Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP campur tangan kes liwat

Posted:

DAP campur tangan kes liwat

DAP campur tangan kes liwat

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai campur tangan DAP dalam kes tersebut.

Malah, tindakan Karpal Singh menggunakan prosedur mahkamah dengan membuat tuntutan yang tidak munasabah bagi kes tersebut hanya untuk keuntungan politik DAP dan pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, pada masa yang sama tindakan Karpal yang merupakan Pengerusi DAP juga memperlihatkan beliau seolah-olah dengan sengaja mahu melambatkan perbicaraan Ketua Pembangkang itu.

"Sekiranya Karpal mahu perjuangkan keadilan Anwar, berhenti sahaja daripada menjadi Pengerusi DAP. Nampak sangat Karpal mempunyai konflik kepentingan sendiri. Isu ini telah menjadi semakin kalut.

"Secara terang dan nyata, orang yang dia (Karpal) pertahankan ini adalah Ketua Pembangkang dan dia pula Pengerusi DAP. Bagaimana beliau boleh asingkan diri antara peguam dan pengerusi dalam perkara begini. Adakah kerana Anwar turut berada di dalam kapal yang DAP layari,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Karpal yang dari awal telah membayangkan penangguhan perbicaraan apabila mendakwa perlu mengambil masa bagi menjalankan proses menemubual kesemua saksi yang disenaraikan.

Jelas Mohd. Zin, tentunya ramai dapat berfikir secara logik bahawa Pengerusi DAP itu menjadikan kes liwat tersebut sebagai 'peluru' untuk beliau mengukuhkan lagi benteng politik pembangkang.

"Persoalannya kini adakah benar Karpal mahu mencari kebenaran di sebalik kes liwat Anwar atau semata-mata untuk keuntungan politiknya sahaja,'' kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemuda Pas Pulau Pinang berhimpun sokong JAIS

Posted:

Pemuda Pas Pulau Pinang berhimpun sokong JAIS

Pemuda Pas Pulau Pinang berhimpun sokong JAIS

PULAU PINANG 12 Ogos - Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 20 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved