Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Demonstrasi solat ketika perang

Posted:

Demonstrasi solat ketika perang

Demonstrasi solat ketika perang

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


SETELAH situasi kembali aman, tentera muslimin akan menyudahkan solat mereka seperti biasa.


MACHANG 11 Ogos – Solat merupakan ibadat terpenting dalam kehidupan seorang muslim dan kepentingannya boleh dilihat apabila ia diperintahkan secara langsung oleh Allah dan Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

Setiap manusia pasti berkehendakkan kebaikan dalam hidup, jadi solat merupakan hadiah daripada Allah kepada hamba-hambaNya untuk terus berada dalam kebaikan.

Justeru, Islam tetap menganjurkan penganutnya supaya menunaikan solat dalam apa jua keadaan meskipun ketika berperang atau lebih dikenali sebagai solat khauf.

Rasulullah pernah menunaikan solat khauf beberapa kali dengan pelbagai cara sebagaimana diterangkan secara terperinci dalam hadis.

Tujuannya untuk memberitahu bahawa solat hendaklah didirikan walau apa cara sekalipun dan kewajipannya tidak akan gugur sama sekali, meskipun ia hanya mampu dilakukan secara mengisyaratkan dengan gerakan anak mata.

Bagi Islam, solat merupakan tunggak agama yang tidak boleh diganti dengan tubuh orang lain atau harta benda.

Lantaran itu, bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Badan Dakwah dan Rohani (Badar) baru-baru ini, seramai 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah dekat sini mengadakan demonstrasi solat khauf.

Demonstrasi tersebut berlangsung selama 30 minit dan pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu tentera Islam dan tentera musuh.

Menurut guru penasihatnya, Razali Harun, 45, demonstrasi itu bertujuan membolehkan para pelajar mempraktikkan perkara yang mereka pelajari di dalam kelas sebelum ini.

Menurutnya, melalui cara ini pelajar akan lebih faham selain dapat merasai sendiri situasi sebenar menunaikan solat ketika perang.

Tambahnya, modul solat khauf yang dipraktikkan diperolehi daripada pasukan tentera dan ciri-ciri asas solat itu secara berjemaah bersamaan dengan solat jamak takdim dan jamak takhir, cuma bezanya ialah makmum dapat bergerak, menangguhkan solat dan menyambungnya semula selepas berperang.

"Untuk simulasi ini kita menjalankannya dalam tiga keadaan iaitu ketika musuh datang dari bertentangan arah kiblat, dari arah kiblat dan semua arah.

Untuk keadaan ini, imam akan membahagikan pasukan tentera muslimin kepada dua kumpulan dan kumpulan pertama akan menunaikan solat bersamanya sehingga selesai manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan.

"Kemudian berlaku pertukaran kumpulan yang mana kumpulan pertama akan mengambil alih tugas mengawal keadaan manakala kumpulan kedua akan menunaikan solat berjemaah bersama imam," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Razali memberitahu, bagi situasi kedua iaitu musuh datang dari arah kiblat, pasukan tentera muslimin akan berpecah kepada empat saf di mana mereka akan menunaikan solat dan ketika saf pertama dan ketiga rukuk bersama imam, dua saf lain iaitu kedua dan keempat akan berada dalam keadaan kiam dan bersedia menghadapi sebarang ancaman.

"Saf yang pertama dan ketiga kemudiannya akan menyudahkan solat mereka sehingga selesai. Sesudah itu saf kedua dan keempat pula akan menyudahkan solat mereka manakala saf pertama dan ketiga mengawal keadaan.

"Untuk situasi terakhir berlaku serangan dari pihak musuh dan mereka (tentera muslimin) mengambil tempat untuk menyelamatkan diri dan membalas serangan. Setelah selesai tentera muslimin akan menyudahkan solat mereka sama ada dalam keadaan duduk, berbaring atau berdiri mengikut kemampuan masing-masing," ujarnya.

Pelajar yang juga imam solat khauf, Tuan Abdul Rahman Tuan Sheik, 16, berkata, dia teruja kerana diberi peluang turut serta dalam menjayakan solat berkenaan.

Sebelum ini katanya, dia dan rakan-rakan hanya belajar secara teori cara melakukan solat itu, namun kali ini dia dan rakan-rakan berpeluang untuk melakukannya.

"Walaupun negara tidak pernah berperang, pengalaman yang saya kutip ketika menjayakan simulasi ini amat berharga. Insya-Allah ilmu yang saya pelajari ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin selepas saya menamatkan pelajaran.

"Kesimpulan yang dapat saya buat sepanjang mengikuti latihan simulasi ini menunjukkan Islam cukup menitikberatkan solat, walau apa jua keadaan, solat harus ditunaikan kerana ia merupakan kewajipan ke atas setiap muslim," jelasnya.

Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Zakaria Yusof pula berkata, demonstrasi solat itu memberi banyak faedah bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga masyarakat.

"Melalui cara ini kita dapat melahirkan para pelajar yang bukan sahaja cemerlang dengan ilmu dunia, tetapi dalam masa yang sama cemerlang dengan ilmu akhirat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

300 wanita kakitangan awam sertai solat tasbih

Posted:

300 wanita kakitangan awam sertai solat tasbih

300 wanita kakitangan awam sertai solat tasbih


SEBAHAGIAN kakitangan awam yang menghadiri majlis solat sunat tasbih di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 11 Ogos - Biro Pendidikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Kota Darul Naim menganjurkan majlis solat sunat tasbih yang berlangsung di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim dekat sini, semalam.

Solat sunat itu diimamkan oleh Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kelantan, Datin Bi Samihah Mohd. Salleh dengan kira-kira 300 kakitangan awam mengikuti majlis tersebut.

Pengerusi Biro Pendidikan Puspanita Kota Darul Naim, Rohana Omar berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan lagi penghayatan di bulan Ramadan di kalangan ahli-ahli menerusi amalan sunat.

Menurutnya, melalui program ini, pihaknya dapat mengeratkan silaturahim antara ahli dengan kakitangan Kompleks Kota Darul Naim dan jabatan kerajaan di sekitar bandar ini.

"Selain solat sunat tasbih, program ini turut disertakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Datin Bi Samihah sendiri. Ini merupakan acara tahunan dan pihak kami akan meneruskan program sebegini pada masa depan.

"Kita berharap, program keagamaan yang diatur ini dapat meningkatkan amal ibadat kita dan sama-sama merebut peluang di sepanjang bulan yang penuh berkat ini," katanya.

Rohana memberitahu, pada majlis itu juga, pihaknya dengan kerjasama Nestle Product. Sdn. Bhd. (Nestle) telah menyediakan 600 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada kakitangan awam sebagai juadah berbuka puasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Elak bencana bulan Ramadan

Posted:

Elak bencana bulan Ramadan

Elak bencana bulan Ramadan

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 Ogos - Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri akan meningkatkan kempen kesedaran kebakaran di kalangan masyarakat sempena musim perayaan ini, terutama membabitkan premis perniagaan dan rumah-rumah kampung berstatus sementara kekal.

Penguasa Bomba, Shahrin Yusmar Mat Yusof dari Bahagian Pengurusan Operasi dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kempen kesedaran itu juga akan memberi tumpuan kepada pondok-pondok pengajian atau madrasah.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 hari lalu, pihaknya telah menerima laporan 33 kes kebakaran dengan satu kematian membabitkan kerugian harga benda lebih RM800,000.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak terutama di kalangan orang kelainan upaya (OKU) dengan tidak membiarkan mereka bermain mercun, bunga api atau pemetik api.

"Suri rumah pula dinasihat jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan. Pastikan suis utama dimatikan setiap kali keluar rumah dan periksa pendawaian utama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Shahrin Yusmar berkata, jabatan bomba bersama-sama agensi kerajaan lain akan melancarkan Ops Raya pada 22 Ogos ini bertujuan memberi peringatan tentang keselamatan kepada orang ramai menjelang musim perayaan, selain mengeratkan hubungan anggota penguat kuasa dengan masyarakat.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, jabatan bomba juga turut membuat rondaan di laluan-laluan utama membabitkan kesemua 15 balai dan 500 anggota yang meronda secara bergilir-gilir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved