Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Menghidupkan semula cara tradisional

Posted:

Menghidupkan semula cara tradisional

Menghidupkan semula cara tradisional

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Mohd. Ali Rustam menggiling cili sambil diperhatikan oleh Mohd. Khalil Yaakob pada program Merakyatkan Seni Budaya di Kampung Bukit Nibong, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 3 Julai - Penganjuran program Merakyatkan Seni Budaya di Kampung Bukit Nibong di sini baru-baru ini berjaya menghidupkan suasana kehidupan masyarakat Melayu tradisional menerusi program 'Kenduri Nasi Ambeng'.

Majlis itu yang dihadiri lebih 1,500 orang turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim serta Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri itu menyediakan pelbagai acara menarik termasuk penyediaan nasi ambeng yang merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa dan majlis cukur jambul bayi.

Sementara itu, Mohd. Ali meminta program yang sama diperluaskan ke seluruh negeri demi membantu meningkatkan martabat seni dan budaya bangsa di negara ini.

"Ia boleh juga dijadikan satu wadah perpaduan yang mampu mengeratkan hubungan pelbagai masyarakat walaupun kita semua berbeza budaya dan kepercayaan," katanya.

Kata beliau, kebudayaan merupakan aspek terpenting dalam pembinaan bangsa dan usaha ke arah itu wajar dipergiatkan seperti penganjuran Merakyatkan Seni Budaya di Kampung Bukit Nibong.

"Saya melihat warisan budaya ini adalah satu aset yang amat berharga dalam mengekalkan jati diri bangsa terutama ketika berhadapan dengan era globalisasi," kata beliau.

Jelasnya, dalam perancangan menggerakkan sebarang program pembangunan, kerajaan negeri tetap menumpukan kepada peningkatan aspek seni dan budaya agar tidak ketinggalan dalam arus perubahan semasa.

Kata beliau, semangat perpaduan yang dipegang oleh masyarakat pelbagai kaum perlu terus diperkukuhkan kerana ia merupakan kunci utama kepada pembangunan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,800 sertai ECC Burung Hantu Nite 2011

Posted:

1,800 sertai ECC Burung Hantu Nite 2011

1,800 sertai ECC Burung Hantu Nite 2011

MELAKA 3 Julai - Sebanyak 1,800 penggemar aktiviti basikal lasak dari seluruh negara termasuk dari luar akan menyertai ECC Burung Hantu Nite Jamboree 211 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dari 1 hingga 2 Oktober ini.

Aktiviti riadah sambil beramal itu adalah anjuran Kelab Berbasikal Alam Sekitar Melaka (ECC Melaka) bermula pukul 8 malam hingga 2.30 pagi.

Pengerusi penganjur, Wee Yik Chuang berkata, aktiviti yang menghimpunkan penggemar basikal lasak bertujuan memberi kesedaran terhadap usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar selain mengamalkan gaya hidup sihat.

''Budaya berbasikal kini menjadi aktiviti yang digemari oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kedudukan, pangkat, umur atau bangsa seseorang itu.

''Perhimpunan beramai-ramai penggemar aktiviti basikal lasak bukan sahaja disertai masyarakat dari seluruh negara tetapi juga dari luar negara," ujarnya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, aktiviti tersebut adalah kali ketiga dianjurkan sejak 2009 dan berjaya menarik penyertaan peserta dari tujuh buah negara seperti tahun lalu.

Beliau berkata, antara negara yang akan mengambil bahagian adalah Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun, Jerman, Sweden dan Switzerland.

Menurut Yik Chuang, UTeM dipilih sebagai lokasi aktiviti tersebut kerana faktor kawasan bentuk muka bumi yang berbukit dan hutan yang berpotensi untuk aktiviti sukan lasak seperti itu.

Ujarnya, aktiviti yang diadakan itu bukan berbentuk pertandingan sebaliknya membolehkan penggemar basikal lasak menikmati satu pengembaraan di kawasan alam semula jadi yang indah dan menarik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek pertanian Melaka hasilkan pulangan RM1.2 bilion

Posted:

Projek pertanian Melaka hasilkan pulangan RM1.2 bilion

Projek pertanian Melaka hasilkan pulangan RM1.2 bilion

MELAKA 3 Julai - Lebih 99 hektar tanah pertanian termasuk kelapa sawit dan getah di seluruh negeri menghasilkan pulangan nilai sebanyak kira-kira RM1.2 bilion.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pencapaian itu menunjukkan bidang pertanian semakin mendapat permintaan dan berkembang pesat di negeri ini.

Menurutnya, bagi kerajaan negeri pelbagai usaha dan program meningkatkan hasil pertanian digerakkan termasuk menyediakan tenaga pakar pertanian bagi melakukan transformasi berkesan dalam bidang tersebut.

"Bagi memastikan perubahan yang dijalankan memberi impak berkesan dalam bidang pertanian, kita perlu memastikan strategi pembangunan yang dirancang berjalan dengan baik demi meningkatkan produktiviti ladang, pengeluaran dan kualiti produk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal pada majlis perasmian Khemah Kerja Khidmat Bakti Masyarakat di sini hari ini.

Program tiga hari itu yang disertai 133 pembantu agensi pertanian menyediakan pelbagai acara termasuk aktiviti penanaman pelbagai tanaman, langkah kawalan tikus dan kempen penerangan penanaman.

Menurut Mohd. Ali, usaha mengubah pencapaian bidang pertanian menjadikan sektor itu semakin diminati masyarakat kerana ia menjanjikan pulangan yang lebih lumayan berbanding sebelum ini.

Kata beliau, menerusi amalan pertanian baru, hasil pertanian, perikanan dan penternakan semakin menguntungkan dan boleh dieksport jika diusahakan dalam skala besar.

Menurutnya, salah satu usaha transformasi bidang pertanian yang kini giat dilakukan ialah melalui penggunaan teknologi dalam aktiviti berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved