Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ambiga didesak batalkan Bersih

Posted:

Ambiga didesak batalkan Bersih

Ambiga didesak batalkan Bersih

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Julai - Himpunan Patriot (Patriot) hari ini mendesak Datuk S. Ambiga dan konco-konconya membatalkan perhimpunan haram pada Sabtu ini agar tidak dicap sebagai penderhaka kerana membelakangkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Bersama Patriot, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Bersih seharusnya akur dengan titah Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menegaskan bahawa lebih banyak keburukan akan berlaku akibat perhimpunan haram tersebut.

"Jika tetap diteruskan, kami tidak teragak-agak untuk mengumpulkan seramai mungkin Patriot bagi berdepan dengan Ambiga dan konco-konconya yang secara terang-terangan tidak menghormati institusi raja-raja Melayu.

"Kita tunggu dan lihat sekiranya mereka masih berdegil. Pihak polis juga digesa untuk menahan sesiapa sahaja yang ingkar dengan titah khas Seri Paduka itu," katanya dalam sidang akhbar Patriot di sini hari ini.

Sementara itu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, langkah Patriot itu adalah bagi menjunjung titah Tuanku Mizan bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Beliau berkata, tindakan itu juga bermakna tiada sebarang memorandum akan diserahkan kepada Seri Paduka seperti diuar-uarkan sebelum ini.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, pembatalan itu tidak bermakna bahawa Patriot akan dibubarkan sebaliknya ia mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memelihara kedaulatan negara dalam apa jua urusan.

"Kami memandang serius titah Tuanku dan menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka.

"Ini soal negara dan bukannya tentang siapa yang jaguh. Takkan kami hendak melayan kenyataan pihak tertentu hingga menggadaikan kerukunan negara" katanya selepas menerima kunjungan Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tindakan polis demi menjamin keselamatan negara

Posted:

Tindakan polis demi menjamin keselamatan negara

Tindakan polis demi menjamin keselamatan negara


HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersalaman dengan orang ramai yang hadir semasa merasmikan Ibu Pejabat AADK dan melancarkan Skuad 1Malaysia, di Kajang semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


HULU LANGAT 4 Julai - Apa jua tindakan undang-undang yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Bersih adalah demi menjamin keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau setiap hari dimaklumkan mengenai perkembangan perhimpunan haram itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada sebarang kegiatan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Atas sebab itu, katanya, polis mula bertindak menahan mereka yang dipercayai cuba mewujudkan keadaan tidak selamat menjelang perhimpunan haram tersebut yang dirancang pada Sabtu ini.

Katanya lagi, perhimpunan haram itu sengaja diadakan kerana ada pihak tertentu mahu melihat orang ramai yang menyertai demonstrasi bertembung dengan polis.

"Oleh itu, perlu ada usaha untuk memberi penjelasan bagi memastikan rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak keliru dengan apa yang berlaku.

"Tugas memberikan penjelasan itu bukan sahaja dilakukan oleh polis tetapi semua pihak dalam agensi kerajaan dan mereka yang sayangkan keharmonian, keamanan serta ketenteraman tanah air ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelancaran Skuad 1Malaysia di Ibu Pejabat AADK, Jalan Maktab Perguruan Islam, Kajang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, KDN akan meneliti isi kandungan sebuah novel berjudul 'Shamsiah Fakeh Pejuang, Pemimpin dan Perempuan' yang didakwa kini meluas diedarkan oleh pihak-pihak tertentu.

"Apa sahaja berkaitan Bersih termasuk isi kandungan buku dan risalah yang mungkin membawa ideologi subversif, kita buat tapisan.

"Kita tidak teragak-agak bertindak jika ada pihak ketiga terlibat menyebarkan ideologi subversif, menghasut dan menyemarak kemarahan orang ramai agar berkumpul menyertai perhimpunan haram itu," katanya.

Mengenai komen seorang pembaca dalam portal berita Malaysiakini yang menyeru rakyat mengguling Yang di-Pertuan Agong berikutan titah khas dikeluarkan Seri Paduka semalam, Hishammuddin berkata, pihaknya hanya akan menyiasat individu terbabit jika mengenal pasti identitinya.

"Jadi, jangan kita defensif hanya kerana seorang individu yang tiada nama dalam ruang siber cuba membuat provokasi.

"Nasihat saya, biar semua pihak mempertahankan institusi diraja daripada mencari seorang dari ruang siber yang mungkin juga bukan rakyat negara ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved