Selasa, 5 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kenal pasti sekolah cemerlang

Posted:

Kenal pasti sekolah cemerlang

Kenal pasti sekolah cemerlang

oleh Norizan Abdul Muhid
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 4 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pelajaran dan agensi di bawahnya agar proaktif mengenal pasti mana-mana sekolah cemerlang di seluruh negara.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, langkah tersebut bertujuan bagi membolehkan bantuan disalurkan supaya sekolah terlibat mampu menyediakan kemudahan pendidikan lebih berkualiti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah yang dipilih itu mestilah cemerlang namun masih belum layak diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) disebabkan terdapat kelemahan dalam bidang-bidang tertentu.

''Di bawah usaha ini, kita akan ambil langkah proaktif untuk tentukan kekurangan bidang yang dihadapi sekolah terlibat, umpamanya tiada konsep antarabangsa atau tiada jalinan kerjasama antarabangsa sekolah itu dengan sekolah luar negara lain atau tiada pertukaran pelajar.

''Jika sekolah terlibat mengalami kekurangan dalam bidang seperti itu, kita akan usahakan untuk bantu sekolah tersebut meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan sekolah mereka'' katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Warga Pendidik yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

Lebih 2,000 warga pendidik terdiri daripada guru besar, pengetua dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dari seluruh negeri menghadiri majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Kata Timbalan Perdana Menteri, usaha itu diharap mendorong warga pendidik khususnya guru besar dan pengetua untuk menentukan hala baru sekolah masing-masing sekali gus menepati keperluan kualiti pendidikan negara.

''Saya sebut begini agar kita dapat mencabar keupayaan kita, setidak-tidaknya pengetua dan pimpinan sekolah ada sasaran baru untuk tentukan hala tuju sekolah yang kita pimpin sekarang ini sehingga ia boleh mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia," katanya.

Selain itu, mengenai rancangan kementerian menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya, perkara itu hanya akan dilaksanakan setelah keperluan tenaga guru mata pelajaran itu sudah mencukupi dan cukup terlatih.

''Mungkin tidak berapa lama lagi saya akan umumkan mengenai perkara ini kerana sekarang kementerian tidak cukup lagi untuk sampai ke tahap itu, nanti bila kita sudah ada guru bahasa Inggeris yang mencukupi dan sudah menguji dasar itu, barulah boleh kita laksanakan ia dengan baik," katanya.

Berhubung pendidikan pra sekolah, beliau meminta kerjasama pihak swasta agar tampil membantu kerajaan menyediakan kemudahan sekolah di peringkat itu dengan kerajaan bersedia menampung pembiayaan modal sejumlah RM10,000 kepada mereka yang berminat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin luang masa temui pemandu teksi, peniaga

Posted:

Muhyiddin luang masa temui pemandu teksi, peniaga

Muhyiddin luang masa temui pemandu teksi, peniaga


MUHYIDDIN Yassin mengumpil bumbung rumah milik Alimat Siron dan Kalsum Mohd. Said di Semabok Dalam, semalam.


MELAKA 4 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan program lawatan sehari beliau ke negeri ini dengan menemui pemandu teksi dan peniaga Pasar Melaka Sentral hari ini.

Muhyiddin yang diiringi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Othman Muhammad dan Exco-Exco kerajaan negeri meluangkan masa hampir sejam beramah mesra dan bersarapan bersama rakyat di medan selera di situ.

Pada lawatan itu, Timbalan Perdana Menteri bersalaman dan mengambil kesempatan beramah mesra dengan peniaga yang sebahagian besarnya sudah memulakan perniagaan di situ sejak bangunan tersebut beroperasi kira-kira lapan tahun lalu.

Sejurus tiba di Pasar Melaka Sentral, beliau dan rombongan disambut mesra oleh pengunjung dan peniaga yang tidak putus-putus menghulurkan salam serta bertanya khabar.

Selesai bersalaman dengan peniaga, Muhyiddin kemudiannya ke medan selera yang terletak di tingkat atas bangunan tersebut untuk bersarapan pagi bersama rakyat dan mengambil peluang berbual bersama ahli-ahli gabungan persatuan kereta sewa dan bas yang turut hadir menemui beliau.

Bagi Nyonya Kassim, 69, kunjungan Timbalan Perdana Menteri dan rombongan ke gerai jualan daging lembu yang diusahakan di Pasar Melaka Sentral sejak empat tahun lalu menjadi kenangan manis yang boleh dikongsi bersama anak dan cucunya nanti.

"Timbalan Perdana Menteri amat prihatin apabila bertanyakan tentang operasi perniagaan saya dan peniaga lain di sini selain beliau menasihatkan kami agar berniaga secara berhemah.

"Terima kasih kepada beliau dan rombongan kerana sudi melawat kami di Pasar Melaka Sentral, saya amat gembira hari ini," katanya.

Seorang lagi peniaga, Ghazali Abu Bakar, 37, berkata, dia berasa amat bertuah kerana Timbalan Perdana Menteri sudi melawat gerai ayam yang diusahakan bersama rakan di situ sejak lapan tahun lalu.

"Saya harap lawatan beliau hari ini mampu menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi rakyat di sini. Saya berasa amat bertuah kerana dapat berjumpa dan berbual dengan Timbalan Perdana Menteri," katanya.

Muhyiddin kemudiannya meluangkan masa melawat kediaman seorang warga emas kurang upaya, Alimat Siron, 68, di Batu 3 1/2, Kampung Bukit Godek, Semabok Dalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syarikat bas di Melaka disarankan bergabung

Posted:

Syarikat bas di Melaka disarankan bergabung

Syarikat bas di Melaka disarankan bergabung

MELAKA 4 Julai - Syarikat bas di negeri ini perlu bergabung di bawah satu konsortium supaya Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan bantuan dengan lebih berkesan dan sistematik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanpa penubuhan konsortium kerajaan tidak dapat menyalurkan dana bagi membantu syarikat-syarikat di negeri ini untuk membeli bas-bas baru bagi menggantikan yang sudah uzur.

Menurut beliau, pengangkutan awam merupakan antara Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan keperluan dan keselesaan rakyat.

"Syarikat-syarikat bas perlu bergabung dan membentuk sebuah konsortium di bawah satu bumbung supaya proses pemantauan dan pemberian bantuan dapat dilakukan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan kesatuan sekerja serta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Negeri Melaka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yu Ying, Semabok di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, tinjauan yang dilakukan di Melaka Sentral mendapati hampir 80 buah bas sudah uzur dan berusia lebih 20 tahun masih digunakan syarikat tertentu dan ia memberikan gambaran tidak baik kepada sebuah negeri maju.

Katanya, selain menubuhkan konsortium, kerajaan negeri juga diminta menubuhkan dana khas bagi menampung kos menggantikan kesemua bas berkenaan yang dianggarkan sebanyak RM36 juta dan kerajaan Persekutuan akan menimbang kaedah yang sesuai untuk memberikan bantuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved