Jumaat, 15 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Anwar semakin terdesak

Posted:

Anwar semakin terdesak

Anwar semakin terdesak

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

REMBAU 14 Julai - Agama, bangsa dan negara terus diperjudikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga terdesak menghasut rakyat mengatakan negara ini sudah menghampiri revolusi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, gimik yang dilakukan oleh Anwar itu semuanya bertujuan 'melepaskan tengkuk' beliau sendiri apatah lagi rakyat semakin tahu perangai sebenarnya ketika ini.

"Revolusi apa yang cuba hendak dibuat oleh Anwar kalau cuma 60,000 orang yang bersamanya.

"Kita perlu ingat di negara ini ada lebih 27 juta penduduk dan majoriti rakyat tidak bersama Anwar. Tidak mungkin negara ini akan wujud revolusi kerana kerajaan sentiasa memikirkan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah cemerlang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan, Kota, dekat sini, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, revolusi rakyat hanya boleh berlaku jika negara itu berada di bawah pemerintahan 'kuku besi' yang kerajaan tidak mempedulikan perihal dan kebajikan rakyat.

"Saya harap orang tidak keliru dengan gimik Anwar ini. Semuanya hendak melepaskan tengkuk dan sebab itulah dia pakai pendakap di lehernya.

"Apakah perkara tidak adil yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ini? Kalau kita tidak adil, lihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lima penggal pegang jawatan itu. Ada satu penggal, kerajaan Pas cuma menang majoriti satu kerusi.

"Jika kerajaan BN tidak adil, kita boleh 'campak' lima kertas undi di situ dan kita boleh ambil Kelantan. Tengok juga beberapa lagi negeri yang kini dikuasai oleh pembangkang. Apakah itu bukan dinamakan keadilan dalam pilihan raya?" katanya.

Tambah Mohamad, pembangkang sering mengatakan mereka tidak boleh bersuara dan media tidak bebas, tetapi sebenarnya akhbar milik merekalah yang terlalu kerap mengganyang kerajaan BN.

"Blog dan portal berita milik mereka. Ini tidak dipantau dan mereka juga ganyang kerajaan BN," ujarnya.

Justeru, kata Mohamad, beliau mengulangi kata-kata Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh di Parlimen beberapa tahun lau yang meminta Anwar bertaubat.

"Ini saya tidak cakap, tetapi Karpal yang cakap, dia minta supaya Anwar bertaubatlah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melaka sasar zakat RM38j

Posted:

Melaka sasar zakat RM38j

Melaka sasar zakat RM38j

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


YAAKUB Md. Amin (kanan) merima cenderamata daripada Abd. Aziz Abu Bakar pada majlis perasmian Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan ke-5 di Melaka MITC, semalam.


MELAKA 14 Julai - Pusat Zakat Melaka menyasarkan memperoleh kutipan zakat RM38 juta tahun ini berdasarkan kempen proaktif yang dijalankan pusat itu dan kerajaan negeri yang telah memperlihatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md. Amin berkata, tahun lalu RM33.8 juta berjaya dikutip dan pada tahun ini hasil kutipan dijangka meningkat ekoran sambutan yang ditunjukkan oleh masyarakat Islam di negeri ini kian menggalakkan.

"Masyarakat kini telah mula sedar akan kewajiban mengeluarkan zakat, bukan hanya zakat fitrah malah, meliputi zakat perniagaan, wang simpanan, hasil pertanian dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan ke-5 di sini, hari ini.

Yaakub berkata, seramai 24,000 orang golongan kurang berkemampuan dan memenuhi syarat menerima zakat diberi bantuan berupa wang bulanan dan bantuan barangan dapur melalui beberapa agensi terlibat termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Katanya, bagi merealisasikan matlamat untuk mencapai jumlah kutipan zakat berkenaan, pelbagai langkah dilakukan antaranya melalui kempen kesedaran secara berterusan, melantik amil di setiap kawasan perumahan dan kampung serta menggalakkan pembayaran zakat melalui potongan gaji.

"Kita (kerajaan negeri) sentiasa mencari kaedah terbaik dan berkesan serta tidak menyusahkan masyarakat untuk melakukan ibadah zakat antaranya dengan menggalakkan potongan zakat melalui gaji dan turut menyediakan hampir 800 amil di setiap kawasan perumahan di seluruh negeri," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucapan mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di hadapan lebih 400 peserta persidangan itu yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan sektor kerajaan dan swasta, wakil syarikat dan badan korporat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Waqaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Anan Mat dan Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Abd. Aziz Abu Bakar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gandingan tiga serangkai perlu pacu pendidikan

Posted:

Gandingan tiga serangkai perlu pacu pendidikan

Gandingan tiga serangkai perlu pacu pendidikan


Mohamad Hasan (tengah) beramah mesra dengan pelajar yang menerima anugerah cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan, Kota Rembau, semalam.


REMBAU 14 Julai - Memacu kejayaan pendidikan dan kecemerlangan sekolah ke tahap maksimum memerlukan gandingan mantap tiga serangkai iaitu ibu bapa, guru dan pelajar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jika salah satu daripada tiga watak ini tiada, agak mustahil kecemerlangan dapat dicipta di setiap sekolah.

"Apa yang penting hubungan akrab tiga watak dalam kecemerlangan pendidikan ini perlu disegarkan sentiasa supaya wujud elemen mengambil tahu setiap perkembangan yang berlaku," katanya selepas menyampaikan anugerah cemerlang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji Adnan, Kota dekat sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohamad mahu sekolah dijadikan sebagai sebahagian dalam kehidupan masyarakat.

"Guru-guru perlu mengambil tahu apa yang berlaku dalam masyarakat sekeliling dan ibu bapa pula perlu mengambil tahu apa yang berlaku dalam sekolah.

"Apabila adanya persefahaman sebegini, maka luahan hati guru dan ibu bapa itu dapat digarap dalam menghasilkan satu penyelesaian yang baik, sekali gus menjana kemuncak pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak kita.

"Dengan adanya cara ini, disiplin anak-anak juga dapat dibaiki dan dipantau," katanya.

Mohamad juga berkata, mulai saat ini semua guru besar dan pengetua perlu menghadirkan diri pada majlis yang diadakan dalam kepimpinan masyarakat.

"Contohnya, di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri, jika diadakan mesyuarat melibatkan ketua kampung, JKKK, pegawai peringkat daerah maka guru besar dan pengetua juga perlu dipanggil bersama.

"Ini secara tidak langsung, dasar kerajaan dapat disampaikan kepada guru besar dan pengetua, pada masa yang sama kita juga boleh mendengar permasalahan mereka di sekolah, yang memerlukan penyelesaian segera," kata Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved