Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tiga jambatan baru di Dong

Posted:

Tiga jambatan baru di Dong

Tiga jambatan baru di Dong

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com


Shahiruddin Ab. Moin (bertopi) meninjau jambatan konkrit baru Kampung Tanjung Putus, Raub baru-baru ini.


RAUB 12 Ogos - Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM3.8 juta bagi melaksanakan beberapa projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong termasuk membina tiga buah jambatan baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, daripada jumlah tersebut, RM1.8 juta diperuntukkan bagi membina jambatan baru di Kampung Peruas.

Menurut beliau, RM800,000 pula untuk membina jambatan di Kampung Bukit Pampong dan RM350,000 lagi membina jambatan baru di Kampung Tanjung Putus manakala bakinya untuk beberapa projek kecil sekitar DUN Dong.

''Tender bagi membina jambatan di Kampung Peruas dan Kampung Bukit Pampong akan dikeluarkan tidak lama lagi dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses peringkat akhir reka bentuk kedua-dua jambatan itu.

''Jambatan konkrit di Kampung Tanjung Putus yang dibuat bagi menggantikan jambatan gantung yang sudah uzur dan usang sudah siap sepenuhnya baru-baru ini," katanya kepada pemberita semasa melawat jambatan berkenaan dekat sini baru-baru ini.

Shahiruddin menambah, kemudahan itu memudahkan para petani membawa keluar hasil pertanian seperti buah-buahan, kelapa sawit dan getah.

Malah ujarnya, kawasan sekitar jambatan itu boleh dimaju sebagai pusat rekreasi kerana terdapat aliran sungai yang mampu menjadi kawasan riadah di situ.

Katanya, pembinaan jambatan Peruas bagi menggantikan jambatan lama akan membolehkan lebih banyak kenderaan menggunakan jambatan tersebut ke pusat pelancongan Pulau Chekas dan Lata Jarum.

''Secara tidak langsung ia dapat manfaat dan menyemarakkan lagi perniagaan secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung bagi menambah pendapatan keluarga berikutan kehadiran lebih ramai pelancong di kawasan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Masjid Hulu Cheka terima peralatan elektrik

Posted:

Masjid Hulu Cheka terima peralatan elektrik

Masjid Hulu Cheka terima peralatan elektrik

JERANTUT 12 Ogos - Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak menyumbangkan peralatan kerusi, meja dan barangan elektrik bernilai RM5,000 kepada Masjid Kampung Hulu Cheka, dekat sini semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee kepada Imam Satu, Masjid Hulu Cheka, Mohamad Bai sebelum majlis berbuka puasa.

Lau Lee berkata, sumbangan itu bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk kampung itu mengadakan aktiviti keagamaan khususnya pada bulan Ramadan setiap tahun.

"Sebagai tanggungjawab sosial dan kebajikan, saya terpanggil membantu semua masjid dan surau dengan menyediakan peralatan berkenaan demi keselesaan penduduk di sini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Kampung Hulu Cheka, dekat sini semalam.

Lau Lee juga menghadiri majlis berbuka puasa bersama 200 ahli kariah di masjid tersebut.

Menurutnya, pejabat DUN Damak akan meneruskan usaha tersebut mengikut keutamaan permohonan yang dibuat oleh pihak pengurusan masjid dan surau di kawasannya.

"Kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab kebajikan itu supaya kemudahan berkenaan boleh memberi keselesaan kepada ahli kariah di sini melaksanakan kegiatan agama dan kemasyarakatan," ujarnya.

Katanya, majlis tersebut turut memberi peluang kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk turun padang dan mengadakan pertemuan ramah mesra di samping menyelesaikan beberapa aduan penduduk setempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Majlis berbuka puasa IPK Pahang meriah

Posted:

Majlis berbuka puasa IPK Pahang meriah

Majlis berbuka puasa IPK Pahang meriah

KUANTAN 12 Ogos - Seramai 250 pegawai dan anggota polis termasuk ahli keluarga dari Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini mengadakan majlis berbuka puasa di Kompleks Polis dekat Alor Akar di sini, semalam.

Program tahunan anjuran kedua-dua jabatan itu diadakan bertujuan beramah mesra di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota bawahan dan pegawai atasan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, program sedemikian menjadi program tahunan sejak beberapa tahun dahulu khususnya di bulan Ramadan.

"Selain berbuka puasa bersama dan beramah mesra, kami juga menunaikan solat terawih berjemaah bersama-sama," katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan di sini.

Turut hadir, timbalan beliau, Datuk Fatimah Ghazali; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Supritendan Yap Thoon Kuan.

Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Nordin Mustapha; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud dan Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri turut hadir majlis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved