Khamis, 3 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kedai Menu Rakyat 1Malaysia dipantau

Posted:

Kedai Menu Rakyat 1Malaysia dipantau

Kedai Menu Rakyat 1Malaysia dipantau

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 2 Nov. - Unit Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri (PPDNKK) sedang memantau kedai Menu Rakyat 1Malaysia bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga makanan yang ditetapkan.

Pengarahnya, Muhabir Ibrahim berkata, langkah itu diambil berikutan berlakunya trend kenaikan harga makanan bagi Menu Rakyat 1Malaysia di premis makanan di Lembah Klang sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, bagi mengelakkan trend tersebut menular ke negeri ini, anggota penguat kuasa telah diarah memantau perkembangan tersebut di semua premis makanan yang menyediakan menu terbabit.

''Sudah ada aduan pengguna di Lembah Klang mendakwa peniaga makanan yang menawarkan Menu Rakyat tidak mematuhi harga yang ditetapkan dan meletakkan harga jauh lebih mahal daripada kadar yang sepatutnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Setakat ini, kira-kira 1,050 kedai dan restoran di seluruh negara terlibat dalam program Menu Rakyat 1Malaysia sejak dilancarkan Julai lalu dan menjual sarapan pagi pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pada harga RM4.

Ujar Muhabir, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai premis makanan Menu Rakyat 1Malaysia di negeri ini yang gagal mematuhi peraturan harga yang ditetapkan.

''Kita cuma bimbang trend kenaikan harga Menu Rakyat yang berlaku di Lembah Klang menular ke negeri ini dan sebab itu, kita adakan pemantauan dan pemeriksaan ke premis terlibat bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkembangan itu agar menyalurkan aduan tersebut ke pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri atau e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800.

Full content generated by Get Full RSS.

Tingkat keselamatan untuk semua

Posted:

Tingkat keselamatan untuk semua

Tingkat keselamatan untuk semua

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Mohd. Isa Abd. Samad menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang guru tadika perpaduan atas sumbangan serta kerjasama dalam menjayakan Sambutan Hari Keluarga Sempena Bulan Sukan Taman Intan Duyung, Teluk Kemang. kelmarin.


TELuK KEMANG 2 Nov. - Penglibatan masyarakat dalam memastikan kawasan kejiranan sentiasa selamat dan sejahtera amat perlu dipertingkatkan.

Perkara ini ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad agar masyarakat sentiasa prihatin dalam mengekang sebarang kegiatan jenayah, selain menimbulkan rasa tanggungjawab antara satu sama lain.

Katanya, tugas ini bukan milik agensi keselamatan negara sahaja, tetapi semua pihak.

''Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu ditubuhkan kerana ia menjadi penghubung masyarakat dengan agensi penguatkuasa.

''Kita mesti bekerjasama bagi mengekalkan kesejahteraan, perpaduan dan keamanan terutama dalam mencegah jenayah," katanya ketika menghadiri Sambutan Hari Keluarga Sempena Bulan Sukan Taman Intan Duyung di sini semalam.

Kata Mohd. Isa, mereka yang terlibat dalam KRT dan menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) ini bukanlah anggota komando atau skuad elit.

''Mereka adalah golongan yang tinggi sikap tanggungjawab terhadap kejiranan masing-masing.

''Kita menggalakkan generasi muda terlibat dalam KRT dan SRS ini agar dapat menjalankan operasi mencegah dengan lebih efektif," tambah Mohd. Isa.

Full content generated by Get Full RSS.

Khidmat anggota JKKK dilanjut hingga 31 Dis. 2012

Posted:

Khidmat anggota JKKK dilanjut hingga 31 Dis. 2012

Khidmat anggota JKKK dilanjut hingga 31 Dis. 2012

SEREMBAN 2 Nov. - Semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dilanjutkan perkhidmatan mereka sehingga 31 Disember 2012.

Turut disambung perkhidmatan ialah Ahli Majlis di semua pihak berkuasa tempatan serta nazir masjid yang melibatkan iman, bilal dan siak.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas ia diputuskan pada mesyuarat Exco.

''Dengan keputusan ini, kita mahu supaya semua pemimpin peringkat negeri ini dapat meneruskan perkhidmatan mereka kepada masyarakat tanpa memikirkan soal penamatan perkhidmatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad memberitahu, ia bagi mengelak spekulasi yang menyebut perkhidmatan itu berakhir hujung tahun ini dan tidak disambung.

''Kita mahu kerja untuk mensejahterakan rakyat diteruskan.

''Jangan ada perasaan tidak puas hati, kecewa atau pun kesal kerana kita mahu melihat rakyat hidup senang tanpa ada sebarangan permasalahan yang timbul," ujar Mohamad.

Justeru Mohamad mahu segala sengketa jika wujud, dihentikan segera dan persefahaman dapat dicetuskan agar keserasian itu diterjemahkan pada pilihan raya akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved