Jumaat, 9 September 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Ramai bantah cukai 6 peratus

Posted:

Ramai bantah cukai 6 peratus

Ramai bantah cukai 6 peratus

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

"Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.

"Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.

Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.

"Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.

"Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.

"Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula," katanya.

Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.

"Pengguna menggunakan kad prabayar kerana mereka tidak merasa beban berbanding menggunakan talian yang kadang-kala mencecah ratusan ringgit apabila membuat pembayaran.

"Malahan, ada kad prabayaran yang boleh ditambah nilai dengan hanya RM5 tetapi jika mereka kenakan cukai, ia dilihat seperti membuli pengguna dan ia tidak patut berlaku," katanya.

Pelaburan babitkan RM1.43b

Posted:

Pelaburan babitkan RM1.43b

Pelaburan babitkan RM1.43b

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Najib Tun Razak (barisan belakang, tengah) bersama Mustapa Mohamed, Idris Jala dan wakil-wakil pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) selepas mengumumkan lapan inisiatif baru di bawah ETP di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara, semalam. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN


KUALA LUMPUR 8 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lapan inisiatif baharu dan dua projek dipulihkan dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM1.43 bilion.

Perdana Menteri berkata, inisiatif baru dan projek tersebut akan menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM8.4 bilion.

"Lapan inisiatif baharu itu juga bakal menawarkan 9,965 pekerjaan tambahan. Secara keseluruhan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mencatatkan pelaburan sebanyak RM171.21 bilion, PNK RM228.55 bilion dan 372,361 pekerjaan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memaklumkan perkembangan terkini ETP di Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Perdana Menteri berkata, di bawah inisiatif Minyak Sawit dan Getah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad akan melabur sebanyak RM706 juta dalam usaha membangunkan industri minyak sawit.

"Saluran MedikTV yang merupakan penyiaran rasmi bagi Kementerian Kesihatan juga diperkenalkan di bawah inisiatif Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur NKEA.

"Di bawah inisiatif Perkhidmatan NKEA, Strand Aerospace Malaysia Sdn. Bhd. akan menerajui inisiatif untuk membangunkan dan meletakkan Malaysia sebagai hab bagi Perkhidmatan Kejuruteraan Nilai Tinggi," katanya.

Menurutnya, di bawah inisiatif Pertanian NKEA, Hannan Corporation Sdn. Bhd. akan melabur dalam pembinaan dua kompleks akuakultur yang terdiri daripada kompleks seluas 121 hektar di Selingsing dan 323 hektar di Pulau Gula, kedua-duanya di Perak.

Bagi inisiatif Produk Herba Nilai Tinggi pula katanya, Nova Laboratories Sdn. Bhd. telah dikenal pasti sebagai salah satu syarikat utama untuk memacu produk herba bagi segmen nilai tinggi nutraseutikal dengan tuntutan pra klinikal/klinikal atau ubat botani.

"Di bawah inisiatif NKEA Borong dan Runcit, dua pusat beli-belah maya akan diperkenalkan iaitu Doorstep Retail.com dan Koperasi Jiwa.

"Bagi inisiatif NKEA Elektronik dan Elektrik, Hong Leong Manufacturing Group telah memperolehi saham strategik dalam DSEM Holdings Sdn. Bhd., pengilang substrat proprietari termal bagi industri global LED," katanya.

Bagi projek dipulihkan, Perdana Menteri berkata, ia melibatkan penubuhan Invest KL untuk menarik dan memudahkan pelaburan syarikat multinasional ke dalam Greater KL/KV di bawah inisiatif Greater KL/KV NKEA.

"Turut diwujudkan adalah Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) di bawah inisiatif Penjagaan Kesihatan NKEA bertujuan mengubah Malaysia menjadi destinasi pilihan untuk penyelidikan kontrak klinikal," katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan tiga program di bawah inisiatif Reformasi Pembangunan Strategik Modal Insan iaitu MyProCert MSC Malaysia, Program Peningkatan Bakat Negara (NTEP) dan PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (HPBS) yang dikenali sebagai TERAS.

PM lancar pelan bandar raya rendah karbon dioksida

Posted:

PM lancar pelan bandar raya rendah karbon dioksida

PM lancar pelan bandar raya rendah karbon dioksida

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus penghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

Beliau berkata, pelancaran rangka kerja dan sistem penilaian itu selaras dengan ikrar kerajaan untuk mewujudkan bandar raya mesra alam dan sebagai permulaan ia akan dilaksanakan di Putrajaya dan Cyberjaya sebelum diperluaskan ke bandar lain.

"Sudah lama saya bercadang mahu menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai bandar raya mesra alam dan rangka kerja ini akan menjadi panduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemaju untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

"Rangka kerja ini juga akan memacu inovasi negara dan institusi penyelidikan berkaitan perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan," katanya semasa berucap merasmikan Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau Antarabangsa di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta timbalannya, Noriah Kasnon.

Najib menggesa institusi kewangan, pihak swasta serta agensi berkaitan agar bekerjasama rapat dan inovatif dalam merealisasikan hasrat mewujudkan bandar mesra alam sebagaimana digariskan kerajaan.

Ini kerana, jelas Perdana Menteri, walaupun industri teknologi hijau mempunyai potensi dan peluang perniagaan yang cukup besar untuk diceburi, tetapi sambutan daripada syarikat dan institusi kewangan tempatan tidak menggalakkan.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan memperkenalkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau tahun lalu yang bertujuan membantu syarikat tempatan, tetapi daripada 97 projek yang disahkan hanya 21 menerima surat tawaran pinjaman daripada institusi kewangan.

Mengenai Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau Antarabangsa kali ini, Najib gembira dengan sambutan yang diterima daripada 600 syarikat dan agensi dari 20 negara tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved