Isnin, 3 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tiap hari 'makan habuk'

Posted:

Tiap hari 'makan habuk'

Tiap hari 'makan habuk'

Oleh ROSLAH OTHMAN kota@utusan.com.my


Lori tanah yang melalui jalan utama PPR Kg. Muhibbah bukan sahaja menyebabkan habuk, tetapi juga membahayakan penduduk di situ. - UTUSAN/Wan Naqiuddin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini sudah hampir lima tahun didiami tetapi sepanjang tempoh itu, penduduk di situ tidak pernah sunyi daripada ditimpa pelbagai kesulitan.

Selepas berdepan masalah kebocoran paip air dan kejadian ragut serta samun yang serius dan masih belum selesai, kini penduduk diganggu pula dengan kehadiran kenderaan berat iaitu lori membawa tanah yang keluar masuk ke projek perumahan baru berdekatan sejak sebulan lalu.

Penduduk mendakwa lori-lori itu dengan sewenang-wenangnya menggunakan jalan utama penduduk PPR itu untuk ke tapak projek di Bukit OUG yang sedang dibangunkan tidak jauh dari situ.

Akibatnya, mereka bukan sahaja berhadapan dengan masalah pencemaran persekitaran yang boleh membawa kepada masalah kesihatan, tetapi keselamatan mereka terutama kanak-kanak turut terancam.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi itu mendapati dakwaan penduduk itu memang benar. Dalam masa kira-kira satu jam berada di situ, lebih 20 buah lori tanah dilihat melalui jalan utama PPR Kampung Muhibbah itu.

Cuaca panas memburukkan lagi keadaan apabila debu-debu berterbangan setiap kali kenderaan itu melalui jalan tersebut, apatah lagi kebanyakan lori itu dipandu dengan agak laju.

Utusan Malaysia mendapati terdapat sebuah lori sedang menyiram air di laluan tersebut bagi mengurangkan habuk dan menurut penduduk, tindakan itu baru sahaja diambil selepas aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa.

Pengerusi Rukun Tetangga PPR Kampung Muhibbah 2, Mohd. Zairi Rasidi, 34, berkata, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu lebih bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di situ.

Katanya, sehingga kini, masih masih belum ada tindakan yang benar-benar memberi jaminan kepada apa yang dibimbangi penduduk selama ini iaitu isu keselamatan, diambil.

"Apa yang diharapkan ialah pihak pemaju dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan demi keselamatan penduduk sekitar,'' katanya.

Beliau juga meminta DBKL mengkaji kemungkinan mengarahkan pemaju projek itu membuat jalan sendiri ke tapak projeknya bagi memastikan penduduk PPR Kampung Muhibbah tidak terganggu dengan masalah pencemaran dan keselamatan.

Rayu DBKL cari penyelesaian

Posted:

Rayu DBKL cari penyelesaian

Rayu DBKL cari penyelesaian

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kampung Muhibbah di sini merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencari penyelesaian kepada masalah lori tanah dari sebuah projek yang melalui jalan utama PPR itu setiap hari.

Kata mereka, sudah banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk PPR itu sejak mendiami kawasan itu dan kini mereka dibebankan pula dengan masalah pencemaran dan keselamatan.

Seorang penduduk, Abdul Safar Awang, 47, berkata, dia terpaksa menutup perniagaan menjual pisang goreng yang diusahakan sejak hampir tiga tahun lalu kerana masalah debu yang serius di kawasan itu.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran masalah kesihatan yang dialaminya, selain tidak sanggup menjual makanan yang tercemar kepada pelanggan.

"Lagi pun tiada siapa yang hendak datang membeli pisang goreng saya jika melihat debu yang sentiasa menyelubungi kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini.

Bagi Azrin Abdul Rahman, 30, pula, apa yang lebih membimbangkan ialah jalan yang sama menjadi laluan murid dua buah prasekolah berhampiran dan sebuah sekolah jenis kebangsaan tamil untuk pergi dan balik dari sekolah.

Katanya, walaupun kebanyakan kanak-kanak itu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka ketika melintas jalan tetapi ia bukan satu jaminan kerana kebanyakan kenderaan berat itu dipandu laju.

"Terdapat juga murid yang balik sendirian dan sebagai kanak-kanak, mereka ini suka bergurau dan berlari-lari tanpa mengira tempat," katanya.

Kebimbangan sama turut disuarakan Nadiah Tarmizi, 23. Dia mengakui agak terganggu sejak kehadiran lori-lori itu terutama kerana dia sering mengalami masalah kesihatan.

"Apa yang diharapkan ialah pihak berkuasa dan pemaju berkenaan melihat isu ini dengan serius demi kepentingan penduduk. Jangan ambil mudah dan jangan hanya fikirkan untung sahaja," ujarnya.

Pemandu teksi tuntut penjelasan

Posted:

Pemandu teksi tuntut penjelasan

Pemandu teksi tuntut penjelasan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


HANYA pemandu teksi yang memiliki pelekat khas dibenarkan menunggu dan mengambil penumpang di depan KLCC. – utusan/Shahril Aizat Ahmad


KUALA LUMPUR 3 Okt. – Pemandu teksi di ibu negara sering digambarkan dengan imej yang negatif berikutan sikap segelintir daripada mereka yang suka 'menyembelih' para penumpang.

Namun, masih ramai pemandu yang benar-benar mencari rezeki dengan pekerjaan itu untuk menyara keluarga dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Malangnya, bagi golongan yang ikhlas mencari rezeki itu, mereka masih dihalang oleh sesetengah pihak daripada memasuki ke sesuatu kawasan tertentu atas alasan kawasan itu diuruskan oleh pihak yang dilantik.

Salah satu kawasan itu ialah sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ramai pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengan sistem di situ yang tidak membenarkan mereka mengambil penumpang di laluan teksi yang disediakan.

Mereka yang ditemui berkata, pemandu teksi perlu mendapatkan kebenaran dengan membayar sejumlah wang sebelum boleh mengambil penumpang di kawasan bangunan berkenaan.

Seorang pemandu teksi, Syahul Yusoff, 32, berkata, sebuah syarikat telah diberikan kuasa untuk menguruskan sistem teksi di situ sejak setahun lalu dan hanya teksi eksekutif sahaja yang dibenarkan untuk mengambil penumpang.

Katanya, pihak terbabit mengenakan bayaran sebanyak RM200 kepada teksi eksekutif dan RM120 (teksi bajet) bagi mendapatkan pelekat jika mahu mengambil penumpang di kawasan laluan depan pintu masuk.

"Bagaimana kami mahu cari makan kalau begini jadinya. Sudahlah kami terpaksa membayar sewa teksi sebanyak RM50 setiap hari dan kini perlu membuat bayaran untuk mengambil penumpang pula.

"Kami juga tidak dibenarkan untuk tunggu di kawasan depan ini dan kadang-kadang bila ada pegawai dari SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) datang, kami terpaksa beredar supaya tidak disaman," katanya.

Dia berkata, mereka bukannya golongan pemandu teksi yang tidak sah dan hanya mahu bersama-sama mencari rezeki halal di ibu negara.

"Ini tidak, kami seperti orang salah. Kalau pihak berkuasa datang, nak tak hendak kami kena lari. Kalau pelancong tengok pemandu teksi kena kejar, bukankah ini merosakkan imej negara," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved