Ahad, 19 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Maahad dikesan merekrut JI

Posted:

Maahad dikesan merekrut JI

Maahad dikesan merekrut JI

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Jun - Sebuah maahad swasta di negara ini dikesan dijadikan pusat merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai fahaman Salafiah Jihadiah.

Malah pelajar yang direkrut di maahad atau pusat pembelajaran agama Islam itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Kegiatan itu dikesan beroperasi selepas maahad tersebut dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.

Menurut sumber risikan anti keganasan, hasil kerjasama bersama pengendali maahad itu antara 1985 dan 2000, kumpulan militan yang menjadikan negara ini sebagai transit merekrut kira-kira 100 rakyat tempatan dan Indonesia sebelum dihantar menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan dan kem Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina.

Fahaman ekstrem Salafiah Jihadiah dikatakan merupakan pegangan utama kumpulan Al-Qaeda, JI serta para pengikutnya.

"Maahad itu sehingga kini dipercayai masih aktif digunakan untuk menyebarkan fahaman tersebut kepada kaum muda. Terdapat beberapa tokoh fahaman ini sama ada di luar atau dalam negeri giat menyampaikan ceramah di maahad tersebut.

"Akhir tahun lalu, tiga pelajar maahad berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa kerana menunaikan sembahyang Jumaat berasingan atas alasan masjid-masjid lain mengamalkan bidaah," kata sumber itu ketika ditemui di sini.

Menurut sumber itu lagi, antara ciri fahaman Salafiah Jihadiah adalah mendakwa mereka ahli Sunnah sebenar, menolak Ijmak dan Qias, mendakwa perayaan Maulidur Rasul adalah haram serta menganggap orang Islam yang tidak mengikut mereka adalah bidaah dan sesat, terkeluar daripada Islam dan wajib diperangi.

"Fahaman ini giat disebarkan di kalangan penuntut universiti, profesional dan masyarakat umum. Sekiranya tidak dibendung, akan mendorong lebih ramai umat Islam terutamanya belia terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan dan melancarkan serangan ganas.

"Satu lagi yang bahaya fahaman ini adalah mereka menolak sistem demokrasi dan pilihan raya kerana mereka menganggap kaedah jihad perang adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menubuhkan negara Islam," katanya lagi.

Difahamkan pada April 1985, Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto melancarkan operasi besar-besaran untuk membanteras ancaman kumpulan Darul Islam di Indonesia.

"Mereka menaiki bot dari Tanjung Balai Indonesia dan mendarat di Pelabuhan Klang, Selangor. Setibanya di negara ini, mereka dikatakan terus berlindung di maahad tersebut," katanya.

Mahkamah Indonesia pada 16 Jun lepas menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Abu Bakar setelah didapati bersalah membiayai kumpulan pengganas di republik itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tingkatkan hubungan dagang – TPM

Posted:

Tingkatkan hubungan dagang – TPM

Tingkatkan hubungan dagang – TPM


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan sebahagian peserta Forum Perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) sempena Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID) kali kesembilan di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 18 Jun – Afrika digesa meningkatkan hubungan dagang dengan Malaysia menerusi penerokaan lebih banyak peluang pelaburan dan perniagaan yang belum lagi ditembusi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, statistik terbaru nilai dagangan antara Malaysia dengan Afrika hanya AS$$7.8 bilion tahun lalu berbanding Jerman yang hanya satu peratus saiz Afrika tetapi mampu mencapai AS$$12 bilion

"Justeru saya menyeru anda supaya lebih proaktif dengan mengkaji pelbagai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kami, bertemu dengan agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenai perdagangan dan pelaburan di Malaysia.

"Anda perlu mengambil kesempatan mengenal pasti peluang-peluang yang ada di negara asal dan memadankannya dengan peluang di sini, menerokai pemasaran dan menjalin kerjasama teknikal dengan rakan sejawat di Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) sempena Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID) kali kesembilan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Naib Presiden Uganda Edward Sekandi.

Menurut Muhyiddin, melalui pelbagai inisiatif dan program yang ada, kerajaan Malaysia telah memainkan peranan sebagai pemudah cara dan sebagai usahawan, para peniaga dari Afrika perlu memainkan peranan sebagai pelaksana.

Kata beliau, forum yang julung kali diadakan itu khusus untuk merangsang ekonomi dan perniagaan selain mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Afrika.

Beliau menambah, fokus forum yang bertemakan 'Meneroka Dimensi Baru' itu sejajar dengan matlamat memupuk perkongsian pintar dan mengukuhkan lagi penganjuran LID agar dapat diletakkan ke tahap lebih tinggi.

Muhyiddin berkata, para delegasi boleh melihat sendiri ETP yang menawarkan peluang hebat untuk sektor swasta serta pelabur asing kerana terdapat 131 Projek Permulaan (EPP) bernilai AS$$145 bilion dan 60 peluang perniagaan bernilai AS$$117 bilion di bawah program tersebut.

''ETP merangkumi pelbagai industri yang berpotensi luas untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kita

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bank perlu bantu perniagaan skala kecil

Posted:

Bank perlu bantu perniagaan skala kecil

Bank perlu bantu perniagaan skala kecil


Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan para peserta semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) sempena Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID) kali kesembilan di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 18 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kerajaan memastikan bank-bank besar menyediakan skim pembiayaan mikro untuk perniagaan berskala kecil tempatan.

Menurutnya, ini kerana kelompok perniagaan tersebut turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan.

''Bank-bank besar perlu mengambil kira keperluan kumpulan-kumpulan perniagaan berskala kecil dengan mengambil sikap lebih fleksibel dan memberi pertimbangan wajar dalam menawarkan pembiayaan sedemikian rupa kepada komuniti.

''Masalah dengan bank-bank besar ini adalah mereka hanya berminat untuk pinjamkan wang yang banyak kepada perniagaan-perniagaan besar. Namun apabila perniagaan kecil hendak pinjam wang, mereka tidak berminat kerana keuntungannya yang kecil," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Afrika di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga mungkin boleh mewujudkan sekelompok bank-bank yang bersaiz kecil dalam usaha mengembangkan perniagaan kumpulan peniaga itu.

''Saya sedar kita perlukan bank-bank kecil. Mereka tidak dapat membiayai projek berjuta-juta ringgit, tetapi mereka pasti akan berminat memberikan pinjaman kecil," katanya.

Malah, beliau berkata, langkah membantu komuniti perniagaan tersebut pastinya akan memberi keuntungan kepada kerajaan.

''Kerajaan tidak perlu menyediakan sebarang modal. Apabila perniagaan mendapat untung, sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keuntungan itu untuk kerajaan menerusi cukai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved