Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


PM tampil ke mahkamah

Posted:

PM tampil ke mahkamah

PM tampil ke mahkamah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tiga dari kanan) serta sebahagian pemimpin BN pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur, semalam.



  • Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri hadir di Kompleks Mahkamah, semalam untuk ditemu bual pasukan peguam bela Anwar Ibrahim.
  • Beliau berbuat demikian kerana menghormati keputusan hakim.
  • Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat dianggap sebagai campur tangan DAP.
  • KUALA LUMPUR 12 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hadir di mahkamah hari ini kerana menghormati keputusan hakim walaupun pelbagai pihak menganggap ia taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melengahkan perbicaraan kes liwat itu.

    Perdana Menteri berkata, walaupun bergelar pemimpin nombor satu negara, tetapi sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib menghormati keputusan hakim kerana yakin mampu membantu mahkamah merungkai siapa sebenarnya yang berada di pihak benar.

    "Saya menghormati keputusan hakim. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormat, tidak kira apa juga jawatan saya. Sebab itu saya hadir ke majlis itu dan telah menyatakan pendirian saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

    Ditanya apa antara perkara yang beliau maklumkan, Najib berkata, ia tidak perlu didedahkan kepada umum kerana beliau telah menyampaikan apa yang patut disampaikannya kepada barisan peguam bela Anwar, selain tertakluk kepada haknya sebagai saksi.

    "Itu tak payahlah. Saya telah sampaikan mengikut hak dan saya tahu apa hak saya. Saya telah sampaikan kepada barisan pihak peguam bela Anwar. Anwar pun ada di sana sekali dan saya dapat peluang berjumpa dengannya," katanya.

    Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 8 Ogos lalu membenarkan permohonan yang difailkan oleh Anwar beberapa minggu lalu untuk menemu bual Perdana Menteri dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa saksi lain. Bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat bahawa saksi-saksi itu sendiri bersetuju untuk ditemu bual.

    Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri berkata, BN akan berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa badan lain untuk mencari kaedah terbaik yang boleh menjamin pilihan raya di negara ini tidak dipertikai oleh mana-mana pihak.

    Katanya, komitmen tersebut adalah bukti BN serius memperjuangkan prinsip pilihan raya yang adil, bukan sebagaimana tuduhan pembangkang yang cuba memburukkan parti itu kononnya BN menolak sistem pilihan raya bersih sehingga terpaksa membawa isu tersebut ke jalanan.

    Mengenai desakan pembangkang agar beliau memanggil sidang dewan tergempar, bagi membincangkan isu daftar pemilih yang didakwa sebagai tidak telus, Perdana Menteri berkata, pihaknya akan membuat kenyataan berhubung perkara itu apabila tiba masa yang sesuai.

    Sementara itu, Najib memberitahu, mesyuarat Majlis Tertinggi BN telah memutuskan untuk menerima empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebagai ahli yang bergabung dengan BN.

    Keempat-empat NGO tersebut adalah Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia; Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia; Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    LAGI BANTAHAN

    Posted:

    LAGI BANTAHAN

    LAGI BANTAHAN


    ZULKIFLI Noordin (dua dari kiri) menyampaikan ceramah pada perhimpunan aman isu murtad dan mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pekarangan Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. – UTUSAN/RAZAK IDRIS


    KIRA-kira 500 orang mengadakan perhimpunan aman di pekarangan Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.

    Perhimpunan oleh Gerakan Antimurtad itu meminta polis menjalankan siasatan terhadap sebuah gereja yang cuba mengkristiankan umat Islam.

    Jurucakap gerakan itu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, jika isu itu tidak disiasat dan ditangani, dibimbangi ia menyebabkan gejala murtad terus berleluasa.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Suspek samun pelajar Malaysia ditahan

    Posted:

    Suspek samun pelajar Malaysia ditahan

    Suspek samun pelajar Malaysia ditahan


    Muhammad Asyraf Haziq RosSli



  • Polis Britain menahan seorang lelaki yang ada kaitan kejadian samun terhadap pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli
  • Muhammad Asyraf menyatakan dia tidak berasa dendam berikutan kejadian di Barking, Isnin lalu.
  • LONDON 12 Ogos – Polis Britain semalam menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian samun pelajar Malaysia oleh sekumpulan remaja yang berlakon membantunya ketika rusuhan di London.

    Suspek berusia 20-an itu ditahan ketika pelajar jurusan akaun tersebut, Muhammad Asyraf Haziq Rossli (gambar) menegaskan dia tidak berasa dendam ekoran kejadian yang berlaku di Barking Isnin lalu dan ingin meneruskan pengajiannya di sini.

    Scotland Yard dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan lelaki itu.

    ''Pegawai polis hari ini (semalam) menangkap seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang lelaki disamun oleh sekumpulan orang yang berpura-pura membantunya selepas dia diserang ketika rusuhan di London,'' kata kenyataan itu.

    Ia berkata, suspek dipercayai berumur 20-an kini ditahan bagi membantu siasatan.

    Dalam pada itu, Muhammad Asyraf, 20, yang menjalani pembedahan bagi merawat tulang rahangnya yang patah ekoran kejadian itu kelmarin, telah dibenarkan keluar hospital pagi semalam.

    Muhammad Asyraf melahirkan rasa terkejut ketika melihat rakaman video serangan ke atasnya.

    ''Saya terkejut kerana sebahagian daripada penyerang itu adalah kanak-kanak. Saya juga tidak menyangka ada orang yang merakam kejadian ini,'' katanya pada satu sidang media.

    Pelajar tahun pertama itu berkata, dia memerlukan masa untuk memikirkan apa yang telah berlaku selepas menonton rakaman video berkenaan.

    ''Adakah itu saya?'' katanya. – AFP/AP

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
    Kredit: www.utusan.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Utusan Malaysia

    Copyright 2010 All Rights Reserved