Ahad, 19 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


RM100,0000 taja Kembara Mahkota Johor

Posted:

RM100,0000 taja Kembara Mahkota Johor

RM100,0000 taja Kembara Mahkota Johor

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar melambai tangan kepada rakyat sambil memeluk anakandanya, Tunku Abu Bakar di atas bot nelayan ketika menyusuri Sungai Muar dari Jeti Istana Tanjung ke Jeti Jorak pada hari pertama Kembara Mahkota Johor 2011 yang bermula di Muar, semalam. Turut kelihatan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. - MINGGUAN /ISHAK RAHMAD


JOHOR BAHRU 18 Jun - Lembaga Tabung Haji (TH) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menyumbang RM100,000 untuk menjayakan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) edisi ke-14 bermula hari ini.

Penyerahan replika cek TH dan TNB yang masing-masing berjumlah RM50,000 itu dilakukan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.

Pengarah TH negeri, Ahmad Sohaimi Abd. Rahim dan Pegawai Kewangan TNB negeri, Mohd. Anas Mohd. Yusof menyerahkan replika cek itu kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Jamil Salleh.

Jamil dalam ucapannya memberitahu, sumbangan tersebut akan disalurkan untuk projek kebajikan KMJ bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sasarannya, kata beliau, ialah golongan miskin dan membina sekolah serta rumah penduduk daif bertujuan meringankan beban mereka.

"Pada masa sama, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri akan menyampaikan sumbangan peribadi berupa dua mesin dialisis kepada bangunan wakaf milik Jabatan Agama Islam Johor di Batu Pahat," katanya.

KMJ 2011 sejauh 800 kilometer itu bermula dari Jeti Istana Tanjung, Muar menuju ke Jeti Jorak sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Pagoh, Felda Chempelak (Labis), Felda Ayer Hitam dan konvoi itu akan bermalam di Sri Lambak, Kluang.

Pada hari kedua, ketiga dan terakhir, konvoi turut menemui penduduk di semua 10 daerah di negeri ini, menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, gotong-royong, riadah dan sukan yang diadakan.

Konvoi yang disertai kira-kira 30 motosikal berkuasa tinggi dan 40 kenderaan pacuan empat roda itu akan menamatkan penjelajahan di Bangunan Sultan Abu Bakar, Muar pada 21 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPM taja 1,000 naskhah Utusan Malaysia

Posted:

MPM taja 1,000 naskhah Utusan Malaysia

MPM taja 1,000 naskhah Utusan Malaysia


ZULKIFLEE Abbas (tiga dari kanan) menyerahkan replika tajaan akhbar Utusan Malaysia kepada Mohd. Shahrullazhar Ya'cob di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor, kelmarin.


MUAR 18 Jun - Majlis Perbandaran Muar (MPM) menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia bagi memeriahkan lagi acara perasmian Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011 yang akan bermula di sini, hari ini.

Penyerahan tajaan akhbar naskhah percuma itu disempurnakan oleh Yang Dipertua MPM, Zulkiflee Abbas kepada Eksekutif Jualan Utusan Melayu (M) Bhd., Mohd. Shahrullazhar Ya'cob di Tanjung Emas di sini, semalam.

Menurut Zulkiflee, dengan daerah Muar menjadi lokasi permulaan dan penutup bagi program kembara dari 18 hingga 21 Jun itu, pelbagai acara disusun sempena kunjungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Sempena dengan Kembara Mahkota Johor 2011 ini, pihak kami telah menyusun pelbagai aktiviti, termasuk sukan air dan sukan darat untuk menyerikan lagi acara kembara dan pastinya ia akan berlangsung dengan meriah," katanya di sini semalam.

KMJ 2011 selama empat hari tiga malam itu bermula hari ini dengan menaiki bot dari Jeti Istana Tanjung di sini menuju ke Jeti Jorak sebelum beralih kepada kenderaan darat bagi menjelajah setiap daerah di Johor.

Konvoi yang disertai kira-kira 30 motosikal berkuasa tinggi dan 40 kenderaan pacuan empat roda itu akan menamatkan penjelajahan di Bangunan Sultan Abu Bakar di sini pada 21 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved