Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Ibu tunggal tertipu janji manis

Posted:

Ibu tunggal tertipu janji manis

Ibu tunggal tertipu janji manis

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 11 Ogos – Akibat terlalu percaya rakan yang baru dikenali menerusi sebuah laman web, seorang pegawai akaun kerugian RM5,625 apabila ditipu kenalannya yang kononnya mahu mengirim beg berjenama dari London, United Kingdom.

Pegawai akaun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chiew, 40, berkata, dia berkenalan dengan rakannya itu yang dikenali sebagai Mark John, 40, dari London sejak Disember lalu.

Chiew yang merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun memberitahu, John pandai mengambil hatinya dengan mengatakan dirinya juga seorang bapa tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 11 tahun.

"Mark memang pandai bercakap manis. Pada satu hari, dia berkata mahu mengirim satu hadiah yang merupakan beg berjenama kepada saya. Selepas itu, dia juga memberikan nombor pendaftaran pos bungkusan itu pada Mei lalu.

"Pada bulan sama, dia menghubungi saya lagi dan memberitahu bungkusan tersebut telah ditahan oleh kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia meminta saya membayar kos insurans dan pentadbiran sebanyak RM5,625 bagi mendapatkannya," katanya.

Dia berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA di sini semalam.

Chiew kemudiannya memasukkan wang ke dalam akaun didakwa dimiliki oleh seorang pegawai yang bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan kiriman cepat tempatan.

Bagaimanapun, Chiew dihubungi sekali lagi untuk membayar kompaun RM21,178.50 sebelum dibenarkan mengambil bungkusan tersebut.

Disebabkan rasa tertipu, dia tidak lagi menghubungi John selepas itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan Awan dan Pengaduan MCA, Lim Thoon Leong berkata, kes berkenaan merupakan yang ke-14 dikendalikannya.

Justeru, beliau berharap kerajaan dapat mengkaji semula sistem sedia ada bagi memudahkan penjenayah siber dikesan serta diberkas segera.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

9,668 pakaian jenama tiruan dirampas

Posted:

9,668 pakaian jenama tiruan dirampas

9,668 pakaian jenama tiruan dirampas


M. GUNA Seelan (kanan) menunjukkan seluar jenama tiruan pada sidang media di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 11 Ogos - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri menahan seorang wanita dan merampas 9,668 helai pakaian tiruan pelbagai jenama terkenal dalam operasi di sebuah premis dua tingkat di Jalan Maju, Bukit Mertajam petang semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Seelan berkata, serbuan pukul 1.30 petang itu dibuat hasil risikan pihaknya selama seminggu.

Menurutnya, mereka dipercayai telah beroperasi selama setahun.

"Seorang wanita berumur 23 tahun ditahan bersama lima pekerja lain ketika memunggah barang dipercayai untuk aktiviti pengedaran.

"Bagaimanapun, lima pekerjanya dilepaskan setelah diambil keterangan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Beliau menjelaskan, wanita tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang memperuntukkan denda hingga RM250,000 bagi syarikat dan RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi individu jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, Guna Seelan memberitahu, pihaknya bersama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menyerbu sebuah rumah di Kampung Paya, Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam dan berjaya menyita 45,510 keping cakera video digital (DVD) dan tiga unit pencetak DVD.

"Nilai rampasan dianggarkan RM281,000 dan siasatan dijalankan di bawah Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM200,000 bagi setiap salinan atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," ujarnya.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat dan pihaknya sedang menyiasat pemilik rumah berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bubur lambuk udang kering menu istimewa di Baling

Posted:

Bubur lambuk udang kering menu istimewa di Baling

Bubur lambuk udang kering menu istimewa di Baling


KAUM wanita membantu membungkus bubur lambuk udang kering sebelum diagihkan kepada orang ramai di Masjid Lama, Pekan Baling, baru-baru ini.


BALING 11 Ogos - Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk udang kering bersama air halia menjadi menu digemari penduduk daerah ini sebagai hidangan istimewa untuk berbuka puasa.

Setiap hari, orang ramai khususnya penduduk Kampung Seberang Pekan Baling berpusu-pusu mendapatkan kira-kira 1,000 bungkus bubur itu dan air halia yang disediakan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Masjid Lama Pekan Baling di sini.

Ketua Tukang Masak, Zakaria Abdullah, 69, berkata, bubur lambuk yang dimasak dengan dicampur udang kering itu memberi aroma cukup istimewa dan menjadi pilihan penggemarnya setiap tahun.

Katanya, selain udang kering, bahan-bahan lain turut dijadikan rencah untuk dimasak dalam tempoh dua jam bersama kira-kira 25 kilogram beras mulai pukul 10 pagi.

"Selepas siap dimasak, bubur akan dibungkus sebelum diagihkan antara pukul 2 hingga 3 petang dan orang ramai perlu datang awal bagi mengelak kehabisan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Zakaria berkata, juadah istimewa itu disediakan oleh penduduk secara bergotong-royong di pekarangan masjid berkenaan yang menjadi laluan utama orang ramai.

"Setiap tahun kita jadikan amalan bersedekah dengan menyediakan bubur lambuk dan air halia dibungkus dan disedekahkan kepada orang ramai," jelasnya.

Menurutnya, tradisi menyediakan bubur tersebut akan diteruskan setiap tahun dan penduduk kebiasaannya berpakat mengutip wang untuk membiayai kos bahan-bahan makanan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved