Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bot laju Penumpas terbakar

Posted:

Bot laju Penumpas terbakar

Bot laju Penumpas terbakar

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


SEORANG anggota kastam melihat bot peronda kastam yang terbakar di Jeti Kasta, Bandar Hlilir, Melaka, semalam.


MELAKA 11 Ogos – Seorang anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sempat melompat keluar menyelamatkan diri ketika bot laju Penumpas tiba-tiba terbakar sebaik sahaja enjinnya dihidupkan.

Detik-detik cemas itu dialami anggota terbabit di Jeti Kastam Banda Hilir ketika dia hendak keluar melakukan rondaan di sini semalam.

Pengarah JKDM Melaka, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, dalam kejadian pukul 7.10 petang itu, anggota terbabit ingin menjalankan tugas rondaan berjadual menggunakan bot laju Penumpas yang berusia lebih 20 tahun.

"Sebaik sahaja dia menghidupkan enjin bot itu, berlaku percikan api dari bahagian dalam bot hingga menyebabkan berlaku kebakaran yang tidak dapat dikawal.

"Anggota itu kemudian segera melompat keluar dari bot untuk menyelamatkan diri," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dua lagi anggotanya yang kebetulan berada di jeti itu bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

"Tiga anggota yang terselamat bertindak pantas mengalihkan bot-bot milik JKDM yang lain dan bimbang jika kebakaran tersebut merebak ke kawasan lain berhampiran jeti," ujarnya.

Sejurus selepas itu, katanya, bomba yang tiba berjaya menyelamatkan dua bot milik JKDM bernilai jutaan ringgit dan salah satunya bot yang dibeli dari Jepun.

"Nasib baik bot yang terbakar itu pun cuma melibatkan bahagian dalam dan badan bot tidak rosak teruk. Kita akan membaiki semula bot berusia lebih 20 tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis serbu stor rokok seludup

Posted:

Polis serbu stor rokok seludup

Polis serbu stor rokok seludup


SUPRITENDAN Mohd. Sabri Muhamad (Kanan) dan Inspektor Shafizan Sharif (kiri) menunjukkan rokok serta kotak yang mengandungi rokok seludup yang dirampas di sebuah rumah di Taman Desa Putri, kelmarin.


JEMPOL 11 Ogos - Tindak tanduk seorang lelaki yang menjadikan sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Desa Putri di sini sebagai gudang menyimpan rokok seludup akhirnya terbongkar apabila premis itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4.15 petang itu, polis berjaya merampas sejumlah 8,260 karton rokok seludup hasil maklumat daripada orang ramai yang curiga dengan kegiatan lelaki itu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, serbuan tersebut diketuai oleh Ketua Balai Polis Bahau, Inspektor Shafizan Sharif bersama enam anggota terpaksa menunggu selama setengah jam sebelum suspek pulang ke rumah.

"Sebaik sahaja polis memeriksa rumah lelaki itu, mereka menemui 324 kotak besar mengandungi 8,100 karton rokok dan lapan plastik putih yang mengandungi 160 karton rokok pelbagai jenama.

"Semua rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM80,000 tidak termasuk cukai dan kita juga percayai suspek mengedarkan rokok tersebut untuk pasaran di daerah ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk soal siasat sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes ini di siasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barangan dagangan belum lulus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mydin rai kanak-kanak kurang upaya

Posted:

Mydin rai kanak-kanak kurang upaya

Mydin rai kanak-kanak kurang upaya


ASMAH Abd. Rahman (tengah) bermesra dengan sebahagian kanak-kanak PDK Alor Gajah selepas majlis sumbangan baju raya dan Kibar Jalur Gemilang di Pasar Raya Mydin, Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 11 Ogos - Sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelma, seramai 100 kanak-kanak kurang upaya diraikan apabila diberi peluang membeli barang keperluan hari raya di pasar raya Mydin, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Kesemua mereka yang merupakan penghuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kawasan Parlimen Masjid Tanah, Alor Gajah, masing-masing menerima baucar membeli-belah bernilai RM100 sumbangan Anggota Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Melaka (Bistari) dan Mydin.

Program itu bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak kurang upaya membuat persiapan dan memilih pakaian serta kasut mereka sendiri.

Pengerusi Bistari, Datuk Asmah Abdul Rahman berkata, setiap kanak-kanak kurang upaya itu juga turut menerima duit raya berjumlah RM50 dan pek sumbangan Mamee.

Menurutnya, pasar raya Mydin menyumbang RM20 daripada nilai baucar membeli-belah yang diberi kepada kanak-kanak terbabit.

"Kita berharap melalui program ini anak-kanak kurang upaya ini akan menjadi lebih ceria untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Hadir sama Pengurus Mydin Ayer Keroh, Sreedran Sankaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved