PDT

Oleh FARHANA JONI
sukan@utusan.com.my

KEPULANGAN Joseph Kalang Tie (kiri) daripada penggantungan bakal memberi keyakinan buat Sarawak untuk mencari kemenangan di Kuching, Sabtu ini.

KUCHING - Jika Pahang mengimpikan final Piala Malaysia pertama selepas 16 tahun, Sarawak juga memasang misi besar kerana bukan saja tidak pernah menjulang piala berprestij itu, malah sudah 14 tahun tidak menjejakkan kaki ke perlawanan akhir.

Dalam sejarah 92 tahun kejohanan, sejak Piala Malaysia diperkenalkan buat kali pertama pada 1921, Sarawak hanya pernah melangkah sekali ke final iaitu pada 1999 apabila mereka tewas 2-0 kepada Brunei.

Justeru, tidak hairanlah jika penyokong Nyap Sayot amat mengharapkan sesuatu mampu dilakukan untuk merubah keputusan kekalahan 3-1 yang dialami pada separuh akhir pertama di Kuantan minggu lalu, apabila menerima kunjungan juara Piala Malaysia dua kali, Pahang di Kuching, Sabtu ini.

Kelincahan pemain yang terkenal dengan jolokan 'Messi' Malaysia, Joseph Kalang Tie antara yang amat ditagih peminat kerana dia memainkan peranan cukup besar dalam membawa pasukannya menjulang gelaran Liga Perdana, sebelum menempatkan diri dalam peringkat empat terbaik Piala Malaysia.

Pemain kelahiran Miri itu tidak diturunkan pada separuh akhir pertama lalu kerana penggantungan, namun sudah bersedia untuk 'mengganas' semula.

"Tiada lagi aksi mendukacitakan di Kuching," kata pemain berusia 26 tahun itu.

Bertindak sebagai perancang utama Bujang Senang, Joseph berazam mahu menebus maruah Sarawak di depan penyokong setia mereka.

Katanya, jika Bujang Senang mampu memperbaiki permainan dan memanfaatkan sokongan padu penyokong, tidak mustahil misi memburu tiket akhir Piala Malaysia boleh menjadi kenyataan.

"Aksi mendukacitakan di Pahang tidak akan berulang di Kuching. Kami mahu menebus maruah dengan mencipta kemenangan besar.

"Misi utama kami adalah untuk beraksi di pentas final, namun persoalan sama ada kami layak atau tidak bergantung kepada aksi yang akan ditampilkan nanti," katanya.

Joseph pernah menyarung jersi Terengganu selama tiga musim sebelum memilih untuk kembali menabur bakti buat negeri kelahirannya tahun lalu. Ketika beraksi buat skuad Penyu, dia berjaya menjulang Piala FA pada 2011.

Namun, kariernya akan lebih bermakna jika merangkul kejuaraan buat negeri kelahiran sendiri.

Dua gol yang perlu dicari bukan satu misi mustahil bagi Sarawak dan kepulangan semula Joseph daripada penggantungan memberi keyakinan buat rakan-rakan sepasukan.

Benteng Sarawak juga akan bertambah mantap dengan kehadiran Ronny Harun yang baharu pulih daripada kecederaan.

Joseph mengakui, skuad Bujang Senang bakal berdepan tekanan untuk merobek gawang Tok Gajah sebaik sahaja wisel permainan dimulakan dalam usaha mengurangkan defisit gol.

Namun katanya, mereka tidak mahu terlalu ghairah memburu gol sehingga menjejaskan strategi pasukan dan menggugat fokus barisan pertahanan.

"Pada perlawanan lalu Sarawak banyak kehilangan bola di posisi tengah dan pertahanan sehingga menyukarkan penyerang melancarkan gerakan ke kubu lawan.

"Bagaimanapun, sorakan 25,000 penyokong Ngap Sayot pasti memberi suntikan semangat kepada kami. Mereka umpama pemain ke-12 pasukan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved