Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tiada pilih kasih, 'anak emas'

Posted:

Tiada pilih kasih, 'anak emas'

Tiada pilih kasih, 'anak emas'

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor dan Adnan Yaakob memotong pulut kuning selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, Pahang, semalam. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Pekan dan ahli Exco Pahang. – UTUSAN/MAHATHIR ALI


PEKAN 3 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO tidak akan sesekali mengamalkan sikap pilih kasih atau 'anak emas' dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tegas Perdana Menteri, semua calon yang bakal dipilih bergantung kepada tahap penerimaan rakyat terhadap mereka, perkhidmatan atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.

Bagi wakil rakyat sedia ada, kata beliau, pemilihan mereka sebagai calon juga bergantung kepada perkhidmatan atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.

"Kita mahu calon yang boleh menang. Tiada anak emas dalam pemilihan calon. Kalau rakyat kata orang itu terbaik, orang itu akan dipilih sebagai calon.

"Bagi wakil rakyat, KPI mereka bergantung kepada pengundi kawasan masing-masing," katanya ketika menggulung perbahasan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib yang juga Presiden UMNO menegaskan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membuat pemilihan calon secara objektif dengan hanya memilih yang terbaik di kalangan ahlinya.

Perdana Menteri menjelaskan, pemilihan calon yang tepat dan boleh menang dalam pilihan raya merupakan antara transformasi politik yang sedang dilaksanakan UMNO dan BN dalam usaha mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

Menurut beliau, dua lagi elemen dalam transformasi itu ialah memastikan UMNO dan BN memiliki sifar masalah dan bersifat inklusif.

Katanya, masalah dalaman yang boleh mengakibatkan UMNO dan BN terjejas dalam pilihan raya perlu dielakkan.

"Ada bahagian UMNO yang sebelum ini menjadi kubu kuat tetapi tewas dalam pilihan raya. Selepas 'bedah siasat' dilakukan, kita dapati bahagian itu menghadapi persengketaan dalaman yang serius," katanya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO supaya menjaga kebajikan semua pengundi dan bukannya terhadap ahli parti sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

Posted:

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara". — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ordinan Darurat cegah keadaan lebih buruk

Posted:

Ordinan Darurat cegah keadaan lebih buruk

Ordinan Darurat cegah keadaan lebih buruk

PEKAN 3 Julai - Tindakan polis menggunakan Ordinan Darurat terhadap golongan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, pihak berkuasa terpaksa menggunakan ordinan tersebut bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

"Ini (Ordinan Darurat) sebagai langkah pencegahan. Pencegahan lebih baik daripada berubat. Apa yang dilakukan polis itu sebagai langkah pencegahan sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku," katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis menahan enam orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 selepas dipercayai terlibat dalam anasir subversif.

Kesemua mereka terbabit adalah antara 30 orang yang ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu.

Ini merupakan kali pertama polis menggunakan ordinan tersebut ke atas penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) selepas mendapati mereka terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, pihaknya percaya polis memahami segala implikasi sebelum mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dalam kegiatan subversif itu.

Menurut Perdana Menteri, tindakan penyokong Bersih yang melakukan provokasi bertujuan menggambarkan kerajaan mengamalkan dasar kuku besi dan tidak liberal.

"Saya percaya mereka hendak menunjukkan kita sebagai kerajaan yang autokratik dan berkuku besi dan sanggup menolak hak asasi mereka. Ini mereka akan cuba gambarkan kepada dunia luar," katanya.

Jelas beliau, golongan terbabit juga akan menggunakan media antarabangsa untuk menggambarkan kononnya kerajaan melakukan kezaliman apabila pihak berkuasa menggunakan kuasa terhadap mereka.

"Ini sangat mudah untuk mereka menuduh kerajaan tidak mengamalkan dasar-dasar liberal. Sebenarnya kita (kerajaan) sudah cukup liberal," katanya.

Najib turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyalahtafsirkan maksud perhimpunan yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Kebebasan berkumpul ada syaratnya, kita mesti jaga keamanan dan ketenteraman awam. Apabila terlalu bebas, ia akan menjurus kepada keadaan huru-hara dan tidak menentu," jelasnya.

Beliau berkata, penyalahgunaan maksud berhimpun akan menjurus kepada tindakan yang menyalahi undang-undang selain memberi kesempatan kepada pihak lain 'menangguk di air keruh.'

"Ada pihak yang tumpang semangkuk, mungkin yang berfahaman komunis, kaki pengacau dan golongan yang memang suka berhimpun hingga menaikkan semangat mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved