Khamis, 13 Februari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Terengganu sedia Wi-fi percuma

Posted: 13 Feb 2014 03:21 AM PST

KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Bagi memudahkan orang ramai dan pelancong mengakses internet, kerajaan negeri menyediakan kemudahan Wi-fi secara percuma di 600 lokasi strategik melibatkan peruntukan RM30 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kemudahan itu sedang dan akan dipasang di tempat-tempat tumpuan orang ramai terutama di semua Pejabat Daerah dan Tanah, stesen bas, pasar, kawasan bandar, perpustakaan dan Planetarium negeri termasuk pusat-pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival ICT Terengganu anjuran bersama Unit Pengurusan Maklumat Negeri dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini hari ini.-BERNAMA.

Semak semula silibus pendidikan agama - Tun M

Posted: 13 Feb 2014 03:16 AM PST

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab soalan dalam sesi soal jawab semasa Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan Dari Perspektif Global di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU 13 Feb. - Kerajaan disaran menyemak semula silibus pendidikan agama di sekolah-sekolah bagi memastikan pengajarannya tidak tertumpu kepada ibadah semata-mata tetapi turut diisi dengan nilai-nilai Islam yang baik, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini bagi memastikan setiap pelajar disemai dengan nilai-nilai berkenaan terutamanya konsep institusi kekeluargaan Islam yang sebenar bagi menghadapi cabaran masa kini.

"Silibus (pendidikan) agama perlu disemak semula sebab tekanan kepada nilai-nilai hidup Islam tidak disemai dengan baik kerana apabila mereka ke luar negara atau menyambung pelajaran di sana, mereka terpengaruh dengan cara (kehidupan) orang barat.

"Jika iman tidak kuat, dia mudah terpengaruh. Malah, dia soal kita kenapa tidak boleh mengamalkan kebebasan dan sebagainya. Ini yang menjadi masalah kepada kita...kita tidak boleh hidup sebagai orang Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Kekeluargaan dari Perspektif Global di sini hari ini.-BERNAMA.

Kenyataan rasmi pertama Adenan esok

Posted: 13 Feb 2014 02:56 AM PST

KUCHING 13 Feb. - Tan Sri Adenan Satem akan membuat kenyataan rasmi pertama beliau setelah diumumkan bakal Ketua Menteri Sarawak yang baharu dalam satu sidang akhbar di bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah di sini pada pukul 4 petang esok.-UTUSAN ONLINE.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved