Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP harus bertanggungjawab

Posted:

DAP harus bertanggungjawab

DAP harus bertanggungjawab

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Julai - DAP harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock dan tidak terus menerus mencari kambing hitam untuk dipersalahkan dalam hal tersebut.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ahli politik terutamanya DAP yang disifatkannya sebagai lidah bercabang di dalam dan di luar mahkamah seharusnya berhenti memperkudakan keluarga Beng Hock demi kelangsungan politik mereka.

"Janganlah secara terus menjaja kes bunuh diri ini sebagai suatu pembunuhan kerana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja amat jelas," katanya di dalam blog http://zahrainmp.blogspot.com hari ini bagi mengulas mengenai keputusan yang dibuat hasil siasatan tersebut sebelum ini.

Rumusan suruhanjaya itu yang bersidang selama 50 hari dan mendengar serta mengumpul keterangan daripada 70 saksi termasuk pakar dari dalam dan luar negara sebelum ini menyatakan bahawa Beng Hock telah membunuh diri.

Zahrain berkata, DAP juga digesa agar tidak asyik menuding jari kepada pihak lain sebaliknya melihat kepada kesalahan diri sendiri serta dosa mereka kepada Beng Hock dan keluarganya.

"Kesimpulannya, Beng Hock membunuh diri ketika sedang disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan rasuah pemimpin DAP di Selangor. Ini fakta yang cuba diputarbelitkan pihak tertentu agar kepincangan mereka tidak timbul.

"Kepincangan DAP telah mengakibatkan Beng Hock membunuh diri. Kepincangan DAP mengaitkan Beng Hock dalam kes rasuah dan hal-hal bersangkut-paut dengan pemberian kontrak di Selangor. Kenapa pihak lain dipersalahkan dan bukannya DAP?" katanya.

Beliau berkata, DAP sekurang- kurangnya perlu memohon maaf kepada keluarga Beng Hock kerana secara tidak langsung telah menyebabkan kematiannya selain perlu membayar sejumlah wang sebagai pampasan kepada mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Taktik kotor pembangkang gagal

Posted:

Taktik kotor pembangkang gagal

Taktik kotor pembangkang gagal

KUALA LUMPUR 23 Julai - Keputusan siasatan kematian Teoh Beng Hock kelmarin dilihat mengecewakan pihak pembangkang yang telah berusaha keras mengharapkan kes itu tidak diselesaikan supaya dapat dijadikan isu pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, isu kematian Beng Hock adalah sumber untuk pembangkang terus membohongi rakyat dengan berharap taktik kotor itu dapat menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

Buktinya, kata beliau walaupun Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah membuat keputusan namun pembangkang masih ingin memanipulasi keputusan tersebut.

"Pembangkang memang tidak mahu isu itu selesai sebab mereka hidup atas isu. Jika tidak ada isu mereka akan terus berasa bimbang kerana tidak boleh menimbulkan rasa benci rakyat kepada kerajaan.

"Dulu pembangkang yang menuntut suruhanjaya ditubuhkan, tetapi apabila ditubuhkan mereka tidak mahu duduk dalam suruhanjaya dan sekarang keputusan sudah ada, mereka tidak percaya pula,'' katanya kepada pemberita pada Karnival Mesra Rakyat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 3, Bandar Kinrara dekat sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved