Jumaat, 6 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Mandela sahabat sejati, pemimpin paling saya kagumi - Tun M

Posted: 06 Dec 2013 12:39 AM PST

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Nelson Mandela adalah seorang pemimpin yang cukup hebat serta memiliki ketabahan luar biasa dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam memperjuangkan keadilan sosial, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau menyambut berita kematian Mandela dengan amat sedih dan berasa suatu kehilangan yang amat besar.

"Pemergiannya merupakan suatu kehilangan besar bagi saya dan semua rakyat Afrika," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata Mandela bukan sahaja sahabat sejati beliau, tetapi juga pemimpin yang amat beliau kagumi.

"Setiap kali ditanya siapakah pemimpin yang pernah saya jumpa yang paling saya kagumi, tanpa teragak-agak saya akan menjawab, Nelson Mandela," katanya.

Dr Mahathir berkata Mandela juga adalah insan bersifat pemaaf dan tidak memusuhi mereka yang pernah memenjarakannya kerana beliau lebih mementingkan perdamaian serta perkongsian kekayaan dan peluang yang terdapat di negaranya antara masyarakat kulit putih dan masyarakat kulit hitam.

"Tidak ramai manusia di dunia yang memiliki sikap mulia seperti ini," katanya.

Mandela, 95, meninggal dunia di kediaman beliau di Johannesburg pada Khamis malam setelah bergelut dengan jangkitan paru-paru sejak sekian lama. - UTUSAN ONLINE

Mangsa banjir di Johor kini tinggal 1,825 orang

Posted: 05 Dec 2013 11:34 PM PST

JOHOR BAHRU 6 Dis. - Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir terkini yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di tujuh daerah menurun kepada 1,825 hari ini berbanding 2,027 mangsa, semalam.

Menurut laporan portal Majlis Keselamatan Negara, sehingga pukul 11 pagi, Batu Pahat menjadi daerah yang paling teruk terjejas dengan 472 mangsa, diikuti Segamat (425), Pontian (353) dan Kota Tinggi (218).

Sementara itu, Mersing terus mencatatkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang terjejas menurun kepada 194 mangsa, diikuti Kluang dengan 155 mangsa manakala di Ledang hanya lapan mangsa banjir dicatatkan. - UTUSAN ONLINE

Banjir di Kelantan meningkat kepada 2,392 orang

Posted: 05 Dec 2013 11:33 PM PST

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU 6 Dis. - Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindahan terus meningkat kepada 2,392 orang daripada 765 keluarga meskipun kebanyakan tempat tidak mengalami hujan setakat tengah hari ini.

Peningkatan jumlah mangsa berlaku di enam daerah seperti di Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang dan Tumpat.

Kawasan paling terjejas adalah Pasir Mas membabitkan 1686 mangsa daripada 595 keluarga disusuli Kuala Krai seramai 407 mangsa daripada 94 keluarga manakala 219 mangsa daripada 57 keluarga direkodkan di Pasir Puteh. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved