Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Guan Eng pilih kasih - Gerakan

Posted:

Guan Eng pilih kasih - Gerakan

Guan Eng pilih kasih - Gerakan

Oleh LEE HOOI BOON
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 4 Julai - Gerakan membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengamalkan sikap 'pilih kasih' apabila mengutuk perarakan dan perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) Jumaat lalu sedangkan pada masa sama menyokong perhimpunan haram Bersih pada Sabtu ini.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Pulau Pinang, Guan Eng sepatutnya membantah perhimpunan haram Bersih demi menjamin keamanan dan keharmonian negara.

Perhimpunan yang diadakan di Komtar pada Jumaat lalu adalah bagi membantah pentadbiran Guan Eng.

"Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, dia (Guan Eng) sepatutnya bersikap adil dan tidak berat sebelah. Kalau tidak mampu bersikap sedemikian, lebih baik letak jawatan," katanya.

Hock Nan berkata demikian selepas menghadiri program ramah mesra dengan penduduk Batu Maung anjuran Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Pada program tersebut, mereka mengedarkan beg kitar semula bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih terus berdolak-dalik isu perhimpunan haram

Posted:

Bersih terus berdolak-dalik isu perhimpunan haram

Bersih terus berdolak-dalik isu perhimpunan haram

PETALING JAYA 4 Julai - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga berdolak-dalik dalam isu perhimpunan haram Sabtu ini walaupun Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, Ambiga tidak mahu menyatakan pendirian Bersih secara jelas sama ada perhimpunan haram itu akan diadakan atau sebaliknya walaupun diasak berkali-kali oleh wartawan.

Sebaliknya beliau merancang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk berkomunikasi dan berbincang dengan Seri Paduka berhubung isu pilihan raya.

"Apa jua keputusan kami selepas ini bergantung kepada nasihat yang akan diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu adalah diharapkan kami dapat menemui Seri Paduka sebelum Sabtu ini.

"Untuk itu kami akan menghantar permohonan rasmi untuk menemui Seri Paduka pada hari ini juga dan kami akan akur segala nasihat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Turut hadir beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi ahli gabungan kepada Bersih antaranya Ahli Lembaga Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar dan Datin Paduka Marina Mahathir; Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin; Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah dan wakil Saya Anak Bangsa Malaysia, Haris Ibrahim.

Ambiga mengulas titah khas Yang di-Pertuan Agong berhubung rancangan perhimpunan Bersih yang dikeluarkan oleh Istana Negara malam tadi.

"Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan," titah Seri Paduka.

Ambiga ketika menjawab satu soalan berkata, Bersih sedia membatalkan perhimpunan haram Sabtu ini sekiranya Yang di-Pertuan Agong menitahkan untuk berbuat demikian.

"Ya." Begitulah reaksi Ambiga ketika menjawab soalan wartawan sama ada Bersih sedia membatalkan perhimpunan itu jika Seri Paduka mahu rancangan perhimpunan itu tidak diteruskan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved