Selasa, 4 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Belanjawan 2012 tangani kesulitan berpendapatan rendah

Posted:

Belanjawan 2012 tangani kesulitan berpendapatan rendah

Belanjawan 2012 tangani kesulitan berpendapatan rendah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bertanyakan soalan mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen sementara, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/MOhd. Naim Aziz


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kerajaan bakal mengumumkan beberapa inisiatif di dalam Belanjawan 2012 pada Jumaat ini khusus untuk menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah yang kini terpaksa berhadapan dengan cabaran persekitaran ekonomi cukup hebat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, susulan inisiatif-inisiatif itu kerajaan akan mengekalkan momentum ke arah menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.

''Melalui bajet itu kerajaan juga komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara dan kita akan menerangkannya secara terperinci. (Apa yang penting) Apa-apa program yang akan kita laksanakan adalah di bawah lingkungan kemampuan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, prestasi ekonomi negara terus berkembang walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran negara-negara luar antaranya kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta krisis hutang kerajaan negara Eropah.

''Sebagai negara perdagangan, persekitaran tidak menentu ini sudah tentu memberi kesan kepada ekonomi negara melalui hubungan kewangan dan pasaran kewangan.

''Namun keadaan ini dijangka hanya memberi kesan yang minimum memandangkan negara mempunyai kekuatan daya tahan, asas ekonomi yang mapan serta perancangan ekonomi yang kukuh," katanya lagi.

Mengenai prestasi ekonomi semasa beliau berkata, dalam tempoh separuh pertama 2011 ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 4.4 peratus dan angka itu dicatatkan dalam persekitaran yang mencabar terutama selepas berlakunya gempa bumi di Jepun.

''Namun begitu kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi dalam separuh kedua adalah lebih baik melalui perbelanjaan dan permintaan domestik serta kecergasan aktiviti pelaburan. Kita jangka perbelanjaan pengguna terus mencatat pertumbuhan ekoran harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil," katanya.

Dua akta ganti ISA imbang antara hak asasi dan kebebasan sivil

Posted:

Dua akta ganti ISA imbang antara hak asasi dan kebebasan sivil

Dua akta ganti ISA imbang antara hak asasi dan kebebasan sivil


NAJIB Tun Razak memberikan reaksi ceria sejurus membentangkan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 selepas sidang Dewan Rakyat ditangguhkan di Bangunan Parlimen sementara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua akta yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan mengambil kira perimbangan di antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan keamanan awam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan yakin melalui langkah tersebut ia akan membolehkan Malaysia berada dalam kalangan negara yang menonjol dari segi amalan demokrasi sekali gus dihormati oleh negara lain.

''Jentera kerajaan pula berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk membatalkan ISA dan kemudian digantikan dengan dua akta baru," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) Perdana Menteri menegaskan keputusan kerajaan memansuhkan ISA adalah hasil komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya atas desakan pihak pembangkang.

''(Perkara ini) ini telah berlaku sejak April 2009 lagi. Ini bukan atas desakan pihak pembangkang tetapi (atas komitmen) kerajaan BN selepas proses perundingan dengan beberapa pihak," katanya lagi.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Alexander beliau berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan negara berada dalam keadaan stabil, aman, harmoni dan makmur supaya kualiti hidup rakyat tidak terjejas.

''Atas asas itu kerajaan menerapkan gagasan 1Malaysia sebagai landasan penting bagi mengeratkan perpaduan rakyat yang selama ini menjadi tonggak utama kepada kestabilan dan kemajuan negara.

''Gagasan ini berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan berpandukan konsep kesederhanaan selain bersandarkan kepada prinsip keterangkuman," ujarnya.

Beliau berkata, gagasan 1Malaysia benar-benar memperjuangkan prinsip keadilan sosial agar semua rakyat terbela khasnya golongan yang memerlukan bantuan.

Sebaik sahaja selesai sesi soal jawab, Perdana Menteri mengemukakan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali pertama.

Penjawat awam mesti berkecuali

Posted:

Penjawat awam mesti berkecuali

Penjawat awam mesti berkecuali

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 3 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, penjawat awam di negara ini perlu mengekalkan sikap berkecuali dalam melaksanakan tugas mereka.

Titah baginda, penjawat awam yang profesional tidak akan menyokong mana-mana parti politik, sebaliknya hanya menjalankan tugas masing-masing berasaskan dasar yang telah ditetapkan.

"Beta tidak mahu melihat setiap perkara atau tugas yang dibuat oleh penjawat awam dipolitikkan, kerana ini akan menyusahkan rakyat dan melambatkan rancangan serta pelaksanaan program-program pembangunan yang telah dirancang.

"Oleh itu, setiap penjawat awam perlu komited dan mendokong aspirasi kerajaan hari ini," titah baginda pada Majlis Perasmian Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-14 di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri.

Sultan Ahmad Shah bertitah, setiap penjawat awam perlu beriltizam, membentuk akhlak dan peribadi baik serta mengamalkan daya kerja berkualiti bagi mengekalkan persepsi dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

"Beta berpendapat, untuk melihat negara ini terus maju, aman dan program-program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, ia memerlukan penggemblengan tenaga kerja seluruh penjawat awam di negara ini," titah baginda.

Titah baginda, organisasi awam juga hendaklah berubah atau membuat transformasi supaya semua penjawat awam dapat menghayati dan menjiwai peranan ke arah mewujudkan organisasi cemerlang.

"Semua penjawat awam mempunyai peranan untuk memajukan negara supaya Malaysia menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi pada 2020," titah baginda.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved