Khamis, 8 Mei 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Singapura: Kontraktor warga India dipenjara 30 bulan dengan tiga sebatan

Posted: 08 May 2014 10:51 AM PDT

SINGAPURA 9 Mei - Seorang pekerja kontraktor India telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan dan tiga sebatan semalam kerana peranannya dalam rusuhan yang jarang berlaku di Singapura pada tahun lalu.

Ramalingam Sakthivel, 33, merupakan orang pertama yang disabitkan dengan kesalahan melakukan rusuhan di kalangan pekerja yang terlibat dalam keganasan yang disebabkan oleh satu insiden kemalangan maut pada 8 Disember 2013, di Little India.

Kejadian itu merupakan satu-satunya rusuhan yang jarang berlaku di Singapura sejak 1965. Rusuhan di Little India itu membabitkan sebahagian dari 300,000 pekerja asing dari Asia Selatan dan menyebabkan 39 pegawai cedera dan 25 kenderaan kecemasan rosak. - Agensi

Beratus tahanan Palestin mogok lapar

Posted: 08 May 2014 10:48 AM PDT

BAITULMUQADDIS 9 Mei - Beratus-ratus tahanan Palestin di Israel mengadakan mogok lapar selama sehari semalam sebagai sokongan terhadap rakan-rakan mereka yang telah berpuasa selama dua minggu bagi membantah tindakan rejim Zionis memenjarakan mereka tanpa perbicaraan.

"Sekurang-kurangnya seramai 90 orang telah berpuasa sejak dua minggu lalu. Hari ini beratus-ratus tahanan lain telah menyertai mogok itu selama sehari," kata jurucakap wanita Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman.

Menteri Penjara Palestin, Issa Qaraqe berkata, sekitar 120 tahanan pentadbiran mengadakan mogok lapar tersebut sehingga permohonan mereka untuk mendapatkan hak untuk dibicarakan dipatuhi. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved