Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM8.35j bina rumah di Ketengah

Posted:

RM8.35j bina rumah di Ketengah

RM8.35j bina rumah di Ketengah

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 12 Ogos - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukan RM8.35 juta bagi membina 123 unit rumah baharu pelbagai jenis bagi menampung pertambahan penduduk dalam wilayahnya.

Pengurus Besarnya, Datuk Hamzah Ngah berkata, ia melibatkan pembinaan 79 unit rumah mampu milik dan 44 unit rumah kos sederhana rendah itu menjadikan jumlah keseluruhan rumah yang dibina Ketengah sehingga kini 4,063 unit.

Menurutnya, 19 unit rumah kos sederhana rendah dibina di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Bukit Besi dan di Cheneh Baru, Kemaman masing-masing sembilan unit dan Ketengah Jaya berjumlah tujuh unit dengan kos RM3.53 juta.

"Manakala 44 unit rumah mampu milik dibina di AMBS dan 35 unit di Cheneh Baru membabitkan kos RM4.82 juta," katanya kepada pemberita di majlis Berbuka Puasa Ketengah bersama Media di Primula Beach Hotel dekat sini, baru-baru ini.

Tambah Hamzah, pembangunan di sekitar bandar AMBS turut menjadi pemangkin kepada keperluan perumahan termasuk pembinaan Asrama Berkelompok Yayasan Terengganu dan Kolej Ketengah.

Katanya, kewujudan pelbagai institusi kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan di bandar itu turut mendorong permintaan terhadap keperluan rumah.

Selain itu katanya, pembinaan Kompleks Penjara, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur dan persimpangan Bukit Besi membawa kesan langsung kepada keperluan perumahan.

"Pada masa yang sama, pembangunan yang sedang berlaku di Tasik Kenyir juga telah menyebabkan keperluan itu meningkat dengan ketara.

"Ini termasuklah bagi keperluan kakitangan Ketengah serta agensi lain yang bertugas di sekitar tasik itu lebih-lebih lagi apabila zon bebas cukai di Pulau Bayas beroperasi pada akhir tahun 2012," ujarnya.

Justeru itu, kata Hamzah, Ketengah menyeru pihak pemaju perumahan dan syarikat-syarikat swasta agar dapat memainkan peranan membantu memajukan perumahan di wilayah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RM57,000 bantu mangsa ribut Tok Uban

Posted:

RM57,000 bantu mangsa ribut Tok Uban

RM57,000 bantu mangsa ribut Tok Uban


Ibrahim Ali (duduk tengah) beramah mesra dengan sebahagian daripada 41 mangsa ribut selepas menyampaikan bantuan tersebut di pekarangan Masjid Kangkong, Chetok, Pasir Mas, Kelantan, kelmarin.


PASIR MAS 12 Ogos - Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM57,000 bagi membantu 41 mangsa ribut di Kampung Tok Uban dekat sini, yang kediaman mereka rosak dalam kejadian 12 Julai lalu.

Bantuan di bawah Tabung Bencana Alam, Majlis Keselamatan Negara itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dalam satu majlis ringkas di pekarangan Masjid Kangkong, Chetok dekat sini, petang semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kain pelikat dan baju pasang kepada semua mangsa terlibat.

Ibrahim ketika ditemui berkata, bantuan itu diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau membuat permohonan baru-baru ini bagi membolehkan mangsa membaik pulih segera rumah mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau berkata, bantuan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerosakan sederhana yang menerima bantuan RM1,000 seorang dan kerosakan teruk RM3,000.

"Bantuan ini akan meringankan beban mangsa ribut untuk membeli kayu, zink dan sebagainya bagi membaiki rumah mereka. Ini akan membolehkan mereka menyambut hari raya dengan lebih gembira," katanya.

Sementara itu, beberapa penerima melahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Kerajaan Pusat serta Ibrahim yang prihatin terhadap kesusahan mereka selepas berlaku bencana tersebut.

Seorang penerima, Ab. Latiff Daud, 68, berkata, rumahnya rosak selepas dihempap pokok yang tumbang akibat ribut.

"Masa kejadian saya berada di Johor dan masih belum sempat untuk membaiki kerosakan. Dengan bantuan ini, bolehlah meringankan sedikit belanja membaiki kerosakan," katanya.

Bagi Kassim Sulaiman, 55, pula, rumah rosak separuh dalam kejadian tersebut selepas dihempap pokok durian yang tumbang.

"Saya belum baiki lagi kerosakan tersebut kerana kita ini kerja kampung nak dapat duit dari mana nak baiki rumah dengan serta-merta. Syukur ada bantuan ini," katanya.

Turut menyatakan rasa terharu atas bantuan tersebut ialah Zaharah Salleh, 72, yang mengalami kerosakan rumah di bahagian belakang selepas atap diterbangkan ribut dalam kejadian tempoh hari.

"Tak baiki lagi kerosakan itu kerana perlukan duit yang banyak, buat sikit-sikit dahulu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zakat hanya untuk asnaf

Posted:

Zakat hanya untuk asnaf

Zakat hanya untuk asnaf

KUALA TERENGGANU 12 Ogos - Mereka yang tersenarai sebagai penerima zakat tetapi pada hakikatnya tidak layak mendapat bantuan itu dinasihatkan agar memulangkan semula kepada pihak berwajib.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, wang bantuan zakat itu perlu diserahkan kembali kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu untuk diagihkan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

Beliau memberitahu, semua pihak perlu memberi penekanan serius dalam mengagihkan wang zakat, terutama dengan memastikan setiap penerima adalah golongan asnaf.

"Kalau ada yang rasa mereka tak layak terima zakat, mereka boleh semak terlebih dahulu. Jika tak layak, jangan terima (wang zakat).

"Kita tak mahu tanggung dosa orang kerana ini bukan kerana belas kasihan tapi ini berkaitan hukum," katanya di Wisma Darul Iman di sini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman.

Ahmad berkata, untuk tahun ini, 21 orang penerima zakat di negeri ini telah menyerahkan semula wang bantuan tersebut kepada MAIDAM untuk tindakan selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved