Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Perjalanan tren lebih cepat

Posted:

Perjalanan tren lebih cepat

Perjalanan tren lebih cepat

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com,my

REMBAU 12 Ogos - Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) berusaha untuk meningkatkan taraf perkhidmatannya menerusi pelaksanaan projek pembinaan landasan berkembar di Seremban-Gemas dekat sini yang dijangka siap menjelang 2013.

Pengurus Pemasaran Unit Perniagaan Stratergik Perkhidmatan Antarabandar KTMB, Mohd. Noordin Kimi berkata, pembinaan landasan sepanjang 98 kilometer itu dijangkakan siap sepenuhnya Ogos 2013.

Menurutnya, pewujudan landasan itu secara tidak langsung akan mampu menyingkatkan masa perjalanan terutamanya bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan dari Singapura.

''Apabila siap kelak, perjalanan kereta api dari Kuala Lumpur ke Singapura yang sebelum ini mengambil masa lapan jam dapat disingkatkan menjadi hanya lima jam.

''Malah, kita juga menjangkakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur juga dapat dikurangkan daripada 16 jam kepada 10 jam," katanya di sini, semalam.

Menurutnya lagi, pelaksanaan projek itu juga diyakini dapat menarik lebih ramai pelancong terutamanya dari Singapura untuk berkunjung ke negara ini.

''Selain itu, melalui pembinaan landasan ini, ia juga dipercayai mampu mempengaruhi pembangunan di kawasan setempat," ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd Noordin memberitahu, projek kini sedang berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Empat ditahan kutip derma tidak sah

Posted:

Empat ditahan kutip derma tidak sah

Empat ditahan kutip derma tidak sah

MELAKA 12 Ogos - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menahan empat individu yang mendakwa sebagai guru asrama dan pertubuhan anak yatim di utara tanah air dalam satu operasi bersepadu membanteras pengemis di sekitar negeri ini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak di jabatan itu, Saidatul Aini Jafri berkata, mereka yang ditahan adalah tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 29 tahun.

Menurutnya, operasi bersepadu itu pada mulanya tertumpu kepada menahan kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun yang mengemis dengan cara menjual pelekat ayat-ayat suci al-Quran, cakera padat (CD) dan tisu.

"Operasi ini susulan daripada banyak aduan yang diterima daripada orang ramai mengatakan terdapat kanak-kanak di bawah umur berkeliaran di lokasi-lokasi tertentu untuk memungut derma.

"Bagaimanapun dalam operasi hari ini yang dilakukan di 15 lokasi melibatkan beberapa bank, stesen minyak, pasar raya, hentian bas dan teksi sekitar negeri ini, hanya empat individu tersebut berjaya ditahan," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu, hari ini.

Tambahnya, mereka yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana melakukan kesalahan di bawah Enakmen Syariah Negeri Melaka 1991 Pungutan Yang Tidak Sah.

Sabit kesalahan, mereka boleh didenda penjara maksimum 18 bulan, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Operasi tiga jam bermula pukul 10 pagi itu disertai oleh 34 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk polis, JKM, JAIM, Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kakak isi borang peraduan, adik menang Perodua Viva

Posted:

Kakak isi borang peraduan, adik menang Perodua Viva

Kakak isi borang peraduan, adik menang Perodua Viva


Zaidah Mohamed (dua dari kiri) menerima replika kunci Perodua Viva daripada Zailiyaton Ali (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian hadiah kemenangan di Melaka, kelmarin.


MELAKA 12 Ogos - Sambutan Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat seorang suri rumah Zaidah Mohamad, 41, apabila dia diumumkan memenangi sebuah kereta Perodua Viva menerusi peraduan cabutan bertuah Beli dan Menang, Astana Moda.

Lebih menarik, peraduan yang disertai oleh Zaidah dari Bukit Bayan, Bukit Katil di sini itu diisi oleh kakaknya, Zaiton yang datang dari Kuala Terengganu berbelanja membeli kain langsir di Astana Moda bulan lalu.

Zaidah ketika ditemui bersyukur atas kemenangan tersebut yang disifatkannya sebagai hadiah paling bermakna menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

''Ini mungkin tuah saya kerana borang penyertaan diisi oleh kakak, tetapi saya diumumkan sebagai pemenang kereta Perodua Viva, sudah tersurat untuk saya mendapat kereta baharu," ujarnya.

Dia menerima kereta itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin dan Pengarah Urusan Astana Moda, Zailiyaton Ali pada satu majlis berbuka puasa di sini, semalam.

Katanya, dia masih tidak percaya apabila dihubungi oleh wakil dari Astana Moda memaklumkan terpilih sebagai pemenang.

''Saya ingatkan ada orang nak bergurau dan saya tidak ambil peduli langsung, tetapi apabila menerima panggilan kedua meminta nama dan nombor kad pengenalan barulah saya percaya," ujarnya.

Sementara itu, bagi bagi hadiah tempat kedua yang menawarkan dua motosikal Naza Flash ia dimenangi oleh Mohd. Najib Abu Bakar dan Azhar Ablo.

Manakala tiga buah televisyen LCD 32'' dimenangi oleh Nordin Yusro, Mazilah Abu Noh dan Kamisah Sakidin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved