Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 maut selepas beli juadah Ramadan

Posted:

3 maut selepas beli juadah Ramadan

3 maut selepas beli juadah Ramadan

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


Norhashimah, Shamsul Kamal


KEPALA BATAS 12 Ogos – Hasrat dua beradik untuk berbuka puasa bersama adik bongsu yang pulang bercuti dari Johor tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam nahas di Kampung Permatang Binjai dekat sini selepas membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.

Norhashimah Hashim, 44, bersama adiknya, Normadiah, 38, dan menantu Norhashimah, Shamsul Kamal Razali, 38, maut selepas kereta Proton Wira yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner di persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 6.45 petang.

Anak tunggal Norhashimah, Siti Suraya Mansor, 23, yang juga isteri Shamsul Kamal dan sepupunya, Mohd. Firdaus Azlan, 10, cedera parah dan masing-masing dirawat di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki mereka berlima dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bakar Kapor dekat Penaga selepas membeli juadah di Bazar Ramadan Maklom sebelum dirempuh Fortuner itu yang datang dari arah Butterworth menghala ke Tasek Gelugor.

Menurut adik bongsu mangsa, Ismail Hashim, 26, dia sebelum itu turut bersama-sama Norhashimah ke bazar Ramadan tersebut tetapi pulang awal menaiki kereta lain bersama isteri dan seorang lagi kakaknya, Norlia yang juga ibu Mohd. Firdaus.

"Selepas beli beberapa juadah, saya balik dulu dan menunggu mereka di rumah tetapi sehingga waktu berbuka, kelibat mereka tidak kelihatan sebelum mendapat panggilan kira-kira pukul 8 malam yang mereka terbabit kemalangan.

"Memang terkejut sangat sebab tak sangka boleh jadi macam ini ketika mereka berdua beria-ia nak berbuka puasa dengan saya sekeluarga," katanya ketika ditemui di HSJ di sini, malam tadi.

Tambah Ismail, dia yang bekerja di Mersing, Johor pulang bercuti selama seminggu di kampung manakala Suraya yang tinggal di Baling, Kedah bersama suaminya turut pulang untuk berbuka puasa bersama-sama.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

Jenazah Norhashimah dan Normadiah dikebumikan pukul 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bakar Kapor manakala jenazah Shamsul dibawa pulang ke kampung halamannya di Kupang, Baling.

Pemandu Fortuner terbabit yang berusia 49 tahun turut mengalami cedera parah dan kini dirawat di HSJ manakala isteri dan dua anaknya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Suhami Md. Nor berkata, SUV itu dipercayai dipandu laju dan memotong beberapa kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat selain melanggar lampu merah.

"Ketika itu kereta Proton Wira yang dipandu Suraya melepasi persimpangan itu dan terus dirempuh Fortuner lalu SUV itu terbalik," katanya.

Beliau meminta pihak yang menyaksikan kemalangan itu supaya membuat laporan atau hubungi 04-5741427.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah

Posted:

Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah

Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, Mamat ditahan sepasukan polis di bawah rumah flat Blok A, Jalan Pulai 84/1, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai setelah mendapat maklumat daripada seorang pengadu.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Jenayah IPD Nusajaya, Mamat didapati positif dadah jenis Meth dan Thc.

Terdahulu dalam rayuannya, Mamat yang tidak diwakili peguam bela memohon agar hukumannya diringankan dengan alasan dia tidak berkemampuan kerana tidak bekerja selain menanggung anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mohd. Afif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mamat pernah didenda S$1,000 (RM2,409) oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan milik seorang rakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved