Utusan Online - Politik |
Posted: Bukti Anwar semakin terdesakOleh SYUKRI SHAARI KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pendedahan bahawa wujud pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya menyiarkan berita kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi kerajaan membuktikan Ketua Pembangkang itu semakin terdesak untuk memulihkan imejnya yang sudah tercalar. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana percaya situasi yang sedang dihadapi Anwar memungkin beliau mengambil apa sahaja tindakan untuk memulihkan kembali imejnya. "Saya tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana situasi Anwar yang sangat terdesak ketika ini. Beliau sendiri tahu bahawa imejnya sangat teruk sekarang, orang ramai juga mula sedar dengan sikap putar alamnya. "Jadi tidak hairan sekiranya beliau menggunakan media antarabangsa seperti WikiLeaks untuk membantu memulihkan imej dengan mewujudkan pelbagai cerita dongeng serta fitnah terhadap kerajaan serta Perdana Menteri semata-mata untuk mengalihkan perhatian umum. "Tambahan pula, beliau mempunyai sumber kewangan yang luar biasa sehingga membolehkannya mengawal media luar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas pendedahan yang dilakukan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong bahawa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita mengenai kes liwat melibatkan Anwar sebagai satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Lum Yong juga mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya. Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin juga sependapat dengan menyatakan bahawa pendedahan tersebut membuktikan bahawa Anwar serta pembangkang semakin terdesak dan telah ketandusan idea. "Mereka menggunakan Wikileaks sebagai saluran untuk menarik perhatian negara luar walaupun kita sendiri sedar bahawa laporan portal berita berkenaan tidak boleh terlalu dipercayai," jelasnya. Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah pula berkata, sudah menjadi kebiasaan Anwar menuduh kerajaan sebagai dalang di sebalik masalah moral yang dihadapinya. "Setiap kali timbul isu baru membabitkan masalah moralnya, Anwar pasti akan menuduh kerajaan sebagai dalangnya kerana ini merupakan strategi beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapinya," ujarnya. |
Khalid cari populariti murahan - Noh Omar Posted: Khalid cari populariti murahan - Noh OmarTANJONG KARANG 9 Sept. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad disifatkan seorang pemimpin yang 'bodoh sombong' apabila menuduh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan UMNO mengadakan konspirasi setelah beliau disiasat mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang, Ogos lalu. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, tuduhan Khalid itu tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang pemimpin politik kerana ia menunjukkan sikap tidak matang Ahli Parlimen itu dan tidak menghormati undang-undang. Beliau berkata, Khalid tidak seharusnya menuding jari kepada pihak lain apatah lagi UMNO yang tidak ada kena mengena dalam kes tersebut kerana mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di masjid dan surau di negeri ini merupakan satu kesalahan dan ia termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. "Beliau mahu mencari populariti murahan dengan membuat tuduhan sedemikian. Kenapa beliau dan pemimpin Pas lain mahu menggunakan masjid dan surau di Selangor untuk mengadakan ceramah, bercakap mengenai politik, dah tak ada tempat lain nak buat. "Sultan Selangor sebelum ini telah menitahkan supaya masjid dan surau di negeri ini dijadikan gelanggang untuk berpolitik. Khalid adalah pemimpin politik di negeri ini, beliau sepatutnya menghormati titah Sultan Selangor, bukan menunjukkan sikap bodoh sombong dan tidak cerdik," katanya. Beliau mengulas kenyataan Khalid pada 7 September lalu yang menyerang pegawai JAIS setelah tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang, bulan lalu. Menurut Khalid, JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas manakala para pegawai yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 itu mempunyai pemikiran jumud selain mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menempelak Khalid yang sebelum ini menyifatkan peraturan tauliah bagi mereka yang ingin mengajar, ceramah dan tazkirah mengenai agama Islam di surau dan masjid di negeri ini sebagai ketinggalan zaman. Kata beliau, Ahli Parliman Shah Alam itu sepatutnya sedar bahawa parti yang diwakilinya, Pas adalah yang mentadbir kerajaan negeri ketika ini bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Beliau berkata, sekiranya Khalid mengatakan peraturan itu sudah lapk, beliau sepatutnya mengemukan pandangannya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali sama ada ia perlu digubal atau tidak. "Kenapa Khalid tidak beritahu kepada Menteri Besar atau Hasan Ali mengenai hal ini. Kenapa beliau nak main politik dengan menuduh dan menunding jari kepada orang lain. Adakah Khalid yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor takut kepada PKR dan DAP," tegasnya. Terdahulu, Noh menyerahkan sumbangan alat tulis kepada 4,357 orang pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Parlimen Tanjong Karang di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, di sini hari ini. Program sumbangan yang disalurkan oleh UMNO Bahagian Tanjong Karang itu diberikan para pelajar berkenaan sebagai persediaan mereka yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak lama lagi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan