Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ambil amah tanpa ejen, agensi

Posted:

Ambil amah tanpa ejen, agensi

Ambil amah tanpa ejen, agensi

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Julai – Majikan di negara ini boleh mengambil pembantu rumah warga Indonesia secara terus dari negara itu dengan mengikut prosedur baru yang ditetapkan tanpa perlu melalui khidmat ejen atau agensi berkaitan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, proses tersebut merupakan alternatif kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam usaha meringankan beban majikan mendapatkan pembantu rumah dengan kadar yang lebih murah.

Kata beliau, perkara itu antara yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Malaysia-Indonesia yang berlangsung pada Mei lalu berhubung penghantaran semula pembantu rumah ke negara ini.

"Sebagai contoh, majikan itu mempunyai amah dan amah tersebut telah tamat tempoh perkhidmatan atau tidak mahu bekerja lagi, tetapi amah berkenaan ada keluarga atau kenalan yang ingin ambil alih tempatnya, jadi itu tidak menjadi masalah.

"Setakat ini, katanya, kedua-dua negara dalam proses menyenaraikan peraturan dan prosedur yang harus diikuti oleh mereka yang ingin menggunakan saluran tersebut selain menerusi proses agensi yang dipakai selama ini,'' katanya kepada pemberita selepas Karnival My Skill 2011 anjuran Jabatan Perdana Menteri dan MIC di sini, hari ini.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel hadir merasmikan majlis tersebut.

Subramaniam turut menjelaskan bahawa Jawatankuasa Kerja Bersama bagi memantau segala persepakatan MoU Malaysia-Indonesia telah ditubuhkan oleh kedua-dua negara.

Jelasnya, proses penghantaran akan dimulakan secepat mungkin dan Indonesia kini dalam tindakan menyelaras para pekerja yang akan dibawa masuk itu.

Beliau berkata, sebanyak 34 daripada 100 agensi pembantu rumah kini telah bersetuju dengan kadar gaji amah baru yang telah ditetapkan seperti yang terkandung dalam MoU tersebut.

Terdahulu, Subramaniam dalam ucapannya berkata, objektif karnival My Skill itu ialah untuk melatih dan menempatkan sekurang-kurangnya 5,000 pelajar India di institut-institut latihan kemahiran kerajaan.

Kata beliau, usaha menubuhkan program itu adalah kerana MIC mendapati sebahagian besar iaitu kira-kira 8,000 pelajar India yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan tidak memuaskan setiap tahun.

"Lebih mengejutkan lagi, kebanyakan pelajar itu tidak menyambung pelajaran mereka sama ada ke institut kemahiran di bawah kerajaan mahu pun swasta.

"Oleh itu, usaha ini berfokus untuk mempromosikan kepentingan latihan kemahiran mereka sekali gus menjejaki pelajar yang tercicir bagi memastikan masa depan mereka lebih terjamin,'' kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TKPM bantu kerajaan jana dana RM3.5 juta

Posted:

TKPM bantu kerajaan jana dana RM3.5 juta

TKPM bantu kerajaan jana dana RM3.5 juta

PEKAN 3 Julai – Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) berjaya membantu kerajaan menjana dana berjumlah RM3.5 juta melalui royalti perniagaan di hospital-hospital sejak ditubuhkan pada 1997.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, hasil yang diperoleh itu kemudian diagihkan kepada penerima untuk pembiayaan rawatan intensif dan kos peralatan yang tidak dibekalkan oleh hospital.

"Penglibatan proaktif itu memberi nilai tambah kepada kerajaan dan wajar dicontohi semua pihak dalam membantu golongan kurang bernasib baik," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan perubatan daripada TKPM di Hospital Pekan di sini hari ini.

Hadir sama Isteri Menteri Besar, Datin Seri Junaini Kassim dan Pengarah Hospital Pekan, Dr. Daud Othman.

Pada majlis itu seramai 20 pesakit menerima sumbangan peralatan daripada TKPM.

Beliau juga memuji usaha bersungguh-sungguh TKPM memberi bantuan kepada pesakit khususnya golongan kurang bernasib baik yang bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak akan biarkan negara rosak - Ismail Omar

Posted:

Tidak akan biarkan negara rosak - Ismail Omar

Tidak akan biarkan negara rosak - Ismail Omar


ISMAIL Omar (duduk) melihat sejenis senjata api yang dipamerkan semasa menghadiri majlis "Jom Cegah Jenayah" di Butterworth, semalam. Turut menghadiri majlis itu, Tajri Alwi dan Ayub Yaacob.


BUTTERWORTH 3 Julai - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar hari ini berikrar tidak akan sesekali membiarkan mana-mana anasir pihak ketiga memporak-perandakan keamanan negara melalui penganjuran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih) yang dirancang 9 Julai ini.

Ismail menegaskan, sebagai ketua sebuah jabatan yang diamanahkan menjaga keselamatan negara, beliau akan menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk memastikan keamanan yang dinikmati rakyat negara ini terus terpelihara.

Ia adalah kenyataan paling tegas daripada Ismail setakat ini selepas dilihat lebih berdiplomasi termasuk mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak penganjur perhimpunan itu baru-baru ini.

"Saya sudah nyatakan, kalau diteruskan juga, (perhimpunan) akan merosakkan ketenteraman (maka) pihak ketiga campur tangan. Mereka eksploitasi perhimpunan ini dan menyebabkan huru-hara, sebelum itu berlaku saya kena bertindak untuk mencegah.

"Itu sebabnya kita buat tangkapan awal kerana kalau nasi sudah menjadi bubur dan huru-hara sudah berlaku, maka sudah tiada gunanya lagi. Kita tidak mahu ada harta benda yang rosak malah mungkin melibatkan nyawa, kita tidak mahu semua ini berlaku.

"Di atas jawatan sebagai KPN saya bertanggungjawab menjaga keamanan yang kita kecapi ini dan akan gunakan segala peruntukan undang-undang untuk mempertahankannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Hari Kesedaran Jenayah yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung di Kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan; Panglima 6 Briged Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Tajri Alwi; Timbalan Pengarah Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub.

Ismail seterusnya mengingatkan setiap lapisan rakyat supaya tidak mencipta sebarang ruang yang boleh dimanipulasi pihak ketiga untuk menggugat keselamatan negara kerana hanya akan merugikan rakyat.

Ditanya mengenai gesaan pihak pembangkang yang mahu rundingan berhubung perhimpunan itu dibuka semula, Ismail berkata, pendirian pihaknya jelas bahawa perhimpunan tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya mendatangkan risiko buruk.

"Peluang apa lagi? Saya dah kata berulang kali jangan kita bermain dengan risiko. Banyak cara untuk kita mendapat dan memberi pandangan, bukan cara berhimpun dan mencabar undang-undang," tegasnya.

Menjawab mengenai tindakan yang akan dikenakan kepada penganjur demonstrasi menentang kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini, Ismail berkata, beliau sudah mengarahkan satu unit khas ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

"Kita akan bertindak mengikut undang-undang dan sampai masanya kita akan ambil tindakan sewajarnya. Tuduh menuduh ini tidak baik, kita kena duduk bersama-sama jaga keamanan. Jangan kita panas keadaan sehingga orang bergaduh," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved