Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kajian pembangunan Bukit Bunga

Posted:

Kajian pembangunan Bukit Bunga

Kajian pembangunan Bukit Bunga

Oleh AZRAN FITRI RAHIMazran.rahim@utusan.com.my


Mustapa Mohamed diiringi oleh Jebasingam Issace John (kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang peserta, Mazlan Hassim pada majlis perasmian Empower Program Modal Insan ECER di Dewan Majlis Daerah Jeli, semalam.


JELI 3 Julai - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan menjalankan kajian tentang pembangunan di Bukit Bunga dekat sini sebagai sebuah pusat pertumbuhan ekonomi yang baharu di Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kajian selama enam bulan itu akan melibatkan semua aspek, termasuk pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut.

Beliau berkata, Bukit Bunga mempunyai potensi yang amat besar dengan kedudukannya yang terletak di kawasan sempadan dan lengkap dengan kemudahan Imigresen serta Kastam.

"Ini merupakan salah satu kajian yang sedang dijalankan oleh ECERDC bagi menjalankan projek, kajian ini akan melihat bagaimana untuk membangunkan kawasan ini, di mana mahu membina bangunan, rumah kedai dan sebagainya.

"Pada masa yang sama, ECERDC juga akan menjalankan kajian untuk membangunkan pusat industri ikan di Tok Bali, Bachok," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Empower Jeli di Dewan Majlis Daerah di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John.

Empower Jeli merupakan program pembangunan modal insan yang diperkenalkan oleh ECERDC dan bertujuan mempertingkatkan serta memperkasakan masyarakat yang seimbang dan seiring dengan matlamat 1Malaysia.

Program tersebut terbahagi kepada dua komponen iaitu kelas tuisyen untuk 700 pelajar yang akan menduduki peperiksaan dan kelas kemahiran yang kini disertai seramai 500 orang sejak ia mula diperkenalkan pada April lalu.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata, ECER telah membina 300 buah rumah yang bernilai RM40 juta untuk golongan miskin di Gua Musang.

"Selain itu, ECER juga sedang menjalankan projek hab halal di Pasir Mas melibatkan kos RM35 juta.

"Ini membuktikan Kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan rakyat Kelantan dan semua projek pembangunan ini adalah untuk masa depan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fatwa mesti berasas al-Quran, hadis - MB

Posted:

Fatwa mesti berasas al-Quran, hadis - MB

Fatwa mesti berasas al-Quran, hadis - MB

KUALA TERENGGANU 3 Julai - Setiap fatwa yang dikeluarkan mesti berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis, bukan dibuat sesuka hati bersandarkan kepentingan politik semata-mata.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan, ia perlu melalui proses muzakarah supaya ia boleh dijadikan pedoman kepada semua umat Islam.

Katanya, beliau tidak dapat menerima hakikat sekiranya ada pihak, termasuk parti pembangkang yang sanggup mengeluarkan fatwa berdasarkan kepentingan politik dan pada masa sama meminggirkan al-Quran.

"Saya tak mahu orang UMNO buat fatwa dan begitu juga orang Pas (buat fatwa). Saya tak sanggup kalau ada yang peralatkan agama atas kepentingan politik," katanya di sini.

Ahmad seterusnya berharap agar setiap fatwa yang dikeluarkan adalah selaras bagi membolehkannya diterima pakai seluruh umat Islam tanpa sebarang keraguan.

Beliau turut menarik perhatian bahawa umat Islam hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk perkara berkaitan khurafat dan sebagainya.

"Selain itu, umat Islam terpaksa bersaing sesama sendiri kerana wujud perbezaan pendapat yang disebabkan empat mazhab yang berbeza," ujarnya.

Oleh itu, jelasnya, umat Islam perlu dijelaskan mengenai sumber dan cara fatwa dikeluarkan demi kepentingan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahmad Arif, Nor Hazlina juara qari dan qariah

Posted:

Ahmad Arif, Nor Hazlina juara qari dan qariah

Ahmad Arif, Nor Hazlina juara qari dan qariah


Khazan Che Mat (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Nor Hazlina Abdullah pada majlis Tilawah Hafazan al-Quran Azan dan Kuiz Saudara Kita di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 3 Julai - Ahmad Arif Lee Abdullah dan Nor Hazlina Abdullah muncul juara qari dan qariah tilawah al-Quran pada Majlis Tilawah Hafazan al-Quran Azan dan Kuiz Saudara Kita peringkat negeri kali ketiga, semalam.

Kedua-duanya yang mewakili daerah Kuala Terengganu menerima hadiah untuk menunaikan fardu haji serta wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat di sini.

Tempat kedua qari dimenangi Muhammad Firdaus Kumar Abdullah yang mewakili daerah Kemaman manakala tempat ketiga dimenangi Abdul Mannan Ku Abdullah (Hulu Terengganu).

Sementara itu, bagi qariah pula, tempat kedua dimenangi oleh Fatimah Fadhilah Abdullah (Kemaman) dan Zaliah Abdullah dari Marang di tempat ketiga.

Majlis Tilawah, Hafazan al-Quran, Azan dan Kuiz Saudara Kita yang berlangsung selama dua hari anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) kali ketiga itu turut mempertandingkan hafazan, azan dan kuiz yang melibatkan 64 penyertaan saudara baru.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas itu, Khazan berkata, acara tahunan itu diadakan sebagai satu medan atau pendorong kepada saudara baru yang baru memeluk Islam untuk mempertingkatkan bacaan dan penghayatan al-Quran.

Selain itu, katanya, ia juga membantu saudara baru dalam mempertingkatkan penghayatan amalan beragama dalam kehidupan mereka seharian.

"Malah, kerajaan negeri juga berharap saudara baru akan terus berusaha dari semasa ke semasa untuk mendalami dan memperbaiki kefahaman kandungan dalam al-Quran," katanya.

Beliau berkata, hadiah menunaikan fardu haji kepada johan qari dan qariah kali ini merupakan satu insentif baru kepada saudara baru dan ia akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Sementara itu, Nor Hazlina berkata, kemenangan tersebut merupakan satu anugerah kepadanya untuk terus berusaha mendalami al-Quran.

Beliau yang berbangsa Cina memeluk Islam pada 1980 dan tahun ini merupakan kali kedua menyertai tilawah anjuran MAIDAM.

Bagi Ahmad Arif Lee yang pertama kali menyertainya tidak menyangka meraih tempat pertama dan seterusnya berpeluang menunaikan fardu haji.

Ahmad Arif Lee yang juga berbangsa Cina memeluk agama Islam pada 1999 dan sejak itu, beliau banyak mempelajari al-Quran daripada ustaz-ustaz MAIDAM, selain mengikuti Kelas Saudara Kita di Masjid Padang Nenas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved