Isnin, 4 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Galakan kepada pembayar cukai

Posted:

Galakan kepada pembayar cukai

Galakan kepada pembayar cukai

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 3 Julai - Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) merancang untuk mengadakan cabutan bertuah sebanyak dua kali setahun sebagai galakan kepada para penduduk di kawasan itu untuk membayar cukai harta mereka.

Yang Dipertua MPJBT, Md. Fuzi Ahmad Shahimi berkata, pihaknya sedang mempertimbang cadangan itu memandangkan ia salah satu pendekatan positif bagi menarik para pemilik harta di dalam kawasan seliaan MPJBT untuk melunaskan cukai mereka.

"Cadangan untuk cabutan dua kali setahun memang ada tetapi kita perlu melihat pelbagai aspek terutamanya peruntukan kerana program ini menelan kos yang tinggi," katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Cabutan Bertuah Cukai Harta 2011 di Ibu Pejabat MPJBT, Jalan Skudai di sini baru-baru ini.

Program cabutan bertuah anjuran MPJBT itu menyediakan pelbagai hadiah menarik bernilai RM200,000 termasuk hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Viva, komputer riba, barangan elektrik dan baucar cukai bernilai antara RM50 hingga RM150.

Md. Fuzi berkata, matlamat utama penganjuran program itu adalah untuk merangsang kutipan hasil cukai selain menyelesaikan masalah tunggakan.

Beliau berkata, prestasi kutipan cukai tertunggak bagi tahun ini meningkat sebanyak lapan peratus dan sehingga April 2011, pihaknya berjaya mengutip sejumlah RM29 juta hasil cukai iaitu bersamaan 73 peratus.

Sementara itu, pemenang hadiah utama program itu, Woon Kim Lock, 52, gembira apabila diumumkan sebagai pemenang utama dan tidak pernah menjangkakan perkara itu akan berlaku dalam hidupnya.

"Ini kali pertama saya menang kereta, memang sangat seronok," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendidikan awal kuasai 3M, cinta negara

Posted:

Pendidikan awal kuasai 3M, cinta negara

Pendidikan awal kuasai 3M, cinta negara

PONTIAN 3 Julai - Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan awalan kanak- kanak yang disediakan oleh kerajaan termasuk di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kawasan Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kemudahan tersebut membolehkan kanak-kanak seawal usia enam tahun menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta membina keyakinan diri.

Menurut beliau, pendidikan awalan kanak-kanak merupakan sebahagian daripada transfomasi pendidikan negara bagi melahirkan modal insan yang terdidik pada masa depan.

"Dalam masa yang sama diharapkan juga tenaga pendidik dapat menyemai serta memupuk perasaan kasih dan sayang kanak-kanak kepada negara.

"Perkembangan akhir-akhir ini perlu dijadikan iktibar kerana ada golongan tidak menghargai segala peranan kerajaan dalam membina kejayaan mereka pada hari ini," katanya ketika merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Kawasan Parlimen Pontian di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Kemas Daerah Pontian, Lokman Nordin; Penyelia Kemas Parlimen Pontian, Muhamaddan Ahmad dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Ayer Baloi, Tumin Yatman.

Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, perasaan sayang kepada negara hendaklah diberikan 'sentuhan awal', supaya mereka tidak mudah terpesong apabila dewasa nanti.

Menurut beliau, disebabkan mereka tidak didedahkan dengan perkara sedemikian, wujudnya pihak- pihak tertentu yang cuba menimbulkan kekacauan walaupun menyedari kesan di sebaliknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved