Jumaat, 15 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Lucut kerakyatan pencetus revolusi di negara ini - Sivamurugan

Posted:

Lucut kerakyatan pencetus revolusi di negara ini - Sivamurugan

Lucut kerakyatan pencetus revolusi di negara ini - Sivamurugan

SHAH ALAM 14 Julai – Kerajaan dicadangkan agar mempertimbangkan tindakan melucutkan kerakyatan mana-mana individu atau pihak yang cuba mencetuskan revolusi dengan memburuk-burukkan negara ini.

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P.Sivamurugan berkata, ia antara langkah bagi memastikan asas perpaduan, keharmonian dan kesejah teraan antara kaum di negara ini dapat dikekalkan pada masa depan.

Beliau berpendapat, pihak yang mahu mencetuskan revolusi atau sebagainya sehingga merosakkan negara dan rakyat sudah tidak lagi mempunyai semangat serta nilai nasionalisme.

"Maka saya fikir adalah lebih baik kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang terlibat kerana golo ngan ini sebenarnya tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada negara ter masuklah tidak lagi mendokong Perlembagaan dan melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan ucapan selaku salah seorang ahli panel dalam Program Rapat 1Malaysia bersama para pesara dan warga emas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IN MIND, Abdul Shukor Idrus dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan Pengarah Jasa negeri, Muzammir Bakron.

Pada masa sama, Sivamurugan turut menyarankan kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan negara ini dan cuba mencetuskan situasi tidak aman agar memohon sahaja kewarganegaraan negara lain.

Sementara itu, Ramlah ketika di temui mengingatkan rakyat negara ini supaya bijak menilai tindak-tanduk pihak-pihak yang mahu mencetuskan revolusi di negara ini ke rana sejak merdeka sehingga kini, negara aman dengan rakyat pula hidup dalam perpaduan.

Ujar beliau, jika ada pihak yang mahu mencetuskan revolusi, ia satu perkara yang tidak masuk akal kerana sejarah revolusi yang berlaku baik di Amerika Syarikat, Perancis dan sebagainya adalah disebabkan tekanan, tiada kebebasan serta jurang kemiskinan yang terlampau tinggi dalam kalangan rakyat.

"Namun di Malaysia, perkara sedemikian tidak berlaku. Rakyat bebas melakukan apa yang mereka suka selagi tidak melanggar undang-undang. Mungkin revolusi yang mahu dicetuskan pihak tertentu di negara ini mempunyai kepentingan politik peribadi," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 pelajar pertama mula sesi SDH

Posted:

50 pelajar pertama mula sesi SDH

50 pelajar pertama mula sesi SDH

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.conm.my


NOORAINEE Abdul Rahman (dua dari kiri) beramah mesra bersama guru-guru pada majlis perasmian penutup kursus guru SDH di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.


KUALA LUMPUR 14 Julai - Seramai 50 pelajar akan memulakan sesi pertama pembelajaran Sekolah Dalam Hospital (SDH) mulai esok di tiga hospital kerajaan.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga Penaung Projek Hati Nurani: SDH berkata, tiga hospital yang dipilih sebagai perintis fasa pertama projek itu ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

Menurut beliau, SDH merupakan program khas pembelajaran bagi pelajar yang menjalani rawatan di hospital untuk tempoh yang lama.

"Program ini bertujuan mengatasi masalah keciciran pelajar dalam sesi persekolahan akibat berada di wad untuk tempoh yang lama semasa menjalani rawatan.

"Sukatan pembelajaran yang digunakan juga adalah sama seperti sekolah biasa malah ia turut dilengkapi terapi kaunseling dan psikologi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus guru SDH di Institut Pediatrik HKL di sini hari ini.

Noorainee memberitahu, seramai 16 guru telah dipilih untuk membantu para pelajar dengan memberi penekanan terhadap empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

"Guru-guru yang dipilih di bawah Kementerian Pelajaran ini telah menjalani latihan pengajaran selama dua minggu dan mereka akan sentiasa bersedia membantu anak-anak yang kurang berupaya ini," katanya.

Ujarnya, kelas dan bilik darjah khas juga telah disediakan.

Beliau memberitahu, selain mengelakkan keciciran pelajaran, manfaat lain SDH ialah ia dilihat sebagai proses terapeutik atau proses penyembuhan kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadang jamuan negara di istana baru

Posted:

Cadang jamuan negara di istana baru

Cadang jamuan negara di istana baru


DR. Rais Yatim bersama rombongan ketika melawat Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir, Liow Tiong Lai dan Kamaruddin Siaraf. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 14 Julai – Jamuan negara sempena tamat tempoh perkhidmatan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Disember ini dicadangkan diadakan di Kompleks Istana Negara baru, yang terletak di atas bukit berhampiran Jalan Duta di sini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jika kompleks itu siap sepenuhnya bulan depan, beliau akan memohon kepada Kabinet agar jamuan negara diadakan di situ.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santai Makan Tengah Hari bersama menteri anjuran Media Prima Berhad di sini hari ini.

Rais turut menyatakan rasa puas hatinya melihat hiasan dalaman kompleks itu mempunyai ciri-ciri warisan yang boleh menjadi khazanah kepada negara.

Pagi tadi, Rais meluangkan masa kira-kira sejam melawat lokasi pembinaan Kompleks Istana Negara baru bernilai RM800 juta itu. Lawatan itu turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Rais, yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta pegawai Jabatan Kerja Raya, kemudian meninjau ke bangunan utama kompleks itu.

Pembinaan kompleks itu, yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta), bagi menggantikan Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1928.

Pelantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Disember 2006 bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya.

Mesyuarat itu turut mengisytiharkan pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa pada tarikh sama. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved