Isnin, 13 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Rangkaian T-Hardware dibuka

Posted:

Rangkaian T-Hardware dibuka

Rangkaian T-Hardware dibuka

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 12 Jun - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) berusaha merancakkan lagi pertumbuhan usahawan kecil bumiputera dalam bidang peruncitan melalui rangkaian kedai barangan perkakasan, T-Hardware.

Pengurus Besarnya, Azmi Razik berharap pendekatan membangunkan kelompok usahawan secara tersusun dan terancang itu dapat menjadi kenyataan tahun ini dengan pembukaan premis pertama kelak.

Katanya, pelaksanaannya juga mengambil pendekatan kaedah kedai serbaneka T-Shoppe yang telah dipelopori dengan turut memberi ruang kepada usahawan kecil dalam pengeluaran produk perkakasan membekalkan kepada T-Hardware.

''Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPPMT) telah diminta untuk menerajui usaha ini dan kita masih menunggu badan itu mengemukakan blueprint untuk diteliti sebelum diangkat untuk kelulusan kerajaan," ujarnya.

Beliau memberitahu Utusan Malaysia, langkah itu dapat membantu mereka yang benar-benar berminat dalam bidang itu memajukan diri dan mengembangkan perniagaan melalui kedai yang lengkap dengan pelbagai keperluan.

''Kedai-kedai ini kelak boleh memasarkan produk-produk daripada kayu, besi dan konkrit yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan sekali gus dapat membentuk rangkaian bekalan dan kawalan harga," ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua DPPMT, Tengku Ismail Tengku Jaafar dilaporkan berkata, pihaknya akan mencadangkan 20 rangkaian kedai barangan perkakasan T-Hardware di seluruh negeri ini.

Di samping itu, katanya, sebuah gudang utama dikenali sebagai Bina Trade akan dibangunkan di kawasan berhampiran Pelabuhan Kemaman bagi tapak bekalan.

Katanya, Kemaman sesuai dijadikan tapak gudang utama untuk kemudahan logistik dan simpanan barangan import yang tiba di pelabuhan itu sebelum diagihkan kesemua rangkaian T-Hardware.

Menurut Tengku Ismail, kaedah perniagaan secara lebih tersusun berbanding kedai perkakasan sedia ada akan memberikan nilai tambah yang besar dan kos pembukaan setiap premis dianggarkan sebanyak RM200,000, manakala gudang utama RM2 juta.

Katanya, jika pelaksanaan rangkaian kedai berkenaan berjaya mencapai sasaran jualan, ia mampu dijadikan model serta diperluas ke seluruh negara melalui penglibatan anak negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sedut, lupus sisa kumbahan

Posted:

Sedut, lupus sisa kumbahan

Sedut, lupus sisa kumbahan


AFTISA Ahmad Fahmy (kiri) bersama kakitangan Majaari Services Sdn. Bhd. melihat sepanduk kempen 'Sedut dan Lupus' di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 12 Jun - Majaari Services Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara dan menguruskan sistem kumbahan di negeri ini menawarkan harga promosi bagi khidmat pengosongan tangki najis premis kediaman dan komersial.

Pegawai Eksekutif Pemasarannya, Aftisa Ahmad Fahmy berkata, caj yang dikenakan adalah RM150 bagi premis kediaman berbanding harga sebenar RM180, manakala bagi premis komersial dan pejabat pula adalah RM180 berbanding RM360 sebelum ini.

Katanya, promosi sempena Kempen Sedut dan Lupus itu berlangsung dalam tempoh sebulan bermula sejak 1 Jun lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini.

"Tawaran yang kita sediakan adalah untuk seluruh kawasan tidak kira di Jeli atau Gua Musang tanpa sebarang caj tambahan bagi pengangkutan.

"Lori-lori tangki kita akan mengosongkan tangki najis dan membuat sedikit rawatan kumbahan di premis yang akan dikunjungi nanti," katanya, di sini hari ini.

Aftisa berkata, tawaran itu bukan sekadar untuk meraih keuntungan, tetapi ia lebih kepada menimbulkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengosongkan tangki najis mereka.

"Tangki najis perlu dikosongkan sekurang-kurangnya dua tahun sekali bagi mengelak penyebaran kuman yang menganggu kesihatan dan mengotorkan alam sekitar, kita sudah tentu tidak sanggup menderita akibat penyakit bawaan najis seperti taun, demam kepialu dan sebagainya," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan syarikat itu boleh menghubungi talian 09-7470005.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengerusi Puspanita terima Anugerah Cik Siti Wan Kembang

Posted:

Pengerusi Puspanita terima Anugerah Cik Siti Wan Kembang

Pengerusi Puspanita terima Anugerah Cik Siti Wan Kembang


ROSNELI Kundor (depan, tiga dari kanan) memegang trofi Anugerah Cik Siti Wan Kembang yang diterimanya pada Majlis Anjuran Puspanita Kota Darulnaim di Kota Bharu, baru-baru ini. - UTUSAN/ASMA HANIM


KOTA BHARU 12 Jun - Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) negeri, Datin Rosneli Kundor menerima Anugerah Cik Siti Wan Kembang atas jasanya sepanjang memimpin persatuan itu dalam satu majlis yang diadakan, di sini malam semalam.

Penyampaian anugerah disempurnakan Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan, Datuk Aiseri Alias selaku Penasihat Puspanita negeri sempena Majlis Sumbangan Kecemerlangan Akademik Anak-anak Ahli, Anugerah Khas dan Hadiah Pertandingan Bowling 2011 anjuran Puspanita Bahagian Kota Darulnaim.

Pengerusi Puspanita Kota Darulnaim, Datin Ros Aini Ghazali berkata, jasa Rosneli sepanjang memimpin persatuan sejak tujuh tahun lalu banyak membawa pembaharuan kepada Puspanita negeri sehingga diiktiraf di peringkat kebangsaan.

"Anugerah ini bagi mengenang jasa beliau dalam menerajui persatuan sejak Ogos 2004 dengan penuh komited melalui pelbagai kegiatan yang dilakukan demi kebajikan ahli persatuan dan juga anggota masyarakat.

"Kecemerlangan pengurusan dan kepimpinannya terbukti apabila Puspanita negeri mendapat anugerah 'Kristal' pada Majlis Anugerah Puspanita Kebangsaan yang disampaikan Ketua Setiausaha Negara pada Mei lalu," katanya.

Rosneli, 58, yang juga isteri kepada Mohd. Aiseri dijangka melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Puspanita negeri apabila suaminya bersara pada 26 Jun ini.

Pada majlis tersebut, seramai 19 anak ahli persatuan tersebut yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pengajian di universiti sepanjang tahun lalu turut menerima sumbangan.

Dalam pada itu, Nurul Izzat Amalin Mohd. Aiseri, 14, dipilih sebagai pemenang Anugerah Permata Gemilang di atas kejayaan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum apabila mewakili negeri dalam pasukan tenpin boling bawah 15 tahun.

Hadir sama, Penasihat Undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved