Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


MPKK perlu utamakan bahasa Melayu

Posted:

MPKK perlu utamakan bahasa Melayu

MPKK perlu utamakan bahasa Melayu

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 3 Julai - Gagasan Melayu Perak (GMP) meminta Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu di Bandar Diraja Kuala Kangsar bagi memastikan imej bahasa Melayu tidak tercemar.

Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, langkah itu perlu kerana bandar itu menjadi lambang kepada kedaulatan orang Melayu dan sistem pemerintahan diraja yang unggul.

Beliau berkata, penggunaan bahasa Melayu sepatutnya didaulatkan kerana sudah menjadi dasar perjuangan kerajaan terhadap penggunaan bahasa Melayu.

"Negara ini sudah mencapai 54 tahun kemerdekaan dan ia bukan dimiliki oleh penjajah, kenapa bahasa asing masih diagung-agungkan.

"MPKK jangan terlepas pandang kerana ia perlu serius bagi memastikan identiti bahasa Melayu tidak terjejas dengan penggunaan bahasa penjajah itu.

"Sebagai contoh, nama Malay Kolej Kuala Kangsar (MCKK) sendiri yang sebelum ini menggunakan nama penjajah telah ditukar kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar semalam berkata, pihak berkuasa daerah itu digesa menghentikan amalan memberi nama bahasa Inggeris kepada tempat-tempat yang menjadi ikon pelancongan di bandar Kuala Kangsar.

Katanya, tindakan itu jika tidak dibendung bakal menjadikan bandar diraja tersebut dipenuhi dengan papan tanda bahasa asing.

Mohd. Hilmi berkata, pihak MDKK perlu bertegas dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu kerana bimbang bahasa asing itu terus disanjung di sini.

"Penggunaan bahasa Inggeris di tempat-tempat tumpuan pelancong tidak sesuai di bandar diraja kerana ia seolah-olah mewujudkan satu identiti yang tidak baik kepada bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap MDKK membendung amalan menggunakan bahasa Inggeris sebaliknya memartabatkan penggunaan bahasa Melayu demi mengekalkan imej bandar diraja yang dikagumi rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertandingan mewarna KFC-Utusan meriah

Posted:

Pertandingan mewarna KFC-Utusan meriah

Pertandingan mewarna KFC-Utusan meriah


PARA peserta gembira bersama hadiah masing-masing pada Pertandingan Mewarna Utusan 1Malaysia sempena Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR 3 Julai – Murid tahun lima, Ang Kian Guan dan murid tahun tiga, Muhammad Faris Syafizie Suhaimi muncul juara bagi kategori A dan B pada Pertandingan Mewarna Utusan 1Malaysia sempena Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti di sini, semalam.

Dengan kejayaan itu, Muhammad Faris Syafizie, 9, yang memenangi kategori A (murid tahun satu hingga tiga) dan Kian Guan, 11, yang menjuarai kategori B (murid tahun empat hingga enam) masing-masing membawa pulang hadiah sebuah basikal.

Tempat kedua bagi kategori A pula dimenangi oleh Jason Lau, 9, dan Shafizza Shafie, 8, di tempat ketiga manakala pemenang tempat kedua bagi kategori B ialah Muhammad Danial Irfan Abdul Majid, 10, dan tempat ketiga, Lee Yee Jin, 11.

Kesemua pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat menerima hadiah hamper manakala pemenang tempat kelima hingga kelapan menerima hadiah sagu hati dan kira-kira 50 peserta menerima sijil penyertaan masing-masing.

Pertandingan yang diadakan kira-kira pukul 3 petang itu adalah kerjasama antara akhbar Utusan Malaysia dengan syarikat pengeluar makanan berbungkus dan rempah-ratus, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi).

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengurus Adabi Sungai Petani, Jaafar Abdul Ghani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM35,000 bina Surau Al-Azim

Posted:

RM35,000 bina Surau Al-Azim

RM35,000 bina Surau Al-Azim

IPOH 3 Julai - Sebanyak RM35,000 diperuntukkan oleh Perak Community Specialist Hospital (PCSH) bagi membina surau baru hospital tersebut yang mula beroperasi Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PCSH, Rajindar Singh berkata, pembinaan surau yang dikenali sebagai Surau Al-Azim itu dijalankan secara berperingkat bermula Januari lalu bagi menggantikan surau lama hospital tersebut.

Menurutnya, dengan terbinanya surau tersebut diharap dapat memberi keselesaan kepada para jemaah semasa beribadat serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

"Surau asal hospital ini hanyalah sebuah bilik kecil di tingkat tiga yang begitu terhad jumlah pengguna selain perlu dikongsi dengan jemaah lelaki dan wanita.

"Kini dengan terbinanya Surau Al-Azim, jemaah lelaki dan wanita boleh diasingkan serta mampu menampung sekitar 30 orang dalam satu-satu masa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian surau itu yang disempurnakan oleh Penasihat Hal Ehwal Agama Kepada Menteri Besar, Datuk Mohd. Najmuddin Elias Al-Hafiz.

Sementara itu, Mohd. Najmuddin berkata, usaha PCSH membina surau baru itu disifatkan sebagai memahami keperluan kalangan warga kerja hospital dan pelawat bagi mendapatkan ruang ibadat yang selesa.

Katanya, pembinaan surau itu juga membolehkan pengguna mengimarahkan surau dengan kegiatan dan aktiviti yang dapat memperkukuhkan lagi hubungan sesama mereka.

"Surau ini amat penting bagi memudahkan ahli keluarga pesakit atau pelawat untuk mengerjakan ibadat kerana tidak terdapat surau atau masjid yang berhampiran dengan hospital ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved