Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tindakan tegas ubah suai biometik

Posted:

Tindakan tegas ubah suai biometik

Tindakan tegas ubah suai biometik

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 13 Ogos - Bayaran deposit RM5,000 yang dikenakan kepada pengurus Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau 6P tidak akan dikembalikan jika mereka didapati mengubah suai peralatan biometrik yang digunakan dalam proses pendaftaran itu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, langkah itu selaras dengan perjanjian antara syarikat dengan kementerian seperti ditetapkan sebelum ini.

Menurutnya, pengubahsuaian peralatan itu hanya akan menyebabkan sistem yang dipakai tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan.

"Bagaimanapun perkara ini masih dalam siasatan dan kami sedang mengenal pasti tujuan pihak yang tidak bertanggungjawab mengubah suai peralatan biometrik berkenaan.

"Selain itu, syarikat yang terlibat dengan pengubahsuaian tersebut telah dipanggil untuk memberi penjelasan dan turut diberikan amaran oleh kementerian," katanya pada sidang akhbar selepas mengiringi Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Atiqur Rahman meninjau lokasi pendaftaran Program 6P di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat beberapa syarikat yang menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubah suai peralatan biometrik yang digunakan bagi Program 6P.

Alwi berkata, tindakan itu diambil bagi mengelak berlaku sebarang masalah kepada warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga pagi ini, seramai 218,000 PATI warga Bangladesh telah direkodkan manakala untuk pekerja sah pula seramai 116,000 orang.

Sementara itu, Atiqur berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan program 6P yang melibatkan pendaftaran warganegaranya.

"Pihak kami pada bila-bila masa akan menghulurkan bantuan sekiranya perlu atau apabila terdapat masalah dengan pendaftaran warga Bangladesh dalam program ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kekalkan sikap hormati kaum, agama demi keamanan - KPN

Posted:

Kekalkan sikap hormati kaum, agama demi keamanan - KPN

Kekalkan sikap hormati kaum, agama demi keamanan - KPN


Majlis pelancaran Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' Ismail Omar di Subang Jaya, Selangor, semalam. - MINGGUAN/MOHD. AZIM ABD RAHMAN


SUBANG JAYA 13 Ogos - Rakyat negara ini diminta mengekalkan sikap saling hormat menghormati antara kaum dan agama yang sudah menjadi amalan selama ini bagi memastikan keamanan dalam negara dapat dikekalkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana sikap saling hormat menghormati dan bertolak ansur sudah terbukti membawa kebaikan kepada negara.

"Saya tidak mahu berkata apa-apa (komen) terhadap tindakan pihak tertentu yang dilihat cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini dengan mengambil kesempatan daripada pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

"Yang penting atau perkara pokok patut dilihat ialah kita hendaklah memastikan negara dan negeri kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen 'Balik Kampung-Rumah Selamat' anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya bersama Subang Jaya Community Alert di bazar Ramadan SS18 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan timbalannya, Datuk A. Thaiveegan; Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar; Naib Pengerusi 1 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir dan Exco MCPF Selangor, Datuk Muhammad Fuad Talib.

Pada majlis itu, MCPF turut menyumbangkan duit raya dan bungkusan hamper kepada 40 anak yatim.

Dalam pada itu, Ismail turut meminta orang ramai supaya jangan salah faham terhadap Ops Sikap yang diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada setiap musim perayaan termasuk minggu depan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Tujuan Ops Sikap diadakan bukan semata-mata untuk mengeluarkan saman tetapi ia diadakan secara berterusan bagi memastikan jalan raya di negara ini selamat digunakan dan kita mahu rakyat Malaysia komited membantu kita untuk mencapai matlamat tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Ismail berkata, polis tidak akan mengadakan operasi khas untuk menangani masalah penjualan dan permainan mercun pada musim perayaan kali ini.

Beliau berkata, ini kerana pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berterusan untuk menangani masalah tersebut dan bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan menjual atau bermain mercun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pekerja seks mengaku beragama Kristian elak ditahan

Posted:

Pekerja seks mengaku beragama Kristian elak ditahan

Pekerja seks mengaku beragama Kristian elak ditahan

KLANG 13 Ogos - Seramai enam wanita dipercayai pekerja seks ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman di sebuah hotel di Jalan Batu Tiga Lama, di sini malam tadi.

Serbuan bermula pukul 10.50 malam hingga pukul 1.30 pagi itu turut disertai anggota Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Selain wanita berkenaan, pihak berkuasa juga menahan tiga lelaki yang dipercayai penjaga wanita berkenaan.

Pegawai operasi D7 Bukit Aman, Asisten Supritendan Sharul Nizam Jaafar berkata, enam wanita berusia di antara 20 dan 30 tahun itu diberkas ketika sedang menjalankan khidmat mengurut di hotel berkenaan.

Jelasnya, kesemua wanita yang ditahan dipercayai warga Indonesia dan mereka didapati melakukan kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Mereka juga cuba menipu pihak berkuasa dengan mengaku beragama Kristian semasa ditahan. Kesemuanya dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut," jelas sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Shukor Sulong ketika dihubungi hari ini mengesahkan operasi dan tangkapan yang dibuat.

Ujar beliau, pihaknya akan memohon perintah tahanan reman terhadap kesemua yang ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved