Selasa, 9 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Wajah baru Taman Tasik Seremban

Posted:

Wajah baru Taman Tasik Seremban

Wajah baru Taman Tasik Seremban

Oleh MAZLINDA MURTADZA
utusanNS@utusan.com.my


Setelah menjalani tiga fasa pembangunan, Taman Tasik Seremban menjadi tumpuan umum khususnya masyarakat bandar untuk aktiviti riadah dan rekreasi.


SEREMBAN 8 Ogos - Setelah menjalani tiga fasa pembangunan, Taman Tasik Seremban di sini terus menjadi tumpuan umum yang popular khususnya bagi masyarakat bandar ini untuk menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi mereka.

Taman berkenaan yang terletak hanya satu kilometer dari pusat bandar ini berjaya menarik pengunjung bukan sahaja pada hujung minggu atau cuti umum, malah tidak pernah kosong meskipun pada hari bekerja.

Ini kerana taman seluas 24 hektar ini memberi peluang kepada orang ramai terutamanya bagi penduduk bandar ini untuk beriadah melalui kemudahan yang disediakan sambil menikmati keindahan flora dan fauna di tengah-tengah kesibukan ibu negeri ini.

Antara daya tarikan pengunjung ke lokasi berkenaan adalah seperti tasik di bahagian tengah, ruang pejalan kaki, trek joging dan lebih menarik ia turut dilengkapi kemudahan lampu taman yang berkonsepkan seni bina seperti di Andalusia, Sepanyol.

Di samping itu, ia turut mempunyai tandas awam, ruang tempat letak kereta serta ruang istirahat di sekitar kawasan berkenaan.

Maka tidak hairanlah mengapa taman tersebut sentiasa tidak lekang dengan pengunjungnya tanpa mengira hari ataupun waktu sama ada pagi, petang mahupun malam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, pembangunan lokasi berkenaan merupakan projek yang menerima peruntukan daripada Kementerian Pelancongan untuk dijadikan sebagai destinasi rekreasi penduduk dari dalam dan luar bandar ini.

Katanya, kawasan berkenaan diperindahkan lagi dengan pelbagai landskap yang mampu menjadikan lokasi itu sebagai kawasan tumpuan untuk aktiviti beriadah dan santai khususnya bersama keluarga.

"Taman ini telah dinaik taraf secara berperingkat yang meliputi Fasa 1, 2 dan 3 bermula sejak 2000.

"Fasa pertama dan kedua telah siap dijalankan dan kini pembanguan Fasa ketiga masih lagi berjalan. Hampir RM8 juta dibelanjakan bagi menampung kos pembangunan tersebut," katanya di sini, baru-baru ini.

Katanya, usaha menaik taraf taman berkenaan secara tidak langsung dapat menampung pertambahan jumlah pengunjung ke taman berkenaan dari semasa ke semasa.

"Berdasarkan maklum balas dan pemantauan, taman berkenaan bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk dari negeri ini, malah turut menjadi lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

"Menerusi kemudahan yang disediakan ini diharapkan ia membolehkan warga Seremban untuk mengamalkan gaya hidup sihat," ujarnya.

Tambah Abd. Halim, pihaknya turut akan sentiasa memastikan kemudahan di taman berkenaan diselenggara dengan baik dan bebas daripada ancaman vandalisme.

"Saya juga berharap orang ramai dapat memberi berkerjasama untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan kemudahan di taman awam tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MAIM sedia bina surau baru

Posted:

MAIM sedia bina surau baru

MAIM sedia bina surau baru

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 8 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersedia menyalurkan peruntukkan bagi membina sebuah surau baru bagi kemudahan penduduk Islam Taman Bukit Rambai Seksyen 2 di sini, menjalankan pelbagai kegiatan keagamaan termasuk menunaikan ibadah tarawih sempena bulan Ramadan ini.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, pihaknya menerima permohonan daripada penduduk bagi mendapatkan kemudahan surau di situ kira-kira tiga tahun lalu tetapi permohonan itu tidak mendapat sokongan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurutnya, penduduk kawasan itu yang diwakili JKKK Gedung Lalang tidak menyokong permohonan penduduk disebabkan kedudukan Taman Bukit Rambai Seksyen 2 berdekatan dengan surau Taman Datin Fatimah.

''Saya dimaklumkan kedudukan Taman Bukit Rambai Seksyen 2 itu terlalu berhampiran dengan surau Taman Datin Fatimah, malah surau Datin Fatimah itu juga kurang pengunjung.

''Jadi, JKKK Gedung Lalang merasakan permohonan penduduk Taman Bukit Rambai Seksyen 2 tidak sesuai sebab itu permohonan penduduk tidak disokong," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rayuan penduduk Taman Bukit Rambai Seksyen 2 yang meminta pihak berkuasa terlibat mempertimbangkan permohonan mereka mendapatkan kemudahan surau di situ.

Menurut penduduk, setelah tiga tahun tidak mendapat reaksi daripada pihak berkuasa mengenai permohonan mereka, penduduk terpaksa mendirikan khemah dengan beralaskan papan dan kain kanvas untuk melaksanakan ibadah solat tarawih secara berjemaah di kawasan padang permainan di situ.

Menurut Yaakub, pihaknya mencadangkan kepada penduduk di kawasan itu agar mengadakan perbincangan lanjut dengan JKKK Gedung Lalang bagi mencapai persetujuan antara kedua pihak terlibat.

''Perkara ini boleh diselesaikan secara baik antara pihak yang terlibat, semua pihak perlu berbincang dengan lebih lanjut bagi membolehkan semua pihak mendapat faedah serta persetujuan bersama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiket ke selatan habis, utara dan timur ada

Posted:

Tiket ke selatan habis, utara dan timur ada

Tiket ke selatan habis, utara dan timur ada


Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan tiket di Terminal Satu, Seremban, semalam.


SEREMBAN 8 Ogos - Tiket bas ekspres bagi perjalanan dari sini ke selatan bagi musim perayaan akan datang sudah habis dijual.

Bagaimanapun, tiket bagi perjalanan ke pantai timur dan utara masih boleh diperoleh di beberapa kaunter bas ekspres di perhentian bas, Terminal 1 di sini.

Tinjauan ke perhentian bas itu hari ini mendapati urusan jual beli tiket berjalan lancar dengan orang ramai mengunjungi kaunter syarikat bas ekspres untuk mendapatkan tiket atau maklumat perjalanan.

Penjual tiket syarikat Maju Ekspres, Faizahtun Mohd. Nor berkata, syarikat bas itu masih menawarkan tiket kepada orang ramai terutamanya bagi perjalanan dari Seremban ke utara dan pantai timur.

"Bagaimanapun, orang ramai boleh mendapatkan tiket tambahan bagi perjalanan ke utara dan pantai timur di Maju Ekspres bermula 26 Ogos hingga 28 Ogos ini," ujarnya.

Katanya, orang ramai juga boleh membuat tempahan awal menerusi laman web atau menghubungi syarikat tersebut.

Penjual tiket, Abd. Rahman Basir berkata, Kesatuan Ekspres masih menawarkan tiket bagi perjalanan ke utara dan pantai timur bermula pada 25 Ogos hingga 30 Ogos ini.

Seorang lagi penjual tiket, Siti Fatimah Abd. Rauf berharap orang ramai segera membuat tempahan tiket bagi mengelak saat-saat akhir yang mungkin menyebabkan mereka gagal pulang ke kampung kerana kehabisan tiket.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved