Rabu, 20 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perundangan Senjata Biologi digubal

Posted:

Perundangan Senjata Biologi digubal

Perundangan Senjata Biologi digubal

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berbual dengan Paul Van Der Ijjsel (kanan) selepas melancarkan Kongres Antarabangsa mengenai Biosekuriti, Biokeselamatan dan Biopertahanan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. Turut kelihatan Ismail Ahmad (dua, kanan) dan Dr. Abdul Ghaffar Ramli (dua, kiri). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah menggubal Rang Undang-Undang Senjata Biologi yang akan menjadi sebahagian daripada rangka kerja perundangan negara untuk menentukan Konvensyen Senjata Kimia (BWC) dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Perdana Menteri, konvensyen tersebut antara lain melarang sebarang bentuk pembangunan, penghasilan serta penyimpanan stok senjata berkaitan bakteriologi dan toksin.

Jelasnya, Malaysia merupakan antara negara terawal yang menandatangani perjanjian BWC berhubung larangan berkenaan yang mula dibincangkan sejak 10 April 1972.

''Kerajaan yakin rangka kerja perundangan yang diwujudkan itu akan membantu dalam usaha menjamin satu kaedah yang selamat dalam mengendalikan bahan kimia berbahaya.

''Pada masa yang sama, ia menentukan keperluan bahan kimia tersebut tidak menjejaskan penyelidikan sains hayat dan entiti perniagaan di negara ini,'' katanya pada majlis perasmian Kongres Antarabangsa mengenai Biosekuriti, Biokeselamatan dan Biopertahanan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres, Datuk Dr. Abdul Ghaffar Ramli dan Presiden Perundingan Biopertahanan, Paul Van Der Ijjsel.

Najib berkata, BWC memberi jaminan sains hayat tidak disalahguna untuk merosakkan kehidupan manusia sejagat.

BWC juga, jelasnya, penting kerana ia mewakili kehendak masyarakat dunia dalam menghalang berlakunya peperangan serta pembangunan senjata biologi.

Dalam perkembangan lain, beliau menambah, kerajaan sedang mendapatkan maklum balas mengenai cara untuk mempercepatkan pembangunan bioteknologi di negara ini.

Tambah beliau, langkah itu bagi menentukan bahawa sebarang kebimbangan mengenai biokeselamatan dan biosekuriti dapat ditangani dengan sebaiknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kementerian Pertahanan nafi kos beli OPV meningkat

Posted:

Kementerian Pertahanan nafi kos beli OPV meningkat

Kementerian Pertahanan nafi kos beli OPV meningkat

KUALA LUMPUR 19 Julai - Kementerian Pertahanan hari ini menafikan dakwaan bahawa kos pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPV) meningkat daripada RM6 bilion kepada RM10 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan oleh Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim itu tidak berasas kerana kementeriannya baru memeterai surat hasrat bagi pembelian kapal tersebut.

"Bagaimana beliau (Zaid) tahu lebih awal sedangkan ia (pembelian) belum lagi muktamad? Projek OPV baru di peringkat 'letter of intent' (surat hasrat) sahaja.

"Sepanjang pengetahuan saya, belum ada jumlah yang dipersetujui dan belum ada syarikat prinsipal yang dilantik,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Antarabangsa mengenai Biosekuriti, Biokeselamatan dan Biopertahanan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Zaid menerusi blognya yang mendakwa kos OPV yang telah diberikan kepada syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. meningkat daripada RM6 bilion kepada RM10 bilion.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain jumlah serta pelantikan syarikat prinsipal yang belum dipersetujui, kementeriannya juga belum membuat keputusan berhubung sub kontraktor yang membekalkan sistem untuk OPV itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penggubalan Rang Undang-Undang Senjata Biologi, katanya, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) akan menerajui jawatankuasa teknikal untuk menggubal rang undang-undang berkenaan.

"Ia masih di peringkat draf. Ada beberapa isu yang sedang dibincangkan termasuk aspek perundangan,'' katanya.

"Kita memerlukan pakar untuk menyediakan input sebelum draf itu dihantar ke pejabat Peguam Negara.

Beliau menambah, kesan daripada rang undang-undang itu membolehkan kerajaan membendung penghasilan senjata biologi dan bagi menjamin keselamatan negara.

Mengenai penganjuran kongres terbabit, katanya, ia memberi tumpuan kepada penekanan menangani penggunaan bahan-bahan kimia dalam peperangan.

"Kita (Malaysia) menyelitkan mesej dan meminta masyarakat dunia supaya mengelakkan penggunaan bahan kimia dalam sebarang konflik. Sebarang pertikaian harus diselesaikan dengan baik melalui rundingan di meja bulat,'' tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beli senjata untuk pertahanan

Posted:

Beli senjata untuk pertahanan

Beli senjata untuk pertahanan

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
pengarang@utusan.com.my

KOTA BELUD 19 Julai – Pembelian aset untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibuat berdasarkan keperluan sistem pertahanan udara negara dan bukannya menerusi perbandingan dengan negara jiran.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, semua pihak sudah sedia maklum mengenai kekuatan masing-masing dan jenis persenjataan yang dimiliki, tetapi perbezaannya adalah keupayaan taktikal dan kebolehan individu.

"Apa yang membezakan antara satu sama lain adalah taktikal dan strategi yang akan digunakan. Namun begitu, fokus TUDM pada masa ini adalah menambah baik dari aspek Misil Berpandu Ketepatan (PGM)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan 'Eksesais Paradise' oleh TUDM dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat di Lapang Sasar Kota Belud, Kem Paradise di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Operasi TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Ackbal Abd. Samad dan Pegawai Perhubungan Lapang Sasar Kota Belud, Mejar Ahmad Nazri Ibrahim.

Mengulas lanjut, Rodzali berkata, TUDM ketika ini mempunyai penggabungan baik antara penggunaan bahan letupan boleh dikawal dan bahan letupan tidak boleh dikawal.

Katanya, situasi tersebut akan berubah kepada penggunaan bahan letupan boleh dikawal sepenuhnya pada masa depan dan ia berdasarkan peruntukan kewangan yang diberikan.

Namun begitu, katanya, tambahan kepada bahan letupan boleh dikawal sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Rodzali berkata, sistem pertahanan udara negara akan terus dipertingkatkan apabila sistem radar bakal ditempatkan di Kuching, Sarawak yang akan mula berfungsi Oktober ini.

Katanya, sistem tersebut telah sampai di negara ini dan ia kini di peringkat pemasangan dan pengesahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved