Jumaat, 2 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


GST: Mekanisme tindakan terhadap peniaga dikaji

Posted: 02 May 2014 02:47 AM PDT

GEORGETOWN 2 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengkaji mekanisme sesuai untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengaut keuntungan tidak munasabah apabila pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan nanti.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kajian itu dibuat berpandukan Akta Kawalan Harga 2010 bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati apabila GST dikuat kuasa.

"Mekanisme baharu itu akan dapat mengenal pasti pengusaha yang menyeleweng dan tindakan penguatkuasaan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada yang telah diperkemas untuk melindungi hak pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen penurunan harga di Pasaraya Sunshine di sini hari ini. - BERNAMA

MH370: Laporan berasaskan prinsip keterbukaan dan ketelusan

Posted: 02 May 2014 02:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan awal berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 diumumkan berasaskan kepada prinsip keterbukaan dan ketelusan.

Seiring dengan usaha pencarian yang dipertingkatkan, Najib berkata, beliau turut melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula segala maklumat yang diperoleh berkaitan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu.

"Saya menetapkan, sebagai satu pegangan, peraturan bahawa selagi pendedahan maklumat itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian, atas nama keterbukaan dan ketelusan," katanya menerusi posting terkini Facebook beliau.

Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan semalam. - BERNAMA

PLUS setuju struktur semula kenaikan kadar tol

Posted: 02 May 2014 02:24 AM PDT

KUCHING 2 Mei - Projek Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS), salah satu pemegang konsesi lebuh raya di negara ini, bersetuju terhadap cadangan penstrukturan semula kenaikan kadar tol.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, penstrukturan semula itu dijangka membabitkan perubahan perjanjian yang lebih memihak untuk rakyat.

"PLUS telah bersetuju membuat penstrukturan tertentu dalam kadar tol yang melibatkan perubahan perjanjian dan kini isi kandungan perjanjian itu lebih memihak kepada kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita pada satu majlis di sini hari ini.

Fadillah berkata, sebelum ini kenaikan adalah secara automatik setiap tiga atau lima tahun, namun menerusi penstrukturan ini, jika PLUS ingin membuat kenaikan kadar tol, syarikat itu perlu mengemukakan kepada kerajaan asas kenaikan tersebut.

"Jadi, kerajaan akan mempertimbangkan sama ada boleh atau tidak kadar tol dinaikkan berdasarkan pemerhatian seluruh struktur perbelanjaan mereka," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved