Isnin, 13 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Orang Asli dapat semula hak

Posted:

Orang Asli dapat semula hak

Orang Asli dapat semula hak

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
pengarang@utusan.com.my


SEBUAH jentera membersihkan hutan di kawasan yang diceroboh di Kampung Orang Asli Changkat Bintang, Hulu Selangor, baru-baru ini. – UTUSAN/ASWAD YAHYA


HULU SELANGOR 13 Jun – Selama ini penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang hanya memandang dengan rasa terkilan satu kawasan berhampiran penempatan mereka diteroka orang luar.

Mereka tertanya-tanya sama ada peneroka berkenaan yang mengusahakan pelbagai tanaman seperti pokok getah dan kelapa sawit melakukannya secara sah.

Hanya baru-baru ini penduduk kampung itu mengetahui bahawa kawasan yang diusahakan itu adalah milik mereka setelah pemeriksaan dibuat di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor.

Perkara itu disahkan lagi apabila Pegawai Daerah, Nor Hisyam Ahmad Dahlan melawat kawasan tersebut baru-baru ini, seterusnya mengarahkan semua peneroka yang mengusahakan aktiviti pertanian di kawasan seluas kira-kira 40.5 hektar itu memberhentikan serta-merta kegiatan mereka kerana menceroboh tanah milik penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang.

Nor Hisyam berkata, peneroka terlibat akan dikenakan tindakan tegas jika masih ingkar dan meneruskan lagi kegiatan haram itu.

Dalam lawatan bersama wakil media dan beberapa penduduk kampung ke kawasan diceroboh itu, didapati beberapa jentera berat sedang membersihkan hutan.

Beliau menjelaskan, kawasan itu telah diwartakan sebagai milik penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang sejak tahun 1932.

Bagaimanapun disebabkan selama ini penduduk di situ tidak tahu mengenai pewartaan berkenaan, peneroka-peneroka haram telah mengambil kesempatan.

"Peneroka-peneroka ini telah mengusahakan pelbagai jenis tanaman dan memperoleh hasilnya sejak beberapa generasi lepas.

"Antara tanaman yang telah diusahakan peneroka-peneroka haram ini adalah pokok getah dan kelapa sawit.

"Mereka ini turut mengambil kesempatan dengan menanam sayur-sayuran dalam kapasiti yang banyak kerana tanah di sini sesuai untuk aktiviti ini," katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan di situ.

Tambahnya lagi, beliau sangat bersimpati dengan nasib penduduk di sini kerana hanya mampu melihat sahaja hak mereka dicabul.

Ujarnya, penduduk kampung kini boleh mengusahakan mengusahakan tanah tersebut sesama mereka.

"Hasilnya bolehlah penduduk ini guna dalam menjana rezeki untuk meneruskan kehidupan seharian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk minta lampu isyarat

Posted:

Penduduk minta lampu isyarat

Penduduk minta lampu isyarat

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusangroup.com.my

KLANG 13 Jun – Pengguna jalan raya, khususnya penduduk di Jalan Sungai Udang di sini, akan terus terdedah kepada risiko kemalangan jika simpang empat di kawasan itu tidak dipasang dengan lampu isyarat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dakwaan penduduk bahawa persimpangan itu boleh menjadi simpang maut ternyata benar berikutan jumlah kenderaan yang banyak, termasuk kenderaan berat, menggunakan jalan tersebut.

Seorang peniaga, Mohd. Azhari Jabari, 20, berkata, sudah banyak kemalangan kecil berlaku di persimpangan itu kerana tiada lampu isyarat di kawasan itu.

"Walaupun ada garisan kuning bagi mengingatkan para pemandu agar memperlahankan kenderaan mereka, sering kali ia tidak dipedulikan.

"Selain lampu isyarat, pihak berwajib juga perlu meletakkan bonggol bagi memaksa pemandu memperlahankan kenderaan mereka," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk, Rosman Abas, 42, berkata, pihak bertanggungjawab perlu memandang serius masalah berkenaan dan bertindak dengan segera demi keselamatan pengguna terutama penunggang motosikal.

Katanya, keadaan akan menjadi lebih bahaya pada waktu malam kerana agak sukar hendak memastikan tahap kelajuan kenderaan yang melalui simpang berkenaan.

"Simpang ini sering menjadi laluan kenderaan berat dan ia pastinya akan mendedahkan para pengguna terutama penduduk tempatan kepada bahaya," katanya.

Nurlaili Hussin, 27, pula berkata, dia pernah berdepan situasi yang mencemaskan apabila terdapat pemandu membelok di simpang itu secara tiba-tiba tanpa memberikan isyarat.

"Penyelesaian terbaik ialah dengan memasang lampu isyarat dan penduduk berharap ia dapat disegerakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

92 penjaja pasar malam dapat lesen

Posted:

92 penjaja pasar malam dapat lesen

92 penjaja pasar malam dapat lesen


M. SARAVANAN (kanan) menyampaikan lesen perniagaan kepada pemilik gerai menjual kacang goreng, M. Sundraraj di Pasar Malam Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 13 Jun - Sebanyak 92 penjaja pasar malam di Brickfields telah menerima lesen penjaja daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, baru-baru ini.

Majlis penyerahan lesen tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan di tapak pasar malam itu yang terletak di kawasan lapang di Jalan Tun Sambanthan.

Saravanan berkata, pasar malam Brickfields yang mula beroperasi September tahun lalu merupakan pasar malam yang dipindahkan dari tapak pasar malam Jalan Sultan Abdul Samad susulan daripada projek trafik sekitar kawasan Brickfields.

Katanya, tapak pasar malam sekarang adalah milik Tetuan KL StarRail Sdn. Bhd. yang disewakan kepada pihak penganjur.

"Terdapat 197 lot petak pasar malam yang disediakan di sini dan daripada jumlah itu masih ada lagi 21 lot yang kosong.

"Sebanyak sembilan lesen telah dikeluarkan kepada penjaja Melayu, 39 kepada Cina dan 44 kepada India," katanya pada majlis itu, yang turut dihadiri Presiden Persatuan Peniaga Kecil India Melayu Cina (IMC), M. Sundaraj.

Sementara itu, Saravanan berkata, bermula 17 Jun ini, Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) akan memulakan pembinaan tempat meletak kereta tambahan di The Pine bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di Brickfields.

Ujarnya, pembinaan tempat letak kereta itu dijangka mengambil masa enam hingga lapan bulan dan apabila siap kelak mampu menampung 168 buah kereta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved